Assalamualaikum...
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
1) Stress dan Tekanan
Tahukan anda, hormon seks wanita iaitu estrogen menggalakkan pertumbuhan rambut yang tebal. Walaubagaimanapun, wanita juga menghasilkan sedikit hormon adrogen. Jika kuantiti hormon androgen meningkat, ia juga salah satu sebab yang menyebabkan keguguran rambut.
Hormon androgen dihasilkan secara aktif jika seseorang wanita itu mengalami stress atau tekanan. Jadi, kurangkan tekanan dan rehatlah sebaik mungkin.
2) Penggunaan Produk yang Tidak Sesuai
Keguguran rambut juga berpunca daripada penggunaan produk yang tidak sesuai atau produk untuk melunturkan rambut, mewarnakan rambut, meluruskan rambut dan mengerintingkan rambut. Penggunaan produk sebegini akan memutuskan rambut tetapi bukanlah menggugurkan rambut daripada akarnya.
Jadi untuk mengurangkannya, gunakan syampu yang betul dan sesuai dengan rambut, elakkan mencuci rambut terlalu kerap serta kurangkan penggunaan pewarna rambut dan produk-produk penggayaan rambut.
3) Pemakanan yang Tidak Seimbang
Rambut juga memerlukan vitamin yang cukup untuk kesuburan serta kesihatannya yang maksimum. Mungkin nampak remeh tetapi ini mungkin punca rambut kita sering gugur. pemakanan yang seimbang sangat digalakkan bukan sahaja untuk kesihatan badan, malah juga untuk kesihatan rambut.
Untuk kesihatan rambut, ambillah makanan seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Alternatif yang lebih baik adalah dengan pengambilan makanan tambahan. Dalam rangkaian suplemen Shaklee anda boleh mencuba ESP dan Zink Kompleks.
4) Perubahan Hormon
Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak juga merupakan salah satu punca keguguran rambut. Ramai wanita mengalami hormon tidak stabil selepas melahirkan anak.
5) Faktor Genetik
Jika seseorang ibu atau ayah mengalami masalah rambut gugur apabila umur meningkat, anak-anak turut bakal mewarisi.
6) Selalu Menarik Rambut
Ada wanita mempunyai sikap suka menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut.
Walaupun kita bertudung, penjagaan rambut haruslah dijaga, untuk suami tersayang juga. Untuk keharmonian rumahtangga anda.
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
Wednesday, May 28, 2014
Info Sihat : Ketahui Punca-Punca Rambut Gugur
Related Posts:
Info Sihat : Mitos Kesihatan Yang Perlu Anda KetahuiSalam semua... Selalu dengar perkataan mitos kan? tapi adakah anda semua tahu apakah maknanya? Mitos merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang perna… Read More
Info Sihat : Ketahui Kategori Kegemukan BadanAssalamualaikum.... Semalam ada orang tanya kat saya, caner nak tau badan tu gemuk air or gemuk lemak. Jadi saya kongsikan kat sini, mungkin ada juga yang lain nak tau kan... Ramai antara kita yang sudah mencuba menurunkan … Read More
Info Sihat : Ibu Sebar Bakteria, Virus Kepada BayiAssalamualaikum... Petang semalam sambil saya menunggu hubby datang jemput dari Shaklee, sempat saya berdating dengan Mr Google. Saya terjumpa satu artikel yang pada saya sangat2 menarik. Jom baca selanjutnya di sini. … Read More
Info Sihat : Tanda-tanda Sakit di BadanSalam Jumaat, Nie nak share satu info menarik yang saya jumpa masa browsing semalam, mungkin ada yang dah baca atau ada yang dah tahu, tapi saya nak kongsikan jugak sebab mungkin ada yang tak pernah baca or tak tahu pasal ni… Read More
Info Sihat : Semua Tentang DHASalam nak sambut Hari Raya Aidil Adha...ade ke yang bercuti panjang raya haji nie? saya cuti satu hari jer...cuti tu pun nanti tak pi mane2 kot, duk umah, masak tuk encik asben and anak-anak jer... Jadinyer saya nak share n… Read More
stress selalu buat rambut fizi gugur..huhu fizi follow sini juga..:)
ReplyDeleterambut selalu gugur gak T__T
ReplyDelete