Tuesday, December 31, 2013

Testimoni ESP Shaklee : Tiada Lagi Serangan Gastrik Sejak Minum ESP

Assalamualaikum...

Hari nie last day kita di tahun 2013, esok dah masuk tahun baru 2014. Happy New Year.

Semoga tahun baru anda semua dipenuhi dengan warna2 ceria dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah...

New year new year jugak, jom baca satu testimoni pelanggan yang telah berjaya menghilangkan gastrik beliau dengan mengamalkan ESP (Energize Soy Protein) Shaklee.


Puan Eleana mengalami gastrik ketika mengandung. Beliau mencuba ESP Shaklee untuk menghilangkan sakit gastrik dan Alhamdulillah memang berkesan.

Suami beliau juga mencuba ESP Shaklee dan hasilnya takde lagi rasa lapar pagi2 dan sakit ulu hati. Dan yang paling best suami beliau telah kurang hisap rokok sejak mengamalkan Shaklee.

Apakah Makanan Selamat Pesakit Gastrik?
  • Hampir semua sayuran dan buah-buahan selamat dimakan
  • Pilih makanan yang tinggi antioksidan dan flavonoids, seperti 'grape fruit'
  • Makanan yang kaya fiber seperti kacang, peas juga baik untuk di makan
  • Nasi, roti, biskut dan oatmeal
  • Makanan yang tinggi protein, seperti Soya Shaklee juga amat baik
  • Pilihan makanan laut, ayam atau daging juga tak mendatangkan mudarat.
  • Guna minyak sayuran seperti 'olive oil' ketika memasak

Apakah Pula Makanan Bahaya Pesakit Gastrik?
  • Elakkan lada atau lada hitam/lada sulah
  • Kentang kerana banyak angin
  • Makanan berasaskan susu
  • Gantikan daging merah kepada ayam atau ikan
  • Elak makanan yang berminyak
  • Kurangkan gula dan garam dalam makanan
  • Elakkan kopi, lakohol dan minuman yang ada kafein.
Yang penting kita kena jaga pemakanan untuk memastikan badan kita sihat (In Shaa Allah).

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com 

Thursday, December 26, 2013

Info Sihat : Cara Berdepan Dengan Anak yang Kuat Memberontak

Assalamualaikum....

Mesti ramai yang kat sini selalu berdepan dengan karenah anak, degil, nakal, tak dengar cakap kan? Yang paling menguji kesabaran kalau yang melawan cakap, ade jer dia nak menjawap kalau kita cakap.

Malam tadi masa mengemas majalah2 lama, saya terjumpa satu artikel nie, tentang cara untuk berdepan dengan anak kuat memberontak.


Proses membesarkan anak akan meletakkan ibu bapa dalam pelbagai keadaan dilema dan mungkin juga tertekan kerana ada ketikanya kita tidak dapat memahami apa yang dikehendaki oleh sijantung hati.

Dilema ini sebenarnya hikmah jika dipandang dari sudut yang positif. Ini kerana pengalaman inilah yang amat berharga dan secara tidak langsung membuka hati kita untuk mendalami ilmu yang berkaitannya. Namun, jika  ia diambil sebagai tekanan dan bebanan, maka emosi negatif ini akan membentuk persekitaran yang tidak baik untuk perkembangan anak.

Hakikatnya, anak2 juga seperti kita manusia biasa yang berdepan dengan pelbagai tentangan emosi. Berbezanya dia daripada kita dia masih belum tahu cara mengurus emosinya dan belum sempurna pertumbuhan mindanya seperti orang dewasa jadi amatlah tidak berbaloi jika marah yang menjadi pulangan amukan manjanya.

Pelbagai keadaan yang berlaku di dalam persekitaran anak seharian yang mempengaruhi emosinya. Antaranya keperluan fizikal yang tidak mencukupi seperti lapar, mengantuk, letih, tidak selesa, sakit dan sebagainya.

Keperluan fizikal ini kebiasaannya menjadi perhatian utama ibu bapa namun ada ketikanya keperluan ini bertentangan dengan keperluan lain seperti keperluan sosialnya. Contohnya, dia sangat mengantuk namun cuba ditahan sedaya mungkin untuk bermain dengan rakan atau ahli keluarga yang ada. Justeru, pertentangan dua keperluan ini meletakkan anak dalam keadaan yang amat tertekan dan mudah terusik emosinya.

Dalam keadaan stress ini jika ada sesuatu yang tidak selari dengan kemahuannya dia akan cepat memberontak. Saya yakin, rakan ibu bapa pasti dapat mengesan keadaan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah  memujuknya dengan penuh kasih sayang dan bawanya ke tempat yang sunyi dan nyaman untuk dia berehat dan tidur.

Tempat yang bising akan mengganggu ketenteramannya dan membuatkan  dia membatalkan niat untuk tidur. Sebaliknya, jika kita menggunakan kemarahan maka akan bertambah parah tekanan yang dihadapinya. Hakikatnya, keadaan anak pada ketika ini ialah dia tidak tahu apa yang perlu dijadikan keutamaan.

Justeru, tugas kita ialah memandu arahnya untuk memilih pilihan yang terbaik. Tidak dinafikan tidak mudah untuk mengalihkan perhatian anak yang sedang dalam dilema seperti ini. Kefahaman perlu diberikan dengan teknik pujukan dan kasih sayang.

Selain keperluan fizikal yang menjadikan anak berada dalam tehakan dan memberontak, keperluan emosi juga turut menyumbang kepada natijah yang sama. Keperluan emosi yang paling ketara bagi anak-anak ialah perhatian dan kasih sayang ibu dan ayah.

Tidak dinafikan bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai atau masih kecil sukar untuk memastikan perhatian yang diberikan seimbang dan adil di mata anak. Bagi pihak ibu bapa, rasanya semuanya saksama namun mungkin tidak daripada perspektif anak.

Maka jika ada di antara anak yang kerap memberontak, perlu cepat diselidiki mungkin keperluan ini tidak diberikan dengan secukupnya. Bagi anak yang masih di bawah tujuh tahun, cara yang boleh dilakukan cepat mendapatkannya dan dakapnya dengan mesra.

Ucapkan kata-kata sayang dan pujinya dengan ikhlas. Jika benar ini adalah penyebabnya, anak akan mula kendur marahnya. Buatlah perkara ini secara berkala supaya keperluan emosinya dapat dilunaskan dengan baik dan mengurangkan pemberontakannya.

Akhirnya, percayalah bahawa anak-anak kita masih dalam keadaan fitrah yang suci. Hakikat dirinya sempurna dan tiada cela. Amukan dan amarahnya hanyalah kerana dia belum pandai mengurus keperluan dirinya.

Di sinilah tanggungjawab kita unutk memandu arahnya. Dia dilahirkan dengan beberapa keperluan yang perlu kita ketahui dan penuhi. Sebagai manusia, perhatian kepada tuntutan fizikal sahaja tidak mencukupi, selidikilah keperluan emosi, minda dan sosialnya. In Shaa Allah jika keperluan ini dijaga rapi anak-anak kita tidak akan jauh daripada apa yang dicorakkan untuknya dan amarahnya juga dapat dikurangkan.

Sumber : Mingguan Wanita


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Wednesday, December 25, 2013

Testimoni Set Kurus Shaklee : Saya Consume Herblax + Alfalfa + Lecithin Untuk Kurus

Assalamualaikum....

Hari nie ramai yang bercuti, ade yang sambung terus sampai hujung minggu, mungkin sebab nak habiskan cuti tahun yang masih berbaki.

Tapi saya cuti satu hari jer sebab cuti yang ade kena save untuk anak nak sekolah nanti. First time nak p school nie tak tau la dia caner nanti. Hari tu ade p sekolah dia, jumpa teacher tapi dia malu2 pulak. Doakan semoga dia dapat sesuaikan diri kat sekolah yer semua....

Hari nie saya nak share satu testimoni set kurus Shaklee...

*** rasanya entri saya kali nie banyak guna perkataan "hari"..ehehhe...



Customer nie consume Herblax + Alfalfa + Lecithin. Jom saya ceritakan serba sedikit tentang keistimewaan produk2 nie yer...

1) Herblax
Herblax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herblax Shaklee boleh membantu. Ia tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

2) Alfalfa
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. Sementara daunnya yang mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Pilnya selain boleh ditelan, ia juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

3) Lecithin
Soya Lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu konponen asetilkolina neurotransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.

Lecithin Shaklee diperolehi daripada sumber semulajadi kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com 


Sunday, December 22, 2013

Testimoni Set Kurus Shaklee : Tak Caya Dari XXL turun ke L Dalam Masa 3 Bulan

Assalamualaikum.....

2-3 hari tak update blog rasa cam gian pulak, hehe. Almaklumlah nak cuti krismas nie, bos nak amik cuti panjang, so mane2 kerja yang melibatkan bos, kena la dulukan...saya coti satu hari jer....

I cut it short (uish speaking london la pulak), jom baca satu testimoni Set Kurus Shaklee yang amat mengujakan nie....


Baju yang dah 6-7 tahun terperuk kat dalam almari tu, boleh pakai balik? Marvellous betul kan, seb baik baju tu dijaga rapi. Kalau rumah yang ada cik T, memang dah jadi sarang dia dah....

Produk Shaklee yang diamalkan oleh pengguna ini ialah ESP, Lecithin, Alfalfa, Herblax, Vitamin C, Ostematrik dan GLA.

Set Kurus Shaklee ada macam2 gandingan, seperti;

1) Lecithin + Alfalfa
2) Lecithin + Alfalfa + ESP
3) Lecithin + Herblax + ESP
4) Lecithin + Omega Guard + Alfalfa
5) Lecithin + Omega Guard + Herblax
6) Lecithin + Alfalfa + Cinch Shake
7) Lecithin + Herblax + Cinch Shake
8) Omega Guard + Alfalfa + Cinch Shake
9) Omega Guard + Herblax + Cinch Shake

dan banyak lagi bergantung kepada keperluan badan dan budjet individu tersebut.

Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya;

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com




Thursday, December 19, 2013

Testimoni Set Skincare Shaklee : Pori2 Semakin Mengecil, Black Head dan White Head Semakin Berkurangan

Assalamualaikum,

Stuck kat ofis, hujan lebat, jadi inilah peluang tuk saya update blog kesayangan nie...

Dapat la saya berkongsi info dengan anda semua...Kali nie nak share testimoni Set Skincare Shaklee pula.


Cik Munirah nie consume B Complex + Vitamin C + Vitamin E Shaklee.

Masalah yang dihadapi oleh beliau ialah pori2 muka terbuka besar, T-zone ada blackhead an whitehead, kulit muka kasar.

Healing crisis yang dialami oleh beliau pula ialah kulit mengelupas dan ada naik jerawat tetapi semakin surut. Untuk kurangkan kurangkan pengelupasan kulit di wajah, beliau sapukan vitamin E.

Tempoh penggunaan ialah sebulan.

Selepas penggunaan produk Shaklee, pori2 muka semakin mengecil, T-zone dah kurang dengan blackhead dan whitehead, kulit muka rasa licin dan lembut.

Apakah blackhead (bintik hitam)?

Blackhead bukan sahaja boleh dilihat (berwarna hitam, kadang2 kita sentuh boleh rasa kekasarannya). Blackhead terbentuk apabila sebum (minyak) pada wajah terdedah kepada udara (pada liang pori yang terbuka) sebab itu ia bertukar menjadi hitam (bintik hitam).

Kalau kita picit keluar blackhead tu, kita boleh tengok akarnya warna putih, sebab bahagian akar tu tak terdedah dengan udara macam bahagian atas tu. Blackhead boleh ada di kulit untuk satu jangka masa yang lama, semakin lama blackheadada dimuka kita, semakin kukuh dan semakin susah untuk kita menanggalkannya.

Apakah whitehead (bintik putih)?

Whitehead terbentuk di bawah kulit yang tak terdedah pada udara, berpunca dari kotoran (debu, sisa makeup) yang tersumbat.

Apakah punca terjadinya blackhead dan whitehead?
  • Tubuh kekurangan air, tak dapat nak detox dengan sempurna
  • Pengeluaran sebum berlebihan. Ini bergantung pada individu, orang yang kuat berpeluh berpotensi lebih tinggi ada blackhead dan whitehead.
  • Penggunaan alat makeup atau skincare yang terlalu berminyak. Ramai yang tak sedar, alat makeup atau skincare harian mereka sebenarnya terlalu oily, menyebabkan kulit semakin berminyak dan kadang2 minyak dari produk2 yang digunakan terperangkap/tertinggal di dalam kulit, dan seterunya terbentuklah black head dan whitehead.
  • Scrub muka dengan terlalu kasar. Sebenarnya menyental kuat kulit muka dengan scrub bukan sahaja menyebabkan kulit jadi semakin berminyak, kulit jadi rosak...malah kulit akan hilang satu agen semulajadi yang berfungsi mengawal sebum dan menghalang pembentukan blackhead dan whitehead.
  • Hormon badan. Tak terjadi pada semua orang, seperti yang kita tahu, setiap orang punyai tahap metabolism dan hormon yang berbeza. Ada orang yang memang hormonnya giat mengeluarkan sebum (minyak), punca blackhead terbentuk bersama acne.
  • Makanan dan persekitaran. Makanan terlalu berminyak, terlalu pedas dikaitkan dengan blackhead dan whitehead. Persekitaran yang tercemar, terutama sekali habuk, juga boleh menyebabkan blackhead dan whitehead.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com


Tuesday, December 17, 2013

Info Sihat : Ibu Sebar Bakteria, Virus Kepada Bayi

Assalamualaikum...

Petang semalam sambil saya menunggu hubby datang jemput dari Shaklee, sempat saya berdating dengan Mr Google.

Saya terjumpa satu artikel yang pada saya sangat2 menarik.

Jom baca selanjutnya di sini.



Bakteria dan virus boleh disebarkan ibu kepada bayi ketika melahirkannya dan pada minggu pertama kehidupannya. Walaupun banyak daripadanya tidak mengamcam kesihatan bayi, ada sesetengahnya boleh menyebabkan masalah serius termasuk membabitkan kematian.

Ketika di dalam kandungan, bayi membersar dalam persekitaran yang 'distenil', tetapi sebaik saja membran ketuban merekah, mikrob masuk ke dalam persekitana itu. Ia kemudian mendedahkan bayi kepada bakteria dan virus buat pertama kalinya.

Sebaik saja bayi meluncur keluar daripada rahim menerusi pangkal lahir dan masuk ke saluran peranakan, bayi bersalut dengan organisma yang berada di vagina atau kulit ibu. Ini termasuk bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.

Cecair tubuh termasuk darah yang melindungi bayi mendedahkan mereka kepada jangkitan seperti HIV atau hepatitis B dan C.

Laluan usus bayi akan 'dijajah' sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncl pada najisnya. Keadaan ini penting kerana ia membantu menstimulasi perkembangan sistem imun bayi.

Bakteria ini datang daripada ibu atau tempat lain dalam persekitaran seperti wad bersalin. Bayi yang lahir menerusi pembedahan tidak melalui saluran peranakan justeru dia lambat terdedah kepada bakteria sebegini.

Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi, ketika menyusu atau sewaktu ibu memegang bayi juga menyebabkan banyak bakteria dipindahkan kepada bayi. Sekitar 30 peratus bayi yang baru lahir terdedah kepada bakteria staphylococcus pada minggu pertama kelahirannya, tetapi bakteria pada kulit tidak mengancam kesihatan.

Bagaimanapun, kadang kala bayi terdedah kepada bakteria yang bahaya seperti MRSA (methicillin resistant staphylococcus aureus) atau streptococcus kumpulan B (GBS).

Seorang daripada empat wanita membawa bakteria ini dalam vaginanya walaupun tiada simptom. Kadangkala dia tidak tahu kewujudan bakteria itu. Bayi terdedah kepada bakteria berkenaan ketika sakit hendak bersalin atau ketika dilahirkan. Di United Kingdom, GBS adalah jangkitan mengancam nyawa yang paling biasa di kalangan bayi yang baru lahir.

Faktor yang menyebabkan GBS dipindahkan:
  • Kelahiran pra matang (sebelum 37 minggu)
  • Air ketuban pecah 18 atau 24 jam sebelum bersalin
  • Demam hingga 38 darjah celcius
  • GBS dikesan dalam air kencing ibu ketika hamil
  • Anak sebelumnya berhadapan dengan jangkitan GBS.
Walaupun kebanyakan bayi yang terdedah dengan GBS tidak berhadapan dengan sebarang masalah, setiap tahun sekitar 700 bayi diserang pneumonia dan meningitis disebabkan jangkitan itu. Satu daripada 10 bayi dilaporkan meninggal dunia.

GBS sukar dibasmi tetapi jika seseorang wanita itu dikenal pasti memiliki risiko tinggi memindahkan jangkitan kepada bayinya, dia sepatutnya diberikan antibiotik sebaik saja proses melahirkan bermula. Selalunya ia cukup untuk mencegah jangkitan dariapda ibu kepada bayi.

Virus Herpes Simplex

Virus ini boleh menyebabkan penyakit kelamin. Jika menjangkiti bayi, ia boleh membawa kepada komplikasi seperti cerebral palsy dan buta. Laluan paling mendedahkan bayi dengan virus ini adalah saluran peranakan tetapi jangkitan boleh juga terjadi di dalam rahim atau selepas dilahirkan.

HIV

HIV boleh dipindahkan daripada ibu kepada bayi ketika hamil, sakit bersalin atau ketika menyusukan bayi. Jika ubat antiviral tidak diberi, bayi akan dilahirkan wanita positif HIV berisiko untuk dijangkiti hingga 30 peratus. Bayi akan dijangkiti ketika ibu hamil atau ketika melahirkan.

Jangkitan daripada ibu kepada anak boleh dibendung dengan penggunaan ubat tertentu, melahirkan bayi dengan pembedahan dan memberi anak susu formula.

Hepatitis B

Wanita yang membawa virus hepatitis B berisiko menjangkitkan anak mereka dengan virus ini ketika melahirkannya. Selain itu, ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair tubuh yang lain.

sumber : blog e-kesihatan

Sekian dulu.


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com


Testimoni ESP Shaklee : Tak Perlu Lagi Bangun Tengah Malam Bancuh Susu Formula Untuk Anak Kembar Saya

Assalamualaikum...

Lagi testimoni ESP untuk santapan anda semua hehehe...


Customer nie amalkan minum ESP setiap malam sebelum tidur...
Alhamdulillah, beliau tak perlu lagi bangun tengah malam buat susu formula untuk anak kembarnya.
Malah, beliau juga lebih bertenaga setiap hari walaupun tak cukup rehat...

Hanya ibu2 jer yang tahu betapa penatnya kalau ada anak kecil, terutama ibu2 yang bekerja. Tapi ia satu pengalaman yang terindah kan?


Tahukah Anda Apakah Kelebihan ESP?
  • membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Karian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopaus
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.




Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Monday, December 16, 2013

Testimoni ESP + Alfalfa Shaklee : Saya Dapat Menyusukan Anak Tanpa Pertolongan Susu Formula

Assalamualaikum...

Saya selalu berkata dalam hati, kalau la saya saya bertemu dengan Shaklee lebih awal, mungkin saya dapat menyusukan sepenuhnya anak yang pertama. Masa anak kedua, kekangan kewangan pula membuatkan saya hanya mampu membeli set bajet semasa berpantang sahaja, jadi hasilnyer pun bajet je la.

Jadi saya ingin berkongsi dengan mereka yang ada keinginan untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Jom baca testimoni pengguna ESP dan Alfalfa nie dulu.


Antara Khasiat ESP :

* Mencantikkan kulit muka, halus, gebu dan berseri
* Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati
* Komponen utama susu ibu adalah protein, jadi pengambilan ESP membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat
* ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
* Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bago menganjalkan kembali payudara yang kendur
* Membakar kalori sehingga 35% dan memberi rasa kenyang lebih lama. Sebab tu ramai yang berjaya kurangkan berat badan dengan ESP


Antara Khasiat Alfalfa :

* Membantu memperbanyakkan susu ibu dan telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai penambah susu di negara barat
* Dengan pengambilan alfalfa yang konsisten beserta minum air yang cukup, breast akan cepat rasa penuh dan berat
* Mengetatkan miss 'v' kerana alfalfa bertindak seperti kacip fatimah
* Merawat keputihan
* Melegakan sembelit
* Menghilangkan kelesuan
* Mengelakkan masalah 'kering' ketika bersama

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Thursday, December 12, 2013

Testimoni Herblax Shaklee : Perutku dah Tak Buncit Lagi

Assalamualaikum....

Perasan tak, ade orang badan kurus tapi bila tengok tang perut, eh buncit? Bila pakai baju ketat sket terserlah kebuncitannye...

Tahukah anda yang Shaklee ada mengeluarkan satu produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah perut buncit dan juga dapat menguruskan badan.

Produk tersebut ialah Herblax Shaklee. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.


Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu Alfalfa leaves, Senna leaves, Anise seed, Blue malva flower, Buckhorn bark, Licorice root, Rhubarb root, Fennel seed dan Culver's root.

Jom baca testimoni pengguna Herblax Shaklee nie...


Katanya perut tak buncit lagi selepas makan Herblax Shaklee, membuang lebih lawas dan selesa.

Beliau hanya makan 4 biji sehari, selang sehari.

Siapa yang Perlu Amalkan Herblax Shaklee?
  1. Mereka yang mengalami masalah perut buncit
  2. Pengamal tegar ubat tahan sakit
  3. Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  4. Mereka yang banyak jerawat
  5. Pesakit gout
  6. Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplemen

Jom dapat kan Herblax Shaklee dari saya (ada few bottles in hand).


Rose Azadir (SID : 933408)
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com



Tuesday, December 10, 2013

Testimoni Meal Shakes Shaklee : Sangat Sesuai Untuk Anak Yang Picky Eater Macam Anak Saya...

Assalamualaikum...

Ari nie saya nak citer sket pasal saya. Saya ada 2 orang anak, yang besar tu 4 years plus, yang kecik tu 1 year plus. Dulu saya memang ada masalah anak susah nak makan, kalau makan pun 2-3 suap jer. Berat badan pun tak naik, cam tu jer.

Pastu sejak kenal dengan Shaklee, saya pun cuba la bagi Meal Shake Shaklee kat dia, resultnyer lepas seminggu jer, Alhamdulillah da nampak beza, dulu kalau nak bagi dia makan, memang berkejar satu rumah (seb baik rumah kecik), sekarang dia pulak yang asyik mintak makan jer. Pipi pun da makin naik hehe...

Kalau kita google pasal Meal Shake Shaklee nie, memang dah banyak testimoni ibu2 yang dah berpuas hati dengan produk nie.

Jom saya kongsikan salah satu testimoni Meal Shake Shaklee untuk tatapan anda semua ;)


Cara Puan Ida bagi Meal Shake Shaklee pada anak beliau ialah mencampurkan dengan susu anak beliau setiap pagi.


Apakah Kandungan Meal Shake Shaklee nie?

1) Meal Shake Shaklee hanya mengandungi 0.5g lemak, sebelum ditambah susu.

2) Ada 23gm karbohidrat dalam 1/4 cawan Meal Shake Shaklee. Untuk satu bahagian mengandungi 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Meal Shake Shaklee. Apabila susu ditambah, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat.

3) Untuk 1/4 cawan, campuran Meal Shake Shaklee mengandungi 7gm protein. Selepas anda mencampurkannya dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda, bergantung pada jenis susu anda tambah.

4) Meal Shake Shaklee mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, anda akan mendapat 25 peratus vitamin A, 30 peratus B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus folat, 35 peratus biotin dan 30 peratus asid pantotenat.

5) Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Meal Shake Shaklee. Untuk satu hidangan, anda akan mendapat 20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.

Banyakkan vitamin dan mineral di dalam Meal Shake Shaklee.

Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

*** Penghantaran percuma di sekitar kawasan Batu Caves, Selayang, Gombak, Keramat, Setiawangsa dan KLCC



Rose Azadir (SID : 933408)
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
http : //ibu2ahmad.blogspot.com

Monday, December 9, 2013

Testimoni Omega Guard Shaklee : Masalah Sejuk2 dan Lenguh2 di Sendi Selosai Dengan Omega

Assalamualaikum...

Hari yang indah untuk saya kongsikan satu lagi testimoni Omega Guard Shaklee. :)


Omega Guard Shaklee membantu Puan Hadhatina menyelesaikan masalah sejuk2 dan lenguh2 di sendi2 jari tangan dan kaki (akibat main air dalam pantang) hanya dalam masa 3 hari.

Apakah manfaat lain Omega Guard Shaklee?

1) Asid Lemak
Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada muncul andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

2) Mencegah Penyakit Saluran Darah dan Strok
DHA dan EPA boleh menetang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher dan sakit kepala.

Ia juga merendahkan kolesterol, menghindarkan pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction dan membantu mengurangkan sakit jantung.

3) Membantu Tumbesaran & Perkembangan Otak Janin dan Membantu Perkembangan Memori
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

4) Meningkatkan Sistem Imun dan Menyihatkan Paru-paru
Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit seperi psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

5) Menentang Kanser
Kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara prostat dan kolon. ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

** penghantaran percuma di sekitar Batu Caves, Gombak, Selayang, Keramat, Setiawangsa dan KLCC


Rose Azadir
SID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com














 

Saturday, December 7, 2013

Testimoni Omega Guard Shaklee : Omega Guard berjaya menghilangkan sakit lutut dan masalah mengantuk saya

Assalamualaikum dan selamat malam....

Kali nie saya bersiaran tengah malam hehe...rasa tak mengantuk pulak.....

Daripada saya melayan Runningman, baik saya wat benda yang lagi berfaedah, berkongsi info dan maklumat yang saya tahu dengan anda semua....

Mana lah tahu kan, dengan info dan perkongsian saya di sini dapat membantu mereka2 yang ada pelbagai masalah kesihatan...In Shaa Allah....

Oleh kerana bulan nie promo Omega Guard Shaklee, sayanak perkongsi testimoni produk nie la ye...

 

***maaf kalau gambar kurang jelas, sebab saya upload dari phone jer nie....

Puan Herny nie mengalami sakit lutut selepas melahirkan anak. Beliau juga mengalami masalah mengantuk terutama ketika drive di waktu tengah hari dan selepas bekerja shift malam.


Beliau cuba consume Omega Guard Shaklee untuk mengatasi masalah beliau dan Alhamdulillah dengan izin Allah sakit lutut dan sengal2 telah hilang dan sebagai bonus belaiu juga menjadi lebih peka.

Omega Guard juga berfungsi untuk menjaga jantung dan meningkatkan metabolisma serta merangsang otak terhadap sejenis hormon yang membuat kita selalu rasa lapar. jadi bila kita makan selera kita jadi berkurangan (bagus untuk mereka yang nak kurus)

Kiranya Omega Guard nie multitasking, untuk kurus, untuk cantik, untuk jaga jantung dan bermacam2 kelebihan lagi.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS/Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir















Thursday, December 5, 2013

Testimoni Set Skincare Shaklee : Seminggu jer Boleh Dapat Kulit yang Lembab dan Rasa Bertenaga Setiap Pagi

Assalamualaikum...

Lets straight to the point, jangan buang masa, jom layan testimoni customer nie (uish excitednyer!!)


Nampak tak perbezaan dua gambar nie? bukan pada warna tudung, bukan pada senyuman (senyuman akak nie sentiasa menawan) tapi pada seri di wajahnya, kulit dah tak kusam lagi dan semakin cerah.

Berikut pengalaman beliau setelah consume Set Skincare + ESP Shaklee :

Dulu, saya memang seorang yang tak tahu nak menjaga kecantikan dan tak mahu menjaga kecantikan sebab bagi saya itu semua sangat leceh! Tapi setelah menginjak dewasa dan memasuki alam remaja yang mana saya perlu berdepan dengan ramai orang bila melangkah ke alam pekerjaan, baru saya sedar yang tanggapan saya selama ini adalah silap!

Saya selalu ditegur oleh sesiapa sahaja yang bertemu atau terserempak dengan saya, even bos dan rakan - rakan sekerja selalu menegur saya adakah saya sakit sebab muka yang sangat pucat dan kulit yang sangat-sangat kusam. Sedangkan saya sihat walafiat. Sejak itu, saya mula google apakah yang perlu dilakukan unutk kembalikan skin saya yang dulu...

Jika ada yang bertanya adakah pengambilan suplemen tambahan perlu dalam kehidupan seharian kita, maka jawapan saya adalah sangat-sangat perlu! sebab bila saya bertemu dan consume dengan SET SKINCARE + ESP SHAKLEE, Alhamdulillah!!! Hasilnya sangat-sangat menakjubkan...

Disini saya nak kongsikan sedikit testi saya menggunakan SET SKINCARE + ESP nie.. Saya telah menggunakan Set Skincare Vitamin B Complex, Vitamin C dan Vitamin E termasuk ESP. Sebenarnya saya dah lama beli set ni sejak bulan Julai 2012 tapi masa tu saya makan memang tak konsisten langsung. Air pun tak cukup tiga liter. Pastu saya stop jap bila mak cakap kenapa badan saya makin naik dan saya tak nampak pun perubahan pada kulit saya...sedih seketika...

Since Disember 2012 saya start balik ambil set skincare nie dan cukupkan air 3 liter sehari...memang usahakan juga setiap hari untuk cukupkan air 3 loter walaupun seksa sebab asyik pergi toilet. Berita baiknya...baru seminggu saya consume full set skincare secara konsisten tanpa skip dan cukup air 3 liter....AMAZING!!!!! kulit muka jadi lembut sangat...Wajah jadi lebih lembab! Badan lebih bertenaga setiap pagi! Baru seminggu!!! Alhamdulillah...HAPPY SANGAT2!!! 

Bayangkanlah kalau dari dulu saya rajin dan konsisten??? Now, no more malas-malas nak jaga kulit dah..Sedangkan berusaha lagi unutk dapatkan skin yang sihat dan cantik. Pengajarannya di sini, kena cukupkan air 3 liter dan ISTIQAMAH untuk dapatkan kesan yang superb dengan pengambilan suplemen ni...

Rasa semangat tak baca testimoni nie? kalau berminat jom dapatkan set skincare nie sekarang, nak full set boleh nak budget set pun boleh...just give me a ring...


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www/facebook.com/rose.azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com



Tuesday, December 3, 2013

Testimoni Meal Shakes Shaklee : Tengok Lengan Anakku...Dah Makin Bam Bam...

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya saya tak buat perkongsian mengenai Meal Shakes Shaklee...

Produk yang ramai ibu2 cari untuk anak2 mereka.

Nak tau kenapa? Jom baca testimoni nie dulu.



Kenapa anda perlu berikan Meal Shakes Shaklee kepada anak-anak anda?

Saya rasa semua pun tahu yang kanak-kanak sangat suka makan makanan yang merapu (jajan la senang cakap kan) yang dah tentu tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka. Kita pula sebagai ibu bapa tidak mempunyai banyak masa untuk memantau apa yang anak2 kita makan seharian terutama ibu bapa yang bekerja.

Jadi sebagai ibu bapa yang menyedari hal ini, kita perlu lakukan sesuatu untuk memastikan anak2 mendapat khasiat dan vitamin yang secukupnya untuk tumbesaran mereka.

Meal Shakes Shaklee mengandungi 19 vitamin yang mampu melengkapkan nutrient anak.

Kandungan KARBOHIDRATnya boleh membantu kanak-kanak lebih cergas kerana badan akan menukarkannya kepada TENAGA, sekaligus anak akan lebih FOCUS dan CERGAS di dalam kelas.

Kandungan PROTEINnya pula penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Protein ibarat batu blok dimana jika batu blok tak kukuh macam mana sesebuah bangunan tu boleh berdiri megah? Begitu juga protein sebagai komponen utama sel badan/otak jadi kanak-kanak membesar dengan sihat baik dari segi fizikal dan mindanya.

Kandungan KALSIUM pula membantu dalam pertumbuhan tulang dan gigi anak. Kalau kita tengok sekarang, ramai anak2 kecil yang gigi mereka mudah rongak dek kerana banyak makan jajan dan juga sebab kekurangan kalsium.

Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan Meal Shakes Shaklee untuk anak-anak yang tersayang.



Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
E-mail : rose.azadir@yahoo.com



Thursday, November 28, 2013

Testimoni Vivix Shaklee : Malam Minum 1 Sudu, Esok Pagi Dah Aktif Mengemas Rumah

Assalamualaikum....


Hari nie saya nak kongsikan dengan anda semua tentang Vivix Shaklee untuk pesakit darah tinggi.



Ibu Ms Najihah adalah pesakit darah tinggi, bacaan darah tinggi ibu beliau mencecah 200.

Siapa yang tak sedih bila melihat keadaan ibu beliau yang terlantar, solat pun sambil baring, makan tak lalu, nak pergi toilet pun kena papah (kalau saya pun tak sanggup nak tengok keadaan ibu saya di dalam situasi itu).

Malam itu juga Ms Najihah berikan sesudu Vivix Shaklee kepada ibu beliau.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, esok pagi, ibu beliau dah boleh bangun dan membuat kerja rumah.

Komen ibu beliau, "Bagus ubat nie, badan sedap" :)



Tahukah Anda Punca-punca Tekanan Darah Tinggi?
  1. Stress/ terlalu tertekan : dengan mengaktifkan sistem saraf simpatetik, tekanan boleh arteri untuk menegang.
  2. Pengambilan garam yang berlebihan : Natrium dalam garam boleh menyebabkan pengekalan air yang berlebihan, jumlah darah mengembang dan akhirnya meningkatkan tekanan darah.
  3. Diet yang rendah dalam kalsium, magnesium dan kalium
  4. Pengambilan alkohol yang berlebihan : ditakrifkan sebagai minum lebih daripada dua minuman harian untuk lelaki di bawah umur 65 tahun, atau yang lebih daripada satu minuman setiap hari untuk wanita atau lelaki lebih umur 65 tahun.
  5. Berat badan berlebihan
  6. Ubat-ubatan : Sesetengah ubat-ubatan preskripsi, termasuk steroid, pil kawalan kelahiran, dekongestan, NSAIDS dan pil diet boleh meningkatkan tekanan darah. Sesetengah ubat juga boleh meningkatkan tekanan darah.

Vivix Shaklee mampu mengawal tekanan darah, ianya mudah ringkas dan tidak menyusahkan.


Lagi-lagi untuk orang tua seperi ibu dan bapa kita. Kadang-kadang boleh terlupa nak makan pil yang berjenis-jenis.

Harga memang agak mahal tapi hasilnya sangat berbaloi.

Hubungi saya untuk mendapatkan harga yang istimewa.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir 

Monday, November 25, 2013

Testimoni Vivix Shaklee : Vivix Berjaya Hilangkan Penyakit Kayap

Assalamualaikum....

Hari nie saya nak cerita pula pasal penyakit kayap. Tahukah anda apakah penyakit kayap sebenarnya?

Kayap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster dan bertindak menyerang seseorang yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah.

Kebiasaannya golongan warga emas menjadi sasaran utama penyakit ini kerana golongan ini lazimnya mempunyai sistem imuniti yang agak lemah. Bagaimanapun terdapat juga golongan kanak-kanak yang dijangkiti kayap biarpun peratusannya terlalu rendah iaitu sekitar 5%.


Serangan kayap biasanya berlaku pada bahagian pinggang ke atas. Bagaimanapun ia kadangkala juga berlaku pada bahagian sulit.

Malah kajian membuktikan sebanyak 55% kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, 20% di bahagian muka, 15% berlaku di bahagian bawah pusat ke bawah manakala 5% berlaku di bahagian sulit dan punggung.

Jom kita baca perkongsian saya kali ini, berkenaan Vivix Shaklee dan masalah penyakit kayap.



Kisah kali ini  berkenaan penyakit kayap yang di alami oleh ibu Firmilia di bahagian belakang badan.

Walaupun pada luaran (bahagian kulit) nampak sakit kayap itu telah sembuh tapi serangan pada saraf masih berterusan.

Jadi ibu beliau masih terasa sakit di tempat yang bekenaan.
Doktor cakap memang normal kalau rasa macam itu sebab kayap serang urat saraf dan membuatkan urat saraf rasa tertarik.

Beliau cuba beri Vivix Shaklee dan hasilnya Alhamdulillah, ibu beliau dah tak rasa sakit lagi :))

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan Vivix atau ingin membuat pesanan? Hubungi saya,




Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir

Info Sihat : Ketahui Kategori Kegemukan Badan

Assalamualaikum....

Semalam ada orang tanya kat saya, caner nak tau badan tu gemuk air or gemuk lemak. Jadi saya kongsikan kat sini, mungkin ada juga yang lain nak tau kan...

Ramai antara kita yang sudah mencuba menurunkan berat badan dengan mengamalkan pelbagai produk, teknik berdiet dan senaman tetapi kesan yang dapat sangat berbeza-beza.

Jenis lemak yang ada pada tubuh sangat mempengaruhi cepat atau lambatnya tindak balas tubuh apabila anda sedang menjalankan program pelangsingan.

Apakah Kegemukan?

Kegemukan adalah di mana berat badan kita melebihi 20 peratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan menyebabkan berlaku pengumpulan lemak di bahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 iaitu:

Gemuk Air (Paling cepat kurus bila menjalani program pelangsingan)
  • Badan menggeleber dan lembik kerana air tak diperlukan (toksin) berlebihan
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh.
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.

Gemuk Angin (Tempoh waktu sederhana apabila menjalani program pelangsingan)
  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut 
 *** Cara nak tau, picit bahagian lengan, anda akan merasai lengan tangan menggeleber dan lembik.


Gemuk Daging (Paling lambat kesan apabila menjalani program pelangsingan, perlu amalkan secara konsisten) 
  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang.
*** Cara nak tau, picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan pejal dan padat.


Cara Mengatasi 

Menurut Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila cara terbaik untuk turunkan berat badan ialah dengan mengambil lebih banyak makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten. Ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak atau otot badan dan bukannya air seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Tambah beliau, kesilapan mengamalkan diet seumpama itu hanya akan menjadi sia-sia kerana penurunan berat badan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Langkah menguruskan badan yang paling berkesan ialah apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan secara konsisten iaitu satu kilogram setiap minggu.



With love,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir