Salam Pagi Jumaat..
Malam tadi saya sempat browsing Internet, pastu terjumpa satu artikel dalam Utusan tentang masalah perut buncit. Jom kita baca sama-sama untuk menambahkan ilmu di dada dan untuk mereka-mereka yang ade masalah nie boleh la buat ape yang patut.
Sama ada kaum lelaki atau kaum wanita pasti ade yang mengalami masalah perut buncit. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini.
Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.
Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan. In Shaa Allah.
sumber : Utusan Malaysia
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com
Friday, September 20, 2013
Info Sihat : Masalah Perut Buncit
Related Posts:
Info Sihat : Ketahui Panduan Diet Yang SihatAssalamualaikum.... Penurunan berat badan secara drastik terlalu bahaya untuk kesihatan. Apa gunanya kurus langsing tetapi ditimpa pelbagai penyakit. Cara begini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti muka pucat, pening … Read More
Info Sihat : Minuman Ringan Bergas Rosakkan Sel ManusiaAssalamualaikum.... LONDON: Satu kajian dilakukan sebuah universiti di Britain terhadap minuman ringan, menemui bukti bahawa ia boleh menyebabkan kerosakan sel yang teruk, selain berupaya mematikan bahagian… Read More
Info Sihat : Apakah Punca Kenapa Anda Makan Dengan Kerap?Assalamualaikum.... Pernah tak anda semua kadang2 merasa asyik nak makan jer? nak mengunyah jer? kejap2 nak makan, kejap2 nak makan.... Nak tahu apa punca yang menyebabkan anda merasa demikian? Jom baca perkongsian saya kal… Read More
Info Sihat : Fungsi2 Utama dan Fakta2 Menarik Tentang Vitamin C Assalamualaikum..... Hari nie saya nak sambung cerita tentang Vitamin C. Vitamin C didapati penting untuk fungsi-fungsi utama berikut: Fungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah put… Read More
Info Sihat : Batuk Kokol Boleh Menyebabkan KematianAssalamualaikum... Pernah dengar tentang batuk kokol? Pertussis? Lagilah tak pernah dengar? Whooping cough? Percaya atau tidak batuk kokol boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak jika tidak dirawat. Batuk ko… Read More
yut uncit.. tak suke....heeeee
ReplyDeletehehe, tq singgah sini chef...
Deletesalam Sabtu,
ReplyDeleteSinggah balas disini :) terima kasih sudi ke blog shima
salam, tq jugak singgah sini...
Delete