Friday, August 30, 2013

Tips Bagi Merawat Kulit Kusam

Salam Jumaat,

Pagi nie saya nak berkongsi info yang sangat menarik iaitu merawat kulit kusam....

Sumber : mamafaiz


Kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada dipermukaan kulit, Jika timbunan tersebut dibiarkan berkumpul sekian lama akan menyebabkan warna kulit hilang seri dan nampak kusam. Masalah ini meningkat dengan usia yang bertambah, Faktor seperti kerosakan kulit akibat sinaran matahari, pencemaran, nutrisi pemakanan tak seimbang, rokok, alkohol, genetik juga memainkan peranan dalam menyebabkan kulit kusam.


Jadi bagaimana merawat kulit kusam?

Nutrisi dalaman antara kaedah selamat, efektif, mudah dan murah (berbanding laser). Apa yang kita makan akan terserlah pada kulit kerana sebagai organ terbesar dalam badan. Kekurangan nutrisi akan menampakkan impak pada kulit terutamanya kulit wajah. Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, sihat, lembap, anjal berseri disyorkan amalkan mengambil suplemen asas seperti B Complex, Vitamin C dan Vitamin E. Ia memberi kesan segera seawal 7 hari dan memberi faedah dari sudut kesihatan dan juga kecantikan sekaligus.



Kaedah lain:
  • Eksfoliasi - timbunan kulit mati di bahagian atas kulit perlu dilupuskan untuk menyerlahkan warna dan kulit hidup yang sebenar dengan cara eksfoliasi berkala. Guna cara yang semulajadi menggunakan buahan yang mengandungi asid alfa hidroksil seperti betik nenas dan aprikot. Potong kecil2, lumatkan, ratakan dimuka, biar 20min dan bilas. Lakukan 2 hari sekali.
  • Gunakan pelembap - setiap hari. Guna yang mengandungi bahan yang boleh merangsangkan penghasilan kolagen di bawah kulit seperti vitamin C dan vitamin E.
  • Hidrasi kulit - apabila air kurang dalam badan, kulit akan kelihatan kering dan kusam. Pastikan minum air 8 gelas sehari bagi memastikan hidrasi kulit pada paras optima supaya kulit lebih lembut berseri.
Shaklee juga mempunyai rangkaian vitamin untuk penjagaan kulit dari dalam, Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan. Harga dijamin berpatutan...



Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Line : 012 577 9380
FB : rose azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com



4 comments:

  1. shaklee ni boleh beli skit2 x..means beli biji tuk sebulan..cam nak tanya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy x buat trial pack, sis minat vitamin yg mane? sms sy, sy leh bg special harga..

      Delete
  2. ow tips yagn menarik.. lek guna ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna...boleh gak kalo nak beli vitamin shaklee...just sms jer yg mane nak, confirm dpt special price...

      Delete