Tuesday, May 12, 2015

Testimoni Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee : Badan Rasa Lebih Bertenaga dan Sihat Walaupun Masih Dalam Pantang dan Susu Ibu Meriah!!!

Assalamualaikum...

Hari nie saya nak share satu lagi testimoni Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. enjoice!!!


Customer nie consume Set Kehamilan Shaklee (ketika mengandung) dan juga Set Berpantang Shaklee (selepas melahirkan anak).

Selepas 19 hari berpantang, badan beliau terasa sihat dan telah pulih sepenuhnya. Bayi yang baru lahir juga tidak terkena kuning langsung dan sihat sejak dilahirkan.

Baby beliau juga dapat minum susu ibu sepenuhnya dan semestinya akan mendapat manfaat dari susu ibu In Shaa Allah....

Set Kehamilan Shaklee terdiri daripada:


1) Vitalea with Iron Formula - Kaya dengan zat besi di mana ia adalah sangat bagus jika ibu ada masalah mudah pitam, mudah pening ataupun masalah anemia.

2) B Complex - Lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi.

3) Vitamin C -  Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

4) Ostematrix -  Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.

5) Energizing Soy Protein (ESP) - Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit dan membantu pertumbuhan yang baik.

6) Omega Guard - Sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan yang mana ia mengandungi DHA dan EPA yang penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.


Set Berpantang Shaklee pula terdiri daripada:
 
1) Vitalea with Iron Formula - Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh wanita lepas bersalin yang mana selalunya wanita dalam pantang banyak makanan yang tidak boleh dimakan jadi dikhuatiri wanita-wanita ini akan mengalami kekurangan zat/nutrien.

2) B Complex - Juga dikenali sebagai vitamin anti-stress bagi mengelakkan gangguan emosi seperti meroyan dan sebagainya. Ia juga menstabilkan hormon dan menguatkan antibodi.

3) Vitamin C - Menguatkan daya imun tubuh dan membaikpulih tisu sel yang rosak. Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.

4) Ostematrix -  Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga membantu melawaskan proses pembuangan.

5) Energizing Soy Protein (ESP) - Memberi tenaga yang berpanjangan kepada wanita berpantang. Ia juga menggalakkan, mempercepatkan dan memekatkan susu ibu dan juga mencantikkan kulit.

6) Zink Complex - Penting dalam proses pemulihan luka-luka luaran/dalaman semasa bersalin. Ia juga membantu masalah keguguran rambut yang sering dialami wanita lepas bersalin.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Monday, May 11, 2015

Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Air Ketuban Berkurangan?

Assalamualaikum....

Sambungan dari Bahagian 2 : Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Air Ketuban yang Banyak?

Adakah anda mempunyai masalah air ketuban berkurangan?

Masalah air ketuban berkurangan juga dikenali sebagai oligohydramnio. Kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi dimana bayi banyak menelan air dan kurang mengeluarkan air kencing.


Bagaimana masalah air ketuban terlalu sikit boleh berlaku?
  • Kecacatan kelahiran - sistem saluran kencing tidak berfungsi seperti buah pinggang tidak berfungsi ataupun bayi tidak mempunyai buah pinggang untuk mengeluarkan air kencing.
  • Kebocoran air ketuban - kepecahan air ketuban pramatang (PROM) mungkin berlaku. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  • Masalah uri - Jika uri tidak menyediakan darah dan nutrient yang mencukupi kepada bayi, bayi mungkin boleh berhenti untuk mengeluarkan air kencing.
  • Post tarikh kehamilan - kehamilan yang lebih daripada 42 minggu boleh mempunyai tahap air ketuban yang rendah.
  • Komplikasi ibu - faktor-faktor seperti dehidrasi ibu, tekanan darah tinggi, preeclampsia, kencing manis dan sebagainya boleh menyebabkan air ketuban berkurang.


Apakah yang akan timbul sekiranya masalah air ketuban terlalu sikit?
  • Kelemasan bayi - bayi berkemungkinan lemas akibat tali pusat terhimpit menyebabkan gangguan aliran darah dan oksigen.
  • Kelahiran pramatang - ini boleh dikaitkan komplikasi seperti kesukaran pernafasan dan masalah usus.
  • Kesempitan ruang dalam rahim - ini boleh mengganggu pembentukan paru-paru, kecacatan anggota kaki dan tangan serta kedudukan janin tidak normal. Pembesaran bayi juga terhad (IUGR)
  • Meningkatkan peluang keguguran.


Apakah cara mengatasi masalah air ketuban berkurangan?
  • Rawatan berdasarkan usia kandungan. Jika bayi belum mencapai kematangan lagi, doktor mungkin akan menjalani tekanan pengecutan untuk mengawasi pergerakan bayi. Jika bayi telah mencapai kematangan, doktor mungkin melahirkan bayi lebih awal.
  • Rawatan lain termasuk amnio-infusion semasa bersalin, suntikan cecair melalui amniosentesis, penghidratan ibu semula dengan minum air atau cecair IV dan sebagainya.
sumber : bayi-ibu.com

Semoga info kali ini bermanfaat untuk semua yer...


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

Friday, May 8, 2015

Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Masalah Air Ketuban Terlalu Banyak?

Assalamualaikum....

Sambungan dari bahagian 1: 4 fungsi air ketuban yang anda perlu tahu.

Adakah Anda Mempunyai Masalah Air Ketuban Terlalu Banyak?

Masalah air ketuban terlalu banyak juga dikenali sebagai polyhydramnio. Kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi dimana bayi kurang menelan air dan banyak mengeluarkan air kencing.


 Bagaimanakah masalah air ketuban terlalu banyak boleh berlaku?
  • Kecacatan kelahiran - sumbatan ataupun salur pencernaan terhempit yang menghalang bayi untuk menelan air ketuban menyebabkan tahap air ketuban meningkat. Kecacatan lain seperti hydrocephalus juga menyebabkan air ketuban terlalu banyak.
  • Kencing manis (diabetes) yang tidak dikawal.
  • Ketidak serasian antara darah dan darah bayi anda seperti Rhesus faktor (Rh) ketidakserasian.
  • Komplikasi kehamilan kembar - seperti twin-twin tranfusion syndrom (TTTS)
  • Jangkitan dalam bayi
  • Masalah dengan kadar denyutan jantung bayi
  • 65% ibu yang mempunyai air ketuban terlalu banyak tidak diketahui sebab.

Apakah yang akan timbul sekiranya masalah air ketuban terlalu banyak?
  • Kedudukan bayi tidak stabil - bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang dan melintang dan bukan kepala di bawah semasa nak bersalin. Bayi mungkin dilahirkan dengan pembedahan cesarean.
  • Kelahiran pramatang - proses kelahiran lebih awal mungkin disebabkan oleh kepecahan air ketuban pramatang (PROM) ataupun placenta abruption iaitu uri mungkin tertanggal dari dinding rahim.
  • Kandungan terlalu berat - tulang belakang anda akan tegang dan sakit, anda juga mengalami kesukaran bernafas dan berjalan.
  • Postpartum hemorrhage - pendarahan teruk selepas kelahiran.

Apakah cara mengatasi  masalah air ketuban terlalu banyak?

Kebanyakan kes polyhydramnio hanya menjalani pemeriksaan yang kerap dan rapi untuk memantau pertumbuhan bayi. Rawatan lain boleh termasuk menyedut air ketuban melalui amniosentesis yang boleh membawa risiko tertentu ataupun penggunaan ubat yang boleh mengurangkan pengeluaran cecair dan hanya boleh digunakan sebelum minggu ke-32.

sumber : bayi-ibu.com

Nantikan pula sambungan bahagian 3 : Adakah anda mempunyai masalah air ketuban berkurangan?


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

Thursday, May 7, 2015

Ketahui 4 Fungsi Utama Air Ketuban yang Anda Perlu Tahu!!!

Assalamualaikum....

Hari nie saya nak berkongsi ilmu berkenaan air ketuban. Air ketuban sangat berkait rapat dengan ibu yang sedang hamil tapi apakah air ketuban itu? Jom kita baca sama2 perkongsian kali ini :)

Apakah Air Ketuban?

Air ketuban adalan cecair amnion yang mengelilingi bayi anda di dalam rahim semasa mengandung. Ia amat penting untuk perkembangan bayi. Cecair amnion dihasilkan selepas pembentukan kantung amnion kira-kira 12 hari selepas persenyawaan.


Apakah Punca Air Ketuban?

Pada awal kandungan, air ketuban disediakan oleh ibu. Selepas kira-kira minggu ke-20, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh air kencing bayi. Pada trimester kedua, bayi akan menelan air ketuban dan mengeluarkan air kencing untuk mengekalkan jumlah isipadu air ketuban di dalam rahim.

Oleh itu, air ketuban dihasilkan oleh kebanyakan dari air kencing, kulit dan pernafasan bayi. Jumlah air ketuban yang paling banyak ialah pada minggu ke-34 iaitu kira-kira 800ml. Jumlah air ketuban akan berkurangan sehingga kira-kira 600ml pada minggu ke-40.


Apakah Fungsi-fungsi Utama Air Ketuban?

1) Melindungi bayi dari trauma luar
Air ketuban mengisi ruang antara bayi, tali pusat dan dinding rahim membantu menyerap kesan hentakan luar (trauma kemalangan seperti terjatuh) dan kesan himpitan pengecutan rahim.

2) Perlindungan suhu
Air ketuban membantu mengekalkan suhu persekitaran bayi untuk mengelakkan kehilangan haba.

3) Pertukaran cecair
Air ketuban membantu paru-paru bayi dan sistem penghadaman bayi berkembang kerana bayi bernafas di dalam air ketuban dengan menelannya.

4) Ruang untuk bayi bergerak dan tali pusat
Bayi anda boleh bergerak dalam air ketuban membantu perkembangan otot dan tulang. Ia juga memberi ruang untuk menyimpan tali pusat daripada terhimpit.

sumber : bayi-ibu.com

Nantikan pula sambungan bahagian dua : Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Masalah Air Ketuban Terlalu Banyak?


Rose A
Shaklee ID : 933408

Wednesday, May 6, 2015

Testimoni Set Kehamilan Shaklee : Tiada lagi Sakit Otot Disekitar Pinggang Hingga ke Paha dan Rasa Bertenaga Walapun Hamil Ketika Bulan Puasa

Assalamualaikum....

Hari nie hari yang bersejarah bagi rakyat Malaysia dan rakyat negeri Perak secara khususnya kerana hari nie merupakan hari pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35.

Teman sebagai orang perak, teman sangat la bangga dan kagum dengan istiadat pertabalan ini, dengan pakaian, dengan alat2 kebesaran dan juga alat2 muzik yang sangat unik... Hujung minggu nie teman nak balik kampung nak melawat Kuala Kangsar bandar diraja...Moh kite...

Tapi sebelum nak p mane2 tu, jom la kite baca lagi satu testimoni Set Kehamilan Shaklee. :)


Customer nie mengambil Set Kehamilan Shaklee ketika kandungan beliau dalam peringkat trimester ke 2 dan ke 3 (bermula pada usia kandungan 4 bulan).

Sebelum pengambilan Set Kehamilan Shaklee, beliau sering mengalami otot yang tegang dan teramat sakit di sekitar pinggang hingga ke paha. Beliau perlu mengambil masa lebih kurang 5-10 minit untuk berjalan.

Tetapi selepas sebulan pengambilan Set Kehamilan Shaklee, beliau hampir terlupa tentang kesakitan yang beliau pernah alami.

Selain daripada itu, beliau juga semakin bertenaga untuk menguruskan aktiviti di rumah seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya walaupun dalam bulan ramadhan.

Set Kehamilan Shaklee yang diamalkan oleh customer ini ialah :



1) Vita-Lea with Iron Formula (Multivitamin) - Kaya dengan iron (zat besi) dimana ia sangat bagus jika ibu ada masalah mudah pitam, mudah pening atau pun masalah anemia. Anemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.

2) B Complex - Lengkap dengan asid folik yang sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

3) Vitamin C - Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

4) Ostematix - Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

5) ESP (Protein) - Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Ia juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.

6) Omega Guard - Sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Ia juga mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

Tuesday, May 5, 2015

Testimoni Set Kehamilan Shaklee : Tiada Lagi Kulit Gelap di Celah-Celahan, Stretch Mark dan Kulit Juga Semakin Lembut, Glowing dan Cerah

Assalamualaikum...

Selamat kembali dari cuti hujung miggu yang panjang hehehe....ada yang balik kampung, ada yang pergi bercuti. Tapi saya satu family tak pergi mana2 pun sebab sabtu tu suami bekerja dan ahad pula ada hari sukan sekolah anak. Jadi, duduk mengemas rumah dan mengasah skill memasak jer la hehe...

Hari nie saya nak kongsi sedikit tentang salah satu testimoni Set Hamil Shaklee. Set ini diambil oleh mereka yang sedang hamil yang ingin menjaga kesihatan diri dan baby dalam kandungan.


Customer ini bermula dengan mencuba Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. ESP Shaklee merupakan sumber protein yang membantu menggantikan sel2 yang rosak, memberikan tenaga, mencantikkan kulit dan sebagainya.


Hasil pemakanan ESP Shaklee ini, kulit yang agak gelap disekitar leher dan celah-celahan tidak kelihatan begitu juga dengan stretch mark.

Tidak seperti pengalaman mengandung yang lepas. kulit disekitar leher dan celah-celahan menjadi gelap dan beliau mengalami stretch mark di awal kandungan.

Kemudian, beliau mencuba pula Vitamin C dan B Complex Shaklee dan hasilnya kulit menjadi lembut, berseri-seri dan semakin cerah.

 



Ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee untuk meningkatkan kesihatan anda dan baby sekaligus ingin kelihatan gorgeous ketika hamil? Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com