Tuesday, April 22, 2014

Info Sihat : Tips Penyimpanan Ubat yang Betul

Assalamualaikum...


Selain cara penggunaan ubat yang selamat, ubat juga perlu disimpan dengan cara yang betul bagi memastikan kualiti, keberkesanan, dan keselamatan ubat terjamin. Antara kepentingan penyimpanan ubat yang betul termasuklah:

  1. Memudahkan mencari ubat jika dalam kecemasan atau boleh juga memudahkan kita ingat untuk mengambil ubat pada waktu yg betul
  2. Penyimpanan ubat pada tempat yang betul juga boleh mengelakkan ubat cepat rosak
  3. Meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak dan di tempat tinggi penting untuk mengelakkan anak kita termakan ubat yang boleh membahayakan
  4. Mengelakkan kekeliruan untuk mengambil ubat apabila ubat diletakkan berselerak dan bercampur aduk

tips penyimpanan ubat yang selamat

Tips penyimpanan ubat yang betul termasuklah:

  1. simpan peti ubat di tempat yang selamat dan mudah dicari
  2. asingkan ubat makan (tablet, kapsul, sirup, dan sebagainya) dengan ubat untuk kegunaan luar (ubat sapu, ubat titis mata, dan sebagainya)
  3. jangan campurkan beberapa ubat yang berlainan dalam satu bekas yang sama
  4. jauhkan ubat daripada kanak-kanak. simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak
  5. simpan ubat jauh daripada sumber cahaya dan suhu tinggi seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk, atau di dalam kereta.
  6. jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat sedemikian
  7. jangan simpan ubat di kawasan yang lembab seperti berdekatan sinki atau di dalam bilik mandi
  8. jangan simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak, atau hilang label

tips penyimpanan ubat yang betul

Untuk mendapatkan lebih kepastian, sila rujuk dengan ahli farmasi berdekatan anda.


rujukan :
1. Komuniti Farmasi Malaysia. (2011). Cara Menyimpan Ubat Dengan Betul. retrieved from http://www.malaysianpharma.com/index.php/articles22/kenali-ubat-anda/80-cara-menyimpan-ubat-dengan-betul.html
2. Kenali Ubat Anda. (2012). Poster - Penyimpanan Ubat. retrieved from http://www.knowyourmedicine.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=20&action=view&retrieveid=179&lang=BM

2 comments: