Thursday, May 8, 2014

Info Sihat : Rahsia dan Khasiat Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum....

Asid folik sangat diperlukan oleh badan terutama ibu2 yang sedang mengandung.Asid folik diperlukan untuk memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik juga untuk tumbesaran otak bayi.

Ia merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi.

Lebih malang lagi, bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor untuk mengambil asid folik dan vitamin yang diberikan.

Untuk pengetahuan, asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neutral Tube Defect" atau NTD. Jika menurut kajian, pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% to 70% kemungkinan daripada ianya berlaku.

Sudah pasti Allah yang tentukan semua tu, tapi usaha kena datang dari diri kita sendiri.  Usaha kita mengamalkan dan doa kita untuk anak dalam kandungan itu perlu ada.

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnya bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.


Sumber-sumber Asid Folik
Makanan berikut mengandungi asid folik: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

Risiko kekurangan Asid Folik
Kekurangan asid folik boleh menyebabkan:
  • Sakit di sekeliling mulut.
  • Sakit lidah
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak
  • Anemia

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Rangkaian vitamin Shaklee juga ada menawarkan asid folik iaitu B Complex yang dilengkapi dengan asid folik. Sebotol ada 120 biji dengan harga RM53.75 sahaja.


Hubungi saya,

Rose Azadir
SMS/Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com 

Related Posts:

  • Lirik Lagu I Look I See - Yusuf IslamAssalamualaikum... Tahun lepas anak sulung saya buat persembahan koir untuk konsert akhir tahun sekolah dia. Lagu yang terpilih ialah lagu "I Look I See" dari Yusuf Islam.  Masa mula-mula dia balik rumah and praktis, s… Read More
  • Apakah Punca dan Penyebab Masalah Mulut Berbau?Assalamualaikum... Semalam saya ade share satu testimoni SR Vitamin C Shaklee untuk masalah nafas berbau. Tahukah anda bagaimana ia boleh terjadi? Jom baca perkongsian hari ini. Masalah mulut atau nafas berbau busuk walaupu… Read More
  • Datang Lambat Ketika Solat Berjemaah?Assalamualaikum... Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawasan sekolah. Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambil nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu pe… Read More
  • 4 Rahsia Cantik Persis Artis KoreaAssalamualaikum.... Rasanya kat sini ramai minat tengok citer korea kan? Saya pun tak terkecuali, sambil-sambil update blog, masak tu, jeling2 la tv, citer yang recorded. Nak tengok live memang tak dapat, tv kena bolot denga… Read More
  • Apakah Hukum Memakai Contact Lens Ketika Puasa atau SolatAssalamualaikum.... Apakah hukum tentang penggunaan kanta lekap (contact lens) semasa solat, puasa, adalah sah ibadatnya? Di dalam Islam bolehkah seseorang itu menggunakan contact lens samaada mempunyai masalah rabun atau se… Read More

3 comments:

  1. salam perkenalan...hii time kasih yer add acu..acu pn dh add rose..

    ReplyDelete
  2. satu info dan produk yang sangat menarik..

    ReplyDelete
  3. Salam kenal... emmm info menarik. Selalunya kalau antinatal, doctor akan bg asid folik ni kan

    ReplyDelete