Salam....
Saya selalu dengar orang cakap makan nie tak elok, makan tu tak bagus tuk kesihatan...tapi betul ker? Kadang2 kita ikutkan jer cakap orang tanpa kaji or search kebenaran info yang diorang cakap tu sebab kita kurang nak ambil kisah or malas or takde masa nak p search pasal info tu kan?
Oleh sebab tu anda antara orang yang bertuah kalau dapat baca info yang saya akan kongsikan nie and saya happy sangat dapat berkongsi ilmu dengan anda semua...hehehe
Berikut adalah antara 10 makanan yang dikatakan tidak sihat dan kurang enak sebenarnya sihat dan yang paling penting dapat menyumbangkan keperluan nutrisi di dalam badan anda.
1) Keju / Cheese
Keju tinggi dengan kalori dan lemak? Benar... akan tetapi, terdapat juga kelebihan yang terdapat disebaliknya. Pastikan kita membicarakan tentang keju yang berkualiti tinggi dan bukannya yang terdapat di dalam pizza dan sebagainya...
Pengambilan produk tenusu dalam pemakanan harian anda dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Selain daripada itu, kajian juga mendapati ia dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan. Keju adalah tinggi dalam protein dan merupakan sumber kalsium yang terbaik.
2) Kopi
Minuman yang membuatkan hampir ramai yang ketagih dengan sifat senulajadi bahan kopi ini memberikan kesan negatif kepada sesetengah individu seperti menyebabkan kebimbangan, kegelisahan, keresahan, insomnia, sakit kepala, berdebar-debar jantung dan sebagainya. Harus ditekankan di sini, kipo adalah sumber tenaga yang baik. Akan tetapi, hadkan pengambilan dan menjaga kualiti minuman tersebut di mana elakkan meletakkan gula berlebihan dan tidak mencampurkannya dengan susu pekat manis.
Amalkan meminum kopi kosong yang sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tidak kita ketahui. Kopi dapat meningkatkan mood, masa reaksi, ingatan, kewaspadaan dan fungsi kognitif umum. Selain daripada itu, ia boleh membantu anda membakar lemak dengan sistem saraf pusat anda, dan meningkatkan metabolisme anda. Akhir sekali, ia juga dapat meningkatkan jangka hayat anda.
3) Durian
Pasti ramai yang kurang gemar dengan bau yang kurang menyenangkan dari Raja Buah ini. Akan tetapi, ada juga yang gilakan rasa lemak yang dirasai ketika makan buah ini. Buah yang tinggi lemak dan tinggi dengan kalori? Benar akan tetapi pengambilan yagn tidak melebihi kalori harian bukanlah penyebab untuk kita terlepas dari mendapatkan kebaikan dari Raja Buah ini. Durian adalah tinggi dengan seratnya. Ia juga mengandungi vitamin C, Vitamin B6 dan folat. Ia juga tinggi dengan potassium di mana ia dapat membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.
4) Tiram
Bau yang kurang enak rasa yang kurang menyenangkan dari hasil laut ini membuatkan sesetengah orang kurang gemar untuk menikmatinya. Akan tetapi, hasil laut ini juga tidak kurang hebatnya dari segi kelebihan dan sumbangan vitaminnya. Tiram tinggi dengan sumber zinc di mana ia merupakan sumber mineral penting untuk pengeluaran sperma dan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon seks.
Selain daripada itu, ia tinggi dengan sumber protein tanpa lemak serta tinggi dengan Omega-3, magnesium dan vitamin E di mana dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan keradangan. Seterusnya, ia mengandungi antiviral yang didapati menghalang tumor daripada membentuk dalam tempoh masa yang panjang.
5) Daging Merah
Sesetengah orang ada yang kurang gemar makanan ini. Ada yang emngatakan ianya makanan yang menggemukkan dan berkolesterol tinggi.
Sebenarnya, sama ada ianya memudaratkan atau tidak adalah bergantung kepada jumlah makanan yang diambil. Daging merah adalah sumber vitamin D yang terbaik. Kajian di Jepun mendapati bahawa lemak yang lebih tepu mereka makan, lebih rendah risiko strok. Selain daripada itu, daging merah juga terdapat zinc yang penting untuk fungsi-fungsi fisiologi dan merupakan sebahagian daripada struktur bagi banyak protein dan enzim.
6) Ghee
Penggunaan ghee dalam masakan amat popular lagi2 di kalangan masyarakat India. Sesetengah kajian mengatakan penggunaan ghee yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung. Akan tetapi, untuk mendapatkan khasiat dari penggunaan tersebut, elakkanlah menggunakan ghee ini secara berlebihan.
Dari segi Ayurveda, minyak ghee ini dapat menggalakkan pembelajaran dan meningkatkan ingatan seseorang. Ia juga penuh dengan vitamin larut lemak A, D, E dan K. Kandungan yang terdapat di dalam minyak ghee ini mengandungi asid linoleik conjugated (PTK). Ia adalah asid lemak antioksidan yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan membantu dalam penurunan berat badan.
7) Hati Lembu
Organ dalam sememangnya tidak digalakkan untuk diamalkan. Akan tetapi, bagi penggemar hati lembu, terdapat juga kelebihan yang dapat diperolehi dari hidangan yang diberikan. Walaubagaimanapun, hadkan pengambilan anda agar tidak berlebihan.
Hati lembu mengandungi pelbagai nutrient tambahan seperti zinc, vitamin B12 dan vitamin A. Sumber ini dapat membantu mengurangkan penyakit yang berbahaya. Ia adalah sumber protein yang baik. Ia juga dapat melindungi daripada kanser, keletihan dan mengoptimumkan sistem imun anda.
8) Kentang
Sumber karbohidrat ini selalunya dielakkan pengambilannya oleh individu yang sedang mengurangkan berat badan. Benar, kentang tinggi dengan kandungan karbohidratnya. Akan tetapi, lagi sekali jika anda sudah mengira jumlah pengambilan karbohidrat harian anda, anda harus mengambil sumber tersebut dari kentang.
Jika anda ingin mengurangkan berat badan, makan makanan yang rendah Indeks glisemik (GI). Kentang telah dikenalpasti sebagai tinggi dalam GI. Akan tetapi, kajian yang telah dijalankan, tahap GI kentang berbeza dari segi penyediaannya. GI kentang adalah lebih rendah apabila mereka dimakan sedikit sejuk daripada panas dan apabila derebus dan dimakan keseluruhan dan bukannya dilenyekkan.
Kentang dapat menggantikan keinginan anda unutk gula-gula dan roti apabila pada diet rendah karbohidrat. Selain daripada itu, kentang juga amat sesuai untuk individu yang menghadapi plateu ketika mengurangkan berat badan dimana ia dapat mengembalikan tahap leptin anda. Ia dipanggil teknik refeeding dan dapat mengembalikan semula proses pengurangan berat badan.
9) Sos Tomato
Sememangnya pasti ramai yang mengetahui bahawa sos adalah bahan proses yang tinggi dengan kandungan gula dan garam. Pastikan anda menggunakan sos tomato yang berkualiti tinggi jika ingin menikmatinya agar dapat mengelakkan dari pengambilan sos tomato yang kurang berkualiti dan sebagainya.
Bahan utama penyediaan sos adalah dari sirap jagung fruktosa (HFCS). Ia merupakan pemanis yang murah dan senang didapati yang boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan obesiti.
Selain daripada itu, terdapat juga kelebihan memakan sos ini dimana ia mengamdungi kendungan lycopene. Lycopene merupakan antioksidan yang kira-kira 100 kali lebih berkuasa daripada vitamin E. Ia adalah berguna unutk merawat penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis, osteoporosis dan kemandulan lelaki.
10) Daun Gandum
Selain bau yagn kurang menyenangkan, daun gandum ini amat pahit dan kurang enak. Akan tetapi, khasiat yang terdapat pada daun ini sangat berguna seperti ia mengandungi klorofil. Klorofil dapat mengurangkan kadar kanser kolon dan ia boleh menjadi terapeutik untuk ulser kolitis.
sumber : kevinzahri
Setakat ini dulu yer, nanti saya share kan lagi info2 yang menarik...
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com
As salam,
ReplyDeleteSebenarnya jika diambil dalam jumlah yg kecil/sedikit semuanya tidak mendatangkan mudarat kpd kesihatan. Apa yg penting amalkan pemakanan seimbang.
TQ for the good info :)
Salam, yup betul tu, anyway TQ singgah sini yer...
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi pengetahuan yang berfaedah di dalam entri di atas.
Salam, TQ singgah sini...kalau nak cuba mane2 produk Shaklee, boleh sms saya untuk fast response, In Shaa Allah saya boleh bagi special price...
Deletehahahha...yes!
ReplyDeleteCiM peminat tegar, kopi, keju, durian. dan pemakan daging...ayam kureng skit. ketang pown suka sgt...kalau tomato mmg suka makan mentah.