Assalamualaikum....
Penurunan berat badan secara drastik terlalu bahaya untuk kesihatan. Apa gunanya kurus langsing tetapi ditimpa pelbagai penyakit. Cara begini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti muka pucat, pening kepala, keletihan, kulit berkedut dan menggeleber. Lebih baik jika lakukannya secara berperingkat dan pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Berdietlah dengan cara yang sederhana agar anda bukan sahaja dapat melangsing dan menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama juga dapat memastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat dan cergas. Terdapat beberapa peraturan yang perlu anda amalkan ketika anda berdiet. Ikuti panduan di bawah.
1) Sarapan
Walaupun berdiet, tidak semestinya anda perlu mengabaikan sarapan. Ini kerana, sarapan adalah hidangan penting untuk memulakan hari. Oleh itu, sebaiknya anda tidak melewatkan sarapan. Ini akan menyebabkan anda makan lebih banyak ketika waktu makan utama iaitu ketika makan tengah hari dan makan malam.
Tahukah anda, dengan melewatkan makan ia akan membuatkan anda lapar pada tengah malam. Sekiranya ia berlaku, minumlah air teh herba yang dicampurkan madu. Cara ini dapat mengenyangkan perut tanpa pengambilan kalori tambahan yang tidak penting. Selain itu, anda boleh ambil segelas susu bagi mengalas perut sebelum tidur.
2) Makan perlahan-lahan
Kajian menunjukkan tabiat makan terlalu cepat hanya akan meningkatkan masalah kegemukan. Ia bukan sahaja mengganggu pencernaan dan sakit perut tetapi juga boleh mengganggu diet.
Ketika makan dengan cepat, tubuh tidak sempat memberi isyarat kepada otak bahawa makanan yang dimakan sudah mencukupi. Makan sedikit demi sedikit dan kunyah dengan perlahan-lahan sebelum telan. Ingat! Makan dengan perlahan dapat memberi masa pada tubuh untuk menyerap nutrisi.
3) Membayangkan makanan
Jangan jadikan kebiasaan membayangkan makanan ketika berdiet. Ia hanya akan mendorong anda mengambil makanan berlemak dan berkalori dengan kuantiti yang banyak. Untuk mengawal keinginan makan, ambil makanan berserat yang banyak kerana ia melancarkan sistem pencernaan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
4) Jauhi makan di tengah malam
Tahukah anda kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ia membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Tetapi kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia dibuka 24 jam sekaligus mendorong anda untuk makan dan minum sehingga lewat malam. Tidak salah untuk melepak bersama teman di kedai-kedai makan tetapi berhati-hati dengan apa yang anda makan pada waktu tersebut.
5) Elak makan segera
2 juta rakyat Malaysia didapati mengidap diabetes yang kebanyakannya berpunca dariapda makanan. Kajian menunjukkan hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera sekaligus mendedahkan mereka kepada penyakit kritikal di usia muda. Ibu bapa, pantaulah pemakanan anak anda kerana ia akan mempengaruhi corak pemakanan mereka apabila dewasa kelak.
6) Kurangkan garam dan gula
Pakar jantung seluruh mengatakan, pengurangan pengambilan garam dalam makanan merupakan langkah penting untuk mengurangkan kematian akibat masalah jantung. Ini kerana, garam berlebihan menyebabkan kenaikan tekanan darah yang berkait rapat dengan serangan jantung dan otak (strok). Selain garam, kurangkan juga gula dalam hidangan anda.
sumber : n9kini.net
Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
good info.. thank you for sharing
ReplyDelete