Monday, March 10, 2014

Info sihat : Bahaya Mandi Malam - Fakta atau Mitos


Assalamualaikum....

Tentu ramai kat sini yang sering mandi malam kan? Mungkin bukan sebab sengaja suka mandi malam tapi keadaan yang menyebabkan kita terpaksa mandi malam. Mungkin sebab bekerja sehingga lewat petang, perjalanan pulang ke rumah pula memakan masa. Sampai dirumah mungkin pukul 8 atau 9 atau lebih lewat.
Jadi, hari nie nak saya nak berkongsi pula tentang Bahaya Mandi Malam - fakta atau mitos.


Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.

Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi.   Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.

Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.

Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.   Mandi menggunakan air panas juga dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

Mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.   Mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

Ia membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).

Nasihat saya mandilah setelah balik bekerja dan bersukan, walau pun di malam hari. Gunakanlah air yang suam atau hangat untuk membersihkan diri.

Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.

sumber : Dr Zubaidi 


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir

Related Posts:

  • Info Sihat : Tanda-tanda Sakit di BadanSalam Jumaat, Nie nak share satu info menarik yang saya jumpa masa browsing semalam, mungkin ada yang dah baca atau ada yang dah tahu, tapi saya nak kongsikan jugak sebab mungkin ada yang tak pernah baca or tak tahu pasal ni… Read More
  • Info Sihat : Petua Untuk BertenagaSalam sayang semua.... Lately saya agak rajin membaca pantang ade masa free selalu browsing pasal info-info kesihatan, pasal baby, pasal relationship...sebabnya nak tambah ilmu didada pastu leh share kat sini...Jom baca arti… Read More
  • Info Sihat : Semua Tentang DHASalam nak sambut Hari Raya Aidil Adha...ade ke yang bercuti panjang raya haji nie? saya cuti satu hari jer...cuti tu pun nanti tak pi mane2 kot, duk umah, masak tuk encik asben and anak-anak jer... Jadinyer saya nak share n… Read More
  • Info Sihat : Mitos Kesihatan Yang Perlu Anda KetahuiSalam semua... Selalu dengar perkataan mitos kan? tapi adakah anda semua tahu apakah maknanya? Mitos merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang perna… Read More
  • Info Sihat : Ketahui Kategori Kegemukan BadanAssalamualaikum.... Semalam ada orang tanya kat saya, caner nak tau badan tu gemuk air or gemuk lemak. Jadi saya kongsikan kat sini, mungkin ada juga yang lain nak tau kan... Ramai antara kita yang sudah mencuba menurunkan … Read More

5 comments:

  1. as-salam rose..
    sori bru singgah...
    xdpt nak kata apa2 sgt..sbb sy x sihat..bru je sedar dr koma.. bru je baca komen dr rose..btw..salam perkenaalan juga dar saya

    ReplyDelete
  2. tp kan musim pns2 nih akak mmg kadang kalu mlm anak berpelulh2 akak mandi kan biar dia sejuk n mudah nk tido... tq singgah umah akak...

    ReplyDelete
  3. betul jugak tu
    kdg2 kemas umah dah lewat
    bdn berpeluh
    x selesa nak tido

    ReplyDelete
  4. selagi tak memudaratkan ok je.. ; tapi takdelah mandi tengah malam.. kalau setakat pukul 9 @ 10 malam tu ok lagi.. ;)

    ReplyDelete
  5. Mmg selalu gak mandi mlm ni.....syukurlah kalau tak bahaya

    ReplyDelete