Assalamualaikum....
Penurunan berat badan secara drastik terlalu bahaya untuk kesihatan. Apa gunanya kurus langsing tetapi ditimpa pelbagai penyakit. Cara begini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti muka pucat, pening kepala, keletihan, kulit berkedut dan menggeleber. Lebih baik jika lakukannya secara berperingkat dan pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Berdietlah dengan cara yang sederhana agar anda bukan sahaja dapat melangsing dan menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama juga dapat memastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat dan cergas. Terdapat beberapa peraturan yang perlu anda amalkan ketika anda berdiet. Ikuti panduan di bawah.
1) Sarapan
Walaupun berdiet, tidak semestinya anda perlu mengabaikan sarapan. Ini kerana, sarapan adalah hidangan penting untuk memulakan hari. Oleh itu, sebaiknya anda tidak melewatkan sarapan. Ini akan menyebabkan anda makan lebih banyak ketika waktu makan utama iaitu ketika makan tengah hari dan makan malam.
Tahukah anda, dengan melewatkan makan ia akan membuatkan anda lapar pada tengah malam. Sekiranya ia berlaku, minumlah air teh herba yang dicampurkan madu. Cara ini dapat mengenyangkan perut tanpa pengambilan kalori tambahan yang tidak penting. Selain itu, anda boleh ambil segelas susu bagi mengalas perut sebelum tidur.
2) Makan perlahan-lahan
Kajian menunjukkan tabiat makan terlalu cepat hanya akan meningkatkan masalah kegemukan. Ia bukan sahaja mengganggu pencernaan dan sakit perut tetapi juga boleh mengganggu diet.
Ketika makan dengan cepat, tubuh tidak sempat memberi isyarat kepada otak bahawa makanan yang dimakan sudah mencukupi. Makan sedikit demi sedikit dan kunyah dengan perlahan-lahan sebelum telan. Ingat! Makan dengan perlahan dapat memberi masa pada tubuh untuk menyerap nutrisi.
3) Membayangkan makanan
Jangan jadikan kebiasaan membayangkan makanan ketika berdiet. Ia hanya akan mendorong anda mengambil makanan berlemak dan berkalori dengan kuantiti yang banyak. Untuk mengawal keinginan makan, ambil makanan berserat yang banyak kerana ia melancarkan sistem pencernaan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
4) Jauhi makan di tengah malam
Tahukah anda kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ia membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Tetapi kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia dibuka 24 jam sekaligus mendorong anda untuk makan dan minum sehingga lewat malam. Tidak salah untuk melepak bersama teman di kedai-kedai makan tetapi berhati-hati dengan apa yang anda makan pada waktu tersebut.
5) Elak makan segera
2 juta rakyat Malaysia didapati mengidap diabetes yang kebanyakannya berpunca dariapda makanan. Kajian menunjukkan hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera sekaligus mendedahkan mereka kepada penyakit kritikal di usia muda. Ibu bapa, pantaulah pemakanan anak anda kerana ia akan mempengaruhi corak pemakanan mereka apabila dewasa kelak.
6) Kurangkan garam dan gula
Pakar jantung seluruh mengatakan, pengurangan pengambilan garam dalam makanan merupakan langkah penting untuk mengurangkan kematian akibat masalah jantung. Ini kerana, garam berlebihan menyebabkan kenaikan tekanan darah yang berkait rapat dengan serangan jantung dan otak (strok). Selain garam, kurangkan juga gula dalam hidangan anda.
sumber : n9kini.net
Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
Tuesday, November 18, 2014
Info Sihat : Ketahui Panduan Diet Yang Sihat
Related Posts:
Tips Bagi Merawat Kulit KusamSalam Jumaat, Pagi nie saya nak berkongsi info yang sangat menarik iaitu merawat kulit kusam.... Sumber : mamafaiz Kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada dipermukaan kulit, Jika timbunan tersebut dibiark… Read More
5 Warna Keputihan yang Anda Perlu KetahuiAssalamualaikum... Tanda-tanda penyakit akibat keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tan… Read More
Info Sihat : Kenapa Kita Perlu Detox?Assalamualaikum... Salam Isnin, pagi nie mesti kebanyakan ibu bapa sibuk menghantar anak ke sekolah, lagi2 yang mempunyai anak yang baru masuk darjah satu atau tingkatan satu. Sekolah baru, cikgu baru, kawan-kawan baru, sega… Read More
Info Sihat : Ketahui Bagaimana Badan Kita Mendapat Toksin dan Cara Menyingkirkannya (Detox)Assalamualaikum... Detox merupakan proses membuang toksin dan racun dari dalam badan. Apakah sumber toksin? Toksin dalam badan kita datang sama ada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam ba… Read More
Info Sihat : Fungsi Selenium di dalam Vitamin E ShakleeAssalamualaikum... Tahukah anda, selain semulajadi, antara kelebihan atau keistimewaan Vitamin E Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya mengandungi Selenium. Apakah sebenarnya fungsi Selenium? Kenapa Selenium ini perlu … Read More
good info.. thank you for sharing
ReplyDelete