Monday, July 29, 2013

Testimoni Set Skincare Shaklee : Berkat kesabaran, jerawat teruk sampai muka merah dan bengkak tiada lagi

Salam,

Kita dah masuk 2/3 Ramadhan, rasa terlalu cepat masa berlalu. Bagaimana persiapan raya kawan2? Saya belum start buat ape2 lagi, baju anak2 pun belum beli, herm...agak sibuk kebelakangan nie...takpe kita lupakan sekejap pasal persiapan raya. Hari nie saya nak berkongsi lagi satu kisah kejayaan pengguna suplemen Shaklee.



Untuk masalah kulit, Pn Syahrina mengambil Vitamin B Complex, Vitamin C, Vita-Lea, Alfalfa dan ESP. Banyakkan? nie bergantung pada keperluan dan budget individu. Bila dah banyak2 vitamin nie, mesti pening nak makan cam mane kan. Meh saya bagi cadangan jadual nak makan, bukannye wajib ikut cam nie, bergantung pada anda semua juga.

Cadangan Jadual Pengambilan Vitamin
  • Selepas Breakfast - B Complex, Vita-lea
  • Minum Pagi - ESP (bancuh dengan minuman kegemaran kecuali air panas dan yang berkafein)
  • Selepas Lunch - Vitamin C, Alfalfa
  • Minum Petang - ESP (bancuh dengan minuman kegemaran kecuali air panas dan yang berkafein)
10 Perkara Mengapa Masalah Jerawat Sukar Sembuh


1) Alahan kepada makanan
    Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan makanan laut yang boleh
    memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

2) Tidur
    Pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurang tidur, Harus tidur
    sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jam 12mlm-3pagi merupakan masa sistem badan tengah
    menjalankan tugas.

3) Sembelit
    Sembelit membuatkan toxin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak
    lancar. Toxin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah.
    Timbulnya jerawat dan lambat untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.

4) Pemilihan produk yang salah
    Pemilihan produk yang kuat bahan di dalamnya membuatkan masalah jerawat akan jadi lebih
    teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat
    dengan baik. 

5) Bakteria
    Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan bertambah lebih
    banyak seperti berjangkit. Ini kerana kemasukan bakteria telah berlaku. Dan parut hitam juga
    akan terjadi jika sering menyentuh jerawat dengan jari.

6) Hormon tidak seimbang
    Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak
    dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga
    liang roma tersumbat, Dan terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi
    bengkak dan merebak.
1
7) Penjagaan muka yang tidak berterusan
    Tidak berdisiplin untuk mengikuti jagaan muka asas iaitu memakai cleanser, toner, moisturizer,
    anti-blemish dan sunblock.

8) Hati toksin
    Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat dalaman untuk
    membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.

9) Darah kotor
    Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar betapa
    pentingnya mendermakan darah dan berbekam.

10) Jagaan salon
      Tidak cukup dengan memakai produk, wajah yang berjerawat juga perlu merujuk kepada pakar
      kulit. Melakukan facial atau rawatan muka 2 x sebulan supaya jerawat cepat sembuh.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.


Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com





21 comments:

  1. Great info... kerana saya pun sedang berjinak-jinak dengan Shaklee...one of the best supplement and health product :)

    ReplyDelete
  2. sy pun ambik shaklee.. tp bulan posa nih jadi kurang lak menelan shaklee nih.. lupa je

    ReplyDelete
  3. sy mkn shaklee dh nk masuk 2 bln.. set utk kulit( vit c, e, bcomplx, esp n collagen powder) dan b4 sy tak ada masalah kulit jerawat yg teruk dn besar tp skrg muka saya teruk sgt... stress dan tertekan tiap kali tgk muke.. duit dh byk hbs... rasa nyesal pn ada.. dr muka ok jd sgt teruk... :( .. air dh minum byk sgt.. pluke sy stop

    ReplyDelete
    Replies
    1. NeracaNur sy pon sama macam awak :(

      Delete
    2. Maybe darah kotor kot.try lar alfalfa.. leh vsit insta sy.. butikqaseh

      Delete
    3. Sbnrnye sy tak rase yang sume ni disebabkan toksin atau darah kotor sbb sy pon dah detox bebulan2,minum air pon dah byk..tp bila start blk ambil vitamin,jerawat mst jd teruk balik..sume ni misteri yg doktor pon tak tau sebabnye..ade yg complain bile consume alfafa jd benda tak elok..ade yg makan vitamin jd naik jerawat..ini sume bkn sbb produk shaklee..ianya disebabkan oleh perbezaan jenis badan setiap individu..namun agak sukar untuk dirungkaikan persoalan ni..

      Delete
  4. Terima kasih berkongsi artikel ini. :D

    Perkongsian: 4 Jenis Jerawat Teruk

    ReplyDelete
  5. Berapa biji alfalfa yg perlu diambil sehari ye? 10biji ke? Rasa cam byk sgt 10 biji tu..huhu

    ReplyDelete
  6. Berapa biji alfalfa yg perlu diambil sehari ye? 10biji ke? Rasa cam byk sgt 10 biji tu..huhu

    ReplyDelete