Thursday, November 20, 2014

Siapa yang Perlukan Omega Guard Shaklee?

Assalamualaikum....

Tahukah anda, Omega Guard Shaklee sebenarnya mempunyai banyak fungsi dan sesuai untuk setiap peringkat umur tidak kiralah tua, muda, lelaki, perempuan dan juga kanak-kanak.

Yang membezakannya ialah dos pengambilan. Jadi anda perlu ambil ikut sukatan keperluan tubuh anda.



Mari kita ketahui apa kelebihan Omega Guard Shaklee bagi setiap individu.

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil



Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu


Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selsema dan asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan



Mereka yang Mengalami Masalah Berat Badan
  • Membantu membakaran lemak dengan lebih cepat berbanding Lecithin
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptin yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang dengan lebih lama.

Untuk Lelaki
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Warga Emas
  • Melambatkan degradasi tulang rawan
  • Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejala penyakit sendi
  • Bertindak sebagai pelincir - membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit

Mereka yang Sering Dilanda Masalah Kesihatan
  • Batuk berkahak, selsema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit strok
Anda tergolong dalam kategori di atas? Nak dapatkan Omega Guard Shaklee?


Hubungi saya,
Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Wednesday, November 19, 2014

ESP Shaklee Mampu Hilangkan Sakit Gastrik Dalam Masa 10 Minit...Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Apakah penyebab gastrik?
  • Waktu pemakanan tidak teratur, lambat makan, selalu tinggal breakfast
  • Gaya hidup yang tertekan (stress) / Tekanan melampau hingga sukar tidur malam mengakibatkan perut menghasilkan asid yang berlebihan
  • Jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser
Apakah pula tanda-tanda gastrik?
  • Sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
  • Rasa pening kepala
  • Mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap
  • Muntah
  • Badan rasa lemah lesu
  • Berat badan menurun
  • Najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah) 

Antara produk Shaklee yang mampu membantu anda mengurangkan masalah gastrik ialah Energizing Soy Protein (ESP). Ikuti testimoni pelanggan di bawah;




Pelangggan ini telah mengalami gastrik hampir setahun. Selalunya jika beliau mengalami gastrik, beliau akan terus makan pil gastrik yang dibeli di klinik. Lebih kurang setengah hari, baru lega kesakitan gastrik beliau.

Baru-baru ini, beliau kena serangan gastrik dan ubat klinik memang telah lama tidak dibeli. Jadi beliau minum ESP yang ada dalam simpanan. Alhamdulillah hanya selepas 10 minit minum ESP,  kesakitan gastrik beliau hilang.


Sedikit pengenalan tentang ESP Shaklee

ESP SHAKLEE diperbuat daripada non GMO ( Non -Genetic Modified Origin) Soya.

GMO soya -- Genetik soya yang diubah suai. Banyak tumbuhan/ makanan di pasaran sekarang adalah GMO. Kenapa diorang suka-suka nak GMO kan tumbuhan/makanan ni semua? Sebabnya...demand melebihi hasil pengeluaran. Diorang nakkan penghasilan yang banyak pada satu-satu masa tuaian, saiz yang besar dan kekerapan tuaian yang tinggi. Jadi, GMO adalah caranya.....

Kebiasaannya, kesan makanan GMO pada tubuh menjadi berlawanan dari fungsi asalnya (non GMO). Ini kerana genetiknya sudah diubah dan menyebabkan soya yang asalnya baik untuk tubuh, bertukar menjadi "RACUN" pada tubuh.


Satu canister ESP (850g) diekstrak dari 30kg kacang soya - hanya 2.83% sahaja pati soya

ESP Shaklee menyediakan 9 asid amino yang penting untuk tubuh tapi hanya boleh diperoleh dari makanan (tubuh tak boleh menghasilkan asid amino).

Mengandungi Indeks Glisemik rendah - 39 (Index Glisemik adalah ukuran paras gula dalam makanan) 

Ekstrak soya ESP dijalankan pada suhu rendah dan dicuci dengan air bagi mengekalkan "khazanah" isoflavones yang terdapat dalam soya.

Satu hidangan ESP (tiada uric & mudah diserap tubuh) adalah bersamaan:
      = 2 x ganda daging
      = 4 x ganda telur
      = 12 x ganda susu

Ingin dapatkan ESP Shaklee dengan harga yang istimewa dari saya?


Hubungi saya,
Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

 

Tuesday, November 18, 2014

Info Sihat : Ketahui Panduan Diet Yang Sihat

Assalamualaikum....

Penurunan berat badan secara drastik terlalu bahaya untuk kesihatan. Apa gunanya kurus langsing tetapi ditimpa pelbagai penyakit. Cara begini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti muka pucat, pening kepala, keletihan, kulit berkedut dan menggeleber. Lebih baik jika lakukannya secara berperingkat dan pastikan pengambilan air yang mencukupi.

Berdietlah dengan cara yang sederhana agar anda bukan sahaja dapat melangsing dan menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama juga dapat memastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat dan cergas. Terdapat beberapa peraturan yang perlu anda amalkan ketika anda berdiet. Ikuti panduan di bawah.

1) Sarapan

Walaupun berdiet, tidak semestinya anda perlu mengabaikan sarapan. Ini kerana, sarapan adalah hidangan penting untuk memulakan hari. Oleh itu, sebaiknya anda tidak melewatkan sarapan. Ini akan menyebabkan anda makan lebih banyak ketika waktu makan utama iaitu ketika makan tengah hari dan makan malam.

Tahukah anda, dengan melewatkan makan ia akan membuatkan anda lapar pada tengah malam. Sekiranya ia berlaku, minumlah air teh herba yang dicampurkan madu. Cara ini dapat mengenyangkan perut tanpa pengambilan kalori tambahan yang tidak penting. Selain itu, anda boleh ambil segelas susu bagi mengalas perut sebelum tidur.

2) Makan perlahan-lahan

Kajian menunjukkan tabiat makan terlalu cepat hanya akan meningkatkan masalah kegemukan. Ia bukan sahaja mengganggu pencernaan dan sakit perut tetapi juga boleh mengganggu diet.

Ketika makan dengan cepat, tubuh tidak sempat memberi isyarat kepada otak bahawa makanan yang dimakan sudah mencukupi. Makan sedikit demi sedikit dan kunyah dengan perlahan-lahan sebelum telan. Ingat! Makan dengan perlahan dapat memberi masa pada tubuh untuk menyerap nutrisi.

3) Membayangkan makanan

Jangan jadikan kebiasaan membayangkan makanan ketika berdiet. Ia hanya akan mendorong anda mengambil makanan berlemak dan berkalori dengan kuantiti yang banyak. Untuk mengawal keinginan makan, ambil makanan berserat yang banyak kerana ia melancarkan sistem pencernaan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

4) Jauhi makan di tengah malam

Tahukah anda kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ia membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Tetapi kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia dibuka 24 jam sekaligus mendorong anda untuk makan dan minum sehingga lewat malam. Tidak salah untuk melepak bersama teman di kedai-kedai makan tetapi berhati-hati dengan apa yang anda makan pada waktu tersebut.

5) Elak makan segera

2 juta rakyat Malaysia didapati mengidap diabetes yang kebanyakannya berpunca dariapda makanan. Kajian menunjukkan hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera sekaligus mendedahkan mereka kepada penyakit kritikal di usia muda. Ibu bapa, pantaulah pemakanan anak anda kerana ia akan mempengaruhi corak pemakanan mereka apabila dewasa kelak.

6) Kurangkan garam dan gula

Pakar jantung seluruh mengatakan, pengurangan pengambilan garam dalam makanan merupakan langkah penting untuk mengurangkan kematian akibat masalah jantung. Ini kerana, garam berlebihan menyebabkan kenaikan tekanan darah yang berkait rapat dengan serangan jantung dan otak (strok). Selain garam, kurangkan juga gula dalam hidangan anda.

sumber : n9kini.net


Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, November 17, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Dapat Berat Badan Yang Ideal Setelah Mengamalkannya Secara Konsisten

Assalamualaikum....

Penjagaan berat badan amat penting untuk kita semua, tak kira umur dan jantina. Ini bukan hanya untuk kelihatan cantik tetapi juga untuk kesihatan badan secara menyeluruh dan keyakinan diri.

Saya ingin berkongsi satu testimoni Set Kurus Shaklee yang pada saya mampu dimiliki oleh sediap individu.


Puan Yani Suhaini mengamalkan set kurus Shaklee yang terdiri daripada Alfalfa dan Lecithin selama satu tahun.

Selepas satu tahun, berat badan beliau menurun sebanyak 10kg.

Alhamdulillah, walaupun ambil masa yang agak lama tapi kesan yang Puan Yani alami sangat memberangsangkan.

Beliau memang mengelakkan penurunan berat badan yang drastik. Penurunan berat badan secara drastik terlalu bahaya untuk kesihatan. Apa gunanya kurus langsing tetapi ditimpa pelbagai penyakit.

Cara begini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti muka pucat, pening kepala, keletihan, kulit berkedut dan menggeleber. Lebih baik jika lakukannya secara berperingkat dan pastikan pengambilan air yang mencukupi.

Apakah Lecithin Shaklee?

Lecithin itu sendiri adalah lemak. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah. Seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane.

Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Ia boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung dan juga kacang soya.

Apakah 13 kelebihan Lecithin?

1) Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab itu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

2) Kenapa orang yang nak kurus suka lecithin? sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000 mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, dan lain-lain. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. Jadi, dengan cara menambahkan pengambilan lecithin, pasti ianya keputusan yang bijak.

4) Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

5) Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya fungsi saraf menjadi kurang efisien. Sebab itu mereka-mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

6) Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya membeti perlindungan dari serangan virus, germs, bakteria. Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

7) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.

8) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

9) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka-mereka yang ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema

10) Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang juga sistem penghadaman.

11) Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12) Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab itu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

13) Lecithin bersama-sama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat BILE. Bile ini fungsinya pula mencaikan lemak dan pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A, D, E dan K  ke dalam badan.

*** Sebiji Lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin. Jadi kiralah sendiri berapa biji anda perlu makan sehari mengikut keperluan anda.

Apakah Alfalfa Shaklee?

Diperbuat daripada tanaman alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/ baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan".

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil.

Apakah Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee?

1) Mencuci hati, darah dan usus
Ini adalah makana yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membershkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2) Melawan alahan
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.

3) Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4) Menyingkirkan lemak dan kolestrol
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang dariapda alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

5) Melawan tumor
Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor

6) Melegakan keletihan
Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

7) Mencegah / merawat artritis
Melegakan sakit artritis dan kesakitan

Jom dapatkan harga terbaik untuk set kurus ini dari saya.


Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, November 10, 2014

Apakah Kelebihan Omega-3 Dalam Omega Guard Shaklee?

Assalamualaikum...

Seperti yang saya ceritakan dalam penulisan yang lepas, Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda.

Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA dan kerana itu kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplemen.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima.

Tidak guna juga jika kita mengambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim  tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi, amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.



Apakah kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee?
  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati kan yang mengandungi toksik
  3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  4. Sangat berbeza daripada produk Omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan Omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. Satu kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  7. Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak Omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB

Apakah manfaat Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee?
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolesterol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dan lain-lain
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  23. Memlihara fungsi-fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:
  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah autism
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Ingin dapatkan Omega Guard Shaklee untuk anda dan seisi keluarga? Hubungi saya,


Rose A
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Friday, November 7, 2014

Testimoni ESP Shaklee Yang Mampu Naikkan Berat Badan (Tapi Bukan Menggemukkan)

Assalamualaikum...

Salam Jumaat...

Hari nie saya nak share salah satu sebab bagaimana ESP Shaklee nie boleh jadi Hot Seller.  




Tujuan asal customer nie consume ESP Shaklee ialah untuk penjagaan kulit sebab ESP nie adalah sumber protein terbaik yang mampu membaikpulih sel-sel yang telah rosak dan membina sel-sel baru yang lebih sihat. Bila sel sihat, sekaligus kulit kita pun akan sihat dan cantik.

Customer nie dapat bonus (bukan dari segi duit atau harta benda) dengan mendapat berat badan ideal. Sebelum minum ESP beliau mempunyai masalah kurang berat badan tapi selepas minum ESP, berat badan beliau kembali normal (tapi bukan menggemukkan).

Dengan cara pengambilan yang betul, ESP mampu membantu mereka yang mempunyai masalah seperti customer nie.




ESP Shaklee adalah rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan.

Dan yang lagi menarik, satu hidangan ESP Shaklee ini adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.

Ingin dapatkan ESP Shaklee anda?


Hubungi saya,
Rose A
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, November 6, 2014

Info Sihat : Apakah Punca Kenapa Anda Makan Dengan Kerap?

Assalamualaikum....

Pernah tak anda semua kadang2 merasa asyik nak makan jer? nak mengunyah jer? kejap2 nak makan, kejap2 nak makan....

Nak tahu apa punca yang menyebabkan anda merasa demikian? Jom baca perkongsian saya kali nie.

1) Minum terlalu banyak minuman manis

Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat makanan yang secukupnya. Jadi ini yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.



2) Makan makanan bertin

Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.


3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi

Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.


4) Tidak makan sayur-sayuran

Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.



5) Tidak minum teh kurang gula

Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.


6) Kurang minum air masak

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum anda makan, minumlah air masak terlebih dahulu.


7) Kebosanan

Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mereka mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isilah masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah, Jangan biarkan diri anda kebosanan seterusnya anda cenderung untuk makan banyak.

sumber : um-fabolous.blogspot.com

Sekarang dah tahukan sebab2 kenapa anda semua kerap makan. Jom ubah tabiat makan kita...


Rose A
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, November 4, 2014

Apakah Omega Guard Shaklee?

Assalamualaikum....

Jom kita berkenalan dengan Omega Guard Shaklee.

Omega Guard Shaklee lebih dikenali sebagai minyak ikan dan kandungan utama Omega Guard Shaklee ialah Omega 3.

Apakah Omega 3?

Omega 3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak poli tak tapu yang panjang (yang mempunyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yang diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri.

Jadi, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Asid lemak biasanya boleh ditemui di dalam ikan.



Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega 3. Asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Kalau tiada lapisan lemak ini, ikan-ikan laut dalam mesti akan mati kebekuan.

Asid lemak Omega 3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega 3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu. 


Apakah pula kandungan Omega 3?

Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA.

EPA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran (kesihatan jantung dan sendi).

DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.

Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, serta amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Apakah fungsi EPA?
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mencegah pembekuan lemak dalam darah
  • Mencegah kadar kolesterol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Mencegah tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi
Apakah fungsi DHA?
  • Mencegah asthma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payudara, kanser prostat
  • Mengelakkan migrain 
  • Mengelakkan rasa kebas pada anggota badan 
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan
Nantikan penerangan yang lebih terperinci tentang Omega Guard Shaklee di penulisan akan datang...In Shaa Allah...


Rose A
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com