Saturday, August 1, 2015

Vitamin C Shaklee : Bantu Merawat Masalah Kulit kering

Assalamualaikum....

Salam Sabtu....Salam bulan Merdeka...Bulan nie kena lebih patriotik sikit sebab bulan nie kita akan menyambut kemerdekaan dan tahun nie kemerdekaan yang ke-58.

Pasti ramai yang masih dalam mood raya kan? Mesti banyak jemputan rumah terbuka yang perlu dihadiri. Walau apapun jangan lupa minum banyak air kosong supaya badan anda tidak terdehidrasi yer.

Kali nie saya nak kongsi dengan anda semua satu artikel tentang kulit kering dari harian metro online.

Mereka yang tinggal di negara empat musim tidak asing dengan pengalaman kulit sangat kering ketika cuaca sejuk yang menyebabkan kulit badan dan tangan menjadi kasar dan merekah.

Biarpun masyarakat di negara tropika punya pengalaman berbeza, kita juga tidak terlepas daripada dibelenggu masalah kulit akibat cuaca melampau, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang sibuk, pemakanan tidak seimbang dan kesan penyaman udara.


Semua faktor ini boleh menjadikan kulit badan dan tangan kita lebih cenderung mengalami kekeringan dan suram, malah kegatalan.

Ahli dermatologi pediatrik, Dr Leong Kin Fon berkata, gaya hidupo masa kini dan keadaan persekitaran menyebabkan kulit mudah menjadi rosak.

Pendedahan berpanjangan kepada penyaman udara, cahaya matahari, mandi dengan air panas atau membersih menggunakan sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan memburukkan lagi keadaan.

Mereka yang mengalami kulit kering selalunya mempunyai bahagian kulit kasar dan kemerah-merahan, selain gatal.

Bahagian kulit yang biasa terbabit termasuk lengan, tangan, bahagian bawah kaki, abdomen dan yang selali bergeser, misalnya buku lali serta tapak kaki.

Menurutnya, kulit kering juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit, seperti ekzema dan atopik ekzema (AD). Atopik ekzema adalah penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah.

Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem imun badan yang membawa pada kerosakan kulit. Ciri utama penyakit itu termasuk kulit kering, gatal dan lama-kelamaan, kesan garu itu menjadi tebal.

Pada bayi, ia mudah berlaku di pipi, kulit kepala dan kaki manakala bagi kanak-kanak dan golongan dewasa, ia terjadi di kawasan berlipat seperti siku dan bawah lutut.

2 kategori kulit kering:

1) Kurang sebum, lalu muka tidak berkilat - mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah kusam dan mempunyai liang roma kecil atau langsung tidak kelihatan. Kulit jenis ini juga sesekali menggelupas dan kadangkala memberi rasa kurang selesa. Perlu prihatin dengan garis halus yang timbul ketika dimamah usia, terutama di tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

2) Tahap kelembapan dan sebum rendah - satu-satunya cara menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka berbuih. Biarkan  ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Gunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan tinggi.

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin C dalam diet seharian anda. Sustained Release Vitamin C Shaklee antara pilihan yang terbaik di pasaran kerana ia menggunakan sains pembebasan berterusan secara semulajadi.


Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

Setiap botol mengandungi 180 biji hanya dengan harga RM98.00.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS  / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com




0 comments:

Post a Comment