Assalamualaikum...
Hari nie saya nak berkongsi tentang bagaimana cara mengerjakan solat tarawikh bersendirian. Memang lagi afdal jika dilakukan secara berjemaah di masjid, surau atau dirumah tapi untuk mereka yang ada kekangan seperti saya yang mempunyai anak kecil dan tiada siapa nak jaga mereka.
Daripada rugi tak dapat nak mengerjakan solat tarawikh di masjid yang sememangnya dekat dengan rumah, saya juga boleh melakukannya dirumah ;)
1) Bagaimana nak buat solat tarawikh bersendirian?
Solat tarawikh sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat tarawikh atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagimana yang baisa dibaca dalam solat-solat yang lain.
Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat tarawikh ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun an sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat tarawikh dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (8, 20 atau sebagainya)
2) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawikh itu perlu dan macam mana kalau tidak buat dan cara melakukannya (tidak berselawat)
Adapun berselawat selepas setiap 2 rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat tarawikh jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu "Solat Tarawikh". Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca Al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita menerukan solat tanpa menyelangi dengan sebarang ibadah yang lain.
Wallahu a'lam...
sumber : Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
Thursday, July 3, 2014
Makanan Rohani : Cara Mengerjakan Solat Tarawikh Bersendirian
Related Posts:
Info Sihat : Bagaimana Membantu Anak Mengurangkan Berat BadanAssalamualaikum... Masalah obesiti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan peny… Read More
Info Sihat : Kepentingan dan Keperluan Garam Dalam Kehidupan HarianAssalamualaikum... Hari nie saya nak share pasal garam pula. Hari-hari kita makan garamkan? Kalau takde garam dalam makanan, rasa macam tak lengkap jer kan. Petua mak saya, kalau masak bubur kacang hijau, kena letak sikit ga… Read More
Info Sihat : Ketahui Punca-Punca Rambut GugurAssalamualaikum... Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. 1) Stress d… Read More
Makanan Rohani : Cara Mengerjakan Solat Tarawikh BersendirianAssalamualaikum... Hari nie saya nak berkongsi tentang bagaimana cara mengerjakan solat tarawikh bersendirian. Memang lagi afdal jika dilakukan secara berjemaah di masjid, surau atau dirumah tapi untuk mereka yang ada kekang… Read More
Info Sihat : Apakah Probiotik?Assalamualaikum..... Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berf… Read More
terima kasih sudi berkongsi
ReplyDeletenice info
ReplyDeletebiasa dgn solat terawikh ada selawat setiap rakaat bila g surau arab rasa xbiasa pula. rasa mcm ringkas sangat :)