Monday, October 12, 2015

Apakah Biotin yang Terdapat di Dalam Vitamin B Complex Shaklee dan Peranannya?

Assalamualaikum...


Apakah Biotin?

Biotin atau vitamin B7 ialah vitamin larut yang juga dikenali dengan vitamin H. Vitamin ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam reaksi biokimia di dalam tubuh seperti dalam pemindahan karbon dioksida dan metabolisme karbohidrat dan lemak.

Tidak seperti kebanyakan vitamin yang lain, biotin merupakan salah satu jenis vitamin yang cukup stabil dalam pelbagai keadaan persekitaran seperti panas, pendedahan cahaya matahari dan oksigen.


Apakah Peranan Biotin?

Peranan utama biotin di dalam tubuh adalah membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat yang akan membentuk molekul gula sederhana (glukosa), asid lemak dan asid amino. 

Reaksi ini dikenali dengan istilah katabolisme iaitu pemecahan sebatian kompleks menjadi banyak molekul sederhana yang disertai dengan pembebasan tenaga. Molekul sederhana tersebut kemudian akan dipakai badan untuk mensintesis sel-sel baru.

Biotin juga merupakan koenzim bagi piruvat karboksilase, salah satu jenis enzim yang berperanan dalam metabolisme tenaga.

Biotin banyak digunakan untuk membantu pemulihan tubuh terhadap penyakit kekurangan holokarboksilase sintetase dan kekurangan biotinidase. Selain itu, biotin juga mampu menurunkan kadar gula darah serta menguatkan struktur rambut dan kuku. 

Berkaitan dengan peranannya dalam metabolisme tenaga, vitamin ini dapat meningkatkan kecekapan dan mengkatalis pemecahan lemak tubuh.

Kekurangan biotin adalah salah satu jenis penyakit yang jarang ditemui kerana vitamin ini boleh didapati di hampir semua jenis makanan.



Sumber utama biotin antara lain berasal dari daging, kuning telur dan pisang. Selain itu, biotin juga boleh diperolehi daripada tanaman kacang-kacangan, molases, ragi dan bijirin. Di dalam saluran pencernaan manusia, juga terdapat bakteria yang mampu menghasilkan biotin tetapi hanya dalam jumlah yang sedikit.

Biotin hanya diperlukan dalam jumlah sedikit dan diserap tubuh di usus penyerapan melalui proses difusi. Berdasarkan RDA, biotin perlu di ambil sebanyak 30 hingga 100 mg sehari. Kuantiti ini dapat ditingkatkan hingga 2500 mg sehari untuk mengatasi masalah rambut dan kuku yang rosak, serta juga digunakan untuk menurunkan kadar gula dalam darah.

sumber : wikipedia Indonesia


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com


2 comments:

  1. Hai saya seorang blogger.Kalau berkesempatan berkunjunglah ke blog saya http://belibukumurah2.blogspot.my/

    ReplyDelete