Friday, July 25, 2014

Testimoni Shaklee Collagen Powder : Kulit Ketara Lebih Cerah, Sekata Lembab dan Lembut


Assalamualaikum....


Tinggal baper hari jer lagi nak sambut Aidilfitri, semua persiapan dah ready ker? tahun nie saya sekeluarga tak prepare apa2 sangat, biasa2 jer, siapkan baju anak2 jer 2 pasang sorang. Tahu je la kan, budak2, cepat kotor baju diorang, lagi2 kalau dapat jumpa sepupu2, main sama2 sampai tak ingat dunia.

Sebelum bercuti raya, meh saya sajikan dengan satu testimoni Shaklee Collagen Powder (SCP).


Puan Niza nie dah cuba 2 kotak SCP dan hasilnya kulit ketara lebih cerah dan sekata. Kulit juga semakin lembab dan lembut.

Kalau ada jerawat baru naik, cepat jer kecut. Lagi satu bonus tumit kaki pun jadi licin.

Shaklee Collagen Powder menyokong penghasilan kolagen. Di mana bila kita meningkat usia, badan semakin tidak mampu untuk menghasilkan kolagen. Jadi pengambilan Shaklee Collagen Powder boleh bermula seawal umur 25 tahun.


Shaklee Collagen Powder diekstrak dari sisik ikan merah yang mampu menahan tekanan tinggi. Ianya ialah sumber kolagen yang lasak lagi berkualiti.

Sumber-sumber Shaklee Collagen Powder yang berkualiti tinggi dan ternyata berkesan. Dengan memiliki Jisim Molekul Rendah, menyebabkan kadar serapan lebih unggul di dalam tubuh kita.

Lain-lain Testimoni Shaklee Collagen Powder:
1) Telapak tangan yang dulunya kering, sekarang tidak lagi, lembap seperti memakai losyen
2) Kulit glowing, jeragat ala-ala mat saleh makin pudar
3) N**p** yang gelap sebab BF baby dah makin pinkish

Nak cuba Shaklee Collagen Powder?


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, July 16, 2014

Info Sihat : Waspada Dehidrasi di Bulan Puasa

Assalamualaikum.....

Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim cuaca yang panas serta kering dan diburukkan lagi dengan jerebu yang tidak menentu maka adalah penting bagi memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.

Air sebenarnya bersifat pelarut yang membantu proses biokimia di dalam tubuh kita. Tanpa air, kita tidak mungkin mampu bertahan lama kerana air merupakan agen pengangkutan dalam tubuh yang berhubung terus dengan sel-sel tubuh.

Jadi, amat penting untuk kita tahu kepentingan mengekalkan kelembapan tubuh terutamanya di bulan puasa.

Doktor Pusat Pemeriksaan Kesihatan (PSWC) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr. Angeline Hee Tze Chyin berkata, badan mudah menjadi lesu dan letih apabila badan tidak mampu mengawal atur proses penghidratan dengan sempurna.

"Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya antara enam hingga tujuh gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.

"Kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah dehidrasi kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

"Apabila kita berada di persekitaran yang panas, keperluan tubuh kita terhadap cecair juga meningkat disebabkan tubuh kita akan mengeluarkan peluh yang banyak," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya, pengambilan air yang mencukupi setiap hari adalah penting kerana organ-organ penting dalam tubuh seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya dapat menjalankan tugas dengan sempurna,

"Pengambilan air amat penting ketika berbuka kerana ia akan menggantikan air yang telah hilang, mencuci buah pinggang selepas pengambilan pelbagai jenis makanan ketika berbuka puasa dan berupaya membersihkan organ-organ dalaman kita yang lain," katanya.

Menurut Dr. Angeline, antara tanda-tanda tubuh mengalami penyahidratan adalah rasa dahaga, mulut kering, kencing pekat, ulser yang teruk, letih, pitam, cirit birit, hinggalah kepada kegagalan fungsi buah pinggang.

Kekurangan cecair dalam sistem otak boleh mempengaruhi cara individu membuat keputusan.
Otak yang mengalami dehidrasi adalah lemah sehingga mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala serius.

"Selain itu, degupan jantung akan menjadi lebih kencang, pening kepala dan tekanan darah rendah juga boleh terjadi berpunca daripada penurunan darah.

"Dalam kes yang kronik, dehidrasi boleh menyebabkan koma dan akhirnya mengundang maut," katanya.

Selain itu menurutnya, perlu juga dipastikan sendi, organ dan tisu tubuh mendapat perlindungan bagi membolehkan kekal cergas dan sihat sepanjang bulan puasa.

Jadi, amat penting untuk memastikan tubuh tidak mengalami penyahidratan melampau.

Tambah Dr. Angeline lagi, jika perlu umat Islam perlu mengurangkan aktiviti luar atau tidak berada di luar dalam jangka masa yang panjang terutamanya ketika panas terik.

"Ini tidak bermaksud berpuasa dijadikan alasan untuk tidak aktif. Mereka boleh bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan secara sederhana di tempat yang teduh malah boleh melakukan aktiviti fizikal seperti regangan dan senaman ringan di rumah," katanya,

Kurangkan minuman berais

Bagaimanapun, Dr. Angeline berkata kehilangan air dalam bentuk ini boleh diatasi dengan mengamalkan meminuman jus buah-buahan dan mengambil sayur-sayuran ketika bersahur atau berbuka.

Ini kerana, kedua-dua makanan ini mempunyai kandungan air yang banyak.

"Umat Islam yang berpuasa tidak digalakkan minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan cola kerana akan menyebabkan kesan deuratik.

"Apabila seseorang itu mengalami deuratik akan meransang pengeluaran air kencing dalam kuantiti yang banyak dan dikuatiri akan menghadapi dehidrasi melampau," katanya.

Beliau mengakui, dalam cuaca panas yang berterusan sepanjang bulan puasa ini menyebabkan ramai ingin berbuka dengan minuman berais dan menolak anggapan bahawa ia tidak bagus untuk perut selepas seharian tidak menjamah makanan.

"Minuman berais boleh diambil ketika berbuka puasa tetapi perlulah dikawal dan tidak mengambilnya bersama makanan bergoreng dan mempunyai kandungan lemak yang banyak.

"Begitu juga dengan minuman bergas, digalakkan untuk mengambil minuman isotonik bagi memberi tenaga bagi menjalankan aktiviti seharian," jelasnya.

Dalam pada itu, bagi mengekalkan kesegaran sepanjang berpuasa, semasa bersahur, digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat.

Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti bijiran penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar.

sumber : www.utusan.com.my

Anda boleh cuba Set Mighty 3 Gems dari Shaklee yang terdiri daripada ESP + MealShakes + Performance Drinks yang mampu mengurangkan dehidrasi dan juga mengekalkan tenaga dengan lebih lama terutama di bulan puasa.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, July 14, 2014

Testimoni Set Mighty 3 Gems : Tiada lagi Rasa Berat, Letih dan Mengantuk Lepas Berbuka

Assalamualaikum...

Siapa kat sini dah pegi ke Jalan Tar / Masjid India? Rasa cam nak p sana la balik keje nie...nak mencari apa yang patut, jangan sangat benda yang tak patut sudah hehehe...

Doakan saya tak beli yang bukan2 yer....

Untuk mereka yang aktif di bulan ramadhan nie, sama ada melipat gandakan ibadah atau berniaga untuk menambah rezeki, set ini patut diamalkan oleh anda iaitu Set Mighty 3 Gems.


Sebelum amalkan Set Mighty 3 Gems dari Shaklee nie, customer nie sering merasa badan berat, letih dan mengantuk. Lepas terawikh baru tenaga datang, proses dapat tenaga dari makanan lambat.

Tapi sejak amal Set Mighty 3 Gems dari Shaklee, badan tidak lagi rasa berat, letih dan mengantuk, pendek kata tak flat....

Set ini terdiri daripada ESP, Meal Shakes dan Performance Drink.


Apakah fungsi minuman-minuman berkhasiat ini?

Energizing Soy Protein (ESP)
Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.

Meal Shakes
Sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.

Performance Drinks
Minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air.

Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar. Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.

Jom dapatkan Set Mighty 3 Gems sekarang!!!


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, July 11, 2014

Testimoni Shaklee Collagen Powder : Telapak Tangan Yang Dulunya Kering, Sekarang Tidak Lagi, Lembab Seperti Memakai Losyen

Assalamualaikum...

Hari nie Jumaat yang kedua di bulan Ramadhan tahun ini. Ya Allah...cepatnyer masa berlalu..teringat dua tahun lepas, saya jual kuih raya yang dibuat sendiri kat Uptown, dengan perut yang tenga memboyot masa tu, kenangan....Agak2 anak saya yang tu pandai tak buat kuih bila dia besar nanti? hehehe...

Sebenarnya hari nie saya nak share satu lagi testimoni Shaklee Collagen Powder (SCP). Jommm....


Customer nie ambil 1 sachet SCP setiap malam sebelum tidur. Selepas seminggu penggunaan, hasilnya sangat amazing katanya sebab salah satu perubahan yang ketara ialah telapak tangan beliau yang duluya kering, dah semakin lembab dan lembut tanpa pemakaian losyen. Dulu walaupun dah pakai losyen kulit masih kering.

Yang paling best, dapat pujian dari suami, siapa la yang tak suka kan? Selain kita menggembirakan hati kita, kita juga dapat menggembirakan hari orang2 yang tersayang ;)


Adakah Shaklee Collagen Powder selamat untuk Ibu mengandung dan menyusu?

Secara asasnya, kolagen selamat malah diperlukan untuk menjaga kulit agar tidak mengalami rekahan (stretch mark) bagi wanita hamil. Namun, ibu-ibu harus berwaspada pada bahan-bahan yang digunakan, kerana ada bahan yang tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu.

Malah, harus tahu juga bahawa produk-produk kolagen ini tidak diuji terhadap wanita hamil dan menyusu. Oleh itu, ibu-ibu kena periksa dulu apa bahan yang digunakan.

Contohnya dalam Shaklee Collagen Powder ini mengandungi sejenis herba bernama Pfaffia yang tidak sesuai untuk wanita hamil kerana ia memberi kesan kepada hormon mengandung. Tapi jangan risau, ibu mengandung boleh menggunakan Shaklee Collagen Powder sebagai masker. 

Nak cuba Shaklee Collagen Powder untuk kecantikan dari dalam?


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com




Thursday, July 10, 2014

Kenapa Tanah Palestin Begitu Istimewa? Jom Susuri Sejarahnya

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak berkongsi kisah/sejarah kenapa tanah Palestin menjadi rebutan...

Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan ‘Tanah Yang Dijanjikan Tuhan’ kepada mereka.

Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.

Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).


Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.

Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.

Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).

Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.
Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.

Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.

Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.

Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin.

Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan ‘fatwa’ mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.

Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.

Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.


Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.

Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.
Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.

Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.

Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.

Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.

Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.

Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.

Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.

Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.

Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.

Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, “Hari ini, Perang Salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.

Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.

Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.

Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.

British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.

Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.

Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab, “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam”.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.

Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.

Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.
Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler.
Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.

Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel.

Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.
Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.

Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.

Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.

Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.

Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.

Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.

Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.

Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.

Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.
Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.

Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.

Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.

Sumber : iluvislam

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmai.com

Wednesday, July 9, 2014

Testimoni Set Sendi Shaklee : Dah Boleh Tidur Malam, Lutut Pun Tak Rasa Mencucuk Lagi....

Assalamualaikum...

Sape kat sini yang rajin p terawikh? Angkat tangan!!! Alhamdulillah, semoga ramadhan tahun nie adalah ramadhan yang terbaik untuk kita semua.

Ada tak kat sini yang rasa cam sakit2 lutut or ada parent yang tak larat nak wat tarawikh sebab sakit2 sendi?

Nie saya nak share Set Sendi Shaklee yang mampu membantu menghilangkan sakit2 sendi...
In Shaa Allah...


Set Sendi Shaklee terdiri daripadaAdvanced Joint Health Tablet (AJHT), Ostematrix dan Omega Guard.

Kalau kita baca testimoni Set Sendi Shaklee di atas nie, makcik nie sering mengadu sakit sendi & tulang punggung hingga sukar untuk tidur malam. Terutama bila setiap kali bangun dari duduk, lutut pun rasa cam mencucuk2.

Selepas 4 hari konsisten makan Set Sendi Shaklee, makcik tu cakap kat anak dia:

"Alhamdulillah la, mak rasa lega skit selepas makan vitamin Shaklee tu, mak dah boleh tido malam, takde rasa sakit punggung nie, bila bangun dari duduk pun dah tak sakit lagi, nak solat pun mudah...lutut pun tak rasa mencucuk sangat, ada kurang la.."

Bestkan kalau kita dengar mak ayah kita yang selama nie menderita sakit lutut or sendi, lepas makan Set Sendi Shaklee, kesihatan mereka makin baik...



Set Sendi Shaklee bertindak dengan tiga kaedah, iaitu:

Kaedah 1 :  Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara:
  1. menyokong keselesaan sendi
  2. memelihara tisu penyambung yang sihat
  3. meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi.

Omega juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.


Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magensium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Ingin dapatkan Set Sendi Shaklee untuk orang tersayang?


Hubungi saya,
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, July 8, 2014

Testimoni Set Mighty 3 Gems Shaklee : Tiada Lagi "Lembik Lutut" Ketika Turun Naik Tangga

Assalamualaikum....

Hari nie dah masuk 10 Ramadhan, cepatnyer masa berlalu. Bagaimana dengan puasa kawan2 semua? dah boleh adjust perut?

Kalau ada yang masih tak boleh tu, cer cuba try Set Mighty 3 Gems dari Shaklee nie. Terdiri daripada ESP, MealShakes dan Performance Drink. Set nie sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan sepanjang berpuasa.

Set ini juga sesuai digunakan untuk ibu mengandung atau yang tengah menyusukan anak (breastfeeding). 

Jom kita baca salah satu testimoni Set Mighty 3 Gems Shaklee nie.





Ofis customer ni berada di tingkat 3, takde lif pulak tu, jadi kena la menapak naik dan turun tangga setiap hari. Turun ok lagi, nak naik yang seksa, tergetar2 kepala lutut huhuhu....

Kalau bukan bulan puasa pun kadang2 tak larat, ini kan lagi bulan puasa, lembik lutut kata customer nie.

Tapi sejak beliau amalkan Set Mighty 3 Gems nie, beliau rasa lebih bertenaga hingga ke petang walaupun turun naik tangga.


Mealshakes dan ESP Shaklee mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 asid amino yagn lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink pula membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehisrasi. Ia merupakan minuman kegemaran atlet.

Ia mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshakes dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.

Ingin dapatkan Set Mighty 3 Gems Shaklee?


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com



Monday, July 7, 2014

Testimoni Shaklee Collagen Powder : Kulit Makin Lembut, Sakit2 Badan Tiada, Membuang Pun Tak Ada Masalah dan Juga Pecah2 Kaki Pun Hilang

Assalamualaikum...

Siapa kat sini yang nak gebus gebas menjelang raya? Nie ada produk yang mampu mentransform kulit anda dalam masa yang singkat...In Shaa Allah...

Produk yang dimaksudkan ialah Shaklee Collagen Powder. Jom saya nak kongsikan satu testimoni Shaklee Collagen Powder (SCP) nie...


Hanya selepas 3 hari penggunaa SCP, customer nie merasa kulit beliau makin lembut, kesan jerawat makin pudar, sakit-sakit badan dah takde, bangun pagi badan bertenaga, membuang pun takde masalah, gastrik dan tak timbul, puasa pun steady jer (customer nie minum ESP Shaklee dan Kurma), pecah-pecah kat tapak kaki pun dah hilang.

Banyaknya kesan positif dari penggunaan SCP nie!!! Nie baru penggunaan selama 3 hari, kalau habis satu kotak? kalau satu bulan? Bayangkan je la ye...

Ada juga ibu menyusu yag dah cuba, dan Alhamdulillah tak mengganggu penyusuan, malah baby makin suka hisap susu tu sebab sedap!!!


Tujuh bahan utama SCP termasuk ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan meyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Bukan untuk tujuan kecantikan kulit saja, Shaklee Collagen Powder ini juga membantu untuk fungsi-fungsi lain:
  • Mencantikkan dan menyuburkan rambut - kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis dan rambut. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang.
  • Mencantikkan kuku - kurang kolagen boleh menyebabkan kuku kusam dan mudah patah
  • Menegangkan payudara - Ini pasti ramai yang suka nie huhuhu....
  • Menguatkan tulang - masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan  kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Jadi kita perlukan kolagen untuk tulang yang sihat.
 Lain-lain testimoni Shaklee Collagen Powder:
1) Kulit glowing, jeragat ala-ala mat saleh makin pudar
2) Kesan jerawat tiada, liang roma makin mengecil, dan of course kulit makin licin dan gebu
3) Badan rasa lebih bertenaga dan kulit makin cerah dan berseri




Nak cuba Shaklee Collagen Powder untuk cantik, menarik tertarik di hari raya?


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com


Thursday, July 3, 2014

Testimoni Performance Drink Shaklee : Badan Tak Cepat Pancit dan Kekal Bertenaga Walaupun Berpuasa dan Menyusukan Anak

Assalamualaikum...

Salam petang semua, hari nie dah plan nak masak apa untuk berbuka? atau beli kat pasar ramadhan jer? Saya kalau sempat masak, kalau tak, beli jer tapi malam kena masak juga untuk bersahur. Kesian kat suami and anak kalau tak masak. Love them all :)

Hari nie saya nak berkongsi pula tentang Performance Drink Shaklee. Top seller Shaklee product masa bulan puasa nie sebab ia membantu badan kita yang kurang air masa bulan puasa nie.


Mengikut perkongsian Puan Mysarah, beliau beri Perfomance Drink Shaklee kepada suami beliau yang aktif bersukan seperti futsal dan badminton.

Sebelum ini, selepas bersukan, pasti suami beliau akan rasa penat dan lenguh2 badan.

Selepas pengambilan, suami beliau lebih bertenaga dan tak cepat pancit.

Selain diberikan kepada suami, beliau juga minum Performance Drink sepanjang bulan puasa dan hasilnya beliau rasa bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa dan menyusukan anak.

Sangat bestkan Performance Drink Shaklee nie?

Performance Drink Shaklee didatangkan dalam bentuk serbuk dan hanya perlu dibancuh dengan segelas air dan yang paling penting penting rasanya sedap!!!


Antara kelebihan Performance Drink Shaklee:
  1. Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.
  2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  3. Campuran elektrolit OPTI-LTYE proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi meyokong hidrasi optimum.
  4. Terbukti secara klinikal: Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Rasanya Performance Drink Shaklee nie patut ada di setiap rumah masa bulan puasa nie.

Nak dapatkan Performance Drink Shaklee?

*** COD di kawasan sekitar Batu Caves, Selayang, Gombak, Setiawangsa, Keramat, KLCC dan poslaju di seluruh Malaysia.


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Makanan Rohani : Cara Mengerjakan Solat Tarawikh Bersendirian

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak berkongsi tentang bagaimana cara mengerjakan solat tarawikh bersendirian. Memang lagi afdal jika dilakukan secara berjemaah di masjid, surau atau dirumah tapi untuk mereka yang ada kekangan seperti saya yang mempunyai anak kecil dan tiada siapa nak jaga mereka.

Daripada rugi tak dapat nak mengerjakan solat tarawikh di masjid yang sememangnya dekat dengan rumah, saya juga boleh melakukannya dirumah ;)


1) Bagaimana nak buat solat tarawikh bersendirian?

Solat tarawikh sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat tarawikh atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagimana yang baisa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat tarawikh ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun an sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat tarawikh dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (8, 20 atau sebagainya)

2) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawikh itu perlu dan macam mana kalau tidak buat dan cara melakukannya (tidak berselawat)

Adapun berselawat selepas setiap 2 rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat tarawikh jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu "Solat Tarawikh". Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca Al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita menerukan solat tanpa menyelangi dengan sebarang ibadah yang lain.

Wallahu a'lam...

sumber : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, July 2, 2014

Testimoni Vivix Shaklee : Kolesterol, Kencing Manis, Darah Tinggi? Semua TURUN!!!

Assalamualaikum....

Hari nie saya nak berkongsi lagi tentang kebaikan Vivix Shaklee. ade yang panggil tonik ajaib, ada yang panggil sirap power. Dah macam bunyi iklan tongkat ali pula, tapi nie bukan tongkat ali tau...


Customer nie belikan ibunya Vivix Shaklee untuk masalah kolesterol, kencing manis dan darah tinggi.

Selepas beberapa lama ibunya mengamalkan Vivix Shaklee, hasil check-up dengan doktor, kolesterol turun, kencing manis turun dan darah tinggi juga turun. Doktor pun senyum jer dan pesan maintain pemakanan yang bagus sebegini. Tapi ibu beliau hanya jawap, saya makan macam biasa cuma saya ambil Vivix dan ESP Shaklee.



2 faktor penting yang menjadi penyebab dari kolesterol yang semakin meningkat, diantaranya adalah:

1. Faktor yang tidak dapat dikawal

    a) Keturunan - apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak
        memiliki bakat untuk mempunyai kolesterol yang tinggi, risiko adanya suatu gangguan
        kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak berbanding orang tua. 

    b) Usia - setelah berusia 20 tahun, kolesterol cenderung meningkat. Untuk lelaki, kolesterol akan
        mudah naik setelah umur 50 tahun. Untuk wanita, kolesterol akan mudah untuk naik setelah
        menopause.

2. Faktor yang dapat dikawal

    a) Makanan yang mempunyai terlalu banyak lemak tepu seperti mentega, biskut dan fast food
    b) Kelebihan berat badan
    c) Kurang berolahraga
    d) Merokok
    e) Gaya hidup yang tidak sihat
    f) Stress
    g) Diabetes Mellitus
    h) Minum kopi yang berlebihan
    i) Diet yang salah
    j) Obesiti

Kencing manis pula terdapat 2 jenis:

1. Kencing Manis Jenis 1
    Berpunca daripada maslah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang
    tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing
    Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi  atau budak yang muda.

2. Kencing Manis Jenis 2
    Jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur
    40 tahun ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan penyakit
    ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yagn lebih muda. Kini, terdapat
    ramai orang berumur sekitar 30-an sudah pun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.


Jom kita tengok pula apakah punca darah tinggi:

Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.

Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.   

Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

Strok : Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

Gangguan penglihatan/mata : Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

Arteri : Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.

Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

Kerosakan buah pinggang : Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.

Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

Serangan jantung : Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angin boleh berlaku.

Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

Kegagalan jantung kongestif

Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.


Hubungi saya kalau nak cuba Vivix Shaklee. Pasti diiringi dengan konsultasi berterusan dan tips ekslusif hanya dari saya.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, July 1, 2014

Testimoni Vivix Shaklee : Opah Yang Sebelum Nie Lemah, Tak Bertenaga, Dah Boleh Buat Sambal Belacan Yang Amat Dirindui

Assalamualaikum...

Sekarang dan masuk bulan Julai, hujung bulan nie raya pula. Sempena nak sambut raya nie, Shaklee ada buat promosi Vivix, beli 6 percuma satu. Bestnyerr!!! nak tau kenapa? Sebab Vivix nie memang sangat best.

Antara kelebihan Vivix Shaklee ialah:
  • Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan.
  • Memelihara keseluruhan kesihatan
  • Anti oksida yang sangat baik - awet muda (boleh nampak muka 25 tahun tau)
  • Membantu anda merasa lebih bertenaga
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Membantu pesakit diabetic
  • Menguatkan sistem imun
Jom kita baca salah satu testimoni pengguna Vivix Shaklee.

Sabtu lepas saya berkesempatan menziarahi opah. Saya kan cuti raya lambat, jadi bila semua dah balik baru saya sempat pulang ke kampung. Sebelum puasa dah balik kampung tengok opah. Masa tu keadaan opah memang sangat menyedihkan. Bila berdiri je nak tumbang, bila duduk asyik tertidur. Nak cakap dah makan pun macam tak larat.

Mujur saya memang dah ready bawa balik Vivix untuk opah. Malam tu saya suapkan satu sudu kecil. Esoknya sebelum balik, saya bagi satu sudu lagi. Lepas tu makcik saya bawa duduk dengan dia di Kedah kerana mudah nak jaga. Opah terpaksa ulang-alik ke hospital. Sempat saya pesan minta makcik bagi sedikit Vivix tu.

Alhamdulillah, sebelum raya opah kembali ke rumahnya di Perak. Dan semasa saya ziarah dia minggu lepas nampak keadaannya bertambah baik. Cuma dia dah banyak lupa. Saya tak pasti berapa banyak opah ambil Vivix sebab dia memang dah tak berapa ingat. Cuma saya pesan pada adik saudara saya yang kerap ziarah opah supaya bagi sekali sehari.

Walaupun opah tak ambil Vivix dengan konsisten, saya yakin ia turut membantu opah. Selepas saya bagi opah Vivix, esok harinya pagi-pagi opah duduk di luar dan menyapu sampah di luar. Terkejut saya tengok opah. Kemudian, dia siap ke dapur dan buat sambal belacan yang sangat dirindui. Alhamdulillah, rasa seronok sangat sebab sebelum balik nampak opah lebih bertenaga.

Sebelum kami pulang, dia sempat duduk di luar dan bersembang-sembang. Takdelah rasa sedih sangat nak tinggalkan opah berdua  dengan atuk macam sebelum bulan puasa  yang lepas.

Harap opah terus kekal sihat. Muadz pun seronok main dengan moyangnya. Sayang opah...


Siapa yang tak seronok bila ahli keluarga kesayangan kembali sihat bertenaga kan?



Lain-lain testimoni Vivix Shaklee:
1) Malam minum satu sudu, esok pagi dah aktif mengemas
2) Vivix berjaya hilangkan penyakit kayap
3) Vivix mencantikkan kulit saya dari dalam


Jom dapatkan Vivix Shaklee untuk ahli keluarga atau diri anda sendiri.

Rose Azadir
SMS/Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com