Monday, November 25, 2013

Info Sihat : Ketahui Kategori Kegemukan Badan

Assalamualaikum....

Semalam ada orang tanya kat saya, caner nak tau badan tu gemuk air or gemuk lemak. Jadi saya kongsikan kat sini, mungkin ada juga yang lain nak tau kan...

Ramai antara kita yang sudah mencuba menurunkan berat badan dengan mengamalkan pelbagai produk, teknik berdiet dan senaman tetapi kesan yang dapat sangat berbeza-beza.

Jenis lemak yang ada pada tubuh sangat mempengaruhi cepat atau lambatnya tindak balas tubuh apabila anda sedang menjalankan program pelangsingan.

Apakah Kegemukan?

Kegemukan adalah di mana berat badan kita melebihi 20 peratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan menyebabkan berlaku pengumpulan lemak di bahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 iaitu:

Gemuk Air (Paling cepat kurus bila menjalani program pelangsingan)
  • Badan menggeleber dan lembik kerana air tak diperlukan (toksin) berlebihan
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh.
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.

Gemuk Angin (Tempoh waktu sederhana apabila menjalani program pelangsingan)
  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut 
 *** Cara nak tau, picit bahagian lengan, anda akan merasai lengan tangan menggeleber dan lembik.


Gemuk Daging (Paling lambat kesan apabila menjalani program pelangsingan, perlu amalkan secara konsisten) 
  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang.
*** Cara nak tau, picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan pejal dan padat.


Cara Mengatasi 

Menurut Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila cara terbaik untuk turunkan berat badan ialah dengan mengambil lebih banyak makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten. Ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak atau otot badan dan bukannya air seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Tambah beliau, kesilapan mengamalkan diet seumpama itu hanya akan menjadi sia-sia kerana penurunan berat badan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Langkah menguruskan badan yang paling berkesan ialah apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan secara konsisten iaitu satu kilogram setiap minggu.



With love,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir 








 






 



4 comments:

  1. ohh..byk jugak jenis gemuk ni ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, memang ade jenis2 gemuk, selalunyer org ckp kalo gemuk jer mesti byk lemak tapi sebenarnyer tak...

      Delete
  2. Waalaikumsalam...akak yg tny tu..rasanya akak ni gemuk daging....hmmm....lmbat la nak cun nampaknya...excited nk try produk ni tp belum berkesempatan lagi...insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar lambat asal selamat hehe...yg penting konsisten mkn supplemen n jaga pemakanan...kalo nak cuba produk nie whatsapp sy 012 577 9380, blh citer panjang ....

      Delete