Assalamualaikum.....
Masa saya browsing internet semalam jumpa satu artikel ini. Cam best jer...
Jom saya kongsikan kat sini untuk kesejahteraan rumah tangga kita semua :)
8 cara untuk menjadi suami terhebat.
1) Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2) Mengajarkan Ilmu-Ilmu Agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.
3) Suami yang Matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
4) Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan anak-anak.
5) Suami yang 'Independent'
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
6) Mempunyai Prinsip dan Pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
7) Menjaga Anak-anak Bersama Isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin, suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulung. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yagn anda berikan.
8) Jadilah Suami yang Serba Tahu
Suami yagn serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
sumber : mamapeduli.info
Rose Azadir
SMS / Whatsapp / Line / WeChat : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
Monday, August 25, 2014
Home »
Makanan Rohani
» Makanan Rohani : 8 Cara Untuk Menjadi Suami Terhebat
Makanan Rohani : 8 Cara Untuk Menjadi Suami Terhebat
Related Posts:
Makanan Rohani : Mari Kenali Nabi Muhammad S.A.WAssalamualaikum.... Kali nie saya nak share tentang biodata Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mengingatkan diri sendiri dan juga anda semua. Orang kata tak kenal maka tak cintakan? Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib b… Read More
Makanan Rohani : Jenis-jenis Korban dan Hukum-hukum Memakan Daging Korban Assalamualaikum... Rasanya hari nie ramai yang masih bercuti, termasuklah saya. Jadi sambil2 cuti, bagi yang boring duk rumah tak buat apa2, meh saya nak kongsi ilmu dengan anda semua. Saya nak berkongsi tentang Jenis-jeni… Read More
Info Sihat / Makanan Rohani : Ikhtiar Untuk Merawat Demam PanasAssalamualaikum... Bagi pasangan suami isteri kebanyakan pernah merasai betapa susahnya menjaga anak yang mengalami demam panas. Saat suhu badan anak melepasi paras 38 darjah celcius selepas diukur dengan alat pengukur de… Read More
Makanan Rohani : 13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam JagaAssalamualaikum... Ada 13 perkara yang perlu kita sebagai wanita Islam perlu titik beratkan. Jom baca kat bawah nie. 1) Bulu kening Menurut Bukhari, Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kenin… Read More
Kelebihan Bulan RejabAssalamualaikum.... Kelebihan Bulan Rejab Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka … Read More
0 comments:
Post a Comment