Salam Pagi Jumaat..
Malam tadi saya sempat browsing Internet, pastu terjumpa satu artikel dalam Utusan tentang masalah perut buncit. Jom kita baca sama-sama untuk menambahkan ilmu di dada dan untuk mereka-mereka yang ade masalah nie boleh la buat ape yang patut.
Sama ada kaum lelaki atau kaum wanita pasti ade yang mengalami masalah perut buncit. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini.
Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.
Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan. In Shaa Allah.
sumber : Utusan Malaysia
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com
Friday, September 20, 2013
Info Sihat : Masalah Perut Buncit
Related Posts:
Info Sihat : Bahaya Ubat Batuk dan Selsema Terhadap Kanak-KanakAssalamualaikum... Organisasi kesihatan Seluruh Dunia (World Health Organisation - WHO) secara amnya telah mengeluarkan amaran keras bagi penggunaan ubat batuk dan selesema terhadap kanak-kanak yang berumur kurang daripad… Read More
Info Sihat : Kepentingan Kalsium Pada Tubuh ManusiaAssalamualaikum... Hari nie saya nak cerita sket mengenai Kalsium dan tulang. Sangkaan segelintir orang bahawa tulang adalah bahagian tubuh yang tidak hidup ataupun hanya fosil ternyata salah. Ini kerana sama seper… Read More
Info Sihat : Sauna, Perbandingan dengan Aktiviti Lain dan Kelebihan SaunaAssalamualaikum... Hari nie saya nak bercerita mengenai sauna. Adakah anda mempunyai masalah seperti dibawah? 1) Tiada masa pergi berjoging? 2) Tak sempat langsung nak bersenam? 3) Resdung, pagi2 selalu bersin? 4) Badan te… Read More
Info Sihat : Panduan Pemakanan yang Sesuai dan Seimbang Untuk Ibu Menyusukan AnakAssalamualaikum... Sedikit perkongsian tentang pemakanan yang sesuai dan seimbang untuk ibu2 yang menyusukan anak. Kebanyakan ibu-ibu bingung dengan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan dalam jangka waktu menyusukan bay… Read More
Info Sihat : 10 Kepentingan Kalsium Yang Anda Mesti TahuAssalamualaikum..... Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal… Read More
yut uncit.. tak suke....heeeee
ReplyDeletehehe, tq singgah sini chef...
Deletesalam Sabtu,
ReplyDeleteSinggah balas disini :) terima kasih sudi ke blog shima
salam, tq jugak singgah sini...
Delete