Tuesday, November 4, 2014

Apakah Omega Guard Shaklee?

Assalamualaikum....

Jom kita berkenalan dengan Omega Guard Shaklee.

Omega Guard Shaklee lebih dikenali sebagai minyak ikan dan kandungan utama Omega Guard Shaklee ialah Omega 3.

Apakah Omega 3?

Omega 3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak poli tak tapu yang panjang (yang mempunyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yang diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri.

Jadi, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Asid lemak biasanya boleh ditemui di dalam ikan.



Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega 3. Asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk. Kalau tiada lapisan lemak ini, ikan-ikan laut dalam mesti akan mati kebekuan.

Asid lemak Omega 3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega 3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu. 


Apakah pula kandungan Omega 3?

Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA.

EPA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran (kesihatan jantung dan sendi).

DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia. DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.

Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, serta amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Apakah fungsi EPA?
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mencegah pembekuan lemak dalam darah
  • Mencegah kadar kolesterol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Mencegah tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi
Apakah fungsi DHA?
  • Mencegah asthma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payudara, kanser prostat
  • Mengelakkan migrain 
  • Mengelakkan rasa kebas pada anggota badan 
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan
Nantikan penerangan yang lebih terperinci tentang Omega Guard Shaklee di penulisan akan datang...In Shaa Allah...


Rose A
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

0 comments:

Post a Comment