Monday, August 31, 2015

Testimoni MealShakes Shaklee : Berat Anak Naik 4kg Dalam Masa 2 Bulan!!!

Assalamualaikum....

Salam Merdeka!!!

Jom naikkan semangat merdeka dengan nyanyi lagu merdeka :)

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


Sempena merdeka ini, saya nak hadiahkan kepada anda semua satu lagi testimoni Mealshakes Shaklee untuk bacaan semua :)


Customer nie bagi anak beliau consume MealShakes dan Omega Guard Shaklee kerana anak beliau demam panas on off seminggu. Berat badan pun menurun.

Selepas amalkan MealShakes dan Omega Guard Shaklee, demam telah tiada dan berat badan pun makin meningkat, dalam masa 2 bulan naik 4 kg.

MealShakes Shaklee sangat sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga ibu-ibu mengandung kerana ia mengandungi folik asid, biotin, kaya dengan kalsium dan magensium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.



Harga 1 canister MealShakes Shaklee hanya RM120.58 sahaja.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Sunday, August 30, 2015

Testimoni Meal Shakes Shaklee : Berat Badan Anak Naik Dengan Sangat Cantik Sekali :)

Assalamualaikum...

Salam Ahad...

Hari nie hari minggu, kebanyakannya cuti tapi ada juga yang bekerja kan...takpe...tak salah kerja hari ahad.... saya pun dulu2 pernah jer kerja hari ahad, orang lain cuti, kita kerja... yang penting rezeki yang halal kan :)

Dah lama tak share testimoni Meal Shakes Shaklee, jadi hari nie saya nak share salah satu testimoni pengguna produk terlajak laris nie.


Antara kelebihan Meal Shakes Shaklee ialah ia menambahkan selera makan anak dan sekali gus menaikkan berat badan anak.

Seperti customer nie, berat badan anak beliau menghampiri garisan kuning sebelum mengamalkan Meal Shakes Shaklee tetapi selepas pengambilan, berat badan anak beliau naik dengan cantik sekali :)


Selain penuh dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan anak-anak anda, ia juga mempunyai rasa yang sangat sedap dan bau yang sangat wangi iaitu french vanilla yang pasti disukai oleh mereka.

Baca lain-lain testimoni tentang MealShakes Shaklee di sini....

Harga 1 canister Meal Shakes Shaklee : RM 120.58 sahaja.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Saturday, August 29, 2015

Lirik Lagu I Look I See - Yusuf Islam

Assalamualaikum...

Tahun lepas anak sulung saya buat persembahan koir untuk konsert akhir tahun sekolah dia. Lagu yang terpilih ialah lagu "I Look I See" dari Yusuf Islam. 

Masa mula-mula dia balik rumah and praktis, saya tak faham apa yang dia nyanyi hehehe....Lepas saya text teacher dia baru tahu lagu apa yang diorang kena nyanyi.

Saya pun google la lirik and mp3 lagu tu and praktis sama-sama dengan dia ;)

Nie jer best picture yang sempat di snap huhuhu....


Untuk sesiapa yang tercari-cari lirik lagu nie, kat sini saya share yer....

I look I see - Yusuf Islam


I look, I look,I look, I see
I see a world of beauty

I touch, I touch, I touch, I feel
I feel the world around so real

And everything I do
I dedicate to you

Cause you made me
I am for you

I listen, listen, listen, I hear
I hear the words of god so clear

I read, I read, I read, I know
It helps my knowledge grow

And everything we do
We dedicate to you

Cause you made us
We are for you

I listen, listen, listen, I hear

He sent a prophet to show us the way
He made religion perfect that day

Peace be upon him
Upon him we pray

SollatullahWassalamualaih

I sleep, I sleep, I sleep, I dream
I dream I’m in the garden green


I wish, I wish, I wish, I pray
I pray to be here everyday

And everything I do
I dedicate to you

Cause you made me
I am for you

I work, I work, I work, I strive
To make something of my life

I seek, I seek, I seek, I find
I find another hill to climb

And everything we do
We dedicate to you

Cause you made us
We are for you

I look, I look,I look, I see

He sent a prophet to show us the way
He made religion perfect that day

Peace be upon him                                     2x   
Upon him we pray

SollatullahWassalamualaih

Peace be upon him
Upon him we pray

SollatullahWassalamualaih

Enjoy :)

Friday, August 28, 2015

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea Shaklee Yang Anda Wajib Tahu!!!

Assalamualaikum....

Multivitamin merujuk kepada dietary suplemen yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin) dan mineral-mineral penting (calcium, phosphorus, iron, iodine, magnesium, manganese, copper, zinc dan berbagai lagi).

Seperti ramai yang sedia maklum, Shaklee ada mengeluarkan multivitamin mereka tersendiri yang digelar Vita-Lea. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia.

Di sini saya nak kongsikan dengan anda semua fakta nutrisi yang terkandung di dalam Vita-Lea Shaklee:

Vita A
Kesihatan mata, kulit, anti oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu pembesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vita D
Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vita E
Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancarkan sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vita C
Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik
Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.

Vita B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vita B2
Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vita B3
Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vita B6
Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia.

Vita B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetes, rabun.

Biotin
Bantu B Complex berfungsi dengan lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.

Vita B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium
Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, memcegah pereputan tulang, membantu tumbesaran,  melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Iodin
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi
Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan leketihan, anemia.

Magnesium
Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.

Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah pembengkakan.

Zink
Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

Terlalu banyak vitamin dan mineral yang terkandung di dalam 1 tablet Vita-Lea Shaklee. Tak rugi jika anda menjadikannya sebahagian dari diet harian anda.


Harga 1 botol (120 biji) : RM 98.08 sahaja


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Saturday, August 8, 2015

Set Tambah Darah Shaklee Untuk Masalah Kekurangan Darah/Anemia Anda!!!

Assalamualaikum....

Penyakit kurang darah merah atau lebih dikenali sebagai anemia adalah penyakit yang biasa dialami oleh golongan wanita.

Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami masalah kekurangan zat besi di Malaysia. (sumber : WHO Global Database of Anemia, Malaysia 2007)

Jadi, hari nie saya nak share dengan anda semua tentang salah satu set kesihatan Shaklee yang agak popular iaitu set tambah darah Shaklee.

Set ini terdiri daripada:

1) Vita-Lea with Iron Formula
Kenapa Iron penting untuk tambah darah?

Perlu difahami bahawa masalah low HB/Anemia?kurang darah adalah disebabkan oleh kegagalan badan membentuk sel darah merah. Pembentukan sel darah merah memerlukan oksigen. Oksigen memerlukan agen pengangkut dan pengangkut oksigen dalam darah ialah Iron!!

Tanpa agen pengangkut, oksigen tidak dapat dibekalkan untuk pembentukan sel darah merah yang menyebabkan anemia yang akhirnya pada tahap tertentu boleh mengancam nyawa.

2) B-Complex with Folic Asid
Tambahan dos B-12 dan asid folik dalam nutrisi harian.

Vitamin B-12 merupakan vitamin terpenting untuk memastikan pembentukan sel darah merah yang sihat dan sempurna.

Asid folik pula untuk pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel yang sempurna.

Kenapa perlu B-Complex sedangkan hanya B-12 dan asid folik (B9) yang diperlukan untuk mengatasi masalah anemia?

Perlu difahami bahawa setiap vitamin B, terutama 8 vitamin terpenting dalam B-Complex saling menyokong fumgsi utama satu sama lain. Adalah penting untuk mengambil kesemua 8 vitamin B untuk keseimbangan fungsi dalam badan.

3) Sustained Release Vitamin C
Membantu penyerapan zat besi, asid folik & B-12. Kegagalan penyerapan vitamin hanya mensia-siakan pengambilan vitamin tambah darah. Lengkapkan kesemua keperluan untuk memastikan penyembuhan menyeluruh.

Jom dapatkan set tambah darah Shaklee anda pada harga yang menarik.

Hubungi saya,
Rose A
Shaklee ID : 933048
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, August 5, 2015

4 Rahsia Cantik Persis Artis Korea

Assalamualaikum....

Rasanya kat sini ramai minat tengok citer korea kan? Saya pun tak terkecuali, sambil-sambil update blog, masak tu, jeling2 la tv, citer yang recorded. Nak tengok live memang tak dapat, tv kena bolot dengan anak-anak hehe...

Bila tengok kulit muka diorang semua cantik-cantik, tak kira lelaki atau perempuan, semua nampak gebu, licin tanpa masalah kulit yang teruk seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.

Mungkin ada yang beranggapan mereka memang dilahirkan dengan kulit begitu. Eh, itu salah! Mereka juga memiliki kulit normal seperti mana kita semua. Akan tetapi cara penjagaan kulit yang diamalkan membantu mereka mendapatkan kulit sebegitu sihat dan cantik.

Apakah rahsia mereka?

Antara contoh pelakon Korea yang memiliki kulit yang cantik

Produk Penjagaan Kulit

Kalau nak tahu, produk penjagaan kulit di sana memang sangat popular. Tidak hairanlah mereka mempunyai kulit halus mulus dan cantik. Tetapi jika tidak menggunakannya dengan teratur juga tidak memberi sebarang kesan. Apa yang menariknya ialah, bukan sahaja wanita, malah lelaki turut mengambil berat soal kesihatan dan kecantikan kulit. Penggunaan produk kecantikan kulit dijadikan sebagai disiplin harian.

Penggunaan BB Cream ketika keluar dari rumah adalah satu kemestian. Hal ini kerana ia mampu melindungi wajah anda ketika terdedah kepada cuaca luar yang tidak menentu. Selain itu, rajin-rajinlah untuk memakai masker pada wajah ketika berada di rumah. Pelbagai jenis masker sesuai mengikut keadaan kulit anda kini banyak terdapat di pasaran juga di kedai-kedai menjual produk khas dari korea seperti Etude House, The Face Shop dan banyak lagi. Ramai kaum wanita mahupun lelaki Korea mengamalkan pemakaian masker setiap hari.

Air Yang Banyak

Bukan artis Korea sahaja, malah ramai yang sudah tahu mengenai kepentingan air di dalam tubuh badan manusia. air secukupnya mampu membuatkan anda lebih sihat dan mendapat kulit lebih cantik. Tanpa air yang cukup, kulit akan menjadi kering dan ia tidak baik untuk kesan jangka masa panjang.

Hal ini kerana kulit anda akan menjadi mudah berkedut dan anda akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Jadi si cantik semua, jangan sesekali tinggalkan air anda. Minumlah setidak-tidaknya 2  liter air setiap hari. Lebih banyak, lebih baik.


Mata Menawan

Umum mengetahui tentang mata warga Korea sepet dan kecil. Satu cara untuk mengatasi kelemahan itu adalah menggunakan eyeliner sebagai senjata utama. Penggunaan eyeliner yang betul mampu membuatkan mata tampak lebih menawan dan bersinar. Wanita Korea juga jarang memakai eyeshadow dengan warna yang pelbagai. Mereka lebih suka menggunakan satu warna sahaja pada satu-satu masa dan kebanyakan warna yang digunakan adalah warna pastel. Hal ini bertujuan agar eyeliner yang dipakai akan tampak lebih menonjol.


Perawatan Wajah

Wanita Korea bukan sahaja menjaga wajah menggunakan produk kecantikan semata-mata. Mereka juga mengamalkan pelbagai makanan kesihatan berasaskan herba, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan harian mereka juga jarang digoreng sebaliknya direbus dan distim agar kandungan nutrisi pada makanan tidak hilang.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan berjumpa terus dengan doktor pakar kulit jika terdapat masalah kulit pada setiap bulan demi memastikan kulit mereka sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan terbaik.

Isu kecantikan kulit di Korea dianggap penting seolah-olah melambangkan keperibadian seseorang itu. Perkara ini sebenarnya boleh dijadikan ikutan buat kita kerana dengan kulit wajah yang cantik, secara tidak langsung mampu membuatkan kita berasa lebih yakin dalam menempuh hari-hari mendatang.

sumber : Majalah Rapi


Rose A
012 577 9380

Monday, August 3, 2015

Promosi August 2015 : Vitalea for Children Buy 4 at 3!!!

Assalamualaikum...

Salam Isnin semua...

Bulan  nie Shaklee teruskan lagi promosi multivitamin untuk kanak-kanak iaitu Vita-Lea for Children, beli 3 percuma 1. Sapa yang tak nak barang free kan ;)


Multivitamin nie sangat best sebab ia mengandungi:

1) 18 vitamin dan mineral perlu
2) 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B
3) Kalsium, Mangnesium, Zinc, Copper dan pelbagai mineral lain.

Jom dapatkan Vita-Lea for Children dari Shaklee sepanjang bulan ini sebab promosi beli 3 percuma 1 :)

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Saturday, August 1, 2015

Vitamin C Shaklee : Bantu Merawat Masalah Kulit kering

Assalamualaikum....

Salam Sabtu....Salam bulan Merdeka...Bulan nie kena lebih patriotik sikit sebab bulan nie kita akan menyambut kemerdekaan dan tahun nie kemerdekaan yang ke-58.

Pasti ramai yang masih dalam mood raya kan? Mesti banyak jemputan rumah terbuka yang perlu dihadiri. Walau apapun jangan lupa minum banyak air kosong supaya badan anda tidak terdehidrasi yer.

Kali nie saya nak kongsi dengan anda semua satu artikel tentang kulit kering dari harian metro online.

Mereka yang tinggal di negara empat musim tidak asing dengan pengalaman kulit sangat kering ketika cuaca sejuk yang menyebabkan kulit badan dan tangan menjadi kasar dan merekah.

Biarpun masyarakat di negara tropika punya pengalaman berbeza, kita juga tidak terlepas daripada dibelenggu masalah kulit akibat cuaca melampau, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang sibuk, pemakanan tidak seimbang dan kesan penyaman udara.


Semua faktor ini boleh menjadikan kulit badan dan tangan kita lebih cenderung mengalami kekeringan dan suram, malah kegatalan.

Ahli dermatologi pediatrik, Dr Leong Kin Fon berkata, gaya hidupo masa kini dan keadaan persekitaran menyebabkan kulit mudah menjadi rosak.

Pendedahan berpanjangan kepada penyaman udara, cahaya matahari, mandi dengan air panas atau membersih menggunakan sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan memburukkan lagi keadaan.

Mereka yang mengalami kulit kering selalunya mempunyai bahagian kulit kasar dan kemerah-merahan, selain gatal.

Bahagian kulit yang biasa terbabit termasuk lengan, tangan, bahagian bawah kaki, abdomen dan yang selali bergeser, misalnya buku lali serta tapak kaki.

Menurutnya, kulit kering juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit, seperti ekzema dan atopik ekzema (AD). Atopik ekzema adalah penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah.

Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem imun badan yang membawa pada kerosakan kulit. Ciri utama penyakit itu termasuk kulit kering, gatal dan lama-kelamaan, kesan garu itu menjadi tebal.

Pada bayi, ia mudah berlaku di pipi, kulit kepala dan kaki manakala bagi kanak-kanak dan golongan dewasa, ia terjadi di kawasan berlipat seperti siku dan bawah lutut.

2 kategori kulit kering:

1) Kurang sebum, lalu muka tidak berkilat - mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah kusam dan mempunyai liang roma kecil atau langsung tidak kelihatan. Kulit jenis ini juga sesekali menggelupas dan kadangkala memberi rasa kurang selesa. Perlu prihatin dengan garis halus yang timbul ketika dimamah usia, terutama di tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

2) Tahap kelembapan dan sebum rendah - satu-satunya cara menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka berbuih. Biarkan  ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Gunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan tinggi.

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin C dalam diet seharian anda. Sustained Release Vitamin C Shaklee antara pilihan yang terbaik di pasaran kerana ia menggunakan sains pembebasan berterusan secara semulajadi.


Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

Setiap botol mengandungi 180 biji hanya dengan harga RM98.00.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS  / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com