Monday, June 30, 2014

Makanan Rohani : Fadilat Ramadhan dan Hikmah Berpuasa

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua, semalam first day anak saya belajar berpuasa, pukul 8.30 pagi dah mintak sirap sejuk, sabo je la...Tapi berjaya juga dia puasa separuh hari, Alhamdulillah. Hari nie tak tau pula ape cerita dia, esok saya update yer...

Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.


Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya:

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Brhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan”. - (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Hadia ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.

Syaitan diikat
Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadan.

Kelebihan bulan Ramadan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga sebagai penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawaRasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”. - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara keistimewaan puasa juga, Allah akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya:
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda.”Allah berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.

Rasulullah bersabda yang ertinya:

“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka. Diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Huzaimah pula disambung lagi. “Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya.”

Antara bekalan yang boleh diperoleh dari ibadat puasa:

Sifat ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya.

Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketakwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya dan kerana mengharapkan pahala dan reda Allah, dia tidak melakukannya.

Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

Mujadalah dan kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan.

Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

Sabar
Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.

Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Prihatin dan belas kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut.

Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

Membuka hijab antara diri dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

Mengenali erti kejayaan sebenar
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperoleh dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

Rasa belas dan lemah lembut
Rasulullah S.A.W mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah dia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan.

Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikit pun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

Memperkukuhkan kesatuan ummah
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa keturunan,warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara ‘dharuriah’ atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

Merapatkan hubungan dengan alam
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

Menjaga masa
Puasa mengajar seorang Muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

Kesihatan tubuh badan
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi.

*** Artikel ini dipetik dari buku Panduan Puasa Ramadhan susunan Sarip bin Adul, Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ia disiarkan dalam versi digital menerusi portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, June 26, 2014

Info Sihat : Apakah Probiotik?

Assalamualaikum.....



Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem gastrousus anda:

  • Ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria
  • Terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat
  • Bakteria baik ialah penghuni normal di dalam usus dan tidak membawa mudarat kepada badan. Ia membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih berkesan ke dalam tubuh
  • Bakteria baik membantu menghalang atau mengawal pembiakan bakteria jahat yang tidak diingini atau patogen yang turut hidup di sana. Disebabkan wujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut kita, maka kita mestilah memastikan keseimbangan populasi mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dan keadaan yang boleh mengganggu populasi bakteria baik ini iaitu penuaan, stress, pengambilan antibiotik, pil pencegah kehamilan, gaya hidup yang tidak sihat dan diet tidak seimbang.

Gangguan keseimbangan di dalam sistem gastrousus boleh menggalakkan pembiakan bakteria jahat dan meningkatkan risiko penyakit keradangan, penyakit berjangkit dan bermacam penyakit lain lagi.

Apakah yang terjadi apabila keseimbangan mikroflora usus terganggu?
Gejala yang perlu diperhatikan ialah kembung perut, senak perut, sakit perut, cirit-birit dan sembelit. Hilang selera makan, jangkitan dan alahan kulit juga menjadi petanda masalah keseimbangan mikroflora usus.

Kajian menunjukkan bahawa probiotik memberikan perlindungan terhadap penyakit gastro-usus seperti sindrom usus terganggu, penyakit Crohn, ulser kolitis, dan alahan makanan.

Kebaikan probiotik untuk kesihatan yang terbukti secara klinikal:

  • Meringankan serta mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa (susu)
    Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh kita. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus rnengurangkan gejala alahan ini.
  • Meningkatkan penghadaman
    Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.
  • Meningkatkan penyerapan mineral
    Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.
  • Menghasilkan vitamin
    Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.
  • Melegakan gejala cirit-birit
    Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.
  • Menguatkan sistem ketahanan badan
    Sistem gastrousus ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang baktenia dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat.
    Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari baktena jahat) juga telah dibuktikan.
    Probiotik juga didapati meniberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.
  • Hidup sihat dengan vitamin dan mineral
    Vitamin ialah faktor bersama bagi mekanisme enzim dan hormon, mempengaruhi perkernbangan dan fungsi organ yang berlainan, menjadikannya faktor pelindung penting bagi sel.
    Mineral ialah komponen struktur bagi makro-molekul (tulang hormon) dan merupakan sebahagian daripada cecair tubuh. Ia juga adalah sebahagian daripada enzim dan tindak balas berenzim, iaitu sebagai penghubung serta membantu memindahkan dan membebaskan oksigen (seperti unsur besi dalam eritrosit dan sel otot).

sumber : e-kesihatan.blogspot.com 


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com 

Wednesday, June 25, 2014

Testimoni ESP Shaklee : Paras Kolesterol Menurun dan Kulit pun Cantik

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak berkongsi lagi Testimoni ESP Shaklee.

Customer nie mempunyai bentuk badan yang agak besar dan bila badan besar risiko dihinggapi penyakit2 seperti kolesterol tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Masalah Ms Nieyza ialah paras kolesterol yang tinggi.  



Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh dariapda pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ini dipanggil chylomicron.

Cadangan pemakanan yang terbaik adalah dari sumber kacang soya. Jumlah pengambilan protein soya yang disyorkan oleh pakar adalah 25g sehari. Ini kerana, protein soya telah terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolesterol. Selain itu, protein soya juga merupakan sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.

Tahukah anda ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik? ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sistesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.


Nak cuba ESP Shaklee untuk turunkan paras kolesterol anda?


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com




Monday, June 23, 2014

Info Sihat : Bagaimana Membantu Anak Mengurangkan Berat Badan

Assalamualaikum...

Masalah obesiti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu, kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan obesiti?

Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang.

Contoh:
Ali beratnya 80kg dan ketinggian 170sm
BMI = 80kg / 1.7 x 1.7
= 80 / 2.89
= 27.7

Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk

Kelas BMI

Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2
Normal : 18.5-24.9
Berat berlebihan : 25-29.9
1. Obesiti kelas 1 : 30 - 34.9
2. Obesiti kelas 2 : 35 - 39.9
3. Obesiti keterlaluan : Lebih 40

Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.

Adakah bayi boleh menjadi obesiti?

Konsep bayi obes adalah sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Adalah anggapan yang biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan.

Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Bagi mengelakkan masalah bayi mempunyai berat badan berlebihan apa yang perlu dilakukan adalah penyusuan secukupnya sehingga usia lebih kurang enam bulan dan permulaan makanan pejal pada usia yang sama sambil meneruskan penyusuan.

Apakah punca obesiti?

a) Genetik dan Keturunan
Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti.

b) Sebab persekitaran
Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

c) Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti.

d) Sebab psikologi
Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e) Masalah metabolisme
Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metanolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.

Penyakit yang boleh disebabkan masalah obesiti

  1. Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif
  2. Masalah jantung
  3. Darah tinggi
  4. Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur
  5. Masalah reflux (GERD) dan pelbagai lagi masalah lain.
Bagaimana membantu anak anda mengurangkan berat badan?

Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.

Bagaimana memastikan anak makan makanan yang berkhasiat?

a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses.
b) Pastikan bila anda memilih makanan, makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah.
c) Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan.

Bagaimana membantu kanak-kanak bersenam lebih?

a) Kurangkan menonton TV
b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain
c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.
d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum

Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara-perkara yang mudah untuk diubah dan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.



Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook :  Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, June 19, 2014

Testimoni ESP Shaklee : Pengambilan yang Konsisten Membuahkan Hasil Yang Sangat Menarik

Assalamulaikum...

Sape kat sini suka tengok Runningman? Saya suka sangat, sampai anak kat rumah pun terikut2 sekali, sampai dah tau nama orang korea tu sorang2 hehehe.... Rasa ceria jer lepas tengok show tu...

Jadi, sebab saya ceria now, saya nak share testimoni yang ceria juga, iaitu testimoni tentang ESP Shaklee.


Testimoni yang seceria dan semanis senyuman akak nie. Mana tak ceria? tak manis? muka dah semakin cantik, mulus sebab penangan mengamalkan ESP Shaklee secara konsistem.

Dengan ESP sahaja pun boleh membantu anda mendapat kulit yag cantik tapi perlu la konsisten, minum air kosong secukupnya dan pemakanan seharian juga kena jaga. Bukan sebab dah minum ESP yang lain2 semua tak jaga, tak jadi apa juga.


ESP atau Energizing Soy Protein (protin soya) merupakan produk yang diiktiraf seluruh dunia sebagai menjalani kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Shaklee hanya menggunakan kacang soya non-GMO di dalam produk ESP ini.

Ia satu-satunya produk yang mengandungi 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan semuanya oleh tubuh manusia. Ia juga mengandungi 5 vitamin dan 4 mineral penting yang menyokong penyerapan protein.

ESP memiliki indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.



Harganya pun murah jika dibandingkan dengan jenis yang sama dalam kelasnya. 30kg kacang soya digunakan untuk menghasilkan satu canister ESP (850 gram). Jadi, boleh bandingkan bagaimana protein yang asli didapati dari kacang soya terpilih ini.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com




Wednesday, June 18, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Badan Dah Susut, Paras Kolesterol juga Dah Kembali Normal

Assalamualaikum...

Hari nie dah masuk hari Rabu, cam cepat pulak masa berlalu, semalam dapat request dari anak, nak bawa bubur nasi p sekolah, jadi tengah malam tadi gigih la wat kan bubur tuk dia. Nak masak pagi2 takut tak sempat pulak, lagi2 kalau si kecik tu dah bangun huhuhu..

Jadi hari nie saya nak berkongsi pula Testimoni Set Kurus Bajet Shaklee.



Customer nie kehilangan berat badan sebanyak 10kg setelah pengambilan Herb-Lax dan Lecithin Shaklee.

Beliau consume suplemen nie asalnya kerana beliau mengalami masalah sembelit yang agak kronik dan kolesterol tinggi hingga naik bintik kolesterol di sekitar mata.

Selain kehilangan berat badan, bintik2 kolesterol juga makin menghilang, kolesterol dah kembali ke paras normal dan sembelit juga makin baik.

Pada umumnya fungsi Herb-Lax ini adalah untuk membersihkan usus kita dengan menyingkirkan toksin dan kotoran-kotoran yang sudah berkurun lama bersarang dalam badan kita.

Selain itu Herb-Lax ini mengandungi kandungan serat yang tinggi (daripada daun Senna) untuk bertindak sebagai pelawas.

Lecithin adalah keperluan setiap sel dalam badan. Ia adalah merupakan gabungan kolina, inosite dan asid2 lemak yang lain.

Kandungan dalam Lecithin adalah:
  • Asid linoleik (essential fatty asid) - amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin - satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.



Sangat mudah untuk dapat semua kelebihan di atas dengan hanya mengamalkan Herb-Lax dan Lecithin.

Lain-lain testimoni Set Kurus Shaklee :
1) Selain badan makin kurus, badan juga semakin cergas dan bertenaga
2) Target nak dapat 53kg hampir dicapai, excitednyer!!!
3) Bertambah semangat bila saiz baju semakin mengecil

Jom dapatkan set nie dari saya dengan diiringi oleh free gift, free consultation berterusan dan tips2 ekslusif.

Rose Azadir
SMS / Whatsapp: 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com


Tuesday, June 17, 2014

Info Sihat : Apakah Water Retention dan Vitamin Shaklee yang Bantu Menyelesaikan Masalah Ini

Assalamualaikum....

Hari nie saya nak berkongsi cerita berkenaan masalah water retention.

Apakah Water Retention?

Water retention atau pengekalan air juga dikenali dengan istilah yang lebih perubatan, edema. Ini adalah satu keadaan yang terhasil apabila kebocoran air ke dalam tisu badan daripada darah. Dalam keadaan biasa, cecair yang mengalir dari tisu badan melalui sistem limfa - rangkaian tiub seluruh badan yang membuang sisa dan bahan-bahan luaran dan mengosongkan kembali ke dalam aliran darah.

Masalah pengekalan air timbul apabila cecair tidak dikeluarkan oleh sistem limfa dengan betul, ia di simpan dalam tisu badan dimana ia menyebabkan bengkak (edema). Pengekalan air dalam badan adalah yang paling biasa di kaki, tetapi ia boleh berlaku pada tangan, lengan, rongga abdomen (ascites) dan di sekitar paru-paru (dikenali sebagai edema paru-paru).


Jenis-jenis Pengekalan Air

Terdapat dua kategori utama pengekalan air, edema umum dan edema setempat. Edema umum merujuk kepada bengkak yang berlaku di seluruh badan manakala edema setempat merujuk kepada bengkak di bahagian-bahagian tertentu badan.

Pengekalan Air dan Berat Badan

Ia adalah sangat biasa bagi orang dewasa yang sihat walaupun mengalami turun naik berat badan kerana pengekalan air, yang mencakupi banyak turun naik hari-hari pada skala. Walaupun kebanyakan orang boleh mengekalkan sehingga lima paun "tersembunyi" berat air dalam cecair semula jadi yang mengelilingi sel-sel, yang dikenali sebagai cecair tambahan sel, orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami obesiti boleh menyimpan lapan hingga sepuluh pound.

Pengekalan Air dan Menopaus

Sebagai wanita memasuki menopaus, hampir 90% akan mendapat berat badan dari perubahan dalam hormon. Walaupun kebanyakan wanita menjangka akan mengalami hot flashes, ramai yang terkejut dengan perubahan berat badan.

Walau bagaimanapun, berat badan tidak berkaitan dengan pengekalan air tidak semestinya tidak sihat kerana ia membantu menyediakan badan daripada osteoporosis dan penyakit lain. Cuba beri tumpuan kepada kesihatan dan mengekalkan gaya hidup yang aktif dan pengekalan air dan kembung umumnya akan menyelesaikan sendiri dalam tempoh beberapa bulan.

Pengekalan Air danTekanan

Tekanan darah tinggi dan pengekalan air pergi tangan dalam tangan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan terlalu banyak cecair dalam saluran darah biasa atau dari air biasa dalam saluran darah sempit. Tekanan darah mengukur daya darah terhadap dinding saluran darah anda, dan jika ia kekal tinggi dari semasa ke semasa dipanggil tekanan darah tinggi. Oleh itu, adalah sangat penting untuk menguruskan tahap cecair yang boleh memberi kesan kepada tekanan darah.

Apa punca dan penyebab terjadinya "Water Retention"?

Punca pengekalan air dalam tubuh bergantung kepada pelbagai faktor termasuk pengambilan garam yang tinggi, sebagai reaksi kepada cuaca panas, graviti, kekurangan pemakanan, terbakar serta selaran matahari dan sebagai kesan sampingan ubat-ubatan tertentu. Kehamilan, pil perancang seperti pil, kitaran haid dan putus haid juga diketahui menyebabkan pengekalan air badan.

Vitamin Shaklee bagi masalah Water Retention.

Jika anda ada masalah berat badan disebabkan water rentention, Shaklee mengesyorkan anda untuk mengambil Alfalfa yang mana sangat membantu mengatasi masalah berat badan yang disebabkan oleh water retention. Manakala Herb-Lax pula bagus untuk singkirkan lemak yang telah dibakar oleh Lecithin (membakar lemak2 di badan). Oleh itu ketiga-tiga vitamin ini sangat sesuai untuk anda amalkan bagi membantu dalam masalah ini.


Tambahan lagi berat badan anda akan lebih cepat turun sekiranya anda mengamalkan pengambilan air kosong  2-3 liter sehari, melebihkan makanan tinggi serat dan mengambil makanan dalam kalori yang betul.









Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose Azadir
SMS /Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir 
E-mail : razadir@gmail.com 

Monday, June 16, 2014

Testimoni Set Skincare dan Set Kesuburan Shaklee : Kulit Makin Cantik dan Telah Disahkan Hamil Setelah 2 Bulan Penggunaan

Assalamualaikum...

Salam Isnin semua....Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah nie, Hari nie hari yang best untuk saya sebab dapat setelkan perkara yang tertunggak. Lega rasanya bila dah setel... ;)

Jadi hari nie saya nak share something yang happy juga la, takkan nak sorang2 jer happy, we should share the happiness together...



Customer nie telah setahun setengah berkahwin dan masih belum dikurniakan anak.

Lalu beliau dan suami cuba consume Set D iaitu Set yang sesuai untuk kulit dan kesuburan yang terdiri daripada Vitamin C + Vitamin E + B Complex ditambah dengan Zink Complex.

Selepas dua bulan mengamalkan suplemen2 tersebut, selain kulit muka makin cantik, beliau juga telah disahkan mengandung (dengan izin Allah).



Vitamin C
Memiliki kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Vitamin E
Bagi meningkatkan kualiti sperma, Vitamin E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia mampu membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.


B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).

Zink Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak merangsang pembentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, June 13, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Kulit Muka Makin Licin Tanpa Jerawat dan Parut

Assalamualaikum....

Salam Jumaat. semoga hari ini memberi keceriaan kepada anda semua.

Hari nie saya nak berkongsi lagi satu testimoni Set Skincare Shaklee untuk masalah jerawat.



Customer nie hanya consume 3 benda jer untuk selesaikan masalah jerawat yang agak teruk. Vitamin yang diamalkan oleh beliau ialah ESP, Vitamin C dan Vitamin E.

Jom baca peranan setiap vitamin di atas.


1) ESP
Diperbuat daripada non-GMO (Genetically Modified Organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang mati serta membaiki semula struktur kulit.

2) Vitamin C
* Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya.
* Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit
* Mencerahkan kulit

3) Vitamin E
* Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
* Melindungi dari sinaran ultra-ungu
* Menjaga kelembapan kulit
* Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Lain-lain testimoni set skincare Shaklee :
1) Healing crisis hanyalah sementara
2) Saya nampak makin muda kan?
3) Jerawat mula kering dan makin menghilang

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, June 12, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Bangga Tunjuk Naked Natural Skin Beauty

Assalamualaikum...

Nie ada sedikit general statement dari salah seorang pengguna vitamin Shaklee selama 9 tahun.

Umur beliau hampir mencecah 50 tahun tapi tengok wajah beliau, tak nampak macam orang 50an, nampak macam 30an. Bayangkan anda yang 30an, kalau consume vitamin Shaklee secara konsisten, silap2 orang tanya "Dah habis study untuk SPM tahun nie"? hehehe, tak ke best kalo camtu...

Kata beliau lagi, tak perlu lagi guna software tuk edit2 picture yang macam2 ada sekarang atau tak perlu letak make-up fundation untuk kulit nampak mulus. Beliau bangga keluar jumpa orang sana sini tanpa sebarang make-up.

Bukan wanita jer ye yang keluar rumah pakai make-up, sesetengah lelaki juga pakai basic make-up.  


Antara vitamin yang diamalkan oleh beliau ialah ESP, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E. Selain untuk kesihatan badan keseluruhan, vitamin2 tersebut juga adalah vitamin untuk kulit. Sebab tu la beliau nampak muda ye tak?



ESP - Baik untuk awet muda, membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Ia merangsang pembentukan semula kulit dan otot serta kurangkan kedutan, kembalikan seri wajah dan kurangkan atau pudarkan kesan parut.

B Complex - Mengatur peredaran atau aliran darah, sekaligus membantu mencantikkan kulit dari dalam, menghasilkan kulit yang kemerahan dan glowing.

Vitamin C - Merangsang pembentukan kolagen. Membantu kurangkan kedut, mencerahkan kulit, melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen. (Bagus untuk kurangkan jeragat)

Vitamin E - Melambatkan penuaan, kurangkan kedut, garis halus, kurangkan parut, akne dan bintik penuaan. Bagus untuk kurangkan jerawat dan cerahkan kulit.


Set nie sangat la berbaloi dan murah sebab ia tahan 4-6 bulan bergantung pada jenis vitamin. Sekali keluar duit tu memang rasa mahal tapi kalau kira2 balik memang takkan menyesal beli.

Lain-lain testimoni set skincare Shaklee :
1) Masalah jerawat, kulit berminyak, tona tak sekata? semua setel
2) Orang cakap muka saya cantik macam pakai kolagen
3) Seminggu jer boleh dapat kulit yang lembap dan bertenaga setiap pagi

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, June 11, 2014

Testimoni Shaklee Collagen Powder : Kulit Glowing, Jeragat Ala-ala Mat Saleh Makin Pudar

Assalamualaikum...

Kali nie saya nak share testimoni Shaklee Collagen Powder (SCP) dan panduan cara pengambilan SCP di bulan Ramadhan.


Puan Dilla ambil SCP 1 paket ketika bersahur dan 1 paket ketika berbuka puasa.

Perubahan yang amat ketara apabila suami beliu sendiri menegur kulit makin cantik, jeragat pun makin pudar.

Puan Dilla nie mempunyai masalah jeragat ala-ala mat saleh hehehe....

Kulit kita memang dah ada kolagen dari lahir lagi. Ketika lahir, kolagen dalam kulit sangat banyak. Sebab itu kulit baby sangat cantik dan mulus.

Bila kita makin besar, kuantiti kolagen semakin merosot, sebab itu kulit kelihatan kusam dan tak bermaya.

Jadi kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang atau mengambil makanan tambahan untuk menambahkan kembali kolagen dalam badan kita.


Apakah beza Shaklee Collagen Powder dengan jenama yang lain?

Kolagen ada banyak sumber, dari tumbuhan, haiwan dan ikan. Kolagen tumbuhan lebih murah tapi penyerapan badan lambat dan kurang. KOlagen dari haiwan pula dari sumber ayam, lembu dan khinzir. Memang susah nak beza halal dan haram. (Nie sangat penting untuk orang Islam)

Shaklee Collagen Powder pula dibuat dari sisik ikan merah yang susah semestinya halal.

Shaklee Collagen Powder dibuat dari 7 bahan utama, termasuk sisik ikan merah, vitamin B dan vitamin C, ekstrak kerang, ekstrak pfaffia dan lain-lain.

Jadi, sekarang anda dah tahu kenapa Shaklee Collagen Powder lebih mahal dari jenama yang lain.

Jom hubungi saya jika ingin merasai kehebatan Shaklee Collagen Powder ini.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, June 9, 2014

Testimoni ESP Shaklee : Susu Meriah dan Tips Menambahkan Penghasilan Susu Badan

Assalamualaikum...

Morning semua, hari nie saya dilanda morning blues.... Nak bangun mandi pun liat, sabo jer la...

Ditambah pula dengan rengekan anak yang tak mahu saya pergi kerja, lagilah bertambah berat hati nak pergi kerja.

Tapi bila difikirkan balik, nanti nak cuti untuk puasa dan raya lagi....

Oleh itu jom la kita baca perkongsian Puan Nuraini ini tentang ESP Shaklee dan pengeluaran susu badan yang sangat mengujakan.


Gambar di atas nie telah menceritakan segalanya, sekali pam dapat banyak tu? Subhanallah, dengan izin Allah, dapat la baby puan nie minum susu ibu hingga kenyang, tak perlu lagi susu formula.

Susu badan tidak akan bertambah jika kita minum ESP Shaklee tanpa mengamalkan prinsip supply and demand.


Disini saya kongsikan sedikit tips untuk menambahkan penghasilan susu badan;
  1. Sentiasa menyusukan si kecil secara langsung atau lakukan sesi perahan yang konsisten (tidak lebih 3 jam untuk satu sesi ke sesi berikutnya demi memastikan hormon prolaktin akan terus dirembeskan).
  2. Pastikan badan kita mendapat cukup khasiat dari pemakanan harian. Maka jangan sesekali skip makan, ini akan membantutkan penghasilan susu ibu. 
  3. Pastikan badan mempunyai cukup bendalir, makan pengambilan air adalah salah satu faktor yang membantu dalam kelancaran penghasilan susu ibu.
  4. Cuba kurangkan minuman yang sejuk, yang berkafein kerana ini akan mengganggu penghasilan susu ibu dalam jangka panjang.
  5. Booster setiap badan si ibu tidak sama, biasanya makanan atau minuman kegemaran yang boleh membuatkan ibu gembira akan meningkatkan penghasilan hormon oksitoksin dan susu akan lebih mudah dihasilkan.
  6. Si ibu perlu tahu mengawal apa jua atau sebarang bentuk tekanan. Tekanan boleh mengganggu kelancaran penghasilan susu ibu.
  7. Pengambilan vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang disarankan demi memastikan ibu terus sihat dan anak membesar dengan baik.
  8. Banyakkan berzikir, solat sunat amalan murah rezeki seperti bersedekah.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, June 6, 2014

Makanan Rohani : Doa Sukar Tidur Malam

Assalamualaikum...

Antara penyakit-penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali imsomnia. Sebagaimana yang kita tahu, jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza, bagaimanapun secara umumnya, manusia tidak memerlukan waktu yang panjang untuk tidur.


Penyakit sukar tidur boleh disebabkan antara salah satu faktor dibawah ini:-
  1. Stress atau tekanan (tempat kerja, belajar, rumahtangga)
  2. Menghadapi masalah (rumahtangga, kewangan, pelajaran, pekerjaan)
  3. Perubahan pada persekitaran (berpindah tempat tidur, rumah , dan sebagainya)
  4. Penyakit
  5. Gangguan makhluk halus

DOA YANG DIBACA

Pesakit yang menghadapi masalah gangguan makhluk halus (gangguan/sihir/saka) sering menghadapi masalah penyakit tidur. Selain daripada mendapatkan rawatan dari perawat Islam bertauliah, boleh juga amalkan adab-adab sebelum tidur :-
  1. Membaca 3 Qul
  2. Ayatul Qursi
  3. Ayat Terakhir AL-Baqarah dan zikir fatimah (tasbih, tahmid, dan takbir 33x)
  4. Tambahan : Al-Kahfi-25 atau Al-Anbiyaa : 87 atau Maryam : 18 dan 98
  5. Mengamalkan dua rangkaian doa di bawah ini yang dikenali sebagai doa Al-Araq.
Amalkan nya dengan membacanya berulang kali sebelum masuk tidur. Boleh juga dibacakan keatas air dan diminum.

1. “Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindunginya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung didalamnya dan Tuhan pencipta syaitan dan apa yang tersesat kerananya, jadikanlah aku terpelihara dariapada kejahatan makhlukMu itu semua, sampai-sampai seseorang daripada mereka mengalahkan daku dan melakukan kezaliman. Muliakanlah pemeliharaanMu, maha bsar pujiMu, tidak ada Tuhan selain Engkau.”

doa_sukar_tidur_malam
2. “Ya Allah, bintang-bintang telah tenggelam, segala mata merasa tenang, sedangkan Engkau tetap hidup lagi berdiri sendiri. Tiada mengantuk dan tidur menimpa Engkau. Ya Tuhan yang hidup, Ya Tuhan yang berdiri sendiri, tenangkanlah malamku dan tidurkan mataku”.

Jika masalah di atas masih berterusan maka bangkitlah diwaktu malam itu mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat taubat, solat tahajud, solat tasbih dan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT daripada gangguan, sama ada gangguan manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : feryco.com dan As-Syifa Melaka



Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com 

Thursday, June 5, 2014

Testimoni Vitamin C + Vitamin E Shaklee : Masalah Kulit Berminyak, Jerawat, Tona Tak Sekata? Semuanya Setel....

Assalamualaikum,

Hari nie saya nak share satu lagi testimoni Vitamin E dan Vitamin C Shaklee.


Custimer nie mempunyai masalah kulit berminyak yang agak teruk, sampai pakai bedak pun tak berkesan, minyak2 kat muka beliau serap bedak2 tu.

Bila kulit dah berminyak, jerawat pun senang nak naik, dalam kes puan nie, timbul jerawat halus2, orang panggil jerawat pasir.

Beliau juga mempunyai tona kulit tak sekata di bahagian hidung, pori besar dan nampak garis2 halus yang agak ketara di bahagian kata. Bekas jerawat banyak kelihatan di bahagian dagu dan sekitar mulut.


Hasil selepas pengambilan Vitamin C + Vitamin E Shaklee tak perlu diperkatakan lagi, biarlah gambar kat atas tu yang berbicara....cewahh!!

Lain-lain testimoni Vitamin C + Vitamin E Shaklee : 
1) Lagi kejayaan menghilangkan jerawat dan parut jerawat
2) Wajah lebih bermaya tanpa solekan
3) Kesan jahitan akibat kemalangan semakin pudar

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, June 4, 2014

Testimoni Shaklee Collagen Powder : Kesan Jerawat Tiada, Liang Roma Semakin Mengecil dan Of Course Kulit Semakin Licin dan Gebu

Assalamualaikum...

Dah lama saya tak kongsi tentang kebaikan dan kelebihan Shaklee Collagen Powder.

Jom baca testimoni pengguna yang berpuas hati dengan hasil selepas penggunaan Collagen Powder ini.



Antara hasil selepas penggunaan ialah:

1) Kesan jerawat telah tiada
2) Kulit semakin licin dan gebu
3) Liang roma semakin mengecil

Itu kesan pengambilan selama 10 hari (1 paket 1 hari). Bestkan? Kalau habis satu kotak bagaimana la pula kan? Satu kotak mengandungi 15 paket.


Sumber utama Shaklee Collagen Powder ialah sisik ikan merah. Ikan merah nie habitat dia di perairan laut dalam Jepun. Ikan merah nie bersifat sangat elastik dan tahan lasak. Ia boleh menahan tekanan air sehingga 60 pound.

Jadi, jika kita mengamalkan Shaklee Collagen Powder secara konsisten, kita berpeluang mendapatkan kulit yang anjal semula, cantik dan gebu.

Antara kelebihan Shaklee Collagen Powder ialah:

1) Tahan lasak - boleh  menahan tekanan air sehingga 60 pound di dasar laut.
2) Sangat elastik - sentiasa cantik menawan walaupun hidup di dasar laut yang penuh dengan cabaran dan rintangan untuk survive.
3) Kepaduan sel collagen sisik ikan merah ini sangat tinggi.
4) Kadar kelembapan tinggi
5) Memiliki jumlah molekul yang ringan iaitu kira-kira 1,000 dalton - saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dari segi kadar penyerapan yang lebih optimum, mudah diserap oleh badan serta memberikan kesan yang lebih cepat.


Lagi testimoni Shaklee Collagen Powder:
1) N**p** yang gelap sebab BF baby dah makin pinkish
2) Hanya 5 hari segala white head dan black head hilang...
3) Only after a week, eyebag become less and less visible

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com






Tuesday, June 3, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Muka Lebih Ceria dan Tiada Lagi Parut2 Jerawat yang Kelihatan

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak berkongsi pengalaman Ms Ashikin tentang Set Skincare Shaklee yang terdiri daripada ESP + B Complex + GLA + Vitamin E juga Alfalfa, Lecithin dan Zink Complex.



Beliau sangat berpuas hati dengan hasilnya dimana kulit menjadi lebih cerah, berseri, jerawat dan parut jerawat juga makin hilang.



Bila muka dah cantik, tak perlu nak make-up tebal bila nak keluar rumah. Jimat masa dan jimat duit juga, suami atau boyfriend pun tak bising hehehe....

Selain dari makan supplemen seperti di atas nie, amalan meminum air putih yang secukupnya haruslah menjadi keutamaan sebab ia boleh mempermudakan (rejuvenate) kulit kita. Kulit kita akan sentiasa lembap dan tidak akan kering lagi.

Lagi satu tidur yang mencukupi dan berkualiti (tidur tanpa gangguan). Selain dari memberikan kesan kulit yang cantik, tidur yang mencukupi juga mampu memberikan kesihatan pada jantung, mencegah kanser, mengurangkan stress dan pelbagai lagi kebaikan.


Lain-lain testimoni Set Skincare Shaklee:
1) Orangnya  sememangnya cantik, ditambah pula dengan suplemen untuk kulit lagi meletop!!!
2) Sakit tangan dan gatal2 kulit dah hilang
3) Orang cakap muka saya cantik macam pakai kolagen

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose Azadir
SMS / WA : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, June 2, 2014

Info Sihat : Kepentingan dan Keperluan Garam Dalam Kehidupan Harian

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak share pasal garam pula. Hari-hari kita makan garamkan? Kalau takde garam dalam makanan, rasa macam tak lengkap jer kan. Petua mak saya, kalau masak bubur kacang hijau, kena letak sikit garam untuk bagi rasa lemak dan ada umphhh!!!


Selain mengukuhkan rasa makanan dan memberikan rasa nikmat pada makanan, kandungan sodium pada garam juga berfungsi penting untuk mengatur keseimbangan cecair dalam tubuh, membantu menguatkan otot dan membantu fungsi saraf.

Iodin atau Iodium dalam istilah kimia adalah sejenis elemen mineral mikro. Iodin sebetulnya tidak hanya terdapat dalam garam, namun masyarakat umumnya mengetahui iodin ada di dalam garam.

Berikut ini adalah beberapa manfaat garam beriodin bagi kesihatan tubuh:
  1. Membantu penyelenggaraan kelenjar tiroid. Kelenjar tiroid berperanan penting dalam metabolisma tubuh. 
  2. Membantu menghindarkan penyakit gondok, gangguan pendengaran, tubuh cebol dan semangat rendah.
  3. Mencegah penyimpanan lemak secara berlebihan. Iodin mampu memanfaatkan kalori secara optimum, sehingga lemak cepat terpakai.
  4. Membantu menghilangkan racun dari tubuh. Racun kimia yang boleh dikeluarkan oleh garam beriodin antara lain: air merkuri, fluoride dan racun biologi lain.
  5. Membantu proses pertumbuhan rambut. Kekurangan iodin boleh menyebabkan rambut gugur.
  6. Memaksimumkan metabolisme tubuh dalam memanfaatkan kalsium.
  7. Membantu kenormalan proses pertumbuhan dan kematangan organ pembiakan. Oleh kerana itu, ibu hamil sangat disyorkan untuk mengambil iodin sesuai keperluan agar janin dapat membesar dengan baik.
  8. Membantu meningkatkan kekebalan tubuh. Mengapa? Kerana garam beriodin boleh mencegah pembiakan bakteria yang merugikan di dalam perut.
  9. Mengurangkan sakit gigi dan bau mulut. Kebiasaan berkumur menggunakan air suam yang dicampur dengan garam akan mengurangkan rasa berdenyut  saat sakit gigi dan bau mulut yang tidak sedap.
  10. Menghilangkan rasa kebas di kaki. Merendam kaki dalam campuran air suam dan garam boleh mengurangkan rasa kebas kaki. Lakukan ini dengan berselang-seli dengan rendaman kaki dalam air sejuk. Kaki anda akan pulih seperti sedia kala.
sumber : wanista.com


Rose Azadir
SMS / WA : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com