Friday, April 24, 2015

Apakah Hukum Memakai Contact Lens Ketika Puasa atau Solat

Assalamualaikum....

Apakah hukum tentang penggunaan kanta lekap (contact lens) semasa solat, puasa, adalah sah ibadatnya? Di dalam Islam bolehkah seseorang itu menggunakan contact lens samaada mempunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?


Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1) Tujuan perubatan - iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya ialah harus dengan syarat tidak mendatangkan mudarat pada mata.

2) Tujuan perhiasan - iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara', iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain - terutamanya wanita - (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian terhadapnya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan
e) Tidak berlebihan
f) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya). [1]

3) Adapun penggunaan contact lens semasa mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a'lam.

Rujukan:
1) Fatwa Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin (http://www.ibn-jebreen.com)
2) Fatwa Syeikh Mohammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com)
3) Fatwa Syeikh Dr Ahmad al-Hija al-Kurdi (http://www.islamic-fatwa.com)

Thursday, April 23, 2015

Testimoni : Alfalfa Shaklee Mampu Hilangkan Keputihan dan Memberi Tenaga Sepanjang Hari

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak kongsi lagi testimoni Set Keputihan Shaklee, harap jangan bosan yer...niat saya hanya untuk membantu mereka kat luar sana yang ada masalah nie :)



Customer nie telah berjaya mengurangkan keputihan yang beliau alami. Keputihannya tak teruk macam dulu. Kalau tak makan Alfalfa Shaklee sahaja, baru keputihan itu datang.

Kalau makan macam biasa, memang takde langsung keputihan, terasa kering dan selesa sangat. Selain daripada itu, beliau terasa bertenaga sepanjang hari.

Siapa yang alami keputihan akan tahu perasaan itu, sangat tak selesa.


Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Jangan segan jangan malu untuk hubungi saya yer....


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, April 22, 2015

Testimoni : Alfalfa Shaklee Mampu Hilangkan Masalah Keputihan Yang Agak Kronik

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak kongsi salah satu testimoni Set Keputihan Shaklee.


Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Customer ini alami keputihan yang agak teruk mungkin kerana beliau terlalu penat dan stress. Beliau merupakan seorang pelajar ketika itu. Doktor bagi ubat dan nasihatkan beliau untuk mengambil makanan tambahan.

Beliau makan ubat yang diberikan oleh doktor tapi tiada perubahan. Akhirnya beliau mencuba Alfalfa Shaklee setelah disarankan oleh kawan beliau.

Alhamdulillah, keputihan yang beliau alami semakin kurang dan hilang. Bila tiada keputihan, hidup lebih yakin dan tiada stress lagi.


Alfalfa Shaklee berfungsi dengan cara mencuci hati, darah dan usus. Ia merupakan makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit.

Alfalfa Shaklee juga melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

Ia juga baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit.  

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook :  Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, April 21, 2015

Kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum....

Kelebihan Bulan Rejab
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.” 

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB


Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. 

Monday, April 20, 2015

Kenali Set Keputihan Shaklee Yang Semakin Popular

Assalamualaikum...

Selamat Hari Isnin, mesti ramai yang berpuasa bulan Rejab kan? Alhamdulillah, semoga semua mendapat keberkatan dari Allah.

Hari nie saya nak kongsi dengan anda semua tentang set Shaklee yang agak popular iaitu Set Keputihan Shaklee. Jom saya kongsikan dengan anda semua.


1) Alfalfa Complex Shaklee
  • Mencuci hati, darah & usus - Alfalfa Shaklee adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus & perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatitis & sembelit.
  • Harga : Small(330 biji) - RM57.00, Large(700 biji) - RM104.00

2) Garlic Complex Shaklee
  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus & yis candida.
  • Menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asma, selsema & hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, mampu menentang bakteria H.pylori & menghalang ulser gastrik.
  • Menstabilkan glukos dalam tubuh
  • Menurunkan darah tinggi
  • Detoksifikasi
  • Harga : RM51.00 (60 biji)

3) GLA Complex
  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen & testosteron
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, tinea, memperbaiki bintik penuaan.
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes hamil dan usia tua.
  • Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Harga : RM98.00 (60 biji)


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, April 17, 2015

Bagaimana Puasa Boleh Menyihatkan Tubuh Badan Kita?

Assalamualaikum....

Salam Jumaat.
Sedikit perkongsian dari Tuan Ghafani Awang Teh, Kesuma, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

DIRI kita ialah apa yang kita makan. Sehubungan itu Allah SWT menyeru manusia supaya memakan makanan yang halal lagi baik (Al-Baqarah:168), berhati-hati makan dan minum serta jangan membazir (Al-A'raf:31). Kemudian Rasulullah SAW bersabda dalam beberapa hadis : “Berpuasalah nescaya kamu sihat”. Pepatah ada menyatakan ‘perut itu adalah sumber penyakit dan berpantang itu adalah penawar'.
 
Menurut sumber kajian perubatan, didapati 90 peratus penyakit manusia berpunca daripada pencemaran sistem usus (usus besar dan kecil). Penemuan ini membuktikan kebenaran al-Quran dan hadis Rasulullah bahawa gaya pemakanan memberi kesan besar kepada kesihatan manusia.
 
Sistem usus memainkan peranan penting dalam menerima, menjana dan menghadam makanan yang dimakan. Tabiat makan yang buruk dan tidak seimbang, menimbulkan kesesakan dalam sistem usus dan sistem badan yang lain.
 
Proses kerja sistem usus ini samalah dengan sistem perparitan atau sistem pembentungan najis yang terdapat di negara kita. Segala lebihan makanan, makanan yang bertoksik, tercemar dan kotor tersumbat di situ.
Sistem usus ini dari masa ke masa akan membentuk kerak najis, lapisan toksik dan kotoran lain serta melekat di dinding usus.
 
Toksik dan bahan tercemar dalam sistem usus yang gagal dikeluarkan dan dibersihkan akan memasuki dalam sel-sel tubuh, saluran darah dan merebak ke jantung, hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem tubuh yang lain.
 
Sistem usus tidak berfungsi dengan baik dapat dilihat berdasarkan warna najis. Najis yang sihat berwarna kuning seperti najis bayi. Jika najis berwarna hitam atau berwarna coklat maka menandakan sistem usus menghadapi masalah kesihatan.
 
Kelemahan sistem usus ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti buasir, sembelit, gout, kolesterol tinggi, lemah jantung, kegemukan, penyakit berkaitan hati, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, kanser dan sebagainya.
 
Kempen-kempen yang dibuat oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan telah menyedarkan sebahagian masyarakat supaya meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri. Antara kempen yang sering dijalankan ialah pilih makanan halal, kurangkan pengambilan garam dan gula, elak makanan berlemak, kurangkan makan daging merah, berhenti merokok, banyakkan makanan yang berserat (sayur dan buah-buahan), kawal berat badan, bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan sebagainya. Semua kempen tersebut berkisar boleh dihasilkan melalui amalan berpuasa yang telah lama disyariatkan Islam.
 
Pengaruh
 
Memandangkan besar pengaruh puasa dalam menentukan kesejahteraan manusia, beberapa agama seperti Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi dan agama kecil lain menggalakkan penganutnya berpuasa sama ada secara sukarela atau berpantang memakan makanan tertentu.
 
Dalam rawatan penyakit kronik, pihak hospital dan pusat-pusat perubatan menghendaki pesakitnya berpuasa dalam tempoh tertentu sebelum melakukan rawatan penyakit.
 
Berdasarkan kebenaran al-Quran, hadis, penemuan kajian perubatan dan diakui oleh agama lain, maka nyata ibadah puasa menjadi alat semula jadi mencegah dan menyembuh penyakit.
 
Puasa Ramadan bertindak sebagai pembersih sistem usus dan sistem lain dalam tubuh manusia. Proses pembersihan yang memakan masa kira-kira 14 jam sehari itu, dianggap tepat untuk memberi peluang kepada seluruh sistem tubuh manusia kembali ke tahap sebenar melalui:
 
* Seluruh sistem badan, otot-otot, urat saraf, jantung, buah pinggang, hati dan sistem badan yang lain berehat untuk memulih dan mengembalikan kesegaran kepada tahap sebenar. Pada masa ini sistem badan menggunakan tenaga, lemak dan gula dalam simpanan.
 
* Kira-kira 70 peratus badan manusia dipenuhi air. Dalam tempoh berpuasa, air di badan kita automatik surut-kering dan memberi peluang kepada kita menggantikan semula dengan air yang kaya dengan mineral.
 
* Selaput najis, toksik dan kekotoran yang melekat dalam sistem usus dan sel-sel badan, akan menggelongsor runtuh.
 
* Asid yang wujud dalam tubuh dialkalikan (distabilkan).
 
* Peredaran darah berjalan lancar.
 
Berdasarkan kesan besar puasa kepada kesihatan manusia, maka nyatalah puasa merupakan agen semula jadi pencegah penyakit. Bagaimanapun bagi mereka yang sedang menghadapi penyakit kronik, mereka perlu mendapat nasihat pegawai perubatan sebelum memulakan ibadah puasa.
 
Mematuhi
 
Menurut Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, bagi mencapai keberkesanan puasa, kita perlu mematuhi adab makan, iaitu segera berbuka puasa kerana sistem badan memerlukan makanan pada waktu yang ditetapkan berbuka itu, mulakan membaca 'bismillah' dan berdoa, makan makanan yang halal, memulakan makan dengan buah-buahan dan berhenti makan sebelum kenyang, minum air tidak terlalu banyak ketika makan, jangan minum air dalam gelas sekali gus, minumlah seteguk demi seteguk, jangan bernafas atau bersendawa ketika minum kerana dikhuatiri bakteria masuk dalam minuman dan jangan minum ketika berdiri.
 
Puasa memberi nikmat besar kepada badan dan rohani manusia. Bagi menjamin kesinambungan nikmat besar itu, maka kita boleh susuli pula dengan puasa-puasa sunat mengikut kemampuan.
 
sumber : islam.gov.my
 
Rose A
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380

Thursday, April 16, 2015

Bagaimana B Complex Shaklee Membantu Mengurangkan Stress?

Assalamualaikum....


Keadaan atau masa yang menimbulkan stress selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stress ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stress. 


Stress boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stress sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stress juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stress boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. 


Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stress. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stress yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stress

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stress. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stress sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stress dengan baik.


Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan B Complex Shaklee yang sangat2 membantu mengurangkan stress.

Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stress?

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.

  • Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
  • Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
  • Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 
  • Vitamin B5~mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya
  • Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual
  • Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit
  • Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 

Jangan stress2 dengan masalah semasa dan sebagainya, jom amalkan B Complex Shaklee untuk kesihatan anda pada harga yang sangat mampu milik iaitu hanya RM57.00, satu botol mengandungi 120 biji yang tahan untuk penggunaan 4 bulan (satu bulan hanya RM14.25).

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 5779380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, April 15, 2015

Apakah Lemak Visceral dan Kenapa Ia Berbeza Dengan Lemak Tubuh yang Lain?

Assalamualaikum....





Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (lemak subkutan-lemak di bawah kulit). Lemak Visceral, juga disebut lemak intra-abdomen, adalah lembaran lemak yang mengelilingi organ internal tubuh manusia yang ditunjukkan dalam ukuran ketebalannya. Sedangkan lemak subkutan berada di sisi lain, adalah lemak tubuh yang berada dekat dengan permukaan kulit dan dianggap kurang berbahaya, dan lebih sangat mudah dihilangkan daripada lemak visceral.

Penelitian telah menunjukkan bahawa manusia dengan lemak visceral lebih berisiko tinggi terhadap penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi. Orang yang jarang bergerak, perokok dan peminum menunjukkan memiliki lebih banyak lemak intra-abdomen atau lemak viseral daripada orang yang aktif yang bukan perokok dan non-peminum. Stress mungkin juga menjadi faktor dalam pembentukan lemak visceral di dalam tubuh.

Menghilangkan lemak visceral lebih sulit daripada lemak subkutan karena lemak tersebut lebih kuat tertanam/menempel di dalam jaringan tubuh manusia. Lemak visceral hanya dapat diukur secara tepat oleh Mesin Pencitraan yang dapat melihat seberapa tebal lembaran lemak visceral yang menyelimuti/melapisi organ-organ tubuh. Seseorang mungkin berada dalam kisaran berat badan yang ideal/sihat, namun tidak menutup kemungkinan masih memiliki terlalu banyak intra-abdomen lemak di sekitar organ tubuh internalnya.
 


Hati memetabolisma kan lemak dan melepaskannya ke dalam aliran darah berupa kolesterol. Kolesterol yang berbahaya/buruk, yang rendah kadar-Density Lipoprotein (LDL), akan berubah menjadi sebuah plak yang menghalangi arteri (aliran darah).
 

Anda boleh mengurangkan lemak visceral dengan mengamalkan Omega Guard Shaklee secara konsisten.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, April 14, 2015

Info Sihat : Ketahui 6 Penyebab Perut Buncit

Assalamualaikum....

Adakah anda mengalami situasi seperti ini, badan kurus tapi perut buncit. Mesti tak bestkan, kalau perempuan, silap2 orang akan ingat kita nie tengah mengandung, kalau dah kawin, ok lagi tapi kalau yang masih anak dara, caner? jatuh saham tau hehe....

Jadi, apakah penyebab perut menjadi buncit?


Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Antaranya adalah:

1) Faktor Keturunan
Faktor keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa secara umumnya sukar dielakkan. Contohnya, kalau ibu bapa kategori buncit, anak nak slim memang susah sikit.

2) Faktor Penuaan
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Penurunan hormon ini akan meningkatkan lemak diperut. Sebagai contoh, tengok mak-mak dan ayah-ayah kita, bila semakin tua, memang buncit walaupun ketika muda slim sahaja. 

3) Makanan & Minuman Tertentu
Alkohol adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur. Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi. Susu pun boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. Oleh itu, lebih baik ambil susu rendah lemah dalam diet anda.

4) Tembakau
Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan kembung kerana proses penghadaman terganggu.

5) Stress
Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semulajadi tubuh termasuklah sistem penghadaman. Stress boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan mengembang.

Selain itu, golongan wanita lebih mudah dilanda stress dan seterusnya cenderung memiliki lemak berlebihan di perut meskipun berat badannya normal. Keadaan ini diakibatkan oleh kesan hormon stress kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

6) Perubahan Hormon
Terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon estrogen berkurangan sekaligus membawa kepada pengumpulan lemak di perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya.

sumber : cekgunorazimah.com


Rose A
Shaklee ID : 9334008
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380

Monday, April 13, 2015

Testimoni Set Kurus Shaklee : Hilang 10kg Hanya Dalam 4 Bulan

Assalamualaikum...

Hari Isnin yang indah....saya nak share satu testimoni Set Kurus Shaklee dari mak bisnes saya :) Jemput baca....



Puan Aisya nie hilang 10kg hanya dalam masa 4 bulan sejak mengamalkan Set Kurus Shaklee.

Beliau nie memang peminat tegar Shaklee sebab sejak dari mengandung, berpantang, menyusukan anak, nak kuruskan badan dan juga nak cantikkan kulit, semua dia amalkan produk Shaklee :)

Set kurus yang diamalkan oleh Puan Aisya terdiri daripada:

1) Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee
Sumber protein terbaik yang membantu mengekalkan dan membina otot supaya kulit kita tidak menggeleber setelah kehilangan lemak. Ia juga memberikan rasa kenyang dan tenaga yang berpanjangan.

2) Lecithin Shaklee
Lecithin bertindak sebagai pengemulsi lemak (memecahkan lemak). Ia mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


3) Alfalfa Shaklee
Alfalfa bertindak sebagai pengangkutan (detox) lemak2 yang telah dipecahkan oleh lecithin dan dibawa keluar dari badan melalui proses pembuangan air besar, air kecil, perpeluhan dan sebagainya.Ia juga merawat gangguna pencernaan dan sembelit.

4) Herb-Lax Shaklee
Herb-Lax juga bertindak seperti Alfalfa tetapi khusus untuk mereka yang mempunyai masalah lemak berkumpul di perut (buncit). Ia menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut yang sesuai untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan dan dapatkan tawaran harga yang istimewa dari saya :)


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, April 10, 2015

8 Tips Bagaimana Untuk Menjaga Solat Anda

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian ilmu tentang tip2 bagaimana untuk menjaga solat.

sumber : Group Facebook

Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya.

Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

Solat itu tiang agama! Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.



1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri 
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.



2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.


3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.


4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah. Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.


5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya. Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.


6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati 
  Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.

Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’. Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!


7. Ingat mati 
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?


8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”


Rose A
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380

Thursday, April 9, 2015

5 Manfaat Utama Leucine yang Anda Perlu Tahu!!!

Assalamualaikum...

Leucine yang terdapat di dalam Cinch Shake Shaklee bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot, sintesis protein, pembaharuan dan perbaikan sel, serta sebagai pengatur metabolisme.

Manfaat Utama Leucine
Sebuah penelitian menemukan fakta bahawa pengambilan leucine juga membantu mengurangkan lemak dan menurunkan berat badan. Leucine berpengaruh terhadap kadar glukosa dan metabolisme tenaga dalam meningkatkan pembakaran kalori pada waktu rehat. Leucine juga memiliki kesan pada hiperglikemia terkait diet tinggi lemak dan peningkatan sensitiviti insulin sekaligus menurunkan kolesterol (LDL).


Berikut ini adalah manfaat utama leucine:
  1. Mengatur Gula Darah
    Leucine mudah dipecah dan diolah tubuh menjadi glukosa. Hal ini membantu tubuh mengatur kadar gula darah. Namun penderita diabetes atau yang telah didiagnosis pra-diabetes harus mendapatkan konsultasi doktor mengenai suplemen leucine.
  2. Membakar Lemak Visceral
    Visceral fat atau lemak perut merupakan lapisan lemak terdalam pada tubuh. Lemak visceral sulit untuk disingkirkan. Kelebihan lemak visceral dalam tubuh membuat Anda berisiko terkena penyakit jantung atau masalah kesihatan umum lainnya. Leucine atau makan makanan lain yang mengandungi jumlah asid amino yang tinggi dapat membantu Anda membakar lemak visceral.
  3. Meningkatkan Energi
     Leucine membantu metabolisme tubuh berjalan lebih efisien dan meningkatkan level energi.
  4. Meningkatkan Produksi Otot Baru
    Jika Anda berusaha membentuk otot tanpa lemak,  suplemen seperti leucine adalah penyelesaiannya, kerana membantu mendorong pertumbuhan jaringan otot baru dalam tubuh.
  5. Merangsang Hormon Pertumbuhan
    Bayi dan kanak-kanak memerlukan leucine setiap hari untuk merangsang hormon pertumbuhan mereka dan memastikannya tumbuh berkembang secara normal.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, April 8, 2015

Apakah Fungsi Leucine yang Terdapat Di Dalam Cinch Shake Shaklee?

Assalamualaikum....

Apakah itu Leucine?

Leucine ialah asid amino dan anggota keluarga bercabang di rantai asid amino yang juga termasuk isoleucine dan valine. Badan menggunakan asid amino untuk membuat protein. Yang mana ia bagus untuk pemeliharaan otot.

Walau bagaimanapun penyelidikan saintifik baru-baru ni menunjukkan bahawa leucine boleh memainkan peranan khas untuk penurunan berat badan. Itu kerana sekali diserap dari makanan protein yang anda makan, leucine bergerak langsung kepada tisu otot dimana ia bertindak sebagai isyarat untuk sintesis protein.

Ini peningkatan dalam sintesis protein berfungsi untuk mengimbangi peningkatan dalam pecahan protein yang secara semulajadi berlaku akibat sekatan kalori atau berdiet.


Bagaimana Leucine Bekerja?

Cara bekerja leucine ini ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita bersenam. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang.

Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake Shaklee ialah kandungan leucine protein yang bagus untuk oran yang berdiet.

Hubungi saya untuk mendapatkan Cinch Shake Shaklee anda hari ini :)


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, April 7, 2015

Testimoni Set Kurus Shaklee : Berat Badan Turun Dari 80kg Kepada 65kg!!!

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak share Testimoni Set Kurus Shaklee. Jom baca kat bawah nie:


Customer nie mempunyai berat badan  hampir 80kg tahun lalu. Selepas 3 bulan mengamalkan set kurus Shaklee, berat badan beliau turun 15kg.

Kemudian, beliau hilang lagi 2 kg sebulan selepas itu, sehingga berat badan beliau mencapai 65kg. Selepas itu, berat badan statik hanya inch loss (pengurangan inci) sahaja.

Produk yang disarankan untuk penurunan berat badan ialah Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea, Energizing Soy Protein (ESP), Lecithin, Alfalfa dan Herblax.


Cinch Shake Mix Shaklee
Merupakan minuman yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. Ia diperkaya dengan Leucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan.

Ia juga kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas dan juga tinggi serat dengan enam gram  bagi setiap hidangan.


Cinch Energy Tea Shaklee
Merupakan produk terbaik dari Shaklee untuk menaikkan metabolisme badan anda, ia bukan sahaja untuk meningkatkan metabolisme malah untuk menggalakkan tenaga secara semula jadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster).


Energizing Soy Protein

Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur - tua atau muda. Ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membekalkan tenaga segera.




Lecithin Shaklee

Ia dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan 'melekat pada lemak', dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu 'terapung' dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.



Alfalfa Complex Shaklee
Ia bertindak sebagai anti-bakteria, anti-radang, anti-virus dan anti-septik dalam perubatan dan ia berkeupayaan untuk membuang toksin di dalam badan secara semulajadi dengan bertindak sebagai julap lembut. 


Herblax Shaklee
Herblax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. 

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com