Monday, September 30, 2013

Testimoni Set Kurus Shaklee : Slim Melim Dah Akak Kita Nie...

Salam sayang semua,

Nie nak share satu lagi testimoni dari pengguna Shaklee. Beliau mengamalkan Set Kurus Shaklee selama lebih kurang 8 bulan.


Set Kurus Shaklee yang diamalkan oleh Puan Siti Hajar nie terdiri daripada ESP + Lecithin + Alfalfa + Omega Guard.


1) ESP (Energizing Soy Protein) - membantu sihatkan sel. Sel yang sihat dapat menyerap vitamin lain dengan lebih baik. Kalau sel tak sihat, vitamin yang diambil akan memerlukan masa yang lebih lama untuk diserap dan efektif.

2) Lecithin -  memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan juga membantu mengawal paras triglycerides (a type of fat found in your blood. Your body uses then for energy).

3) Alfalfa - bertindak dengan mencuci usus bagi membuang toksin dalam badan. Ia juga mengelakkan sembelit yang menjadi punca utama kegemukan. Antara fungsi lain Alfalfa ialah ia dapat merawat masalah keputihan pada wanita, mengetatkan vagina, membuang angin dalam badan dan mengawal paras kolesterol.

4) Omega Guard - berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisma. Kajian dilakukan di Jepun & Czech Republic mencadangkan bahawa omega 3 mampu menghalang pembentukan lemak badan hodoh & menggalakkan pembakaran lemak dengan cepat. Pengambilan Omega Guard selepas makan mampu memberikan rasa kurang lapar kepada anda.


Tips kuruskan badan yang simple dan efektif

1) Tidak berlapar
2) Minum air secukupnya dengan keperluan tubuh
3) Elakkan minuman bergas
4) Kurangkan pengambilan garam
5) Kunyah makanan perlahan-lahan
6) Banyakkan makan sayur dan buah
7) Elakkan timbang berat badan setiap hari
8) Buat satu jurnal sihat/diari sihat
9) Tumpukan pada nak sihat, bukan nak kurus semata-mata
10) Berjalanlah dengan cepat-cepat dan teratur

Boleh hubungi saya untuk harga yang menarik untuk set kurus di atas atau lain2 produk Shaklee sekarang!!

COD available sekitar Gombak, Batu Caves, KLCC, Keramat, Setiawangsa



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : http://www.facebook.com/rose.azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com



Thursday, September 26, 2013

Tips sihat : 6 Tips Untuk Cepat Hamil

Salam sayang semua,

Semalam saya kongsikan dengan anda semua testimoni seorang isteri yang berjaya hamil setelah mengamalkan set kesuburan Shaklee (dengan izin Allah juga).

Jadi hari saya nak kongsikan pulak tips-tips cepat hamil yang telah teruji dengan baik yang layak dan boleh untuk anda pertimbangkan:


1) Rancanglah waktu hubungan anda
Salah satu tips terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk melakukan hubungan dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maximum 5 hari di dalam rahim. Kerana itu untuk meningkatkan kebarangkalian terjadinya kehamilan, lakukan hubungan 2 hari sebelum masa ovulasi/ keluarnya sel telur. 

Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:
- sistem kalendar
- suhu badan / body temperature
- pengeluaran cecair lendir serviks
- dan yang terbaru, strip penguji masa subur (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)

2) Berhenti merokok dan minuman beralkohol
Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44% dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.

3) Ambillah vitamin
Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-duanya harus amalkan....anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah

Vitamin C - dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma
Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.

Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak. Bagi anda yang sedang dalam usaha unutk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang.

4) Pilihlah posisi yang tepat ketika berhubungan
Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat meyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan...sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untk meyimpan sperma. (menaip sambil blushing...)

5) Kawal berat badan anda
Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil. Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda. Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu unutk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Anda boleh cuba Set Kurus Shaklee yang saya sediakan.

Dan...sebaliknya, jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama...Jadi bagi anda yang mempunyai berat badan terlalu ringan, berusahalah unutk menaikkan berat badan anda secara sihat. Dan saya sarankan anda mengambil Mealshake, B Complex dan Vita-lea. Dan saya akan guide anda. In Shaa Allah...

6) Amalan berdoa kepada Allah
Perlu diakui setiap rancangan dan kejadian ini Allah yang menentukan. Puas kita merancang dan berusaha tapi kita lupakan Allah. Allah adalah tempat kita sebagai hambanya mengadu memohon pertolongan.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com





Wednesday, September 25, 2013

Testimoni Set Kesuburan Shaklee : Berjaya Hamil Walaupun Mengalami Period Tak Teratur, Cyst & Pcos

Salam dan Selamat Petang semua,

Hari nie saya nak share satu testimoni pengguna yang telah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee.  


Sinopsis Testimoni:

1) Telah menunggu selama 2 tahun setengah
2) Mengalami masalah period tak teratur, ada cyst & pcos
3) Consume Set Hamil Shaklee selama 5 bulan dengan konsisten di samping menjalani rawatan pakar fetility

Set Kesuburan Shaklee yang diambil oleh Puan Fieza adalah untuk isteri dan suami yang mengandungi : 

Untuk isteri:

1) ESP - Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, pelekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting.

2) GLA -penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

3) B Complex - penting untuk mereka yang ingin hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).

4) Alfalfa - ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

Untuk suami:

1) Vitamin E - membantu dalam menambahkan kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

2) Zinc Complex- mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak merangsang pembentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Sebagai peringatan, pemakanan vitamin-vitamin di atas adalah sebagai salah satu usaha saja. Yang pasti rezeki untuk mendapat cahaya mata adalah datang dari Allah S.W.T.

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya seperti di bawah.




Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com

Monday, September 23, 2013

Tips Sihat : Cara Mengira Kalori Dalam Makanan

Salam Isnin, hari nie saya nak berkongi satu tips sihat iaitu cara-cara mengira kalori dalam makanan.



Apa itu kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adalah badan perlukan kalori?

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan. 

Bagaimana cara untuk kira kalori dalam makanan?
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 kalori setiap gram

Contoh:-
Satu hidangan sos cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g x 4 = 212 kalori)
Protein-1g (1g x 4 = 4 kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g x 4 = 64 kalori)
Jadi satu tuangan sos cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Wanita mengandung & menyusu: 2000-2500 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada satu-satu hari itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori orang dewasa selalunya makan/ambil dalam sehari?
1) Makan pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telur mata kerbau (21 kalori) + Teh tarik (120 kalori) = 541 kalori

2) Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

3) Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca sayur setengah cawan (150 kalori) + Air tembikai (80 kalori) = 900 kalori

4) Minum petang:
Kopi susu (120 kalori) + Popia goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

5) Makan malam:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan tenggiri masak merah (142 kalori) + Kangkung goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori

*** Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak.
- 543 x 365 = 198, 195 kalori setahun disimpan.
- Maka, dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!!

Bagaimana untuk membakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan komputer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Aerobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

So lepas nie boleh la bawak kalkulator masa nak pegi makan haha (mesti orang sebelah2 cakap peliknyer orang nie)...Tak perlu bawak kalkulator, agak2 jer dah cukup...



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
FB : rose azadir
Blog : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com


Friday, September 20, 2013

Info Sihat : Masalah Perut Buncit

Salam Pagi Jumaat..

Malam tadi saya sempat browsing Internet, pastu terjumpa satu artikel dalam Utusan tentang masalah perut buncit. Jom kita baca sama-sama untuk menambahkan ilmu di dada dan untuk mereka-mereka yang ade masalah nie boleh la buat ape yang patut.


Sama ada kaum lelaki atau kaum wanita pasti ade yang mengalami masalah perut buncit. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini.

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.

Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.

Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.

Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan. In Shaa Allah.

sumber : Utusan Malaysia


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com


Thursday, September 19, 2013

Testimoni Omega Guard : Perut Flat Selepas 3 Bulan

Salam...

Ari tu saya ade dapat respon dari customer saya yang makan Omega Guard Shaklee, dia cakap badan dia nampak makin kurus selepas baru seminggu makan vitamin tu, herm..menarik kan...

Tapi ari ni saya nak berkongsi satu cerita tentang seorang suami yang telah berjaya mengurangkan ukur lilit perut beliau (dalam erti kata lain perut da slim) selepas consume Omega Guard Shaklee hadiah dari isteri tersayang.

  
Intipati testimoni:

1) Mengalami masalah perut buncit tahap ke-2 sejak berkahwin
3) Telah berjaya mendapatkan bentuk badan seperti zaman muda2 selepas 3 bulan consume Omega Guard Shaklee secara konsisten dan sedikit senaman.


Kelebihan Omega Guard Shaklee - minyak ikan terbaik di dunia

1) Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.

2) Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak ikan.

3) Berbanding dengan produk minyak ikan lain, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

4) Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 9005mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.
5) Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk 
    mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah 
    nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee 
    menggunakan kaedah ultra tulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan
    Omega Guard.

6) Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak
    asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan
    berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated
    byphenyl) - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, boleh hubungi saya seperti di bawah.


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com




Tuesday, September 17, 2013

Set Skincare Shaklee : Selepas 6 bulan baru nampak perubahan...Alhamdulillah...

Salam...lagi testimoni pengguna set skincare Shaklee... ramai sangat yang dah berjaya dengan penggunaan yang konsisten...maksudnyer kena sabar, sebab kesannye tak boleh nampak dalam masa 1-2 hari...


Customer nie consume vitamin untuk penjagaan kulit yang terdiri daripada ESP, Vitamin C, Vitamin E dan B Complex.

Selepas pemakanan vitamin-vitamin di atas secara konsisten selama 6 bulan, beliau telah mendapat kondisi kulit yang dihajati iaitu kulit lebih cerah, garis-garis halus makin kurang, kulit lebih halus dan bersih.

Bagaimana ESP membantu untuk kulit yang gebu, cerah dan pudarkan parut jerawat?

ESP adalah sumber protein, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jika sel kulit itu tidak diganti maka perkara itulah yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Lama kelamaan kulit akan menjadi bertompok-tompok dan tidak sekata.

Bagaimana Vitamin E membantu untuk kulit lebih segar?

Vitamin E plak adalah vitamin antioksidan. Penting untuk menjaga sel-sel agar tidak dirosakkan oleh radikal bebas. Kita memang tak nampak radikal bebas ni. Tapi kalau kita selalu terdedah kepada pencemaran, asap kenderaan, asap rokok maka kat situ la badan kita akan diserang radikal bebas. Sel-sel yang diserang radikal bebas ini akan menjadi tua dengan lebih cepat. Tu yang timbul istilah penuaan sebelum tiba masa sepatutnya.

Bagaimana B Complex bantu untuk meratakan tona kulit?

B Complex penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan warna tona kulit pada wajah. Tidak timbul lagi masalah kulit wajah yang bertompok-tompok. Yang menarik, B Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon badan kita, jadi sesuai lah untuk mengurangkan rasa marah atau stress.

Bagaimana Vitamin C bertindak sebagi antioksidan?

Antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta maslah kulit kering, kedut serta garis penuaan. Vitamin C juga bertindak melindungi dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com






Friday, September 13, 2013

Info Sihat : 10 makanan yang dikatakan tidak sihat sebenarnya SIHAT?

Salam....

Saya selalu dengar orang cakap makan nie tak elok, makan tu tak bagus tuk kesihatan...tapi betul ker? Kadang2 kita ikutkan jer cakap orang tanpa kaji or search kebenaran info yang diorang cakap tu sebab kita kurang nak ambil kisah or malas or takde masa nak p search pasal info tu kan?

Oleh sebab tu anda antara orang yang bertuah kalau dapat baca info yang saya akan kongsikan nie and saya happy sangat dapat berkongsi ilmu dengan anda semua...hehehe

Berikut adalah antara 10 makanan yang dikatakan tidak sihat dan kurang enak sebenarnya sihat dan yang paling penting dapat menyumbangkan keperluan nutrisi di dalam badan anda.


1) Keju / Cheese
Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar... akan tetapi, terdapat juga kelebihan yang terdapat disebaliknya. Pastikan kita membicarakan tentang keju yang berkualiti tinggi dan bukannya yang terdapat di dalam pizza dan sebagainya...

Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan harian anda dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Selain daripada itu, kajian juga mendapati ia dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi dalam protein dan merupakan sumber kalsium yang terbaik.


2) Kopi
Minuman yang membuatkan hampir ramai yang ketagih dengan sifat senulajadi bahan kopi ini memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu seperti menyebabkan kebimbangan, kegelisahan, keresahan, insomnia, sakit kepala, berdebar-debar jantung dan sebagainya. Harus ditekankan di sini, kipo adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut di mana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya dengan susu pekat manis.

Amalkan meminum kopi kosong yang sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tidak kita ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Selain daripada itu, ia boleh membantu anda membakar lemak dengan sistem saraf pusat anda, dan meningkatkan metabolisme anda. Akhir sekali, ia juga dapat meningkatkan jangka hayat anda. 
 3) Durian
Pasti ramai yang kurang gemar dengan bau yang kurang menyenangkan dari Raja Buah ini. Akan tetapi, ada juga yang gilakan rasa lemak yang dirasai ketika makan buah ini. Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori? Benar akan tetapi pengambilan yagn tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari mendapatkan kebaikan dari Raja Buah ini. Durian adalah tinggi dengan seratnya. Ia juga mengandungi vitamin C, Vitamin B6 dan folat. Ia juga tinggi dengan potassium di mana ia dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.


4) Tiram
Bau yang kurang enak rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini membuatkan sesetengah orang kurang gemar untuk menikmatinya. Akan tetapi, hasil laut ini juga tidak kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber zinc di mana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks.

Selain daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak serta tinggi dengan Omega-3, magnesium dan vitamin E di mana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang didapati menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.


5) Daging Merah
Sesetengah orang ada yang kurang gemar makanan ini. Ada yang emngatakan ianya makanan yang menggemukkan dan berkolesterol tinggi.

Sebenarnya, sama ada ianya memudaratkan atau tidak adalah bergantung kepada jumlah makanan yang diambil. Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun mendapati bahawa lemak yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain daripada itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.


6) Ghee
Penggunaan ghee dalam masakan amat popular lagi2 di kalangan masyarakat India. Sesetengah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Akan tetapi, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elakkanlah menggunakan ghee ini secara berlebihan.

Dari segi Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan ingatan seseorang. Ia juga penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Kandungan yang terdapat di dalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik conjugated (PTK). Ia adalah asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.

7) Hati Lembu
Organ dalam sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, bagi penggemar hati lembu, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi dari hidangan yang diberikan. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilan anda agar tidak berlebihan.

Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12 dan vitamin A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya. Ia adalah sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan dan mengoptimumkan sistem imun anda.


8) Kentang
Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh individu yang sedang mengurangkan berat badan. Benar, kentang tinggi dengan kandungan karbohidratnya. Akan tetapi, lagi sekali jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut dari kentang.

Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks glisemik (GI). Kentang telah dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Akan tetapi, kajian yang telah dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. GI kentang adalah lebih rendah apabila mereka dimakan sedikit sejuk daripada panas dan apabila derebus dan dimakan keseluruhan dan bukannya dilenyekkan.

Kentang dapat menggantikan keinginan anda unutk gula-gula dan roti apabila pada diet rendah karbohidrat. Selain daripada itu, kentang juga amat sesuai untuk individu yang menghadapi plateu ketika mengurangkan berat badan dimana ia dapat mengembalikan tahap leptin anda. Ia dipanggil teknik refeeding dan dapat mengembalikan semula proses pengurangan berat badan.

9) Sos Tomato
Sememangnya pasti ramai yang mengetahui bahawa sos adalah bahan proses yang tinggi dengan kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi jika ingin menikmatinya agar dapat mengelakkan dari pengambilan sos tomato yang kurang berkualiti dan sebagainya.

Bahan utama penyediaan sos adalah dari sirap jagung fruktosa (HFCS). Ia merupakan pemanis yang murah dan senang didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti.

Selain daripada itu, terdapat juga kelebihan memakan sos ini dimana ia mengamdungi kendungan lycopene. Lycopene merupakan antioksidan yang kira-kira 100 kali lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia adalah berguna unutk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.


10) Daun Gandum
Selain bau yagn kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Akan tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna seperti ia mengandungi klorofil. Klorofil dapat mengurangkan kadar kanser kolon dan ia boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.


sumber : kevinzahri

Setakat ini dulu yer, nanti saya share kan lagi info2 yang menarik...



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com

Thursday, September 12, 2013

Set Skincare Shaklee : Dapat bonus bila kulit muka lembut, cerah dan parut2 hitam hilang

Salam petang Khamis yang ceria...Hari nie saya nak share success story seorang customer yang telah berpuas hati dengan produk Shaklee iaitu set skincare..


Customer nie pada awalnya makan set kurus Shaklee yang terdiri daripada ESP, Lecithin dan Alfalfa. Memang berat badan turun tetapi beliau juga dapat bonus iaitu kulit muka rasa lembut macam baby.

Kemudian beliau tambah makan Vitamin E, kulit jadi bertambah cantik, dari kusam menjadi cerah, parut2 hitam...

Jom berkenalan dengan ESP dan Vitamin E

ESP (Energizing Soy Protein)
  • Diiktiraf di seluruh dunia selama lebih 50 tahun 
  • Menjalani kajian klinikal yang paling banyak
  • Di proses di bawah suhu rendah untuk mengekalkan kualiti protein
  • Setiap tin ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam
  • Satu-satunya produk di apsaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia
  • Indeks glisemik (GI) yang rendah, oleh itu tenaga dari ESP dilepaskan perlahan-lahan ke dalam darah untuk jangka masa yang panjang, jadi badan akan mendapat bekalan tenaga yang optimum untuk tempoh masa yang panjang.
  • Mengandungi Isoflavone yang terbukti secara klinikal boleh mengurangkan hot flushes di kalangan wanita menopause, menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan mencegah osteoporosis
  • Sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak sehingga ke golongan warga tua.


Vitamin E
  • Vitamin penting untuk kecantikan kulit
          ~ Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
          ~ Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit 
  • Mempercepatkan proses pemulihan kulit, bagus untuk mereka yag mempunyai kulit kering
          ~ Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
          ~ Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit serta menghilangkan parut-parut
  • Awet muda
  • Dikatakan sex food - kena makan baru tahu kesan dia huhuhu (nie mesti ramai yag dah kawin yang teruja)


Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya yer...



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com