Salam Pagi Jumaat..
Malam tadi saya sempat browsing Internet, pastu terjumpa satu artikel dalam Utusan tentang masalah perut buncit. Jom kita baca sama-sama untuk menambahkan ilmu di dada dan untuk mereka-mereka yang ade masalah nie boleh la buat ape yang patut.
Sama ada kaum lelaki atau kaum wanita pasti ade yang mengalami masalah perut buncit. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini.
Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.
Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan. In Shaa Allah.
sumber : Utusan Malaysia
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com
Friday, September 20, 2013
Info Sihat : Masalah Perut Buncit
Related Posts:
Info Sihat : Masalah Perut BuncitSalam Pagi Jumaat.. Malam tadi saya sempat browsing Internet, pastu terjumpa satu artikel dalam Utusan tentang masalah perut buncit. Jom kita baca sama-sama untuk menambahkan ilmu di dada dan untuk mereka-mereka yang ade mas… Read More
Tips sihat : 6 Tips Untuk Cepat HamilSalam sayang semua, Semalam saya kongsikan dengan anda semua testimoni seorang isteri yang berjaya hamil setelah mengamalkan set kesuburan Shaklee (dengan izin Allah juga). Jadi hari saya nak kongsikan pulak tips-tips cepat… Read More
Info Sihat : Petua Untuk BertenagaSalam sayang semua.... Lately saya agak rajin membaca pantang ade masa free selalu browsing pasal info-info kesihatan, pasal baby, pasal relationship...sebabnya nak tambah ilmu didada pastu leh share kat sini...Jom baca arti… Read More
Info Sihat : 10 makanan yang dikatakan tidak sihat sebenarnya SIHAT?Salam.... Saya selalu dengar orang cakap makan nie tak elok, makan tu tak bagus tuk kesihatan...tapi betul ker? Kadang2 kita ikutkan jer cakap orang tanpa kaji or search kebenaran info yang diorang cakap tu sebab kita kurang… Read More
Info Sihat : Semua Tentang DHASalam nak sambut Hari Raya Aidil Adha...ade ke yang bercuti panjang raya haji nie? saya cuti satu hari jer...cuti tu pun nanti tak pi mane2 kot, duk umah, masak tuk encik asben and anak-anak jer... Jadinyer saya nak share n… Read More
yut uncit.. tak suke....heeeee
ReplyDeletehehe, tq singgah sini chef...
Deletesalam Sabtu,
ReplyDeleteSinggah balas disini :) terima kasih sudi ke blog shima
salam, tq jugak singgah sini...
Delete