Thursday, February 27, 2014

Info Sihat : Selulit Dalam Kehidupan Anda

Assalamualaikum....

Hari nie nak kongsi dengan anda semua tentang SELULIT.

Bagi kebanyakan wanita, bila dengar saja perkataan selulit, mereka dah tertekan kerana dibelenggu dengan masalah ini. Hampir 80% wanita di dunia mempunyai selulit di bahagian badan mereka seperti bahagian perut, belakang dan peha.

Selulit ini bukan sahaja 'menyerang' kaum wanita, malah ia boleh ada pada sesiapa sahaja samaada orang itu kurus atau gemuk, lelaki atau wanita.



Apakah Selulit?

Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.


Apakah Faktor Terjadinya Selulit?
  1. Etnik
  2. Habit pengambilan nutrisi ketika kanak-kanak
  3. Hormon
  4. Baka
Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein.

Sistem penyaliran dari pembuluh darah dan sistem limfa yang tidak elok. Biasanya keadaan ini terjadi kerana masalah sembab air. Kaki dan buku lali yang bengkak terutamanya ketika panas atau selepas berdiri adalah simptom biasa sembab air.

Ia terjadi kerana sistem penyaliran pembuluh darah atau limfa yang lemah atau bengkak (varicose veins), masalah pembuluh darah yang lemah yang diwarisi, sistem limfa rosak atau penyakit yang menyebabkan saluran limfa halus, kelemahan sistem limfa yang diwarisi atau tekanan.

Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.


Dua Sebab Selulit Terjadi Pada Wanita
  1. Wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan, kaki, perut dan punggung.
  2. Wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembab air (fluid retention)

Fakta yang Anda Perlu Tahu

Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan 'tersumbat' (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

Susut berat badan membuatkan pipi kelihatan cengkung, payudara mengendur dan bahagian atas tubuh seakan mengecil tetapi bahagian pinggul masih kekal begitu. Ia penanda bermulanya 'lingkaran sebab akibat' (vicious cycle).

Lingkaran sebab akibat bermaksud, kerana merasa tiada perubahan, wanita kembali makan mengikut sesuka hati dan berat mereka bertambah berganda berbanding sebelum berdiet. Cubaan menurunkan berat badan yang bersifat 'on-again' dan 'off-again' sebenarnya meningkatkan lagi beratnya. Penambahan berat menyebabkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular terjadi, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi "gynoid pattern collection", iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di "android pattern collection" yang tertumpu di perut dan dada.

Kaedah sedut lemak mungkin prosedur kecantikan paling popular selepas botox. Walaupun diakui boleh mengecilkan, merampingkan dan membetulkan masalah kontor tubuh di perut, dalam dan luar paha (saddle bags), lengan, pinggang tetapi ia dianggap oleh beberapa pihak sebagai bukan rawatan terbaik untuk selulit.

Kalori yang bertukar menjadi lemak dan berada dalam lapisan dalam kulit sukar tidak boleh dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan. Sedut lemak juga menelan belanja yang besar dan ia hanya untuk mereka yang sihat. Bagaimanapun, jika anda mahu cantik, sanggup berbelanja besar dan mahu mencuba, tepuk dada tanyalah selera.

Cara terbaik menyingkirkan selulit, kurangkan pengambilan makanan berkalori. Amalkan diet bersesuaian dengan gaya hidup dan pastikan mempunyai berat ideal. Lakukan senaman, aerobik, misalnya. Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Atau anda mungkin boleh mencuba krim anti selulit. Paling penting, mulakan sebelum selulit anda mula mengganggu penampilan diri.



With Love,
Rose Azadir
SID : 933408
SMS /Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir

Monday, February 24, 2014

Testimoni Meal Shakes Shaklee : Anak Lebih Fokus dan Mudah Faham Dalam Belajar

Assalamualaikum...

Ada sesiapa yang mengalami Monday blues hari nie? Tahukah anda apakah Monday blues tu? Monday blues tu lebih kurang macam "tidak suka hari Isnin". Puncanya adalah faktor teknikal waktu bekerja yang wujud dalam dunia ini yang semuanya bermula hari Isnin. Jadi fenomena Monday Blues ini boleh dikatakan masalah secara global hehe....

Ok, cukup pasal Monday blues, sekarang jom baca Testimoni Meal Shakes Shaklee pula.


Puan Najmah telah memberikan anak beliau Meal Shakes Shaklee selama lebih kurang 3 bulan lebih. Kenapa Puan Najmah memberi Meal Shakes Shaklee kepada anak beliau? Sebabnya ialah anak beliau picky eater dan kurus kering.

Selain daripada menyelesaikan masalah susah nak makan si anak, Meal Shakes Shaklee membantu si anak lebih fokus dalam belajar. Alhamdulillah, jadi Meal Shakes Shaklee nie sangat sesuai untuk pelajar2.


7 sebab kenapa anda patut cuba Meal Shakes Shaklee
  1. Nutrisi lengkap dengan 24 jenis Vitamin & Mineral
  2. Kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel-sel dan membekalkan nutrisi kepada sel tubuh
  3. Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink, Selenium sebagai antioksidan
  4. Mengandungi Vitamin B yang lengkap, zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat dan sekaligus menghasilkan kulit yang lebih cantik
  5. Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  6. Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada perut dan usus
  7. Minuman multivitamin perasa vanila yang lazat, tanpa sebarang pewarna dan gula tiruan.

Lagi Testimoni Meal Shakes Shaklee :

1) Testimoni Meal Shakes Shaklee : Selsema dah tiada, selera makan meningkat
2) Testimoni Meal Shakes Shaklee : Tengok lengan anakkku...dah makin bam bam
3) Testimoni Meal Shakes Shaklee : Sangat sesuai untuk anak yang picky eater macam anak saya

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan (gerenti harga best).



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com 

Saturday, February 22, 2014

Testimoni MealShakes Shaklee : Selepas Minggu Kedua Selsema dah Tiada, Selera Makan Meningkat

Assalamualaikum...

Salam Sabtu semua, apa aktiviti hari sabtu anda? Saya cam biasa jer, mengemas, memasak dan jadi tarzan haha...dok menjerit kat anak yang kecik tu, suka sangat memanjat hehe...Orang kata anak yang lasak, anak yang bijak kan?

Sambil santai2 hari nie, jom layan Testimoni MealShakes yang sangat sesuai untuk anak2 yang ada masalah sembelit, picky eater cam anak saya.


Perubahan yang nampak pada anak Puan nie ialah pada minggu kedua selepas anak beliau minum MealShakes Shaklee.

Antaranya ialah selsema makin kurang, batuk pun semakin kurang. Yang paling menggembirakan hati ibu ialah bila tengok selera anak semakin bertambah.

MealShakes Shaklee sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak walaupun ia sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa juga.

Buat yang masih belum kenal, MealShakes Shaklee ini juga sebenarnya multivitamin dalam bentuk serbuk dan sangat sesuai untuk mereka yang sukar untuk menelan pil/tablet.
  • Ia mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat
  • Merupakan sumber terbaik serat dan protein
  • Membekalkan kalsium harian untuk badan
  • Indeks glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.

Tapi kenapa ada yang kata MealShakes Shaklee tak sesuai untuk kanak-kanak?



Isu 1: MealShakes Shaklee ada Maltodextrin

Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan MealShakes Shaklee mengandungi  Maltodextrin didalamnya. Jadi sebelum menuduh Mealshakes Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin.

Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickener" atau "filler". Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ini bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari bahan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti MealShakes Shaklee sebab ia diperlukan untuk membekalkan 'glucose' dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indeks Glisemiknya yang tinggi, Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi 'glucose' dimana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Makanya, jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambillah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan 'sugar' atau 'glucose' dengan cepat dan Maltodextrin boleh bekalkan kepada tubuh anda.


Isu 2: Kandungan gula 'sugar' dalam MealShakes Shaklee

Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula atau 'sugar' dalam MealShakes Shaklee. Ia menjadi isu kerana dipelekat 'Ingredients' pada MealShakes Shaklee tertulis untuk serving per 100g, MealShakes Shaklee membekalkan 47.1g gula yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya, ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g MealShakes Shaklee sehari. Tetapi panduan pada botol MealShakes Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g dimana ia mengandungi cuma 16.0g gula. Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100g sehari. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup.

Jadi adakah MealShakes Shaklee yang tidak selamat atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul?


Isu 3: MealShakes Shaklee tidak sesuai untuk anak bawah 4 atau 6 tahun

Jika ditanya kepada kebanyakan pengedar Shaklee, ramai yang akan jawab MealShakes Shaklee boleh diberikan kepada anak berusia anak 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah menyatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu, serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Disinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan MealShakes Shaklee, kita ada pandungan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang.

Tapi pada saya itu bergantung kepada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan MealShakes Shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah diberikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, Pastinya MealShakes Shaklee menjadi pilihan yang tepat untuk kesihatan seharian anak anda.

Lagi Testimoni MealShakes Shaklee :
1) Testimoni MealShakes Shaklee : Selera makan anak meningkat dengan MelShakes Shaklee
2) Testimoni MealShakes Shaklee : Sangat sesuai untuk anak yang picky eater macam anak saya
3) Testimoni MealShakes Shaklee : Tengok lengan anakku..makin bam bam

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan dengan harga super best.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir


Friday, February 21, 2014

Testimoni ESP Shaklee : Dah Boleh Puasa Penuh di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Hari nie saya nak share Testimoni ESP dan Pesakit Gastrik.



Customer nie kena gastrik dari darjah 4, bila tiba bulan puasa, paling banyak hari boleh puasa 2 minggu sahaja. Puasa 3-4 hari, gastrik datang. Bila gastrik datang, tak boleh puasa 2-3 hari.

Selepas mengamalkan ESP Shaklee, beliau berjaya puasa penuh (kecuali hari cuti umum perempuan hehe...).

Bagi anda yang belum disahkan ada gastrik, jom saya kongsikan tanda2 anda menghidap gastrik.
  1. Hilang selera makan
  2. Masalah penghadaman makanan, perut meragam
  3. Rasa tak selesa pada perut, memulas. Tapi bila makan makin sakit
  4. Mual dan loya. Muntah
  5. Diarhea aka cirit birit. Warna najis berbeza, warna hitam
  6. Badan terasa lemah dan mudah demam
  7. Selalu kembung perut, pedih ulu hati
Hanya kerana kita membiarkan perut kosong tanpa makanan, asid perut hakis dinding perut dan terjadilah gastrik. Susah nak baik kalau dah kena.

Jom baca testimoni ESP yang lain:
1) Testimoni ESP Shaklee : Saya dapat menyusukan anak tanpa pertolongan susu formula
2) Testimoni ESP Shaklee : Membantu baik pulih masalah kulit berjerawat
3) Testimoni ESP Shaklee : Badan rasa lebih bertenaga, kulit makin cerah berseri

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pertanyaan.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat: ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com 

Wednesday, February 19, 2014

Info Sihat : 4 Jenis Makanan Membantu Anda Kurus

Assalamualaikum....

Ramai yang nak kurus dan langsing dan telah cuba atau ingin mencuba pelbagai produk pelangsingan yang ada di pasaran. Ada yang berkesan dan ada yang auta jer. Shaklee juga ade Set Kurusnya yang tersendiri. Boleh baca testimoni Set Kurus Shaklee di sini.

Selain mencuba produk pelangsingan, anda juga boleh mencuba  4 jenis makanan yang boleh membantu anda kurus.


1) Teh Hijau
Terlalu banyak kajian yang menunjukkan khasiat teh hijau. Antaranya, kajian di Jurnal Antarabangsa obesiti, polyphenol mendapati, teh hijau dapat menjaga berat badan stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh dengan lebih mudah.

Kajian sains mendapati apabila anda minum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan, sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat. Sebaiknya, minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan lagi kesannya.

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

Amalkan meminum teh setiap hari memberi keajaiban terhadap penurunan berat badan dan ia elok diambil sebelum makan.


2) Limau Gedang
Beberapa penyelidikan menunjukkan buah ini mempunyai reputasi baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus membakar lemak pada tubuh.

Kajian dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California menunjukkan kebenaran fakta ini. Pengkaji mendapati, pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan. Pengkaji juga melakukan kajian terhadap kapsul limau gedang, jus dan isi asli limau gedang sendiri.

Namun, menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya. Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.


3) Cuka
Cuka memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah, digunakan sebagai tonik  kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.

Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung. Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.

Kajian di Minnesota, Amerika Syarikat, menunjukkan orang yang mengambil cuka epal dua sudu setiap hari selama lapan minggu dapat meningkatkan tahap kolesterol baik high density lipoprotein (HDL).

Pengarang buku, Khasiat Cuka - Cairan Ajaib Penyembuh Alami, Cal Orey, menyatakan cairan ini dihasilkan dari fermentasi buah yang kaya gula. Di antaranya, cuka epal, cuka anggur merah, cuka malt dan cuka beras.

Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.

Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.


4) Halia
Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan perederan darah.

Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

Wanita yang ingin langsing selepas bersalin, kebanyakan turut memanfaat halia bagi memenuhi hasrat itu. Antara kaedah digunakan ialah mencampurkan menumbuk lumat halia bersama lada hitam dan ikan bilis. Kemudian dicampurkan dengan perahan air limau untuk dimakan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Pengambilan makanan tambahan dalam masakan ini bagus kerana ia adalah secara natural dan tidak menganggu sistem tumbesaran badan. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.

Sumber : http://terbakor.com

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir

Monday, February 17, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Bertambah Semangat Bila Saiz Baju Semakin Mengecil

Assalamualaikum...

Hari nie dapat berita yang Herb-Lax Shaklee dah kembali available. Jadi saya nak berkongsi dengan anda semua satu Testimoni Set Kurus Shaklee yang terdiri daripada Herb-Lax + Lecithin + Cinch Shake Shaklee.


Customer nie telah mengamalkan Set Kurus Shaklee nie selama 2 bulan dan hasilnya saiz baju beliau mengecil dari 50 ke 46.


Herb-Lax merupakan agen detox yang membantu untuk mencuci usus dalam badan bagi menjadikan penyerapan nutrien lebih optimum.

Antara fungsi utama Herb-Lax Shaklee:
  • pembersihan najis yang tersekat
  • merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihan yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman herba.


Pengambilan Lecithin Shaklee pula sebagai pemecah lemak di dalam badan menjadi titisan kecil supaya mudah disingkirkan dari badan..

Antara fungsi lain Lecithin Shaklee :
  • Kesihatan saraf
  • Kuatkan ingatan. Bagus untuk pelajar
  • Kawal kolestrol dalam badan
  • Mengurangkan risiko nyanyuk atau alzheimer
  • Badan hasilkan hempedu (bile), enzim pemecah lemak

Cinch Shake Shaklee pula mempunyai 3 perisa iaitu coklat, vanilla dan cafe latte yang bertindak membina otot selepas lemak diuraikan. Apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.

Cinch Shake Shaklee juga boleh boleh digantikan dengan ESP Shaklee bergantung kepada keperluan badan.

Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.


Lagi testimoni Set Kurus Shaklee :
1)  Testimoni Set Kurus Shaklee : Dari 77kg turun ke 60kg hanya dalam 76 hari
2)  Testimoni Set Kurus Shaklee : Siapa kata hanya dengan ESP + Lecithin tak boleh kurus
3)  Testimoni Set Kurus Shaklee : Baju nikah jadi pembakar semangat untuk kurus

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir




Saturday, February 15, 2014

Info Sihat : Susu Ibu - Rahsia di Sebalik Saranan Al-Quran

Assalamualaikum...

Salam Sabtu, hari nie ada sedikit ilmu untuk perkongsian bersama.

Susu ibu: Rahsia di sebalik saranan al-Quran: Inilah sebab mengapa al-Quran menyarankan para ibu menyusukan bayi sehingga dua tahun.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kamu kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman : ayat 14)

Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allag yang luar biasa sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir dan sebagai zat yang membantu tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setiap hari ditemui satu demi satu manfaat baru air susu bagi bayi. Salah satu fakta tentang air susu ibu adalalah dengan menyusu bayi salama dua tahun selepas kelahiran sungguh amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, www.Icr.org/pubs/imp-259.htm)

Allah memberitahu kita maklumat penting ini sekitar 14 abad yang lalu yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini.
 
Air susu ibu mengandungi zat-zat pemakanan penting iaitu:

Karbohidrat
Karbohidrat utama adalah laktosa (gula susu) yang sesuai dengan keadaan biologi atau sistem pencernaan bayi. Laktosa berperanan penting sebagai sumber tenaga. Laktosa mudah diurai menjadi glukosa dan galaktosa dengan bantuan enzim laktase yang sudah ada dalam mukosa saluran pencernaan bayi sejak lahir.

Ya, pada pencernaan bayi terdapat enzim yang mencerna laktosa tersebut. Glukosa dan galaktosa berperanan dalam perkembangan sistem saraf dan pertumbuhan otak, mielinisasi dan pematangan otak agar otak tumbuh optimum. Selain itu, zat ini juga membantu penyerapan kalsium dan magnesium di masa pertumbuhan bayi. Bahkan membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik (lactobacillus bifidus) dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.

Protein
Kandungan protein seimbang dengan keperluan bayi. Dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah whey yang mempunyai ukuran molekul lebih kecil. Protein jenis whey ini mempunyai sifat mudah dicerna. Komponen asas dari protein adalah asid amino yang berfungsi sebagai pembentuk struktur otak.

Protein berguna untuk pertumbuhan dan perkembangan sistem kekebalan tubuh dan untuk pertumbuhan otak serta menyempurnakan fungsi pencernaan. Protein juga memberi lapisan pada dinding usus bayi baru lahir yag masih telap terhadap protein serta berperanan sebagai perlindungan terhadap pelbagai risiko jangkitan bakteria/virus yang boleh masuk melalui percernaan. Ya, protein dalam susu ibu dapat membantu menghancurkan bakteria dan melundungi bayi dari jangkitan.

Lemak
Kandungan zat pemakanan terbesar di dalam susu ibu adalah lemak. Lemak merupakan sumber kalori atau tenaga utama yang terdapat dalam susu ibu. Kadar lemak susu ibu berubah-ubah secara automatik sesuai dengan keperluan pemakanan bayi dari hari ke hari. Lemak boleh diolah, dicerna dan diserap baik kerana dalam susu ibu terdapat enzim lipase yang bertugas membantu proses metabolisme lemak.

Ada sekitar 200 jenis asid lemak, iaitu 80 peratus asid lemak tak tepu, antara lain asid linolenat omega 3, EPA dan DHA serta asid linoleat omega-6 ARA yang berperanan penting dalam perkembangan otak, pertumbuhan sel-sel otak, myelination rangkaian saraf, serta ketajaman penglihatan. Lemak rantai panjang atau long chain poly unsaturated fatty acid (LC-PUFA) merupakan jenis lemak yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi.

VITAMIN DAN MINERAL

Susu ibu mengandung vitamin dan mineral penting yang diperlukan bayi. Zat pemakanan mikro penting itu antara lain vitamin A, vitamin C, vitamin D, zat besi, tiamin, riboflavin, kalsium, fosforus, fluorin.

- Vitamin
Misalnya, vitamin D membantu bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang. Vitamin K yang diperlukan untuk proses pembekuan darah terdapat dalam susu ibu dengan jumlah yang cukup dan mudah diserap.

- Zat Besi
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, bahagian dari sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, zat besi pun penting untuk pertumbuhan otak bayi. Zat besi yang terkandung dalam susu ibu juga mudah diserap.

- Fluorin
Fluorin membantu membentuk gigi yang kuat dan mencegah gigi berlubang.

Untuk mereka yang bergelar ibu di luar sana, susukan bayi anda sendiri secara ekslusif sehingga enam bulan dan diberhentikan pada usia 2 tahun. Katakan tidak pada susu formula.


sumber : detikislam.blogspot.com 

Rose Azadir
SID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir
 

Friday, February 14, 2014

Testimoni ESP Shaklee : Jeragat, Selulit Makin Pudar Plus Perut Makin Kempis

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua, esok sabtu, hari cuti saya kat ofis, tapi hari yang sibuk dirumah, saya dah plan dah apa nak wat esok, yang paling penting ialah masa bersama dengan anak2, yahooo!!!

Jom saya sajikan anda semua dengan satu lagi testimoni ESP Shaklee.



Customer nie telah mengalami perubahan-perubahan berikut setelah mengamalkan ESP Shaklee selama 3 minggu:

1) Kulit rasa lebih licin
2) Jeragat makin pudar
3) Selulit hilang
4) Perut kempis
5) Lemak2 dalam badan yang dulu permastautin tetap dah takde
6) Seluar yang dulu ketat, sekarang dah boleh zip



Lain-lain testimoni ESP Shaklee:
1) Testimoni ESP Shaklee : Alhamdulillah, Stok Susu Ada Lebih 100 Packs
2) Testimoni ESP Shaklee : Susu Bertambah Hampir 2 kali Ganda dan Lebih Pekat
3) Testimoni ESP Shaklee : Tiada Lagi Serangan Gastrik Sejak Minum ESP Shaklee

Menarikkan kisah Puan nie?
Ingin mengalami perubahan hebat seperti customer nie? Jom hubungi saya;



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir


Wednesday, February 12, 2014

Testimoni ESP Shaklee : Alhamdulillah, Stok Susu Ada Lebih 100 Packs!!!

Assalamualaikum...

Lagi testimoni ESP to share with uolls.



Customer nie consume Set Budget Penyusuan Shaklee yang terdiri daripada ESP Shaklee dan Alfalfa Shaklee.

Saya rasa ramai yang dah tahu ESP dan Alfalfa Shaklee sangat2 membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.



Faedah Penyusuan Bayi

1) Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, In Shaa Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

2) Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

3) Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.

4) Mencegah dari penyakit rabun malam

5) Mencegah bayi dari mendapat alahan

6) Mengelakkan taun

7) Mengelakkan jangkitan telinga

8) Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.

Amatlah bertuah ibu2 yang dapat dan mampu menyusukan anak mereka dengan susu ibu.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.



Rose Azadir
SID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir



Monday, February 10, 2014

Testimoni ESP Shaklee : Susu Bertambah Hampir 2 kali Ganda dan Lebih Pekat

Assalamualaikum...

Semalam selepas solat Maghrib, saya bertanya kepada anak saya yang sulung umur 5 tahun.


"D ada belajar baca Alhamdulillah (surah Al-Fatihah) kat sekolah?"

Dia pun menjawab, "Ada ibu, teacher suruh baca banyak kali".

"Ibu nak dengar D baca boleh?"

Dia pun baca surah Al-Fatihah sampai habis, walaupun tersangkut2 and ada sebutan yang tak betul, tapi saya bangga sangat dengan dia, sampai menitis air terharu sebab baru sebulan kat sekolah tu, dah boleh baca Al-Fatihah dan boleh ingat beberapa doa harian. (bukan nak bangga tapi nak kongsi kegembiraan, harap jangan salah faham yer ;))

Back to main topic, hari nie saya nak share tentang satu Testimoni Energizing Soy Protein (ESP).

  
Puan Maizatul nie mengalami effect yang sangat positif setelah consume ESP iaitu pengeluaran susu bertambah, almost double from her usual production. Yang menariknya susu kelihatan lebih pekat dari biasa.

Baby beliau juga tak asyik memerap malam2 sebab dia cepat kenyang. Extra effect yang Puan Maizatul dapat ialah badan rasa ringan dan sakit2 belakang makin kurang.


Salah satu faktor yang menyebabkan susu kurang adalah masalah hormon. Hormon yang dimaksudkan ialah Oksitosin. Hormon nie dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak dan ia penting untuk pancutan susu.

Apakah Oksitosin?
  • Penting untuk pancutan susu.
  • Reseptor oksitosin bertambah 10x ganda semasa hamil.
  • Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui puting.
  • Boleh menyebabkan 'rengat' - kerana pengecutan rahim
  • Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa 'stress' akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.
  • Susu mengandungi FIL - Feedback Inhibitor of Lactation (faktor menghalang penyusuan)
  • Bila payudara dipenuhi susu - FIL akan memperlahankan pengeluaran susu.
  • Bila payudara 'kosong' - FIL berkurangan - penghasilan susu lebih cepat.
  • Hormon lain yang terlibat - cortisol, insulin, tyroksin.


Semasa ibu menyusukan anak, keperluan protein meningkat. Sekiranya ibu kurang mengambil makanan daripada protein ia akan menjejaskan penghasilan susu dan sebab itu juga kenapa protein amat penting. Protein berupaya meningkatkan hormon oksitosin dimana hormon ini yang ditugaskan untuk pancutan susu ibu.

Begitu juga dengan pengambilan kalsium yang mencukupi kerana ia sangat diperlukan ketika menyusukan anak. pada 3 bulan pertama, bayi amat bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. Sehubungan itu, kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu.

Biasanya ibu yang menyusukan anak atau memerah di pejabat akan mengalami kekurangan protein dan kalsium dalam badan. Bagi menggantikan dengan cepat kalsium tersebut, ESP dan Ostematrix diperlukan untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu dan juga meningkatkan hormon oksitoksin bagi memancutkan susu.

Selain ESP Shaklee, Produk Shaklee yang boleh membantu pengeluaran susu ialah Ostematrix dan Alfalfa.

Lain-lain testimoni ESP Shaklee:
1) Testimoni ESP Shaklee : Kulit Baby Sangat Halus, Mulus dan Tiada Ruam
2) Testimoni ESP Shaklee : Tiada Lagi Serangan Gastrik Selepas Minum ESP Shaklee
3) Testimoni ESP Shaklee : Tak Perlu Lagi Bangun Tengah Malam Bancuh Susu Anak

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan. (Semestinya anda akan mendapat harga yang istimewa daripada saya).



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Friday, February 7, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Alami Perubahan Positif Setelah Mengamalkan Lecithin + Alfalfa + Herb-Lax Shaklee

Assalamualaikum....

I'm in a happy mood today....don't know why but I'm happy!!!

Jadi, saya nak berkongsi sesuatu yang happy hari nie. Jom baca Testimoni Set Kurus Shaklee nie.



Customer nie baru mencuba Set Kurus Shaklee yang terdiri daripada Lecithin, Alfalfa dan Herb-Lax Shaklee dan beliau telah mengalami perubahan yang positif. Katanya produk Shaklee sangat Miracle!!!

Siapa Yang Boleh Ambil Lecithin Shaklee?
  • Mereka yang nak kurus termasuklah ibu menyusu
  • Pesakit diabetes, buah pinggang dan stroke
  • Mereka yang kolestrol tinggi
  • Mereka yang mengalami inflamasi seperti pesakit gout
  • Mereka yang sukar tidur

Siapa yang Perlu Ambil Alfalfa Shaklee?
  • Badan yang bertoksik tinggi
  • Ingin merawat kulit - kalau tahap toksik tinggi dalam badan, kulit kita jadi tak elok
  • Masalah penghadaman, gastrik, kembung perut
  • Pesakit hepatitis
  • Mengalami badan berbau
  • Sembelit
  • Tinggi kolestrol
  • Penghidap darah tinggi, mencegah strok & mencegah sakit jantung.
  • Sering keletihan
  • Penghidap arthritis
  • Para suami
  • Para isteri
  • Orang bujang

Siapa yang Perlu Amalkan Herb-Lax Shaklee?
  • Pengamal tegar ubat tahan sakit
  • Mereka yang ada masalh pembuangan. perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  • Mereka yang banyak jerawat
  • Pesakit gout
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan suplemen

Lagi Testimoni Set Kurus Shaklee:

1) Testimoni Set Kurus Shaklee : Saya Telah Berjaya Turunkan Berat Badan Dari 114kg ke 89kg
2) Testimoni Set Kurus Shaklee : Siapa Kata Hanya Dengan ESP + Lecithin Tak Boleh Kurus
3) Testimoni Set Kurus Shaklee : Baju Nikah Jadi Pembakar Semangat Untuk Kurus 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.
*** COD di sekitar kawasan Selayang, Gombak, Batu Caves, Keramat, Setiawangsa dan KLCC



Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Wednesday, February 5, 2014

Info Sihat : Liposuction Bukan Proses Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum...

Hari nie sharing berkenaan Liposuction.

LIPOSUCTION atau bahasa pasarnya sedut lemak adalah proses menghapuskan lemak daripada lapisan bawah kulit pada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan memperbetulkan bahagian bermasalah dan banyak lemak.


Ramai dalam kalangan wanita salah faham dengan berfikiran liposuction sebagai satu proses menurunkan berat badan sedangkan ia bukan!!!

Sebelum mengambil keputusan melakukan sedut lemak, anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, mesti ada pengetahuan mengenai proses ini dan tahu apa tujuan utama ia dilakukan.

Paling penting adalah mendapat pendedahan daripada doktor yang berpengalaman di klinik atau di hospital.

Kulit terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan hypodermis.

Epidermis dan dermis merupakan lapisan di mana kelenjar sebum, melanocyte, saraf, rambut tumbuh dan deria sentuh berada.

Lapisan terlibat dalam liposuction adalah hypodermis iaitu tempat lapisan lemak berada.

Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga.

Dalam proses liposuction, lemak yang disedut keluar adalah lemak lapisan pertama dan lapisan kedua.

Oleh itu, masalah selulit yang juga dirawat dengan kaedah liposuction.

Proses sedut lemak menggunakan laser boleh dibuat pada mana-mana bahagian tubuh, ia tidak terhad kepada perut dan punggung malah boleh dilakukan pada lengan, paha, bahagian pipi dan dagu berlapis dengan kos RM3,000 ke atas.

Pakar pembedahan kosmetik akan memeriksa kesihatan pesakit terlebih dahulu bagi memastikan mereka sihat untuk menjalani pembedahan sedut lemak.

Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat seperti laser liposuctiob, power assited liposuction, vaser liposuctiob, body jet liposuction dan sebagainya yang menggunakan mesin canggih dari negara Itali dan German.

Setiap satu prosedur mempunyai kelebihan masing-masing.

Kebanyakan wanita gemar melakukan kaedah sedut lemak laser lipossuctiob yang boleh dilakukan di klinik estetik sahaja.

Ia kaedah lebih selamat, tidak begitu sakit, tidak memakan masa dan tidak mengalami pendarahan.

Pilihan sama ada mahu menjalani rawatan sedut lemak bergantung kepada jenis rawatan - sama ada membabitkan bahagian kecil atau besar. Secara umumnya, rawatan sedut lemak adalah selamat selagi ia dijalankan pakar yang ada peralatan lengkap iaitu sistem pemantauan (bagi memantau tekanan darah dan nadi), elektrokardiogram (ECG), alat intravena (IV) dan cecair titis sehingga sekurang-kurangnya dua liter.

Prosedur sedut lemak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu menyedut kurang satu liter, satu liter atau lebih dua liter lemak.

Bagi prosedur kecil (satu atau kurang daripada satu liter lemak) boleh dilakukan di klinik yang ada semua kemudahan di atas.

Bagi prosedur besar (melebihi dua liter lemak), disaran dijalankan di hospital kerana bagi setiap lilter lemak yang disedut, individu berkenaan kehilangan kira0kira 200 mililiter darah. Untuk prosedur besar (dua liter lemak), seseorang kehilangan sehingga 500 mililiter darah dan kehilangan ini perlu diganti dengan cecair titis sepanjang tempoh rawatan.

Proses Rawatan

Sebelum pembedahan, anda diberi ubat bius (setempat atau menyeluruh). Sebaik ubat bius bertindak, pembedahan dimulakan menggunakan alat penyedut yang dilekatkan dengan kanula (alat besi kalis karat).

Lebihan lemak disedut menggunakan pam penyedut atau jarum besar. Tempoh rawatan berbeza mengikut jumlah lemak disedut.

Selain itu jika berlaku komplikasi akibat penyakit lain, pesakit boleh dihantar terus ke unit rawatan rapi dengan segera untuk dipantau sepanjang masa. Jadi isu lambat mendapat rawatan susulan tidak timbul jika dijalankan di hospital walaupun kosnya lebih sedikit berbanding di klinik.

Jika hendak melakukan liposuction kali kedua perlu tunggu enam bulan bagi memberi peluang tubuh kembali stabil dari semua kesan ubat bius. Anda tidak boleh jalani rawatan sedut lemak berulang kali dalam tempoh singkat.

Dari sudut kesihatan, proses sedut lemak membolehkan seseorang menjadi lebih sihat dengan terhapusnya lemak yang menjadi beban kepada tubuh.

Setelah proses ini, seseorang akan terdorong untuk kembali menjaga pemakanan dan mengawal berat badannya.

Seseorang yang menjalani sedut lemak lazimnya akan menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan berat dan bentuk badan idaman.

Namun, sedut lemak bukan jalan termudah untuk menghilangkan berat badan atau sebagai jalan untuk membuang lemak dengan cepat.

Jalan yang terbaik dan paling selamat adalah dengan menjaga diet dan senaman di samping memperbetulkan ketidakseimbangan hormon.

Menjaga makanan dan senaman dapat memperbetulkan fungsi badan dan menghilangkan berat badan.

sumber : majalah kesihatan




Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Monday, February 3, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Inci Dah Makin Kurang Yeay!!!!

Assalamualaikum....

Hari nie saya nak share Testimoni Set Kurus Shaklee.


Ms Aida  :
"Saya telah mengambil Set Kurus Shaklee yang terdiri daripada Lecithin, Alfalfa dan Herb-Lax. Dan hasilnya sangat2 best!!! Inci da makin kurang...."


Lecithin membantu memecahkan lemak-lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Lecithin terkenal sebagai pengemulsi lemak kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam kata lain Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah.

Herb-Lax dan Alfalfa pula adalah detox yang terbaik. Ia akan menyingkirkan lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin keluar dari badan. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar.

Salah satu tips yang boleh saya bagi untuk berjaya dengan Set Kurus Shaklee ialah disiplin dan konsisten.

Jom baca lain-lain testimoni Set Kurus Shaklee:
1) Testimoni Set Kurus Shaklee : Saya Consume Herb-Lax + Alfalfa dan Lecithin Untuk Kurus
2) Testimoni Set Kurus Shaklee : Tak Caya dari XXL Turun ke L dalam masa 3 Bulan
3) Testimoni Set Kurus Shaklee : Berjaya Turunkan Bacaan Kolestrol Daripada 6.5 Kepada 4.5

Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa daripada saya.



Rose Azadir
SMS/Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com





Sunday, February 2, 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee : Berat Turun 1.8kg Dalam Masa 2 Minggu

Assalamualaikum...

Lately ramai yang tanya dan lepas borak2 terus order Set Kurus Shaklee. Mungkin sebab dah terbukti keberkesanannya dan yang paling penting  Set Kurus Shaklee nie selamat dan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.

Jom kita baca testimoni Set Kurus Shaklee dari salah seorang penggunanya.


Customer nie cadangkan pada ibunya untuk mencuba Set Kurus Shaklee yang terdiri daripada Lecithin + Herb-Lax + Cinch Shake.

Dalam masa dua minggu jer berat beliau turun 1.8 kg. Selama ini berat badan ibu beliau sangat susah nak turun.

Lecithin Shaklee sangat membantu dalam program pengurangan berat badan kerana sifatnya yang boleh memecahkan lemak. Namun kita perlu pastikan kita mengambil fiber dalam diet menu harian agar proses pembuangan lebih lancar.

Lecithin Shaklee juga selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan anak dan mereka yang khuatir dengan masalah kolestrol.


 
Herb-Lax Shaklee bekerja sebagai ejen detox yang menyingkirkan segala toksik dan lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin Shaklee. Lemak-lemak ini disingkirkan melalui najis dan juga air kencing. Selain daripada itu, ia juga berfungsi membaik pulih usus kita.



Cinch Shake Shaklee pula merupakan minuman yang sungguh enak, lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.


Jom baca lain2 testimoni Set Kurus Shaklee:
1) Testimoni Set Kurus Shaklee : Inci Dah Makin Kurang Yeay!!!
2) Testimoni Set Kurus Shaklee : Dari 77kg Turun ke 60kg Hanya Dalam 76 hari
3) Testimoni Set Kurus Shaklee :Selim Melim dah Akak Kita nie

Hubungi saya untuk mendapatkan tawaran harga yang istimewa dari saya.

*** COD di sekitar kawasan Selayang, Batu Caves, Gombak, Keramat, Setiawangsa dan KLCC.




Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
WeChat : ibu_2ahmad
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

Saturday, February 1, 2014

Info Kanak-Kanak/Bayi : Sebab-sebab Anak Kecil Mengamuk

Assalamualaikum....

Sedikit perkongsian dan tips-tips hebat dari Prof. Dr. Rozieta Shaary.



Anak kecil buka sengaja suka mengamuk dan buruk perangai. Kita Ibu bapa jangan sekali bersangka anak kita memang buruk perangai dan dijadikan untuk menimbulkan masalah dan kesusahan kepada kita. Jangan langsung berfikir begitu, ya. Tak baik begitu.

Jika anak tu mengamuk...diantara lain mungkin sebab...

1- dia letih sangat atau sakit sampai badan dia dah tak boleh nak tanggung. Jadi urutlah dan biarkan dia merengek sebagai ekspresi mengeluarkan sakit tu. Sekejab sahaja dia akan merengek, jika anda izinkan dia merengek.

2- rungsing dengar hingar-bingar, sampai kepala dia rasa nak pecah. Maka bawalah ke tempat yang tenang. Basuh kepala dan mukanya serta bacakan ayat Al-quran, apa yang anda tahu.

3-dia tidak puas hati sebab barang yang dia ambil sebab baru sahaja nak explore dirampas takut merbahaya. Ramai ibu bapa bila anak memegang atau nak memegang benda yang merbahaya terus merampas kasar dan tidak menggantikan dengan benda yang selamat.
Boleh ambik, cuma jangan rampas secara kasar dan gantilah dengan barang yang lebih menarik.

4- terlalu selalu dilarang itu dan ini. Anak jadi keliru apalah yang boleh dia buat.

5- terlalu kerap dimarahi. sikit-sikit marah dan suruh diam.

6-terlalu ketat mendisiplin sampai tiada ruang untuk anak bernafas. Da anak merasakan dia dibenci.

7-mesti ikut arahan ibu bapa sampai tiada ruang utk mereka bertanya dan menyampaikan idea. Bertanya soalan pun tak boleh.

8- pernah tengok orang lain mengamuk dan ingatkan itulah cara yang baik. Oleh itu, beritahu dia tidak perlu ikut orang mengamuk sebab dia disayangi dan dia boleh memberitahu dengan baik apa yang dia hendak.

9- sebab mak bapak selalu sangat mengamuk...dan berkelahi antara satu sama lain. Terutama berkelahi mengenai siapa perlu buat apa utk anak. Anak menjadi punca berkelahi. Contoh,' asyik-asyik saya yang kena salin lampin, awak tengok TV jer'...marah-marah depan anak...macamanalah agaknya perasaan anak tu. Macam perasaan kita bila dah tua nantilah, bila anak-anak berkelahi sapa yang nak bawa kita ke klinik untuk rawatan.

10-Dan satu perkara yang kita kadang-kadang terlepas pandang iaitu, anak mengamuk ini juga adalah jarum syaitan supaya ibu bapa jadi stress dan lupa diri lalu memarahi anak keterlaluan, lantas melukai anak dan mencederakan anak.

Bila sudah keterlaluan dan berterusan dan meningkat dosagenya, ini menimbulkan kesan trauma yang boleh menyebabkan timbul penyakit hati yang bertambah besar setiap tahun anak itu membesar, ibarat bebola salji yang turun bukit. Dan diantara kesan besarnya menjadikan sesaorang itu boleh mempunyai 'criminal mindset'.

Criminal mindset itulah yang membolehkan seseorang itu melakukan perbuatan yang lebih hina daripada binatang seperti merogol dan menoreh kemaluan anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Namun, jika anda sesekali terlepas kawalan diri tu, maafkanlah diri. Kita manusia, kita kadang-kadang boleh buat silap. Cuma jangan jadikan ia tabiat. Maafkan diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Cara menjauhi stress begini, enjoy your time parenting your children. Take it from me, sekejab jer kita dengan anak-anak kita kecil begini. Sekelip mata jer. Mereka begitu cepat membesar.

Belajar, memperbaiki diri, turunkan ego dan selalu bisikkan kepada diri, SAYA LAYAK MENJADI IBU BAPA CEMERLANG KERANA ANAK-ANAK SAYA LAYAK BAHAGIA DENGAN CARA SAYA MENDIDIK.

Sekian.

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com