Monday, September 23, 2013

Tips Sihat : Cara Mengira Kalori Dalam Makanan

Salam Isnin, hari nie saya nak berkongi satu tips sihat iaitu cara-cara mengira kalori dalam makanan.



Apa itu kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adalah badan perlukan kalori?

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan. 

Bagaimana cara untuk kira kalori dalam makanan?
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 kalori setiap gram

Contoh:-
Satu hidangan sos cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g x 4 = 212 kalori)
Protein-1g (1g x 4 = 4 kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g x 4 = 64 kalori)
Jadi satu tuangan sos cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Wanita mengandung & menyusu: 2000-2500 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada satu-satu hari itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori orang dewasa selalunya makan/ambil dalam sehari?
1) Makan pagi:
Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telur mata kerbau (21 kalori) + Teh tarik (120 kalori) = 541 kalori

2) Pukul 10 pagi:
Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

3) Makan tengahari:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca sayur setengah cawan (150 kalori) + Air tembikai (80 kalori) = 900 kalori

4) Minum petang:
Kopi susu (120 kalori) + Popia goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

5) Makan malam:
Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan tenggiri masak merah (142 kalori) + Kangkung goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori

*** Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak.
- 543 x 365 = 198, 195 kalori setahun disimpan.
- Maka, dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!!

Bagaimana untuk membakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan komputer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Aerobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

So lepas nie boleh la bawak kalkulator masa nak pegi makan haha (mesti orang sebelah2 cakap peliknyer orang nie)...Tak perlu bawak kalkulator, agak2 jer dah cukup...



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
FB : rose azadir
Blog : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com


12 comments:

  1. huhu..mmg terlebih kalori le jawabnya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, lps nie boleh la buat kire2 yer...

      Delete
  2. Wahhh.. memang terlebih sudah ni.. ekekeke.. kunjung balas ni Rose! hehe.. (Y)

    ReplyDelete
  3. Huhuhu mmg terlebih-lebih dah kalori saya ni..kena kawal.pemakanan ke arah yg lebih sihat nampaknya.Thanks for sharing ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...mmg kena kawal...tq singgah cni...

      Delete
  4. 1 kalori smnt akan terbakar waktu tidur.....hurmmmmm.....kena tidur lbh laaaa...tp....klau tidur tak makan....

    yuklaaa amalkan cara hidup sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ramai2 amalkan cara hidup sihat....tq singgah cni...

      Delete
  5. kalau masak sendiri cam ner nak kira kalori?

    ReplyDelete
  6. hishhh..kite ni kadang terlebih kalori gak....

    ReplyDelete