Monday, February 16, 2015

10 Mutiara Kata Al MarhumTuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum...

10 Mutiara Kata Al MarhumTuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:


 1. “Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah..."

2. "Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas.."

3. “Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen...”

4. " Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau...Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa...tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek...kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka"....

5. Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam, kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat...saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya, pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda, saya hanya mahu datang dan dengar...

6. "..Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna. Di akhirat kelak akan ditanya, setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya. Sebab itu, saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti. Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk, beras dan keperluan hidup..."

7. "Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga memerlukan kepada jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah balasannya..."

8. "Walaupun malam gelap dan di bawah meja, semua kerja-kerja sulit akan didedahkan apabila kita berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak. Baik manusia hebat mana pun, semuanya akan didedah rahsianya nanti. Keyakinan seperti ini boleh menyebabkan manusia terbantut untuk buat maksiat.."

9. "Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya telah ada harapan untuk menyaksikan kemarau berakhir. Lantaran itu, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa masa depan ialah bersama Pakatan Rakyat di dalam membina Malaysia yang baru.

10. "Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil..."

Ya Allah . Dengan Rahmat dan Kemuliaan Mu , kepada Mu kami berserah dan kepada Mu jua kami meminta . Tempatkan lah Arwah Tok Guru kami di dalam Kematian orang orang yang engkau Mulia kan . Peliharalah jasadnya , peliharalah Rohnya . Kepada Mu kami meminta Ya Allah....

Mari sama-sama kita berdoa agar Arwah Tok Guru ditempat kematian Syahid . Aminn .

sumber : facebook

Rose A
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

Related Posts:

  • Tips Bagi Merawat Kulit KusamSalam Jumaat, Pagi nie saya nak berkongsi info yang sangat menarik iaitu merawat kulit kusam.... Sumber : mamafaiz Kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada dipermukaan kulit, Jika timbunan tersebut dibiark… Read More
  • Info Sihat : 10 makanan yang dikatakan tidak sihat sebenarnya SIHAT?Salam.... Saya selalu dengar orang cakap makan nie tak elok, makan tu tak bagus tuk kesihatan...tapi betul ker? Kadang2 kita ikutkan jer cakap orang tanpa kaji or search kebenaran info yang diorang cakap tu sebab kita kurang… Read More
  • 5 Warna Keputihan yang Anda Perlu KetahuiAssalamualaikum... Tanda-tanda penyakit akibat keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tan… Read More
  • Info Sihat : Kenapa Kita Perlu Detox?Assalamualaikum... Salam Isnin, pagi nie mesti kebanyakan ibu bapa sibuk menghantar anak ke sekolah, lagi2 yang mempunyai anak yang baru masuk darjah satu atau tingkatan satu. Sekolah baru, cikgu baru, kawan-kawan baru, sega… Read More
  • Info Sihat : Fungsi Selenium di dalam Vitamin E ShakleeAssalamualaikum... Tahukah anda, selain semulajadi, antara kelebihan atau keistimewaan Vitamin E Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya mengandungi Selenium. Apakah sebenarnya fungsi Selenium? Kenapa Selenium ini perlu … Read More

1 comment:

  1. al fatihah..moga arwah tok guru di sisi para solehin

    ReplyDelete