Assalamualaikum....
Mesti ramai yang kat sini selalu berdepan dengan karenah anak, degil, nakal, tak dengar cakap kan? Yang paling menguji kesabaran kalau yang melawan cakap, ade jer dia nak menjawap kalau kita cakap.
Malam tadi masa mengemas majalah2 lama, saya terjumpa satu artikel nie, tentang cara untuk berdepan dengan anak kuat memberontak.
Proses membesarkan anak akan meletakkan ibu bapa dalam pelbagai keadaan dilema dan mungkin juga tertekan kerana ada ketikanya kita tidak dapat memahami apa yang dikehendaki oleh sijantung hati.
Dilema ini sebenarnya hikmah jika dipandang dari sudut yang positif. Ini kerana pengalaman inilah yang amat berharga dan secara tidak langsung membuka hati kita untuk mendalami ilmu yang berkaitannya. Namun, jika ia diambil sebagai tekanan dan bebanan, maka emosi negatif ini akan membentuk persekitaran yang tidak baik untuk perkembangan anak.
Hakikatnya, anak2 juga seperti kita manusia biasa yang berdepan dengan pelbagai tentangan emosi. Berbezanya dia daripada kita dia masih belum tahu cara mengurus emosinya dan belum sempurna pertumbuhan mindanya seperti orang dewasa jadi amatlah tidak berbaloi jika marah yang menjadi pulangan amukan manjanya.
Pelbagai keadaan yang berlaku di dalam persekitaran anak seharian yang mempengaruhi emosinya. Antaranya keperluan fizikal yang tidak mencukupi seperti lapar, mengantuk, letih, tidak selesa, sakit dan sebagainya.
Keperluan fizikal ini kebiasaannya menjadi perhatian utama ibu bapa namun ada ketikanya keperluan ini bertentangan dengan keperluan lain seperti keperluan sosialnya. Contohnya, dia sangat mengantuk namun cuba ditahan sedaya mungkin untuk bermain dengan rakan atau ahli keluarga yang ada. Justeru, pertentangan dua keperluan ini meletakkan anak dalam keadaan yang amat tertekan dan mudah terusik emosinya.
Dalam keadaan stress ini jika ada sesuatu yang tidak selari dengan kemahuannya dia akan cepat memberontak. Saya yakin, rakan ibu bapa pasti dapat mengesan keadaan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah memujuknya dengan penuh kasih sayang dan bawanya ke tempat yang sunyi dan nyaman untuk dia berehat dan tidur.
Tempat yang bising akan mengganggu ketenteramannya dan membuatkan dia membatalkan niat untuk tidur. Sebaliknya, jika kita menggunakan kemarahan maka akan bertambah parah tekanan yang dihadapinya. Hakikatnya, keadaan anak pada ketika ini ialah dia tidak tahu apa yang perlu dijadikan keutamaan.
Justeru, tugas kita ialah memandu arahnya untuk memilih pilihan yang terbaik. Tidak dinafikan tidak mudah untuk mengalihkan perhatian anak yang sedang dalam dilema seperti ini. Kefahaman perlu diberikan dengan teknik pujukan dan kasih sayang.
Selain keperluan fizikal yang menjadikan anak berada dalam tehakan dan memberontak, keperluan emosi juga turut menyumbang kepada natijah yang sama. Keperluan emosi yang paling ketara bagi anak-anak ialah perhatian dan kasih sayang ibu dan ayah.
Tidak dinafikan bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai atau masih kecil sukar untuk memastikan perhatian yang diberikan seimbang dan adil di mata anak. Bagi pihak ibu bapa, rasanya semuanya saksama namun mungkin tidak daripada perspektif anak.
Maka jika ada di antara anak yang kerap memberontak, perlu cepat diselidiki mungkin keperluan ini tidak diberikan dengan secukupnya. Bagi anak yang masih di bawah tujuh tahun, cara yang boleh dilakukan cepat mendapatkannya dan dakapnya dengan mesra.
Ucapkan kata-kata sayang dan pujinya dengan ikhlas. Jika benar ini adalah penyebabnya, anak akan mula kendur marahnya. Buatlah perkara ini secara berkala supaya keperluan emosinya dapat dilunaskan dengan baik dan mengurangkan pemberontakannya.
Akhirnya, percayalah bahawa anak-anak kita masih dalam keadaan fitrah yang suci. Hakikat dirinya sempurna dan tiada cela. Amukan dan amarahnya hanyalah kerana dia belum pandai mengurus keperluan dirinya.
Di sinilah tanggungjawab kita unutk memandu arahnya. Dia dilahirkan dengan beberapa keperluan yang perlu kita ketahui dan penuhi. Sebagai manusia, perhatian kepada tuntutan fizikal sahaja tidak mencukupi, selidikilah keperluan emosi, minda dan sosialnya. In Shaa Allah jika keperluan ini dijaga rapi anak-anak kita tidak akan jauh daripada apa yang dicorakkan untuknya dan amarahnya juga dapat dikurangkan.
Sumber : Mingguan Wanita
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : www.facebook.com/rose.azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com
Berbalas kunjungan.
ReplyDeleteArtikel ini bagus dan berinformasi. Terima kasih.
artikel y sgt bagus...
ReplyDeletetq for sharing