Assalamualaikum.....
Hari nie saya nak sambung cerita tentang Vitamin C.
Vitamin C didapati penting untuk fungsi-fungsi utama berikut:
- Fungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.
- Pembuangan toksin-toksin dari dalam badan.
- Sebagai anti-oksidan. Ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksidan, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.
- Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid bile berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol. Pengurangan vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.
- Penyembuhan luka. Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran kolagen, oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat.
- Agen mengurangkan rasa sakit.
- Penyerapan zat besi dan sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).
- Pengurangan stress. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteriods, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.
| Antara fakta menarik tentang Vitamin C yang perlu anda tahu
- Vitamin C amat mudah rosak. Oleh itu sayuran dan minuman yang mengandungi vitamin C akan kehilangan banyak vitamin C jika disimpan lama atau diproses sevara berlebihan.
- Pengambilan bioflavonoids bersama-sama dengan vitamin C boleh menguatkan vitamin C dan menggalakkan penyerapan vitamin C.
- Pengambilan vitamin C dengan vitamin E bersama-sama adalah amat disyorkan kerana kesannya yang synergik.
- Pengambilan vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan masalah perut seperti najis yang agak lembut, cirit-birit dan sebagainya. Ini boleh dielakkan dengan vitamin C selepas makan.
- Vitamin C tidak menyebabkan ulser gastrik. Ia didapati boleh membantu penyembuhan ulser.
- Pengambilan vitamin C yang tinggi sebelum menjalani ujian darah boleh memberikan bacaan yang salah. Oleh itu, hentikan pengambilan vitamin C sebelum menjalani apa-apa ujian.
- Ada kajian yang menyatakan pengambilan vitamin C yang tinggi menyebabkan anda susah untuk mengandung. Oleh itu, pengambilan vitamin C yang tinggi patutlah diberhentikan sekiranya anda berhasrat untuk mengandung.
- Pengambilan vitamin C sehingga 4000mg sehari tidak digalakkan untuk mereka yang menghidapi masalah batu karang. Begitu juga pesakit yang menjalani haemodialysis atau menghidapi penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang tidak digalakkan mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi.
- Pesakit gout juga tidak digalakkan mengambil vitamin C yang tinggi.
- Vitamin C tidak boleh diambil oleh mereka yang mengambil ubatan seperti warfarin (ubat yang mencegah pembekuan darah) dan ubat-ubatan tekanan perasaan dari kumpulan tricyclic anti-depressant (sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda). Antara ubatan lain yang mempunyai interaksi dengan vitamin C ialah aspirin, anti-biotik dan pil perancang.
- Vitamin C adalah dalam bentuk asid. Bagaimanapun ada jenis-jenis vitamin C yang berbentuk alkali seperti ascorbate. Ia boleh diambil oleh mereka yang tidak tahan dengan asid (seperti mengalami masalah perut bila mengambil vitamin C). Bagaimanapun vitamin C yang tidak bersifat asid ini boleh menyebabkan pengurangan kandungan mineral zink dalam badan anda.
|
|
|
Rose A
SID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com |
great info
ReplyDeleteTQ sis...
Delete