Wednesday, August 5, 2015

4 Rahsia Cantik Persis Artis Korea

Assalamualaikum....

Rasanya kat sini ramai minat tengok citer korea kan? Saya pun tak terkecuali, sambil-sambil update blog, masak tu, jeling2 la tv, citer yang recorded. Nak tengok live memang tak dapat, tv kena bolot dengan anak-anak hehe...

Bila tengok kulit muka diorang semua cantik-cantik, tak kira lelaki atau perempuan, semua nampak gebu, licin tanpa masalah kulit yang teruk seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.

Mungkin ada yang beranggapan mereka memang dilahirkan dengan kulit begitu. Eh, itu salah! Mereka juga memiliki kulit normal seperti mana kita semua. Akan tetapi cara penjagaan kulit yang diamalkan membantu mereka mendapatkan kulit sebegitu sihat dan cantik.

Apakah rahsia mereka?

Antara contoh pelakon Korea yang memiliki kulit yang cantik

Produk Penjagaan Kulit

Kalau nak tahu, produk penjagaan kulit di sana memang sangat popular. Tidak hairanlah mereka mempunyai kulit halus mulus dan cantik. Tetapi jika tidak menggunakannya dengan teratur juga tidak memberi sebarang kesan. Apa yang menariknya ialah, bukan sahaja wanita, malah lelaki turut mengambil berat soal kesihatan dan kecantikan kulit. Penggunaan produk kecantikan kulit dijadikan sebagai disiplin harian.

Penggunaan BB Cream ketika keluar dari rumah adalah satu kemestian. Hal ini kerana ia mampu melindungi wajah anda ketika terdedah kepada cuaca luar yang tidak menentu. Selain itu, rajin-rajinlah untuk memakai masker pada wajah ketika berada di rumah. Pelbagai jenis masker sesuai mengikut keadaan kulit anda kini banyak terdapat di pasaran juga di kedai-kedai menjual produk khas dari korea seperti Etude House, The Face Shop dan banyak lagi. Ramai kaum wanita mahupun lelaki Korea mengamalkan pemakaian masker setiap hari.

Air Yang Banyak

Bukan artis Korea sahaja, malah ramai yang sudah tahu mengenai kepentingan air di dalam tubuh badan manusia. air secukupnya mampu membuatkan anda lebih sihat dan mendapat kulit lebih cantik. Tanpa air yang cukup, kulit akan menjadi kering dan ia tidak baik untuk kesan jangka masa panjang.

Hal ini kerana kulit anda akan menjadi mudah berkedut dan anda akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Jadi si cantik semua, jangan sesekali tinggalkan air anda. Minumlah setidak-tidaknya 2  liter air setiap hari. Lebih banyak, lebih baik.


Mata Menawan

Umum mengetahui tentang mata warga Korea sepet dan kecil. Satu cara untuk mengatasi kelemahan itu adalah menggunakan eyeliner sebagai senjata utama. Penggunaan eyeliner yang betul mampu membuatkan mata tampak lebih menawan dan bersinar. Wanita Korea juga jarang memakai eyeshadow dengan warna yang pelbagai. Mereka lebih suka menggunakan satu warna sahaja pada satu-satu masa dan kebanyakan warna yang digunakan adalah warna pastel. Hal ini bertujuan agar eyeliner yang dipakai akan tampak lebih menonjol.


Perawatan Wajah

Wanita Korea bukan sahaja menjaga wajah menggunakan produk kecantikan semata-mata. Mereka juga mengamalkan pelbagai makanan kesihatan berasaskan herba, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan harian mereka juga jarang digoreng sebaliknya direbus dan distim agar kandungan nutrisi pada makanan tidak hilang.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan berjumpa terus dengan doktor pakar kulit jika terdapat masalah kulit pada setiap bulan demi memastikan kulit mereka sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan terbaik.

Isu kecantikan kulit di Korea dianggap penting seolah-olah melambangkan keperibadian seseorang itu. Perkara ini sebenarnya boleh dijadikan ikutan buat kita kerana dengan kulit wajah yang cantik, secara tidak langsung mampu membuatkan kita berasa lebih yakin dalam menempuh hari-hari mendatang.

sumber : Majalah Rapi


Rose A
012 577 9380

1 comment: