Apakah Jeragat?
Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia, khasnya. Di Asia Tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas di dalam masalah kulit yang dihadapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat di mana nisbahnya lebih kurang 12:1 (Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain. Insiden yang paling tinggi di lihat pada mereka yang berumur 25-50 tahun.
Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalaminya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali, kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori's Naevus. Hori's Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas.
Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori's Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan di mana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori's Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori's Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori's Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doktor anda.
Sebab-sebab terjadinya melasma (Jeragat)
1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Contohnya pil perancang
3) Penggunaan komestik / rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan
sumber : Dr Hasseenah
Tau tak yang Shaklee ade mengeluarkan Set Skincare yang dapat membantu mengurang/ menghilangkan jeragat. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com
hi you, salam kenal. best gak produk shaklee ni ek...
ReplyDeletesalam kenal, hehe, memang best, meh la try, ckp jer nak tuk ape, sy boleh rekemen kt sis with the best price of course...
Delete