Wednesday, June 24, 2015

Apakah Punca dan Penyebab Masalah Mulut Berbau?

Assalamualaikum...

Semalam saya ade share satu testimoni SR Vitamin C Shaklee untuk masalah nafas berbau. Tahukah anda bagaimana ia boleh terjadi? Jom baca perkongsian hari ini.

Masalah mulut atau nafas berbau busuk walaupun telah diberus dan dicuci di awal pagi adalah masalah yang sangat berat kerana teman atau rakan-rakan kerap mengelak untuk berada berdekatan ketika sedang menjalani aktiviti mahupun ketika berbual.

Tambah tidak menyenangkan jika profesion pekerjaan anda banyak bercakap dan berurusan dengan orang ramai. Anda dan orang sekeliling pasti mengelak dan menjarakkan diri bagi menghindarkan perasaan tidak selesa kerana bau mulut yang memalukan itu.


Bau mulut dalam istilah perubatan disebut 'halitosis'atau dalam bahasa Inggeris dinamakan 'bad breath'. Halitosis boleh berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa. Ini merupakan suatu masalah yang -kerap mengganggu apatah lagi ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain.

Hasil kajian yang telah dilakukan oleh Persatuan Doktor Gigi Inggeris, mengatakan bahawa 20 peratus daripada pasangan mereka mempunyai mulut dan nafas yang ketara berbau. dan tentu sahaja hal itu menjadi masalah ketika berbual, berkucup atau berdekatan dengan pasangan.

Ramai daripada mereka yang mengalami masalah ini tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk menghilang dan mengatasinya. Kebanyakannya berasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga berasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini dan tersinggung apabila ditegur oleh orang yang rapat dengan mereka.

Apakah Penyebab Bau Mulut / Halitosis?

1) Bakteria

Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino dan bakteria ini kemudiannya merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds - VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.

Kebanyakan bakteria ini bersifat 'anaerob' (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti di celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, pada karang-karang yang melekat pada poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.

Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus akan menjadi likat. Hingus yang melekat ini akan meleleh ke belakang lidah atau di tonsil dan melekat di situ (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.

Jika anda mempunyai masalah gigi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi menurun dan mengakibatkan poket gusi menjadi dalam dan susah dibersihkan jika tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.

2) Kekurangan Air Liur

Sekiranya mulut anda kering atau 'xerostomia' kerana kekurangan air liur, selain menimbulkan bau busuk, ia juga menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Maka itu, pastikan mulut anda selalu basah. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.

Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur  menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulur adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa. Semasa tidur juga perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.

Apakah Punca Kekurangan Air Liur?

Antara sebab kekurangan air liur adalah:

  • Tekanan perasaan (stress)
  • Pengambilan minuman alkohol
  • Kekurangan air dalam badan (dehydration)
  • Berpuasa, mengurangkan rembesan air liur
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol
  • Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
  • Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai guru, jurujual dll): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur.
  • Penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru.
  • Kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan dll.
sumber:shafiqolbu.wordpress.com


Rose A
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

4 comments:


  1. Artikel yang menarik. Memang nafas berbau atau halithosis
    kerap disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan mulut, gigi dan gusi. 

    ReplyDelete

  2. Artikel yang menarik. Memang nafas berbau atau halithosis
    kerap disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan mulut, gigi dan gusi. 

    ReplyDelete