Assalamualaikum...
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus
neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu.
Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat
saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah
dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif
terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang
membasuh pusat-pusat saraf tersebut.
Malah ia mencadangkan agar wudhu
bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia
secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut,
maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat
sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta
nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha
untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang
dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut,
dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing
termasuk kotoran.
Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus
dibasuh. Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan
bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling
sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan
dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa
kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang
dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang
didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke
mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang
dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan
dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat
al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga
hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu
mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga,
tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Kalangan
ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi
hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan
terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani),
seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab
al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha
mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah
kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang
yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada
Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf
Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa
yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan
berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wuduk Rasulullah S.A.W.
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah
ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka
beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak
tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali.
Kemudian beliau memasukkan
tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan
berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama
sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu
membasuh muka sebanyak tiga kali.
Selepas itu beliau mencedok lagi
dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali.
Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu
tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya
kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya
hingga ke paras buku lali.
Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara
Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.
Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah
seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar
kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran
najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri
daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat
(memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak
melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam.
Sumber: http://www.queachmad. com
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
Thursday, April 10, 2014
Home »
Makanan Rohani
» Makanan Rohani : Professor Peluk Islam Setelah Puas Kaji Tentang Wuduk
assalam..
ReplyDeletesaya balas kunjungan ke sini dan follow awak juga..^_^
Salam, terima kasih sudi singgah blog saya...dan terima kasih sbb berkongsi tentang ni,
ReplyDeletebaru tahu kenapa anggota tersebut saja yg termasuk dlm anggota utk diwudukkan... Islam mmg lengkap..Alhamdulillah :D