Monday, October 12, 2015

Apakah Biotin yang Terdapat di Dalam Vitamin B Complex Shaklee dan Peranannya?

Assalamualaikum...


Apakah Biotin?

Biotin atau vitamin B7 ialah vitamin larut yang juga dikenali dengan vitamin H. Vitamin ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam reaksi biokimia di dalam tubuh seperti dalam pemindahan karbon dioksida dan metabolisme karbohidrat dan lemak.

Tidak seperti kebanyakan vitamin yang lain, biotin merupakan salah satu jenis vitamin yang cukup stabil dalam pelbagai keadaan persekitaran seperti panas, pendedahan cahaya matahari dan oksigen.


Apakah Peranan Biotin?

Peranan utama biotin di dalam tubuh adalah membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat yang akan membentuk molekul gula sederhana (glukosa), asid lemak dan asid amino. 

Reaksi ini dikenali dengan istilah katabolisme iaitu pemecahan sebatian kompleks menjadi banyak molekul sederhana yang disertai dengan pembebasan tenaga. Molekul sederhana tersebut kemudian akan dipakai badan untuk mensintesis sel-sel baru.

Biotin juga merupakan koenzim bagi piruvat karboksilase, salah satu jenis enzim yang berperanan dalam metabolisme tenaga.

Biotin banyak digunakan untuk membantu pemulihan tubuh terhadap penyakit kekurangan holokarboksilase sintetase dan kekurangan biotinidase. Selain itu, biotin juga mampu menurunkan kadar gula darah serta menguatkan struktur rambut dan kuku. 

Berkaitan dengan peranannya dalam metabolisme tenaga, vitamin ini dapat meningkatkan kecekapan dan mengkatalis pemecahan lemak tubuh.

Kekurangan biotin adalah salah satu jenis penyakit yang jarang ditemui kerana vitamin ini boleh didapati di hampir semua jenis makanan.



Sumber utama biotin antara lain berasal dari daging, kuning telur dan pisang. Selain itu, biotin juga boleh diperolehi daripada tanaman kacang-kacangan, molases, ragi dan bijirin. Di dalam saluran pencernaan manusia, juga terdapat bakteria yang mampu menghasilkan biotin tetapi hanya dalam jumlah yang sedikit.

Biotin hanya diperlukan dalam jumlah sedikit dan diserap tubuh di usus penyerapan melalui proses difusi. Berdasarkan RDA, biotin perlu di ambil sebanyak 30 hingga 100 mg sehari. Kuantiti ini dapat ditingkatkan hingga 2500 mg sehari untuk mengatasi masalah rambut dan kuku yang rosak, serta juga digunakan untuk menurunkan kadar gula dalam darah.

sumber : wikipedia Indonesia


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com


Friday, October 9, 2015

Shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Rusila Marang Terengganu.

Assalamualaikum.... 

Shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Rusila Marang Terengganu. Selasa | 6.10.2015

*** nota dalam bahasa Melayu / Terengganu



Bab Solat

1. Solat ni ade 13 rukun dan jika kita boleh sembahyang seperti biasa maka wajib kita sembahyang seperti biasa tapi malam ni kite nok terang pasal sembahyang yang dalam keadaan tersepit seperti sedang kene kejor di harimau wajib jugak dia sembahyang mengikut kesempatan dia boleh seperti sedang berlari dia kene sembahyang la cara berlari kalau rukuk tu tunduk skit hok mana dang buat lah.Tp kite ni kalu rima kejor mase tu mayang dok?Rima dok kejor doh pun dok mayang doh congok angok atah gerey pata.

2. Kalau sedang berlari tu dok bulih nok mengadap kiblat tak pe lah tapi mana2 yang boleh buat wajib buat seperti baca Al Fatihah,doh kias la dgn kene kejor penyamun ke tengoh perang ke same la kaedahnya bila kita nok lari dr musuh.

3. Rukun Qauli tidak diuzurkan jika perlu solat dalam kereta cume rukun fe'li dimaafkan kerana pergerakan terbatas bilamana terpaksa solat dalam kereta.

4. Kita ni berat dunia daripada akhirat,bab akhirat ambik ringan sangat bab dunia pagi2 gelap ag turun doh rumoh nok cari pitih nok makang kedaroh tapi bab akhirat dok berapa sungguh nok sebut "Subhanallah" pun payoh doh dalam sehari berat nanang kite ni.

5. Sebut "Subhanallah" je akan dibalas pahala olih Allah bile sebut Allah yg bayar maka xdok sikit la serba serbi banyak lah doh Allah yg bayar kan,bor nyanyi kelulut tu dokrok ade ah 4 rial se lagu bulih pitih.

6. Fardhu kifayah ialah apabila telah dikerjakan olih sebahagian daripada kerja tu telah dilakukan oleh org lain maka tidak wajib doh bagi kita buat semua itu contoh Mandi Kafan Sembahyang Tanam bab mati ni.

7. Bile org mati maka kite kene mandi lah,nok mandi ni kene ngaji ah tp kekadang jadi fardhu ain cth kite berdua sahaja dengan si mati g kelaut hanyut bahang ribut mati kawan kita betullang kite sorang je ade situ maka disitu jadi fardhu ain kepada kita Mandi Kafan Sembahyang Tanam.

8. Leni ramai orang dok sembahyang dok caye tengok kat pital besor nung ah rama ane dok mayang berat nanang org dok sembahyang ni neraka saqar Allah janjikan tapi dok sembahyang smacam asal sakit dok mayang doh bodo dok ngaji kene ngaji ah baru ade ilmu nok mayang time sakit guana.Ni paka dok mayang teruh molek jangan ator tomyam ke tuk,bukuh air cor ke dia balasan org dok mayang.

9. Selain daripada mati syahid maka wajib kene ade Mandi kafan Sembahyang dan Tanam walaupun orang bunuh diri kerana orang bunuh diri bukan kafir cume dia digelar muslim yg asi iaitu hamba Allah yg derhaka pd Allah dan akan menerima azab yang sangat sengsara di akhirat nanti.

10. Kafir zimmi ni jenis kafir yg duduk dinegara islam tapi patuh pada peraturan maka wajib kite uruskan jugok bile dia mati bilamana xdk orang nak urus kafan akan mayat kafir itu tapi kalu kafir harbi yang memusuhi islam ni kite dokleh urus sebab dia dikire jahat.

11. Setiap anak jantan mesti tahu solat jenazah,mesti pandai azan,ni suruh azan dok reti bodo guh tu bukan anok jantan tu bapok walaupun tubuh katang,yang ketiga mesti kene pandai doa selamat tu vary anok jatang tu baru ayahnda ni dok ayahnda sirotollabi tu bukan ayohnda tu neknda dokrok retong hoktu.Yang keempat anok jatang mesti kene pandai takbir raya ni dok org olor mic ye tolok dakpe ah dakpe ah ade kije lah ni berat nanang ni seme jenis khunsa belaka.

12. Gugur dengan beranok ni guane?Beranak ni dia duduk dalam perut sekurangnya 6 bulan keatas dan gugur ni anak yang keluar 6 bulan ke bawah dari perut ibu tu dikire gugur dan bile mati henye wajib Mandi kafan dan Tanam tapi kalau beranak dan mati wajib Mandi Kafan sembahyang dan tanam.



Wallahua'lam pakat share dari page koleksi shortnote kuliah ustaz Azhar Idrus deh dan tunggu sesi soal jawab pula nanti.





Monday, October 5, 2015

Shaklee Clearance Sales : Vitamin E Buy 1 Free 1!!!

Assalamualaikum....

Shaklee ada buat clearance sales bulan ini untuk Vitamin E tau...beli 1 percuma 1!!!! bestnyerr...

Harga untuk 2 botol hanya RM 157.94.....murahnyer!!!!!


Jom pakat ramai-ramai beli vitamin E Shaklee, nak kongsi dengan kawan-kawan pun boleh...lagi jimat...

Vitamin E Shaklee nie ramai yang consume untuk kecantikan kulit, hilangkan jerawat, parut. Untuk kesuburan pun boleh....yang penting jaga pemakanan, makan dengan konsisten dan juga banyakkan pengambilan air kosong.

*** sementara stok masih ada

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Thursday, October 1, 2015

Senarai Promosi Shaklee untuk Bulan Oktober 2015

Assalamualaikum....

Just nak share promosi Shaklee untuk bulan ini, bulan Oktober 2015 :)

1) Promosi beli 6 percuma 1 untuk GLA Complex Shaklee
Harga :
1 botol : RM 96.73
7 botol : RM 580.35

2) Promosi beli 6 percuma 1 untuk Omega Guard Shaklee
Harga :
1 botol : RM 144.16
7 botol : RM 864.96


3) Promosi beli 2 dapat diskaun 5% untuk GLA Complex Shaklee
Harga :
1 botol : RM 96.73
2 botol : RM 183.78

4) Promosi beli 2 dapat diskaun 5% untuk Omega Guard Shaklee
Harga :
1 botol : RM 144.16
2 botol : RM 273.90


5) Promosi beli 3 percuma 1 untuk Vita-Lea for Children Shaklee
Harga :
1 botol : RM 117.66
4 botol : RM 352.98


Promosi berlangsung sepanjang bulan Oktober 2015.
*** harga tidak termasuk kos penghantaran

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com