Assalamualaikum...
Selamat Hari Malaysia!!! Apa aktiviti hari nie? Saya? esok saya cerita hehehehe...
Tahukah anda apakah beza Hari Merdeka dan Hari Malaysia?
Hari Merdeka disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Manakala Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Sedikit info sejarah, pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Selamat bercuti!!!
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
Tuesday, September 16, 2014
Home »
Info Menarik
» Info Menarik : Apakah Hari Malaysia?
Info Menarik : Apakah Hari Malaysia?
Related Posts:
Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Air Ketuban Berkurangan?Assalamualaikum.... Sambungan dari Bahagian 2 : Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Air Ketuban yang Banyak? Adakah anda mempunyai masalah air ketuban berkurangan? Masalah air ketuban berkurangan juga dikenali sebagai oligoh… Read More
Info : Tips-tips Untuk Memilih TadikaAssalamualaikum.... Salam Jumaat, hari nie saya nak share tips2 untuk memilih Tadika. Ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Antara kriteria yang penting ialah: 1. Guru bertauliah Pastikan guru yang mengajar anak k… Read More
Ketahui 4 Fungsi Utama Air Ketuban yang Anda Perlu Tahu!!!Assalamualaikum.... Hari nie saya nak berkongsi ilmu berkenaan air ketuban. Air ketuban sangat berkait rapat dengan ibu yang sedang hamil tapi apakah air ketuban itu? Jom kita baca sama2 perkongsian kali ini :) Apakah Air K… Read More
Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Masalah Air Ketuban Terlalu Banyak?Assalamualaikum.... Sambungan dari bahagian 1: 4 fungsi air ketuban yang anda perlu tahu. Adakah Anda Mempunyai Masalah Air Ketuban Terlalu Banyak? Masalah air ketuban terlalu banyak juga dikenali sebagai polyhydramnio. Ku… Read More
Info Menarik : Apakah Hari Malaysia?Assalamualaikum... Selamat Hari Malaysia!!! Apa aktiviti hari nie? Saya? esok saya cerita hehehehe... Tahukah anda apakah beza Hari Merdeka dan Hari Malaysia? Hari Merdeka disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos set… Read More
0 comments:
Post a Comment