Friday, June 28, 2013

The Multitasking ESP Part 1



Salam,

Semua orang tahu ESP nie ade macam-macam kelebihan, boleh dikatakan setiap set Shaklee mesti ade Miss ESP menyelit. Hari nie saya nak share antara set Shaklee yang ade ESP

Set Kecantikan

1) ESP - membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut.

2) Vitamin E Complex - Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit, melindungi kulit dari sinar ultra-ungu, menjaga kelembapan kulit dan menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel.


3) Vitamin C – Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya. Ia juga merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit. 


4) B Complex – Sebagai pelembap, mencegah pigmentasi, melambatkan tanda penuaan dan mengubati jerawat.




Set Kurus

1) ESP - Untuk membina otot dan mengelakkan dari kulit menggeleber
2) Lecithin – Pemecahan lemak dan kolesterol

3) Alfalfa – Membuang lemak dan toksik dalam badan




Set Family Wellness


1) ESP – Membantu membekalkan tenaga, menguatkan rambut dan kuku, mencantikkan kulit, membaikpulih tisu badan yang rosak dan banyak lagi khasiatnya.


2) Vita-Lea – Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian.


3) B Complex – Membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat, maka anda akan kurang mengantuk setiap kali selepas makan. Ia juga memelihara kesihatan system saraf, meningkatkan daya tumpuan.


4) Vitamin C – Memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh. Juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.

Setakat nie dulu yer, nanti saya sambung part 2 pulak.
Jika ade sebarang pertanyaan dan berminat untuk mencuba, boleh hubungi saya.


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Thursday, June 27, 2013

Ia telah kembali.... Herb-Lax Shaklee

Salam semua,

Calling calling pada semua yang tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti produk hot yang satu nie iaitu Herb-Lax Shaklee. Untuk pengetahuan semua, Herb-Lax nie dah ade stok tau, jom pakat ramai-ramai beli.

Sebelum saya cerita pasal Herb-Lax, kena tau dulu pasal Detox.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau suplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.
  
Jom kita baca pulak serba sedikit pasal Herb-Lax nie.



Pengenalan

Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

Ramuan asas produk nie terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu:
  • Alfalfa leaves
  • Senna leave
  • Anise seed
  • Blue malva flower
  • Buckhorn bark
  • Licorice root
  • Rhubarb root
  • Fennel seed
  • Culver's root
Sifatnya yang meggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.


Kebaikan 

  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Siapa yang perlu amalkan Herb-Lax
  • Pengamal tegar ubat tahan sakit
  • Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  • Mereka yang banyak jerawat
  • Pesakit Gout
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan suplemen.
Nak kurus masa Hari Raya nanti? Herb-lax boleh juga diambil bersama ESP dan juga Lecithin untuk lebih berkesan.


Berminat? Hubungi saya:
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Tuesday, June 25, 2013

Set Kesuburan Shaklee



Cahaya mata atau zuriat atau senang nak cakap anak la kan, memang menjadi idaman setiap pasangan yang dah berumahtangga, ade yang rezeki dapat anak cepat, ade yang dah bertahun-tahun berusaha masih belum dikurniakan anak. Tapi yakinlah setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah, Kita hanya merancang tapi yang menentukan Allah, yang penting jangan putus asa.

Kat sini saya nak berkongsi Set Kesuburan dari Shaklee, set nie agak popular di kalangan pasangan suami isteri yang berusaha nak anak dan Alhamdulillah ramai yang dah berjaya selepas mengamalkan set kesuburan nie (dengan izin Allah).

Set nie terdiri daripada GLA, Vita-Lea, B Complex dan Alfalfa. Jom saya kenalkan satu-satu yer.

1. GLA

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


2. Vita-Lea

Mengandungi 28  multivitamin dan multimineral yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pendek kata, ia memenuhi ruang-ruang kosong dalan tubuh kita dengan nutrient yang tidak dibekalkan dalam diet harian kita. Pengambilan Vita-Lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh.

3. B Complex

Ia penting yerutama bagi ibu-ibu yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan. Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asik folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.


4. Alfalfa

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan alfalfa bantu di dalam masalah PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) atau Sindrom Ovari Polisistik.

Kaedah pengambilan set kesuburan ini adalah salah satu usaha kita. Lepas tu kita kena berdoa banyak-banyak pada Allah. Ingatlah sebaik-baik perancangan ialah perancangan dari Allah.


Berminat? Hubungi saya:
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Friday, June 21, 2013

Soalan Lazim Tentang ESP Shaklee


Salam sayang semua,

Mesti ramai yang teringin nak minum ESP tapi takut or teragak-agak kan? Jangan risau, bagus ade fikiran camtu, sebab kita nak tau ape yang kita minum, yang kita makan, ia akan jadi darah daging kita kan. Kat sini saya listkan soalan-soalan yang selalu customer tanya sebelum buat keputusan untuk consume ESP. 

 
ESP Shaklee Perisa Apa?

ESP Shaklee berperisa Vanila, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet. (sedap tau…)


Boleh Minum Dengan Apa?
Boleh diminum begitu sahaja (dicampur dengan air kosong) atau dicampur dengan minuman kegemaran (susu kotak ker, jus buah ker), rasanya pun sedap (boleh tengok pada entri saya yang lepas, resepi nak minum ESP Shaklee).


Bagaimana Cara Minum ESP Shaklee?
Bancuh satu sudu ESP Shaklee dengan satu gelas air suam atau sejuk (JANGAN guna air panas), kacau atau shake hingga sebati, minum (shake lagi bagus sebab nanti tak berketul-ketul).


Selain Minum, Apa Lagi Boleh Dibuat Dengan ESP Shaklee?
ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt.


Ada Pantang Tak?
ESP Shaklee tidak boleh diambil bersama minuman berkafein dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya (lebih kurang 2 jam).


Satu Bekas 850g Tahan Berapa Lama?
Penggunaan normal biasanya tahan dua bulan.


Apakah Sukatan Harian ESP Shaklee Untuk Dewasa?
Sekali sehari sudah mencukupi untuk penjimatan, boleh ditambah kepada dua atau tiga kali mengikut keperluan individu (saya minum 2 kali sehari selang waktu antara lunch n dinner).


Bolehkah Diminum Oleh Kanak-Kanak?
ESP Shaklee sangat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna (kanak-kanak berumur satu tahun ke atas).


Bagaimana Pula Dengan Orang Tua, Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Bayi?
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak digalakkan untuk bayi di bawah 12 bulan. Juga sesuai untuk alergik atau alahan.


Saya Ada Gastrik, Bolehkah Minum ESP Shaklee?
Sangat bagus dalam membantu menyembuhkan gastrik. ESP Shaklee juga boleh memberi kekenyangan dengan cara yang paling selesa, sesuai untuk diet menguruskan badan.


Selepas Pembedahan, Dalam Tempoh Berpantang, Gout, Diabetes (Kencing Manis)?
Juga boleh minum tanpa sebarang masalah.

Nanti saya akan kumpulkan dan listkan lagi soalan-soalan yang biasa customer tanya pasal ESP.



Berminat? Hubungi saya:
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Thursday, June 20, 2013

Lagi Testimoni ESP yang Panas

Salam,

Cam dah lama saya tak wat entri pasal ESP, rindu pulak hehe...Jom kite layan lagi testimoni-testimoni pengguna yang dah berpuas hati dengan ESP Shaklee.



Testimoni 1:

Testimoni 2:

Alhamdulillah, semuanya dapat kesan positif dari penggunaan ESP dan supplemen Shaklee yang lain. Shaklee ada untuk apa jua kegunaan dan kehendak anda.


Berminat? Sila hubungi saya:
Rose Azadir

SMS /Whatspp : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Wednesday, June 19, 2013

Apakah Performance Drink Shaklee

Salam,

Pada entri yang lepas saya ada menyebut tentang Performance Drink untuk mengekalkan kecergasan ketika berpuasa. Hari nie saya nak kongsi kan lebih details tentang Performance Drink Shaklee.



Apakah Performance Drink Shaklee?
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance Drink mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi.
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium 
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina. 
 Apakah Khasiat dan Kebaikan Performance Drink Shaklee
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Ia bukan milk booster atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
  5. Fungsinya tidak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu / mengepam.
  6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu / mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak-budak demam pun elok ambil nie sebab biasanya budak-budak bila demam takde selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehidrasi tu.

Golongan yang Sesuai Mengambil Performance Drink
  • Mereka yang aktif bersukan
  • Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka)
  • Mereka yang menghidap gout
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan
  • Mereka yang kurang minum air
  • Mereka yang kerap sakit kepala
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam
  • Kanak-kanak yang demam
  • Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat)
Memang Performance Drink nie sangat-sangat berguna untuk kita menghadapi bulan Ramadhan.


Berminat? Sila hubungi saya:
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com
 



Tuesday, June 18, 2013

Kekal Cergas dan Bertenaga Ketika Berpuasa Dengan ESP dan Performance Drink


Salam semua,

Bulan Ramadhan bakal menjelma beberapa hari jer lagi, tentu ramai kawan-kawan kita tengah pulun ganti puasa kan? Bagus tu, masih sempat lagi nie. Tp ade juga yang puasa sunat untuk membiasakan diri menghadapi bulan puasa yang akan datang.

Bagi yang ada masalah kesihatan contohnya seperti gastrik atau ada yang mengalami keletihan melampau, kat sini saya nak kongsikan supplemen terbaik untuk mengekalkan kesegaran dan mengelakkan gastrik.  


Fakta Menarik Tentang Energizing Soy Protein (ESP)

  • Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ, dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • Menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung.
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopaus 
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah



ESP nie bertindak sebagai energy booster dan memberi rasa kenyang yang berpanjangan. Selain itu, bagi breastfeeding mummies, ESP nie sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu badan. Memang best!



Fakta Menarik Tentang Performance Drink

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonic.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina
  • Ia bukan milk booster atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. 
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu / mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang bekerja di tengah panas. Budak-budak demam pun elok ambil nie sebab biasa la budak-budak bila dah demam memang taka de selera nak makan minum. Ia boleh tolong cegah dehidrasi tu.    

Namun, ia tidak la terhad kepada ibu menyusu dan mengandung aje, untuk semua yang ade dalam rumah tu, mak, ayah, opah, atok, cucu (atas setahun)…


Berminat? Hubungi saya:
Rose Azadir
SMS : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog :http://ibu2ahmad.blogspot.com

Monday, June 17, 2013

Apakah Vitamin E Complex Shaklee?

Salam semua,

Hari nie entri saya adalah tentang salah satu ahli kumpulan Set Skincare Shaklee (Set D) iaitu Vita E Complex. Untuk pengetahuan semua Set Skincare Shaklee terdiri daripada Vitamin C, B-Complex dan Vita E Complex. Untuk lagi power boleh la ditambah ESP (Energize Soy Protein). Ini bergantung kepada budget masing-masing. (untuk sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya yer)

Vitamin E lazim dijumpai di dalam sumber makanan seperti minyak sayuran, marjerin, kekacang, bijian, kacang soya, avocado, kuning telur, minyak bunga matahari, sayuran hijau dan gandum penuh.
Vita E Complex

Set Skincare + ESP


Apa yang Best Tentang Vita E Complex Shaklee
  • Ia semulajadi, selamat dan HALAL
  • Vitamin E nya dalam bentuk d-alpha tocopherol concentrate (400 IU) dan mixed tocopherol concentrate
  • Datang sekali dengan selenium (10mcg) sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.
  • Fungsi yang pelbagai (jap lagi saya ceritakan)
  • Mudah diserap oleh tubuh berbanding vitamin tiruan / sintetik

Apa Fungsi Vitamin E
  • Ia adalah antioksidan yang berfungsi menghalang radikal bebas dan mencegah kerosakan sel. Secara khususnya ia melindungi sel darah merah.
  • Membantu mengekalkan Vitamin C dan Vitamin A dalam tubuh.
  • Menyokong dalam pembentukan kulit yang sihat dan juga membantu dalam pembentukan sel.
  • Mengurangkan kesan parut dan mengurangkan kesan pembengkakan atau inflamasi.
  • Meningkatkan antibodi tubuh dan memberi faedah kepada individu yang menghidap selesema atau serangan virus.
  • Penting untuk kesihatan kardiovaskular dan kesihatan organ seks yang baik.
  • Memberi kelegaan akibat simptom PMS, simptom menopous, serta kesakitan sendi dan otot. 
 Lagi Manfaat Pengambilan Vitamin E
  • Penting untuk melindungi jantung dan paru-paru kita.
  • Antipenuaan - menjadikan anda tampak lebih muda kerana Vitamin E merupakan antioksidan yang sangat power untuk melawan semua radikal bebas dan ditambah pula lagi dengan kehadiran ekstrak biji anggur, 20x lebih power dari Vitamin C.
  • Berfungsi untuk mengukuhkan sistem imun, dan berupaya melawan sel-sel kanser serta menghalang pertumbuhan tumor.
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif baik bagi lelaki dan wanita dan bagi lelaki pula jika diamalkan setiap hari dipercayai dapat mempertingkatkan lagi kualiti serta kiraan sperma.
  • Dikenali juga sebagai "Vitamin Cinta" yang mampu memperbaiki hubungan intim suami dan isteri. Lebih bagus jika diamalkan bersama Alfalfa Complex.
  • Untuk kecantikan kulit dimana dapat memudarkan parut, stretchmark dan lain-lain. Pengambilan bersama B Complex, Vitamin C dan ESP dapat memberikan anda kulit wajah yang cerah, licin dan bebas cela jika diamalkan secara konsisten.
  • Membantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah, membantu pembekuan darah yang normal dan memberi manfaat pada saraf. 
  • Juga dikatakan dapat mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk) 

Macam-macam manfaat Vitamin E kan? Ape lagi, jom amalkan Vitamin E.....








Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
E-mail : razadir@gmail.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com





Friday, June 14, 2013

MealShakes Shaklee

Salam sayang semua,

Hari nie sy nak cerita pasal satu lagi produk hot dan antara yang terlaris di kalangan produk Shaklee iaitu MealShakes.





Apa itu MealShakes Shaklee?

MealShakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, MealShakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
  • Hidangan segera untuk para atlet
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan yang ideal, rendah kolesterol, lemak dan sodium

Siapa yang Sesuai Mengambil MealShakes Shaklee?
  • Bayi bermula 1 tahun ke atas - sebagai multivitamin untuk membantu pembesaran yang sihat dan kuat
  • Kanak-kanak yang selalu sembelit
  • Kanak-kanak yang kurang selera makan
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua dan seisi keluarga 

Kelebihan MealShakes Shaklee
  • Membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • Menambah selera makan anak-anak
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengatasi masalah selalu selsema dan asma
  • Menambah berat badan bagi mereka yang terlampau kurus
Pendek kata, MealShakes merupakan sumber multivitamin yang lengkap berserta protein dan serat di dalam bentuk serbuk, ya puan-puan serbuk, bulan tablet (jadi senang nak bagi kat anak-anak kita). Mudah dibancuh, dengan bau yang sangat wangi (French Vanilla) dan rasanya juga sangat sedap.


Berminat? Sila hubungi saya:
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Wednesday, June 12, 2013

Vitamin C Shaklee

Salam sayang semua...

Hari nie saya nak share info pasal Vitamin C pulak.









Apa itu Vitamin C

Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang prihatin dengan kesihatan. 

Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oksidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.

Vitamin ini larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.


Fungsi Vitamin C

1) Menyokong sistem imun. Menjadikan sistem pertahanan badan (imun) lebih kuat.

2) Mengambil Vitamin C setiap hari dapat mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung

3) Melindungi sel DNA daripada kerosakan radikal bebas.

4) Ia berperanan dalam menghasilkan kolagen. Menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Nak kulit cantik berseri dan anjal? Tak nampak tua dari umur? Vitamin C jawapannya.

5) Vitamin C melindungi sperma lelaki daripada rosak akibat radikal bebas.

6) Perokok wajib ambil Vitamin C setiap hari kerana golongan perokok kehilangan lebih 100mg Vitamin C setiap hari. Jadi setiap kunyahan menggantikan gula-gula/jeruk/asam dapat menggantikan 100mg Vitamin C yang hilang dalam tubuh.

7) Di Perancis, Vitamin C yang diperkaya dengan Bioflavanoid, telah digunakan secara meluas untuk merawat masalah wanita. Kandungan Flavone mampu menggantikan hormon yang dapat memulihkan masalah period yang tidak teratur

8) Mencegah keguguran di kalangan ibu hamil.

9) Vitamin C adalah antioksidan dan berfungsi mengeluarkan hormon anti-stress dan interferon (sejenis protein untuk sistem pertahanan badan).


10) Menguatkan gusi, gigi dan tulang kita.



Siapa yang Perlukan Vitamin C?

1) Wanita
2) Lelaki
3) Kanak-kanak 4 tahun ke atas
4) Ibu hamil, ibu menyusu, ibu berpantang
5) Perokok tegar
6) Mereka yang inginkan kulit lebih cantik dan berseri
7) Mereka yang selalu sakit (antibodi/imun yang lemah)
8) Mereka yang inginkan zuriat
9) Mereka yang sukar menelan tablet
10) Mereka yang ingin kekal sihat dan cergas melakukan kerja/tanggungjawab harian.


Simptom Kekurangan Vitamin C
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Kula yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam

Tahukah Anda? 

Shaklee ada mengeluarkan produk Vitamin C mereka sendiri? Kat sini saya senaraikan perbezaan Vitamin C Shaklee dengan Vitamin C yang lain.
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vitamin C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg Vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavonoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vitamin C, elak Vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan. Dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Vitamin C keluaran Shaklee, Sila Hubungi saya seperti di bawah;


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com