Thursday, December 18, 2014

Testimoni Set Skincare Shaklee : Dalam Masa 2 Minggu, Kulit Putih Bertambah Putih

Assalamualaikum....


Cantik serta sihat? siapa yang tak nak kan? Bila badan kita sihat, dah tentu kulit pun akan lebih sihat dan cantik.

Itulah yang dilakukan oleh Set Skincare Shaklee ini. Sebelum tu, jom kita baca dulu salah satu testimoni Set Skincare Shaklee ini.


Adik kita nie baru 2 minggu mengambil Set Skincare Shaklee dan telah pun mendapat hasilnya. Antara hasilnya ialah kulit beliau semakin cerah. Beliau juga dulunya mempunyai kulit berbelang di sekitar lengan dan leher, kini kulit di bahagian itu telah sekata.

Adik beliau ada alergik yang mana kulit berhampiran bibir kelihatan kering dan bersisik. Lalu beliau telah sapukan Vitamin E di kawasan berkenaan pada waktu siang dan hasilnya malam hari yang sama kulit kering disekitar bibir telah tiada.

Set Skincare yang digunakan oleh adik nie ialah Vitamin C, B Complex dan Vitamin E. Beliau akan tambah dengan ESP yang mana hasilnya akan lebih meletops!!!

 
Sedikit info tentang Set Skincare Shaklee ini:

Vitamin C
Antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menajdi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan. Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

B Complex
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B Complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Vitamin E
Merupakan antioksidan yang powerful yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Tapi jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil Vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.

Lain-lain testimoni Set Skincare Shaklee:
1)  Kesan-kesan hitam disekitar leher dan celah-celah tidak muncul lagi
2) Mampu hilangkan jerawat yang kronik
3) Set Skincare Shaklee mampu selesaikan masalah sunburn

Ingin dapatkan Set Skincare Shaklee anda pada harga promosi?


Hubungi saya,
Rose A
Shaklee Independent Distributor : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com



Wednesday, December 17, 2014

Testimoni Shaklee Collagen Powder : Hanya Dalam Masa 7 Hari, Muka Kelihatan Gebu, Jerawat Halus Tiada dan Blackhead n Whitehead Semakin Kurang

Assalamualaikum....

Sememangnya dah ramai yang merasai kehebatan Shaklee Collagen Powder. Dah ramai yang sangat berpuas hati hasil penggunaan produk Shaklee yang satu ini.

Tak percaya? Jom baca salah satu testimoni Shaklee Collagen Powder di bawah:


Customer nie pernah makan beberapa Collagen dari jenama lain tetapi kesannya tidak sama setelah beliau mencuba Shaklee Collagen Powder.

Hanya selepas consume 7 sachet Shaklee Collagen Powder, muka dah nampak semakin gebu, bintik-bintik jerawat kecil di pipi dan dahi dah hilang. Bintik-bintik putih dan hitam juga semakin kurang.


Untuk makluman, satu kotak Shaklee Collagen Powder mengandungi 15 sachet dan untuk hasil yang terbaik, eloklah di makan satu sachet sehari.

Apakah yang best dan membuatkan ramai yang tertarik dengan Shaklee Collagen Powder?
1) Ianya murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan kolagen yang ada dipasaran
2) Hasilnya dijamin (In Shaa Allah), ada ujian klinikal
3) Ianya halal dan semulajadi.

Hubungi saya untuk mendapatkan harga promosi yang masih berlangsung sepanjang bulan December 2014 ini!!!


Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, December 16, 2014

Testimoni Vitamin E Shaklee : Dalam Masa 2 Minggu, Kulit Telah Mengalami Perubahan Positif Yang Menyeronokkan

Assalamualaikum....

Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-aplha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

Kerana sebab2 di ataslah ramai yang teruja dan excited untuk consume Vitamin E Shaklee ini. :)

Jadi, saya nak kongsikan salah satu testimoni Vitamin E Shaklee.

 
Customer nie consume Vitamin E dan GLA Complex untuk menambahbaikan kulit beliau. Sebelum ini beliau kurang percaya dengan vitamin-vitamin yang ada dipasaran walaupun beliau bekerja sebagai ahli farmasi.

Tetapi setelah mencuba Vitamin E dan GLA Complex Shaklee selama 2 minggu, perubahan positif pada kulit yang beliau alami amat merangsangkan.

Antara Kebaikan Vitamin E yang anda perlu tahu:
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit
  • Anti-oksidan
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Mengurangkan risiko parut yang besar
  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Membantu mencegah kanser
  • Merendahkan risiko katarak
Ingin dapatkan Vitamin E dengan harga promosi yang sedang berlangsung sepanjang bulan December ini?


Hubungi saya,
Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, December 9, 2014

Info Sihat : Fungsi Selenium di dalam Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum...

Tahukah anda, selain semulajadi, antara kelebihan atau keistimewaan Vitamin E Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya mengandungi Selenium.

Apakah sebenarnya fungsi Selenium? Kenapa Selenium ini perlu ada dalam Vitamin E?


Selenium mempunyai 3 fungsi utama iaitu:

1) Selenoprotein (Selenium + Protein)

Berikut adalah 7 perkara selenoprotein lakukan untuk tubuh anda:
  • Membantu dalam pengeluaran glutation. Glutation adalah penting kerana ianya merupakan pertahanan antioksida semulajadi badan anda daripada radikal bebas.
  • Melindungi sperma dari kerosakan oksidatif (radikal bebas).
  • Berfungsi sebagai penciptaan semula beberapa antioksida termasuk Vitamin C. Selenium terlibat dengan thioredoxin, iaitu sangat berguna untuk individu yang mempunyai masalah gatal-gatal pada kulit tanpa mengetahui punca kegatalan tersebut.
  • Membantu dalam penciptaan Selenoprotein P. Selenoprotein P membantu melindungi sel-sel badan yang membentuk saluran darah, jantung dan sistem peredaran darah. Selenoprotein P berfungsi melawan radikal nitrogen iaitu sejenis radikal bebas yang menyerang sel-sel sistem peredaran darah.
  • Berfungsi dalam penghasilan sperma (spermatogenesis)
  • Berfungsi sebagai anti radang dan tindak balas imun.


2) Antioksidan

Selenium bertindak balas dengan natural antioksidan yang terdapat dalan badan kita iaitu Gluthathione


3) Disease Prevention

Selenium memberi signal kepada Cytokines iaitu sel penggera untuk sistem imuniti bekerja.


Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, December 8, 2014

Info Sihat: Apakah Vitamin E Shaklee?

Assalamualaikum....

Apakah Vitamin E?

Vitamin E adalah sekumpulan sebatian larut lemak dengan sifat antioksidan yang kuat. Ini bermakna ia diserap oleh lemak atau lipid dalam sel-sel anda. Sebab itu Vitamin E dikenali sebagai vitamin antioksidan "fat-loving".

Antioksidan adalah bahan yang mengurangkan kerosakan oksidatif, kerosakan yang disebabkan oleh oksigen yang boleh membahayakan tisu manusia, sel-sel dan organ-organ.

Ia terkenal dengan fungsinya yang melindungi sel-sel dan tisu dalam badan dari kerosakan akibat radikal bebas.

Vitamin E Shaklee terdiri daripada d-alpha-tocopherol concentrate yang lengkap dengan Selenium (as selenium yeast).

Adalah tidak sempurna jika anda mengambil Vitamin E tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.



Vitamin E Shaklee diperbuat dari:

1. Minyak kacang soya
2. Minyak biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E
3. 8 jenis Vitamin E (d-alpha, beta, gama, delta)
4. Mengandungi 10mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E
    dengan lebih baik.
5. Yang terbaru, GRAPE SEED EXTRACT


Apakah perbezaan Vitamin E Shaklee dan Vitamin E biasa?


Vitamin E Shaklee:
- Bersumber semulajadi
- Pada label ada huruf 'd' (ini bermakna ia adalah sumber asli)
- Lebih mudah diserap oleh badan 

Vitamin E biasa:
- Vitamin sintetik
- Pada label ada huruf 'l' (ini bermakna sumber tiruan atau sumber kimia)
- Tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudia hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Ada beberapa cara untuk mengenal antara vitamin sintetik atau vitamin semulajadi.

Satu kajian di bawah lampu polarized dibuat. Jika cahaya dipancar pada vitamin asli, akan sentiasa membengkok ke kanan yang mana biasa kita akan jumpa vitamin asli akan tertulis 'd' (representing dextro means right).



Manakala jika cahaya yang sama dipancarkan, akan terbahagi kepada 2, ke kiri dan ke kanan jika vitamin itu adalah sintetik. Sebab itulah vitamin sintetik biasanya tertulis 'dl' (sintetik) kerana ianya separuh 'dextro' (right) dan separuh 'levo' (left). Cuba tengok vitamin E Shaklee ada tertulis 'd' kan maknanya ia asli.

Ingin dapatkan Vitamin E Shaklee dengan harga promosi?


Hubungi saya,
Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, December 5, 2014

Info Sihat : Ketahuilah Kesan Kekurangan Vitamin C dan Golongan Yang Mempunyai Kandungan Vitamin C yang Rendah


Assalamualaikum...

Salam Jumaat, hari nie saya nak share pula tentang kesan kekurangan Vitamin C pada tubuh kita.

Kekurangan vitamin C secara berterusan  akan menyebabkan anda mengalami beberapa jenis penyakit atau simptom;


  • Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.
  •  Gusi berdarah dan tidak kuat
  • Tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
  • Tisu jantung rosak
  • Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
  • Penambahan kadar metabolisma berlaku.

Ada beberapa kumpulan manusia yang mempunyai kandungan vitamin C yang lebih rendah di dalam badan mereka:

1) Perokok

Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C di dalam badan. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih daripada 20 batang rokok mendapati tidak ada (atau hanya sedikit) kandungan vitamin C yang ada.

2) Pesakit kencing manis

Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C pun masih lagi mengalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C.

Pesakit kencing manis juga mendapati kandungan kolagen mereka yang kurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan -perubahan yang terjadi pada protein dan 'free radicals' menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti katarak, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan Vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas. 

3) Pesakit kanser

4) Orang yang banyak minum minuman beralkohol

5) Pesakit rheumatoid arthritis

6) Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak.

Mereka banyak kehilangan vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan oleh aktiviti-aktiviti ini, di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh - jadi kehilangan vitamin C) dan sebagainya.

7) Pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman dan sebagainya.

8) Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan anti-biotik.

9) Pesakit yang sedang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.





Rose A

SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380








Thursday, December 4, 2014

Info Sihat : Fungsi2 Utama dan Fakta2 Menarik Tentang Vitamin C

Assalamualaikum.....

Hari nie saya nak sambung cerita tentang Vitamin C.

Vitamin C didapati penting untuk fungsi-fungsi utama berikut:
  • Fungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.
  • Pembuangan toksin-toksin dari dalam badan.
  • Sebagai anti-oksidan. Ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksidan, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.
  • Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid bile berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol. Pengurangan vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.
  • Penyembuhan luka. Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran kolagen, oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat.
  • Agen mengurangkan rasa sakit.
  • Mengurangkan alahan.
  • Penyerapan zat besi dan sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).
  • Pengurangan stress. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteriods, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.


Antara fakta menarik tentang Vitamin C yang perlu anda tahu
  • Vitamin C amat mudah rosak. Oleh itu sayuran dan minuman yang mengandungi vitamin C akan kehilangan banyak vitamin C jika disimpan lama atau diproses sevara berlebihan.
  • Pengambilan bioflavonoids bersama-sama dengan vitamin C boleh menguatkan vitamin C dan menggalakkan penyerapan vitamin C.
  • Pengambilan vitamin C dengan vitamin E bersama-sama adalah amat disyorkan kerana kesannya yang synergik.
  • Pengambilan vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan masalah perut seperti najis yang agak lembut, cirit-birit dan sebagainya. Ini boleh dielakkan dengan vitamin C selepas makan.
  • Vitamin C tidak menyebabkan ulser gastrik. Ia didapati boleh membantu penyembuhan ulser.
  • Pengambilan vitamin C yang tinggi sebelum menjalani ujian darah boleh memberikan bacaan yang salah. Oleh itu, hentikan pengambilan vitamin C sebelum menjalani apa-apa ujian.
  • Ada kajian yang menyatakan pengambilan vitamin C yang tinggi menyebabkan anda susah untuk mengandung. Oleh itu, pengambilan vitamin C yang tinggi patutlah diberhentikan sekiranya anda berhasrat untuk mengandung.
  • Pengambilan vitamin C sehingga 4000mg sehari tidak digalakkan untuk mereka yang menghidapi masalah batu karang. Begitu juga pesakit yang menjalani haemodialysis atau menghidapi penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang tidak digalakkan mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi. 
  • Pesakit gout juga tidak digalakkan mengambil vitamin C yang tinggi.
  • Vitamin C tidak boleh diambil oleh mereka yang mengambil ubatan seperti warfarin (ubat yang mencegah pembekuan darah) dan ubat-ubatan tekanan perasaan dari kumpulan tricyclic anti-depressant (sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda). Antara ubatan lain yang mempunyai interaksi dengan vitamin C ialah aspirin, anti-biotik dan pil perancang.
  • Vitamin C adalah dalam bentuk asid. Bagaimanapun ada jenis-jenis vitamin C yang berbentuk alkali seperti ascorbate. Ia boleh diambil oleh mereka yang tidak tahan dengan asid (seperti mengalami masalah perut bila mengambil vitamin C). Bagaimanapun vitamin C yang tidak bersifat asid ini boleh menyebabkan pengurangan kandungan mineral zink dalam badan anda. 




Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com




Wednesday, December 3, 2014

Testimoni SR Vitamin C Shaklee : Kulit Wajah Tampak Sekata dan Berseri Tanpa Make-Up

Assalamualaikum....

Semalam saya berkongsi tentang apa itu Sustained Release (SR) Vitamin C.

Hari nie saya nak berkongsi pula salah satu testimoninya.



Customer nie memberikan perbezaan kulit beliau sebelum dan selepas mengamalkan SR Vitamin C Shaklee.

Sebelum pengambilan SR Vitamin C, kulit nampak kusam dan kasar walaupun ketika beliau mengenakan tudung berwarna gelap dan memakai make-up.

Selepas pengambilan SR Vitamin C, kulit wajah beliau kelihatan sekata dan berseri, tidak kusam lagi walaupun beliau memakai tudung berwarna cerah dan tanpa make-up.



Antara kelebihan SR Vitamin C ialah untuk kecantikan kulit. Ia mampu merangsang pengeluaran kolagen.

Kolagen adalah sangat diperlukan oleh tubuh badan kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. Jila kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.

Vitamin C juga mampu mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini dan juga mampu memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

Nak kulit cantik dan berseri? Jom amalkan SR Vitamin C Shaklee sekarang!!!


Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com 

Tuesday, December 2, 2014

Apakah Sustained Release Vitamin C Shaklee?

Assalamualaikum...


Apakah Vitamin C?

Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang prihatin dengan kesihatan. Adakah anda tahu keistimewaannya?

Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Keperluan minima yang disyorkan, seperti yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari.

Bagaimanapun, untuk kesan-kesan baik yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan.

Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.

Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.




Apakah Sustained Release?

Sustained Release adalah teknologi yang sangat-sangat membantu Vitamin C untuk kekal lama di dalam badan.

Setiap sejam, hanya 100mg Vitamin C dilepaskan di dalam badan, ia akan bertahan selama 5 jam di dalam badan.

Mengapa? kerana Vitamin C bersifat larut air dan mudah termusnah oleh suhu yang tinggi, stress dan sebagainya. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh.



Apakah Sustained Release Vitamin C Shaklee?

Sustained Release Vitamin C adalah 100% semulajadi, halal, selamat dan berkesan kerana semua produk Shaklee menjalani ujian-ujian klinikal (ujian ke atas manusia) sebelum dipasarkan. Jika diambil 2 kali sehari (2 biji sehari), Sustained Relase Vitamin C dapat mengekalkan paras Vitamin C plasma selama lebih 24 jam.

Sustained Release Vitamin C membekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah seimbang iaitu 120mg. Bioflavinoid adalah aksesori nutrisi yang membentuk asid askorbik atau vitamin C kompleks.

Bioflavinoid hanya boleh didapati dalam buah-buahan asli dan tidak diperolehi dalam vitamin C sintetik.

Aksesori nutrisi ini membantu mengurangkan kanser, penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan memberi faedah-faedah kesihatan lain seperti antibakteria, antivirus, anti-radang, anti-oksidan dan kadang-kadang digunakan sebagai anti alergenik.

Jom dapatkan Vitamin C Shaklee yang halal, selamat, semulajadi dan berkesan hari ini...


Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, December 1, 2014

Promosi Terbaik Dari Shaklee Bulan December 2014

Assalamualaikum...

Bulan December dah datang dan Shaklee telah memberikan promosi yang sangat-sangat best dan sangat-sangat dinanti oleh peminat-peminat vitamin-vitamin ini.



Selalunya Shaklee buat promosi satu jenis vitamin sahaja untuk setiap bulan tapi bulan nie 2 jenis vitamin hebat iaitu vitamin C dan Vitamin E.

Beli 6 percuma satu untuk setiap jenis vitamin. 

Untuk Sustained Release Vitamin C Shaklee, anda akan mendapat penjimatan sehingga RM92.50.

Dan untuk Vitamin E Shaklee, anda akan mendapat penjimatan sehingga RM149.00.

Berbaloi-baloi!!!

Anda boleh la berkongsi dengan dengan rakan-rakan pejabat, jiran-jiran atau adik beradik.

Tetapi anda juga mempunyai pilihan untuk beli 2 botol untuk setiap jenis vitamin dan mendapat diskaun 5% seperti dalam poster dibawah.


Apa-apa pun anda masih dapat menikmati penjimatan yang best bulan nie.

Jika anda nak beli satu2 pun boleh, anda masih akan mendapat tawaran yang istimewa dari saya. Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen anda hari ini.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com