Friday, May 30, 2014

Testimoni GLA + Meal Shakes + ESP + Nutriferon Shaklee : Pendarahan Telah Berhenti dan Ekzema juga Semakin Hilang

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian tentang masalah hormon tidak stabil.
Masalah yang dihadapi oleh puan Zamzalina ialah pendarahan selama 6 bulan tanpa henti.
Beliau tekah berkali-kali berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan Pap Smear, result negatif dari kanser.

Namun darah tetap keluar hingga sukar untuk beliau solat. Terpaksa cuci dan tukar semua. Doktor mencadangkan mengambil suplemen seperti EPO dan yang sewaktu dengannya.

Dalam waktu yang sama, Puan Zamzalina juga menghidap ekzema yang menyebabkan lepuh kedua tapak tangan dan kaki.

Akhirnya beliau mencuba GLA  + Meal Shakes + ESP  + Nutriferon Shaklee. Dan hasilnya pendarahan dah berhenti dan ekzema juga semakin hilang. Hanya tinggal parut2 yang semakin pudar sahaja.



GLA membentuk prostaglandin yang mengawal selia hormon lelaki dan wanita termasuk estrogen dan testosteron. Jadi lelaki pun memang tak ada masalah untuk mengambil GLA Kompleks. Antara kesan baiknya terhadap wanita adalah memperbaiki simpton PMS seperti sakit semasa period, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

GLA membantu wanita membetulkan kitaran haid sekaligus mengurangkan risiko ketidaksuburan dan memudahkan perancangan untuk hamil. Yang lebih menarik, GLA dikatakan boleh menyediakan persekitaran yang baik untuk sperma hidup dan membuatkan jangka hayatnya lebih lama jadi waktu subur dipanjangkan.


Meal Shakes Shaklee mampu mengurangkan masalah ekzema dengan membantu membaik pulih sel-sel badan agar sihat dan sempurna. Pesakit ekzema lazimnya mengalami pertumbuhan sel-sel abnormal. Jadi, pengambilan Meal Shakes dapat membantu menghasilkan sel yang lebih sihat dan normal. Jika diamalkan secara konsisten, In Shaa Allah memang ada yang pulih sepenuhnya.

ESP membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.

Nutriferon berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu:
* Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
* Menggerakkan "pasukan cari dan musnah" dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Nutriferon merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlidungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dan sebagainya.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, May 28, 2014

Info Sihat : Ketahui Punca-Punca Rambut Gugur

Assalamualaikum...

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.



1) Stress dan Tekanan

Tahukan anda, hormon seks wanita iaitu estrogen menggalakkan pertumbuhan rambut yang tebal. Walaubagaimanapun, wanita juga menghasilkan sedikit hormon adrogen. Jika kuantiti hormon androgen meningkat, ia juga salah satu sebab yang menyebabkan keguguran rambut.

Hormon androgen dihasilkan secara aktif jika seseorang wanita itu mengalami stress atau tekanan. Jadi, kurangkan tekanan dan rehatlah sebaik mungkin.


2) Penggunaan Produk yang Tidak Sesuai

Keguguran rambut juga berpunca daripada penggunaan produk yang tidak sesuai atau produk untuk melunturkan rambut, mewarnakan rambut, meluruskan rambut dan mengerintingkan rambut. Penggunaan produk sebegini akan memutuskan rambut tetapi bukanlah menggugurkan rambut daripada akarnya.

Jadi untuk mengurangkannya, gunakan syampu yang betul dan sesuai dengan rambut, elakkan mencuci rambut terlalu kerap serta kurangkan penggunaan pewarna rambut dan produk-produk penggayaan rambut.

3) Pemakanan yang Tidak Seimbang

Rambut juga memerlukan vitamin yang cukup untuk kesuburan serta kesihatannya yang maksimum. Mungkin nampak remeh tetapi ini mungkin punca rambut kita sering gugur. pemakanan yang seimbang sangat digalakkan bukan sahaja untuk kesihatan badan, malah juga untuk kesihatan rambut.

Untuk kesihatan rambut, ambillah makanan seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Alternatif yang lebih baik adalah dengan pengambilan makanan tambahan. Dalam rangkaian suplemen Shaklee anda boleh mencuba ESP dan Zink Kompleks.

4) Perubahan Hormon

Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak juga merupakan salah satu punca keguguran rambut. Ramai wanita mengalami hormon tidak stabil selepas melahirkan anak.

5) Faktor Genetik

Jika seseorang ibu atau ayah mengalami masalah rambut gugur apabila umur meningkat, anak-anak turut bakal mewarisi.

6) Selalu Menarik Rambut

Ada wanita mempunyai sikap suka menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut.

Walaupun kita bertudung, penjagaan rambut haruslah dijaga, untuk suami tersayang juga. Untuk keharmonian rumahtangga anda.



Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, May 27, 2014

Info Sihat : 4 Penyakit Kronik yang Disebabkan oleh Kegemukan/Obesiti

Assalamualaikum...

Tahukah anda, obesiti bukan sekadar menyebabkan kita nampak berisi, tapi ia juga lebih bahaya dari tu. Obesiti boleh membuatkan kita menjadi berisiko tinggi untuk pelbagai penyakit kronik. Jom baca kat bawah nie.

1) Kencing manis

Kencing manis dikatakan disebabkan oleh ketidak bolehan tubuh menghasilkan insulin secukupnya untuk menukar glukos kepada tenaga. Tapi tahukah anda, root cause perkara ini terjadi adalah sebab lemak dah banyak sangat dalam salur darah sejak the first time kita overload tubuh dengan makanan rapu dan berlemak.

Bila salur darah overload, insulin tetap dihasilkan tapi tak dapat nak lalu melepasi salur darah sebab salur darah jadi sempit. Lama-kelamaan insulin stuck dalam salur darah. Lama-lama pankreas akan terima signal, kita tak perlukan as much insulin. Bukan salah organ tubuh kita, tapi salah kita sebab kita yang overload tubuh dengan makanan yang tak sihat sejak zaman kanak-kanak.

2) Sakit jantung

Pernah tak dengar orang yang family history takda sakit jantung. Tiba0tiba dia diserang sakit jantung stage 3 salur darah tersumbat, tinggal satu jer salur darah jantung yang masih available. Itu pun stage kronik. Ia adalah disebabkan gaya pemakanan kita yang banyak makan makanan berlemak dan bergoreng dan tambahan kita tiada usaha memecahkan lemak.

3) Sakit Sendi

Osteoarthritis ialah sejenis sakit sendi yang boleh dirasai di sendi lutut, pinggang dan belakang. Berat badan yang tinggi akan meningkatkan risiko sakit sendi sebab sendi-sendi ni terpaksa tampung berat badan yang melebihi had BMI dan menghauskan tisu-tisu yang sepatutnya melindungi dan menyokong sendi-sendi ini.

4) Kanser

Bila terlalu banyak lemak dalam darah, hormon estrogen akan meningkat. Hormon estrogen bagus, tapi kalau banyak sangat boleh membawa penyakit seperti kanser payudara, kanser usus dan kanser2 lain.



Kurus bukan sekadar untuk nampak cantik dan gorgeous malah ia membantu kita sihat. Bila badan sihat, baru boleh uruskan anak, rumah tangga dan macam-macam lagi.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com


Monday, May 26, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Selain Badan Semakin Kurus, Badan juga Semakin Cergas dan Bertenaga

Assalamualaikum...

Apabila kita mengamalkan suplemen untuk kurus atau apa-apa suplemen kesihatan, kita akan disarankan untuk minum air kosong yang banyak, 2-3 liter sehari, kenapa?

Air meliputi hampir 70% dari tubuh kita. Maksudnya organ-organ dalam tubuh kita perlukan air untuk berfungsi dengan baik.

Jadi dah tahu satu tips untuk kurus dengan suplemen kurus Shaklee kan? Jom kita bacakan satu testimoni dari pengguna Set Kurus Shaklee.



Sebelum amalkan Set Kurus Shaklee, Puan Mazura mengadu penat pada suaminya, Balik kerja melepet jer, nak buat kerja rumah pun tak lalu.

Selepas mengamalkan Set Kurus Shaklee, bukan sahaja badan makin kurus malah badan makin cergas dan bertenaga, balik kerja pun rajin buat kerja rumah. Hingga en. Hubby beliau pun perasan.

Minum air kosong pun dah macam hobi, beliau sangat suka minum air kosong yang mana sangat bagus untuk badan.

Set Kurus Shaklee yang diamalkan oleh Puan Mazura terdiri daripada Lecithin, Alfalfa dan ESP.



Lain-lain testimoni Set Kurus Shaklee :
1) Saya consume Herblax + Alfalfa +Lecithin untuk kurus
2) Tak caya dari XXL turun ke L dalam masa 3 bulan
3) Berjaya turunkan bacaan kolesterol daripada6.5 kepada 4.5


Hubungi saya,

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
 

Friday, May 23, 2014

Info Sihat : Gout - Sebab, Akibat dan Cadangan Suplemen Shaklee yang Membantu

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak berkongsi tentang satu penyakit yang agak popular di kalangan kita iaitu GOUT.

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.



Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.



Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein)); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
 
Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi
  • Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  • Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  • Kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  • Bersenam

Gout dan Vitamin C



Pesakit gout perlu mengambil vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gout.

Vitamin C adalah uricosuric semula jadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimana pun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalan asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukup. Ideal dos: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Cadangan Suplemen Shaklee

Selain Vitamin C, pesakit gout juga boleh mengamalkan suplemen-suplemen berikut:
  1. Vivix - mengimpak 4 mekanisme anti penuaan. (melindungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
  2. Omega Guard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
  3. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
  4. Performance Drink - memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, May 22, 2014

Testimoni Meal Shakes Shaklee : Bantu Ibu-ibu yang Mengalami Alahan Ketika Mengandung

Assalamualaikum...

Berasa sakit berbanding dengan "berseri-seri" pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza unutk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.

Mabuk hamil boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda - dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjada anak dan melakukan kerja rumah.

Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa "menjaga penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda perlukan.

Selain membantu menaikkan selera makan anak, Meal Shakes Shaklee mampu membantu ibu-ibu yang mengalami alahan ketika mengandung. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

Berikut adalah salah satu testimoni pengguna Meal Shakes Shaklee.


Puan Umi beri Meal Shakes Shaklee kepada anak beliau yang kurang selera makan. Setelah dua miggu, selera makan anak beliau semakin bertambah.

Kedua, beliau disahkan mengandung dan mengalami alahan yang agak teruk. Vitamin berbentuk pil pun dia tak lalu nak telan. Jadi beliau minum Meal Shakes untuk keperluan vitamin dan tenaga yang berterusan.

Bau Meal Shakes Shaklee yang sangat harum (french vanilla) sangat mengujakan bila minum.

Selain minum Meal Shakes Shaklee, saya bagi tips untuk mengelakkan dan mengurangkan loya-loya anda.

Makan sedikit dan kerap.
Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dan darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

Makan apa dan bila anda kehendaki.
Tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda.
Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik
Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

Cuba minum di antara waktu makan
Terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kuib ais jika anda muntah air.

Dapatkan rehat yang secukupnya
Ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

Hidu buah lemon
Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.

Minum teh halia
Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. 
Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.

Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan (Meal Shakes Shaklee) boleh mengurangkan mabuk kehamilan.
Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

Cuba terapi semula jadi
Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

Beritahu seseorang
Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda.


Lain-lain testimoni Meal Shakes Shaklee :
1) Selepas 2 minggu , selsema dah tiada, selera makan meningkat
2) Sangat sesuai untuk anak yang picky eater macam anak saya
3) Tengok lengan anakku, dah makin bam bam


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, May 21, 2014

Info Sihat / Makanan Rohani : Ikhtiar Untuk Merawat Demam Panas

Assalamualaikum...

Bagi pasangan suami isteri kebanyakan pernah merasai betapa susahnya menjaga anak yang mengalami demam panas. Saat suhu badan anak melepasi paras 38 darjah celcius selepas diukur dengan alat pengukur demam maka perasaan runsing dan risau serta penuh pengharapan untuk melihat anak-anak mereka kembali normal seperti hari yang sebelumnya.


Pengalaman menyediakan ubat bontot, mengelap badan anak setiap masa, memandikan anak diwaktu dinihari adalah ikhtiar ibubapa untuk mengelakkan suhu badan anak menjangkau suhu yang terlalu tinggi. Itulah kepentingan ilmu asaS pengubatan anak-anak sangat penting kepada ibubapa.

Berdasarkan pengalaman, disaat suhu badan anak melebihi 39 darjah celcius, maka ibubapa pasti akan membawa anak mereka ke wad kecemasan dengan harapan usaha mereka akan dibantu para doktor yang pakar dalam bidangnya.

Tapi apa yang terjadi ialah, hanya jururawat yang terus sahaja memandikan anak mereka dalam suasana yang biasa bagi mereka dengan tujuan untuk mengelak suhu badan anak terus menjadi naik,ibubapa yang runsing terpegun sambil berdoa agar anak mereka sembuh seperti biasa. Akhirnya dengan izin Allah sembuhlah anak mereka menggunakan kaedah tersebut.

Pengalaman ibubapa mungkin tidak sama antara satu sama lain.Namun begitu dalam bidang pengubatan Islam, terdapat cara yang boleh kita amalkan serta ikhtiarkan untuk merawat penyakit demam panas ini seperti berikut:

DOA YANG DIBACA

1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’



ASAS 4

3. Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr

ASAS 8  AL-HASYR 21-24
4. Doa demam panas

demam1

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka”

KAEDAH RAWATAN

Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.

Sumber : feryco.com dari As-Syifa’ Melaka


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, May 20, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Orangnya Sememangnya Cantik, Ditambah Pula Dengan Suplemen Untuk Kulit Lagi Meletop!!!

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak berkongsi pula Testimoni Set Skincare Shaklee.


Gambar kat atas nie dah ceritakan segalanya. Tak perlu caption panjang lebar, tengok gambar sebelum dan selepas.

Sebelum :  muka nampak kusam dan kurang bermaya
Selepas : muka nampak makin berseri, cerah dan tona sekata. Tak perlu make up tebal pun dah cantik.

Set Skincare Shaklee terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E, B Complex dan ESP.



Vitamin C
Dapat membantu mengatasi pembentukan kolagen, menghalang kedutan, mencerahkan kulit & mencegah pigmen terbentuk

Vitamin E
Amat terkenal sebagai anti penuaan, mencerahkan kulit dan membantu menghilangkan parut.

Vitamin B
Dapat membantu mengatasi kulit kering, mengawal jerawat, menaikkan seri muka (muka pun ala-ala glowing gitu)

ESP
Memperbaiki sel2 lama dan rosak dan membantu penyerapan vitamin-vitamin dengan lebih optimum.


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, May 19, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Jaga/Kawal Cara Pengambilan Makanan & Minum Air Kosong yang Mencukupi Untuk Kurus

Assalamualaikum...

Happy Monday!!! jom nyanyi happy song yang orang dok share kat Facebook la nie. Layan gak kalau tengah2 lemau.

Dah layan lagu tu, jom layan Testimoni Set Kurus Shaklee pulak.




Puan Nadia nie mempunyai kerangka besar, so kalau dia kurus pun still nampak besar. Tapi bila gemuk sikit lagi la tak best sebab based on experience Puan Nadia nie, dia cakap tak selesa nak bergerak n baju pun semua ketat2, tak syok!!!

Jadi beliau pun cuba nak kuruskan badan dengan ESP + Lecithin + Herb-Lax + Alfalfa. Dalam masa 1 bulan beliau berjaya turunkan berat badan sebanyak 10kg!!!! banyak tu.

Pesanan beliau, kalau nak turunkan berat badan kena jaga/kawal pemakanan dan minum air kosong secukupnya. Tak boleh la nak harapkan makan produk kurus n boleh kurus dalam masa yang singkat.


3 langkah untuk kurus dalam program pengurusan berat badan Shaklee ialah bakar lemak (lecithin) + buang lemak dan toksin (Herb-Lax dan Alfalfa) + bina otot supaya kulit tidak menggeleber selepas kehilangan lemak (ESP).

Lain-lain testimoni Set Kurus Shaklee :
1) Target nak dapat 53kg hampir dicapai, excitednyer!!!
2) Bukan sahaja berat makin kurang, kulit juga makin lembut dan halus
3) Period dah stabil dan berat badan turun 2kg dalam 18 hari


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, May 16, 2014

Testimoni Meal Shakes Shaklee : Demam, Selsema, Batuk Dah Jarang Hinggap Kat Anak Puan Diyana

Assalamualaikum...

Hari nie hari guru, Selamat Hari Guru buat cikgu2 yang pernah mengajar saya, sejak dari tadika hingga universiti. Jasa anda semua sangat2 saya hargai, Love u all my teachers!!!

Tak lupa juga buat Cho saya, selamat hari guru, tadi sms dia, wish n tanya banyak ke dapat hadiah? Dia cakap banyak dapat makanan, tapi semua anak2 dia dah langsaikan hehehe...Alhamdulillah rezeki anak2.

Cerita pasal anak, meh saya nak share satu testimoni Meal Shakes yang amat2lah popular di kalangan ibu2.


Puan Diyana nie bagi Meal Shakes kat anak dia sebab anak dia sering demam, batuk, selsema. Mungkin sebab anak dia dihantar kat nursery, bercampur gaul dengan ramai budak2 yang lain. Jadi sakit2 macam nie senang hinggap.

Selepas anak dia minum Meal Shakes Shaklee, sakit2 biasa tu jarang datang, sebab antibodi badan anak dia makin kuat.

Bestkan? tak perlu lagi ibu2 ambik Emergency Leave sebab anak sakit, bos pun tak la bising.


Macam mana nak bagi Meal Shakes Shaklee nie pada anak? Boleh bagi serbuk tu camtu je ker?
Caranya senang jer, bancuh Meal Shakes Shaklee nie dengan susu anak or apa2 air feveret anak.

Mesti anak2 suka sebab Meal Shakes Shaklee nie rasa dia sedap sangat cam aiskrim dan baunya sangat wangi.

Nak cuba Meal Shakes untuk anak tersayang?


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, May 15, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Sakit Tangan dan Gatal2 Kulit Dah Hilang Dengan ESP + Vita C + Alfalfa

Assalamualaikum....

Perkongsian hari nie khas untuk mereka-mereka yang ada masalah sakit tangan dan gatal-gatal kulit.


Puan Norida nie ada masalah sakit tangan dan gatal-gatal hingga sampai luka dan merekah. Beliau juga telah pergi ke merata klinik, swasta dan kerajaan, masih tak elok juga.

Lalu beliau mencuba ESP + Vitamin C dan Alfalfa. Hasilnya sangat menarik, gatal-gatal hilang, kulit juga kelihatan lembut dan halus.





Siapa-siapa yang ada masalah seperti di atas dan nak cuba produk Shaklee, boleh hubungi saya yer.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, May 14, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Target Nak Dapat Berat 53kg Hampir Dicapai, Excitednyer!!!

Assalamualaikum...

Nie dah dekat nak puasa lepas tu nak raya lagi, mesti ramai yang tengah berkira-kira nak kuruskan badan, nak nampak cantik bila pakai baju raya.

Alang-alang tengah tercari2 produk yang sesuai apa kata cuba Set Kurus Shaklee yang terbukti selamat dan semulajadi.

Tak yakin dengan Shaklee? Jom baca testimoni dari salah seorang customer yang berpuas hati dengan Set Kurus Shaklee.





Puan Dilla nie berat badan dia naik masa mengandung anak yang pertama 67kg, dan mengandung anak kedua 71kg.

Kini berat badan beliau turun hingga 58kg selepas consume Set Kurus Shaklee yang terdiri daripada ESP, Alfalfa dan Lecithin.


ESP ialah protein yang membantu membina otot apabila lemak2 disingkirkan dari badan, jadi tidaklah kulit kita akan menggeleber. ESP juga membantu memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan tenaga yang kekal lama. Selain itu, ia juga mampu mencantikkan kulit dengan memudarkan kesan parut dan membuatkan kulit kelihatan lebih bermaya.

Lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier) kepada lemak-lemak yang terkandung dalam makanan. Ada satu bahan kimia yang terhasil bila kita consume Lecithin, ia dipanggil 'bile' yang boleh membantu proses penghadaman dan detoksifikasi kita.

Alfalfa mampu menyingkirkan lemak dan kolesterol. Penggunaan dalam jangka masa panjang dapat menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah sakit jantung dan darah tinggi. Ini kerana, Alfalfa mengandungi Saponin yang bertindak sebagai span yang menyerap kolesterol.

Sekarang beliau tambah Omega Guard dan Cinch Shake perisa Coffee Latte untuk mempercepatkan proses kurus.

Lain-lain Testimoni Set Kurus Shaklee:
1) Bukan Sahaja Berat Semakin Kurang, Kulit Juga Semakin Lembut dan Halus
2) Period dah Stabil dan Berat Badan Turun 2kg dalam 18 Hari
3) Bertambah Semangat Bila Saiz Baju Makin Mengecil


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com


Monday, May 12, 2014

Testimoni Vitamin Shaklee : Orang Cakap Muka Saya Cantik Macam Pakai Kolagen

Assalamualaikum...

Hari nie saya cuti, saje je tambah cuti, sebab esok kan public holiday, jadi alang2 tu sambung je la cuti, lagi pun cuti tahun ade lagi, kalo takde, terpaksa la kerja juga.

Cuti hujung minggu yang lepas saya p ke taiping, rumah abang n kakak di sana. Abang baru di transfer ke Taiping dari Teluk Intan. Semoga kerja di tempat baru tak memeningkan kepada beliau. Fighting Oppa!!!

Back to main agenda, hari nie saya nak berkongsi tentang testimoni rangkaian vitamin Shaklee.



" Puan Niza merupakan salah satu pelanggan Shaklee yang sangat berpuas hati dengan produk keluaran syarikat ini. Nak tahu kenapa saya cakap camtu? sebab tengok je senarai vitamin yang telah beliau cuba, panjang betul list dia, Jom kita semak sama2.

Pada mulanya beliau consume Shaklee ketika beliau mengandung 7 bulan. Ketika itu beliau mengalami masalah HB Low (hemoglobin rendah). Masalah nie memang sering dialami oleh ibu2 mengandung.

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras homoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk untuk mendapat anemia.

Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, disinilah serangan anemia bermula.

Untuk mengatasi masalah ini, beliau consume Vita-Lea, Vitamin C dan B Complex.


Vita-Lea
Setiap tablet mengandungi nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah. 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan dan juga penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

B Complex
b Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B yang lain. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

Seminggu sebelum bersalin, beliau tambah pula dengan Ostematrix iaitu pil kalsium.

Ostematrix
Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

Setelah selamat melahirkan anak, beliau consume pula set berpantang dan set penyusuan Shaklee yang terdiri daripada Vita-Lea, Vitamin C, Ostematrix, B Complex, ESP dan Alfalfa. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Berpantang dan Set Penyusuan Shaklee boleh baca di sini.

Puan Niza juga consume Vitamin E, GLA, dan Lecithin untuk kuruskan badan dan untuk kulit yang cantik. Nak tahu tentang kelebihan Vitamin2 ini? Baca di sini. 

Beliau sangat berpuas hati dengan vitamin2 Shaklee nie kerana beliau telah merasai perubahan yang sangat ketara antaranya sangat bertenaga walaupun kurang tidur kerana melayan anak2, tempoh berpantang yang sangat selesa juga kulit yang makin cantik.


Hubungi saya,

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, May 9, 2014

Info Sihat : Jom Kira Body Mass Index (BMI) Masing-masing

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak berkongsi pula tentang BMI. Kalau nak kata kurus or berat badan ideal, inilah term yang sering disebut2. Jom kita fahami apakah BMI ini.

Apa itu BMI?

Dari Wikipedia, BMI merujuk kepada Body Mass Index atau dalam Bahasa Melayu disebut, Jisim Indeks Tubuh (JIT).


Apakah kepentingan BMI/JIT? 

BMI sebenarnya adalah suatu langkah yang digunakan untuk menilai tahap kegemukan seseorang dengan mengukur ketinggian dan berat individu tersebut. Melalui BMI, seseorang individu dapat menentukan dirinya mengalami mesalah kegemukan atau pun tidak.

Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini adalah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.

Apabila kalori diambil berlebihan, baiknya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh (BMI):
Berat tubuh badan (KG) / Ketinggian (M) X Ketinggian (M)

Contoh:
Berat badan = 55kg
Ketinggian = 1.56m.

1.56 x 1.56 = 2.4336

55 / 2.4336 = 22.6

Sekiranya BMI anda;
  • Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
  • 20 hingga 24.9, berat badan yang normal
  • 25 hingga 29.9, berat badan berlebihan
  • 30 dan ke atas, anda adalah obesiti 
Jom kira BMI masing-masing.

Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com


Thursday, May 8, 2014

Info Sihat : Rahsia dan Khasiat Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum....

Asid folik sangat diperlukan oleh badan terutama ibu2 yang sedang mengandung.Asid folik diperlukan untuk memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik juga untuk tumbesaran otak bayi.

Ia merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi.

Lebih malang lagi, bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor untuk mengambil asid folik dan vitamin yang diberikan.

Untuk pengetahuan, asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neutral Tube Defect" atau NTD. Jika menurut kajian, pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% to 70% kemungkinan daripada ianya berlaku.

Sudah pasti Allah yang tentukan semua tu, tapi usaha kena datang dari diri kita sendiri.  Usaha kita mengamalkan dan doa kita untuk anak dalam kandungan itu perlu ada.

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnya bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.


Sumber-sumber Asid Folik
Makanan berikut mengandungi asid folik: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

Risiko kekurangan Asid Folik
Kekurangan asid folik boleh menyebabkan:
  • Sakit di sekeliling mulut.
  • Sakit lidah
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak
  • Anemia

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Rangkaian vitamin Shaklee juga ada menawarkan asid folik iaitu B Complex yang dilengkapi dengan asid folik. Sebotol ada 120 biji dengan harga RM53.75 sahaja.


Hubungi saya,

Rose Azadir
SMS/Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com 

Wednesday, May 7, 2014

Info Sihat: Penyebab Mata Merah

Assalamualaikum...

MATA merah atau kemerahan merupakan antara masalah yang sering kali berlaku sehingga menjejaskan keselesaan mata dan ketajaman penglihatan. 

Selalunya kita akan mula risau apabila mata mula mengalami masalah sama ada kerap berair, menjadi kabur atau sakit.



Sebenarnya gejala-gejala sedemikian dapat memberi amaran terdapat masalah atau sesuatu yang tidak kena pada mata, dan kita harus mengambil tindakan sewajarnya. 

Oleh itu, penting bagi seseorang mengetahui serba sedikit bila mereka menghadapi situasi sebegini.
Kita perlu tahu sama ada terdapat keperluan untuk mengambil tindakan segera atau masih boleh menunggu beberapa hari sebelum mendapatkan nasihat dan rawatan doktor mata. 

Mata kita membabitkan kelopak mata dan biji mata. Jika sesuatu berlaku pada kelopak mata, ia biasanya tidak menyebabkan kebutaan. 

Penyebab kemerahan mata yang paling biasa berlaku ialah penyakit alahan, di mana pesakit mengalami gejala seperti berasa gatal pada mata dan mata sering berair. 

Bagaimanapun, penglihatan tidak terganggu dan ia dapat dirawat dengan ubat titis. Bagi kanak-kanak, selain berdepan masalah mata, mereka juga sering mengalami alahan dan penyakit lelah.
Penyakit kelopak mata yang boleh menyebabkan mata merah pada kanak-kanak adalah ketumbit. 

Satu lagi penyebab penyakit mata yang sering berlaku ialah konjuntivitis.Gejala yang dialami pesakit juga sangat jelas, iaitu mata menjadi merah, berair, merasa silau dan ada banyak tahi mata.

Penyakit membabitkan biji mata mungkin mengganggu penglihatan apabila berlaku perubahan pada struktur mata. Tahap penyakit ini bagaimanapun hanya dapat dikesan pakar mata.


Masalah biasa


Banyak faktor yang boleh menyebabkan mata seseorang menjadi merah. Faktor ini boleh dibahagikan kepada penyebab yang berbahaya atau yang tidak membahayakan. Penyebab yang tidak bahaya ialah konjuntivitis, iaitu keradangan pada lapisan konjuntiva tetapi tidak membabitkan struktur penting mata seperti kornea.


Lapisan konjuntiva merangkumi mukus lembut yang menutup bahagian depan mata dan bahagian dalam kelopak mata. Penyebab yang berbahaya pula melibatkan glaukoma, uveitis dan jangkitan kuman pada kornea yang dipanggil ulser kornea.


Glaukoma akut berlaku kerana peningkatan tekanan dalam mata secara mendadak sehingga menyebabkan kemerahan mata dan kesakitan yang amat sangat.Pesakit memerlukan rawatan segera kerana jika tidak, akan berlaku kerosakan saraf optik yang boleh menyebabkan kebutaan.


Jika lewat menerima rawatan untuk glaukoma akut, besar kemungkinan akan menyebabkan kerosakan pada struktur di dalam mata dan saraf mata yang akhirnya akan membawa kepada kebutaan.


Untuk ulser kornea pula, penggunaan kanta lekap menjadi antara punca utamanya. Risiko ulser ini meningkat lebih tinggi jika pemakai tidak mengamalkan penjagaan dan kebersihan kanta dan bekas simpanannya seperti yang disarankan.


Ulser kornea juga boleh disebabkan jangkitan kuman pada mata seorang pemakai kanta lekap yang masih terus memakai kanta lekap, walaupun selepas matanya menjadi merah.
 
Rawatan ulser kornea melibatkan pengambilan ubat titis antibiotik yang diberi doktor mata dan harus digunakan setiap satu hingga dua jam. Pesakit yang mengalami gejala teruk harus mendapatkan rawatan di dalam wad untuk pemantauan rapi.


Terdapat juga pesakit dengan ulser kornea yang teruk kerana lambat mendapat rawatan dan hanya menggunakan ubat mata yang dibeli sendiri dari kedai.


Pesakit sebegini mungkin hanya berjumpa doktor apabila mengalami sakit yang amat sangat.
Pesakit dengan uveitis akut biasanya mengalami rembesan bahan radang pada mata yang seterusnya menimbulkan kesakitan pada mata.
Penyakit tibi juga boleh menyerang mata dan selalunya menjadi lebih teruk jika tidak dikesan dan diberi rawatan awal.


Gejala dan rawatan


Dua gejala penting harus diberi perhatian, iaitu:
 *Gangguan penglihatan
*Kesakitan pada mata


Jika dua gejala ini berlaku, pesakit harus segera berjumpa doktor mata. Seorang pesakit yang mengalami masalah mata merah turut berasa sakit dan juga kekaburan penglihatan.

Selepas dirujuk kepada pakar mata, pesakit tersebut didapati menghidap skleritis atau radang pada lapisan luar mata (sklera). Kesakitan itu dapat disembuhkan dengan rawatan yang bersesuaian.
 
Doktor kebiasaannya akan memeriksa ketajaman penglihatan dan memeriksa keadaan mata pesakit sebelum menentukan penyebab mata merah.


Para doktor harus bertanya dua soalan kepada pesakit yang mengalami mata merah iaitu:
*Adakah mata pesakit berasa sakit?
*Adakah penglihatan mereka terganggu?


Jika pesakit menjawab ya bagi kedua-dua soalan, dia perlu dirujuk kepada pakar mata dengan segera.
Jika tidak, besar kemungkinan pesakit menjadi buta jika masalah mata merah berpunca daripada penyebab berbahaya seperti jangkitan kuman.


Jangkitan kuman pada mata bukan sahaja menyebabkan mata pesakit menjadi merah, malahan berasa sangat sakit dan mungkin juga muntah. Pengguna kanta lekap mungkin mengalami masalah mata merah akibat daripada jangkitan kuman pada lapisan kornea mata (ulser kornea).
 
Justeru, mata akan menjadi merah dan sakit. Jika tidak dirawat segera, pesakit berkemungkinan akan menjadi buta. Ulser kornea akibat jangkitan kuman mudah berlaku jika seorang pemakai kanta lekap tidak menjaga kebersihan mata dan kanta lekap, serta tidur tanpa menanggalkannya.
 
Perkara pertama dan paling penting jika pemakai kanta lekap mengalami mata merah ialah untuk tidak memakai kanta lekap berkenaan. Sebaliknya, bawa kanta tersebut bersama bekas simpanannya terus kepada doktor mata. 

Doktor akan memeriksa bekas kanta lekap itu untuk memastikan sama ada ia mengandungi kuman.
Rawatan segera untuk masalah mata merah dapat mengenalpasti tahap bahaya terhadap penglihatan pesakit, seterusnya mencegah kebutaan. 
 
sumber : ipislam.edu.my

Rose Azadir
SMS / Whatsapp: 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com 

Tuesday, May 6, 2014

Testimoni Meal Shakes Shaklee : Selera Makan Makin Meningkat Selepas 3 Minggu

Assalamualaikum...


Hari nie nak berkongsi pula tentang testimoni pengguna Meal Shakes Shaklee.


Customer nie bagi Meal Shakes pada anak beliau yang berumur 11 tahun yang mempunyai masalah kurang selera makan.

Dalam masa 3 minggu selera makan anak beliau telah meningkat dan yang paling best anaknya kata Meal Shakes Shaklee nie sedap sangat!!!!


Apakah keistimewaan Meal Shakes Shaklee?
  • sumber yang kaya dengan fiber, protein dan kalsium
  • rendah glisemik dan lemak
  • lengkap dengan protein dan 24 jenis A-Z vitamin penting, minerals dan trace minerals yang diperlukan untuk tumbesaran
  • rasa french vanilla yang sangat sedap

Apakah kelebihan Meal Shakes Shaklee?
  • membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • menambah selera makan anak-anak
  • membantu masalah sembelit
  • mengatasi masalah selalu selsema dan asma
  • menguruskan badan

Lain-lain testimoni Meal Shakes Shaklee:
1) Tengok lengan anakku...dah makin bam bam
2) Sangat sesuai untuk anak nak picky eater macam anak saya
3) Selera makan anak makin meningkat dengan Meal Shakes


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, May 2, 2014

Testimoni Meal Shakes Shaklee : Badan Dah Makin Berisi Selepas Amalkan Meal Shakes Shaklee

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua, hari nie dah 2hb Mei, bulan promosi Meal Shakes Shaklee, beli 6 percuma 1, jimat RM113.75, sape yang tak nak kan? lagi2 dah dekat nak bulan puasa nie, untuk bekalan anak2 yang baru nak belajar puasa, sangat sesuai la kan. Bukan untuk anak jer, mak ayah, atuk, nenek pun boleh.

Jom baca dulu sharing dari Puan Marina.


Dulu, anak Puan Marina nie ada masalah susah nak makan. Tapi sejak amalkan Meal Shakes Shaklee, makan pun dah banyak dari dulu, menyusu pun kuat. Kadang-kadang tu baru lepas makan nasi tak sampai setengah jam dah minta susu pula. Badan pun dah makan berisi.

Apakah Kelebihan Meal Shakes Shaklee?
  • Membantu perkembangan minda dan IQ anak
  • Menambah selera makan anak-anak
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengatasi masalah selalu selsema dan asma
  • Menambah berat badan bagi mereka yang terlalu kurus
Lain-lain testimoni Meal Shakes Shaklee:
1) Anak lebih fokus dan Mudah Faham Dalam Belajar
2) Selepas 2 Minggu, Selsema Dah Tiada, Selera Makan Meningkat
3) Sangat Sesuai Untuk Anak Yang Picky Eater Macam Anak Saya

Berminat?

Hubungi saya,
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, May 1, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Bukan Saja Berat Semakin Kurang, Kulit Juga Semakin Lembut dan Halus

Assalamualaikum...

Selamat Hari Pekerja, tak kira la untuk mereka yang makan gaji, or bekerja sendiri...Untuk Suri rumah pun nak wish jugak sebenarnya tapi rasanya kerja jadi suri rumah nie tak pernah habis kan? Jadi jangan pandang rendah pada mereka yang tak bekerja, kerja mereka lagi berat sebenarnya...

Panjang pulak intro hari nie hehehe...Hari nie nak post yang simple2 jer.

Sedikit perkongsian dari customer yang sangat berpuas hati dengan Set Kurus Shaklee


Customer nie baru consume Set Kurus Shaklee (Herb-lax, Lecithin dan ESP) selama 2 minggu dan beliau telah mengalami perubahan pada diri beliau iaitu selain berat badan semakin kurang, kulit juga menjadi semakin lembut dan halus. Bekas-bekas jerawat juga semakin hilang, badan sentiasa cergas dan bertenaga.

Jom saya nak cerita balik tentang 3 suplemen yang best nie.

 



Herb-Lax
Merupakan herba semulajadi  yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Ia mengandungi 9 jenis herba yang secara tradisionalnya mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Ia juga mampu menyah-toksin dari badan.

Lecithin
Bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke, heart disease serta arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar menyesyorkan pengambilan sehingga 6,000-7,000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

ESP
ESP adalah protein. Protein membina sel-sel baru dan menggantikan sel-sel lama. Ia juga bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.

Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian 


Lain-lain testimoni Set Kurus Shaklee:
1) Berjaya turunkan bacaan kolesterol daripada 6.5 kepada 4.5
2) Dari 77kg turun ke 60kg hanya dalam 76 hari
3) Selim melim dah akak kita nie


Hubungi saya;
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com