Hari nie nak kongsi dengan anda semua tentang SELULIT.
Bagi kebanyakan wanita, bila dengar saja perkataan selulit, mereka dah tertekan kerana dibelenggu dengan masalah ini. Hampir 80% wanita di dunia mempunyai selulit di bahagian badan mereka seperti bahagian perut, belakang dan peha.
Selulit ini bukan sahaja 'menyerang' kaum wanita, malah ia boleh ada pada sesiapa sahaja samaada orang itu kurus atau gemuk, lelaki atau wanita.
Apakah Selulit?
Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.
Apakah Faktor Terjadinya Selulit?
- Etnik
- Habit pengambilan nutrisi ketika kanak-kanak
- Hormon
- Baka
Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein.
Sistem penyaliran dari pembuluh darah dan sistem limfa yang tidak elok. Biasanya keadaan ini terjadi kerana masalah sembab air. Kaki dan buku lali yang bengkak terutamanya ketika panas atau selepas berdiri adalah simptom biasa sembab air.
Ia terjadi kerana sistem penyaliran pembuluh darah atau limfa yang lemah atau bengkak (varicose veins), masalah pembuluh darah yang lemah yang diwarisi, sistem limfa rosak atau penyakit yang menyebabkan saluran limfa halus, kelemahan sistem limfa yang diwarisi atau tekanan.
Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.
Dua Sebab Selulit Terjadi Pada Wanita
- Wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan, kaki, perut dan punggung.
- Wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembab air (fluid retention)
Fakta yang Anda Perlu Tahu
Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan 'tersumbat' (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.
Susut berat badan membuatkan pipi kelihatan cengkung, payudara mengendur dan bahagian atas tubuh seakan mengecil tetapi bahagian pinggul masih kekal begitu. Ia penanda bermulanya 'lingkaran sebab akibat' (vicious cycle).
Lingkaran sebab akibat bermaksud, kerana merasa tiada perubahan, wanita kembali makan mengikut sesuka hati dan berat mereka bertambah berganda berbanding sebelum berdiet. Cubaan menurunkan berat badan yang bersifat 'on-again' dan 'off-again' sebenarnya meningkatkan lagi beratnya. Penambahan berat menyebabkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular terjadi, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.
Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi "gynoid pattern collection", iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di "android pattern collection" yang tertumpu di perut dan dada.
Kaedah sedut lemak mungkin prosedur kecantikan paling popular selepas botox. Walaupun diakui boleh mengecilkan, merampingkan dan membetulkan masalah kontor tubuh di perut, dalam dan luar paha (saddle bags), lengan, pinggang tetapi ia dianggap oleh beberapa pihak sebagai bukan rawatan terbaik untuk selulit.
Kalori yang bertukar menjadi lemak dan berada dalam lapisan dalam kulit sukar tidak boleh dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan. Sedut lemak juga menelan belanja yang besar dan ia hanya untuk mereka yang sihat. Bagaimanapun, jika anda mahu cantik, sanggup berbelanja besar dan mahu mencuba, tepuk dada tanyalah selera.
Cara terbaik menyingkirkan selulit, kurangkan pengambilan makanan berkalori. Amalkan diet bersesuaian dengan gaya hidup dan pastikan mempunyai berat ideal. Lakukan senaman, aerobik, misalnya. Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Atau anda mungkin boleh mencuba krim anti selulit. Paling penting, mulakan sebelum selulit anda mula mengganggu penampilan diri.
With Love,
Rose Azadir
SID : 933408
SMS /Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
salam kenal dan follow
ReplyDeletetorascool(dot)blogspot(dot)com
ini sangat membantu!
ReplyDelete