Friday, December 4, 2015

Pentingnya Adab!!!

Assalamualaikum....


PENTINGNYA ADAB
Solat di masjid itu penting..
tapi adab dalam masjid itu lebih penting.
Solat itu penting..
namun adab dlm solat itu lebih penting.
Membaca Al-Quran itu penting..
namun adab membaca Al-Quran itu lebih penting.
Kerana amalan tanpa adab tidak akan ada keberkahannya.
Sebagaimana ada seseorang yang ingin memberikan hadiah yang besar kepada raja namun dengan pakaian yang tidak sopan, dengan tangan kiri, dengan perlakuan yang biadab... tentu saja raja akan murka dan menolak hadiah tersebut kerana hakikatnya raja tidak perlu pemberian.
Namun sebaliknya walaupun pemberian yang kecil namun dengan adab yang baik akan membuat seorang raja gembira dan menerima pemberian tersebut walaupun hakikatnya raja tidak perlu dengan pemberian tersebut.

Adab adalah mengagungkan segala sesuatu yang berhubungan dengan agama.
Seringkali lahirnya para ulama adalah kerana ibu bapanya memuliakan Adab.
Sultan Muhammad Al Fatih, panglima besar penakluk Konstantinopel (Istanbul)[yang mana kelahirannya telah difirasatkan Rasulullah sebagai pemimpin terbaik bersama tentera terbaik akan membuka Konstantinopel]. Disebutkan bahawa ibubapanya sangat memuliakan adab. Dikisahkan orang tuanya tidak pernah duduk apabila dirumahnya ada al-Quran ..
Dalam kitab Ihya, seseorang yang menghormati orang dunia lebih daripada orang akhirat maka anaknya tidak akan pernah jadi anak soleh apalagi ulama.
Raja Rom mendapatkan keberkahan kerana adab, ketika dikirim surat oleh Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam dia menjaga surat dan menyimpannya maka Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam berkata bahawa kerajaan Rom (Eropah) tidak akan runtuh sampai hari kiamat.
Sebaliknya Raja Parsi ketika dikirim surat oleh Baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa sallam dia merobek, menyiat dan membuangnya maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam berkata kerajaan dia akan runtuh. Maka runtuhlah kerajaan Parsi.
Dengan adab, amal kecil akan bernilai besar dan sebaliknya tanpa adab amal besar bisa tidak bernilai...
Semoga kita dapat menjaga adab-adab dalam setiap amal perbuatan kita.
Semoga hari-hari kita di berkahi oleh Allah dengan adab.
Aamiin.
(catatan singkat bayan Kyai Uzairon)
*Maksud adab ialah meletakkan segala sesuatu sesuai pada tempatnya dan kedudukannya

0 comments:

Post a Comment