Salam Pagi Jumaat..
Malam tadi saya sempat browsing Internet, pastu terjumpa satu artikel dalam Utusan tentang masalah perut buncit. Jom kita baca sama-sama untuk menambahkan ilmu di dada dan untuk mereka-mereka yang ade masalah nie boleh la buat ape yang patut.
Sama ada kaum lelaki atau kaum wanita pasti ade yang mengalami masalah perut buncit. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini.
Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.
Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan. In Shaa Allah.
sumber : Utusan Malaysia
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com
Friday, September 20, 2013
Info Sihat : Masalah Perut Buncit
Related Posts:
Bagaimana B Complex Shaklee Membantu Mengurangkan Stress?Assalamualaikum.... Keadaan atau masa yang menimbulkan stress selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini. Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan st… Read More
8 Tips Bagaimana Untuk Menjaga Solat AndaAssalamualaikum... Sedikit perkongsian ilmu tentang tip2 bagaimana untuk menjaga solat. sumber : Group Facebook Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia a… Read More
Apakah Lemak Visceral dan Kenapa Ia Berbeza Dengan Lemak Tubuh yang Lain?Assalamualaikum.... Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (lemak subkutan-lemak di bawah kulit). Lemak Visceral, juga disebut lemak intra-abdomen, adalah lembaran lemak yang mengelilingi organ internal tub… Read More
Apakah Hukum Memakai Contact Lens Ketika Puasa atau SolatAssalamualaikum.... Apakah hukum tentang penggunaan kanta lekap (contact lens) semasa solat, puasa, adalah sah ibadatnya? Di dalam Islam bolehkah seseorang itu menggunakan contact lens samaada mempunyai masalah rabun atau se… Read More
Bagaimana Puasa Boleh Menyihatkan Tubuh Badan Kita?Assalamualaikum.... Salam Jumaat. Sedikit perkongsian dari Tuan Ghafani Awang Teh, Kesuma, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. DIRI kita ialah apa yang kita makan. Sehubungan itu Allah SWT menyeru manusia supaya mem… Read More
yut uncit.. tak suke....heeeee
ReplyDeletehehe, tq singgah sini chef...
Deletesalam Sabtu,
ReplyDeleteSinggah balas disini :) terima kasih sudi ke blog shima
salam, tq jugak singgah sini...
Delete