Assalamualaikum...
Salam Jumaat, hari nie saya nak share pula tentang kesan kekurangan Vitamin C pada tubuh kita.
Kekurangan vitamin C secara berterusan akan menyebabkan anda mengalami beberapa jenis penyakit atau simptom;
- Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.
- Gusi berdarah dan tidak kuat
- Tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
- Tisu jantung rosak
- Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
- Penambahan kadar metabolisma berlaku.
Ada beberapa kumpulan manusia yang mempunyai kandungan vitamin C yang lebih rendah di dalam badan mereka:
1) Perokok
Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C di dalam badan. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih daripada 20 batang rokok mendapati tidak ada (atau hanya sedikit) kandungan vitamin C yang ada.
2) Pesakit kencing manis
Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C pun masih lagi mengalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C.
Pesakit kencing manis juga mendapati kandungan kolagen mereka yang kurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan -perubahan yang terjadi pada protein dan 'free radicals' menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti katarak, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan Vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.
3) Pesakit kanser
4) Orang yang banyak minum minuman beralkohol
5) Pesakit rheumatoid arthritis
6) Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak.
Mereka banyak kehilangan vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan oleh aktiviti-aktiviti ini, di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh - jadi kehilangan vitamin C) dan sebagainya.
7) Pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman dan sebagainya.
8) Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan anti-biotik.
9) Pesakit yang sedang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.
Rose A |
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380 |
0 comments:
Post a Comment