Monday, January 20, 2014

Info Sihat : Lupus @ SLE, Cenderung Menyerang Wanita

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin, Hari nie saya cuti sebab anak kurang sihat, merengek tak nak ibu pergi kerja. Disebabkan kasih sayang yang tak berbelah bagi pada anak, saya pun cuti hehehe....

Hari nie saya nak berkongsi pula mengenai satu penyakit yang dikenali sebagai LUPUS.

Lebih lima juta penduduk dunia menghadapi masa depan yang tidak menentu selepas didiagnos dengan masalah 'systemic lupus erythematosus' (SLE) atau singkatnya Lupus.

Sehingga kini, tiada ubat dan kajian mendalam bagi menangani lupus. Simptomnya yang menyerupai simptom penyakit lain turut menyebabkan pesakit tersalah diagnos. Jadi, tidak pelik walaupun lupus sudah dikenali dalam dunia perubatan sejak 1800, ubat-ubatan mengawal lupus masih 'dipinjam' daripada penyakit lain.

Lupus sukar dikesan. Simpton utamanya sakit sendi, keletihan, ruam kulit dan demam sama seperti kebanyakan panyakit biasa. Keadaan itu menyebabkan pesakit menerima rawatan bagi penyakit yang tidak mereka alami. Buat masa ini pesakit lupus tidak dapat diubati dan mungkin boleh membawa maut.

Sampai bilakah senario ini akan berlanjutan? Adakah kerana pesakitnya hanya 5 juta di dunia termasuk 10,000 di Malaysia justeru, penyakit itu dipinggirkan. Lupus adalah penyakit yang menyerang individu berusia 15 hingga 44 tahun. Kebanyakan pesakit Lupus adalah WANITA. Mereka biasanya diserang lupus pada usia kesuburan.

Pemangku Presiden Persatuan SLE Malaysia, Prof Madya Dr Esha Das Gupta, berkata lupus kurang dikenali sebagai masalah kesihatan global, justeru, tidak hairan ia kerap terpinggir dari segi kepentingan.

Bagaimanapun, katanya pengesanan awal, diagnosa dan rawatan boleh melambatkan komplikasi penyakit ini. Justeru, meningkatkan kesedaran mengenal simptom lupus tentu saja boleh membantu menyelamatkan nyawa.

"Begitupun apa yang berlaku sebaliknya kerana simptomnya seperti kebanyakan penyakit biasa. Doktor juga tersilap dalam membuat diagnosis dan kesilapan itu menyebabkan pesakit menderita untuk beberapa tahun atau lebih hingga diagnosis tepat dibuat", katanya.

Lupus mempunyai impak yang besar terhadap sistem perkhidmatan kesihatan dan masyarakat disebabkab kerumitan penyakit ini dan rawatannya. Bergantung kepada organ mana yang terjejas dan tahap seriusnya serangan penyakit ini, pesakit lupus mungkin terpaksa mengambil berjenis-jenis ubat dan rawatan. Selain itu, mereka mungkin dirawat oleh doktor pakar yag tidak tepat (bergantung pada organ yang terjejas), menjalani pelbagai ujian, prosedur kesihatan dan keluar masuk hospital berulang kali.

Dalam kes ini, penderitaan mental lebih hebat daripada penderitaan lupus itu sendiri. Justeru, hampir semua persatuan lupus di seluruh dunia memperjuangkan kesedaran dan diagnosia awal. Apatah lagi dalam 40 tahun kebelakangan ini, tiada sebarang ubat baru yang selamat dan berkesan diperkenalkan. Ubat semasa untuk lupus mengandungi banyak toksik. Natijahnya, ia mendatangkan komplikasi lain yang lebih teruk daripada lupus.

Rawatan lupus semasa termasuklah pengambilan kartikosteroid dalam dos tinggi, ubat anti malaria, imunosupresif dan ubat anti penolakan yang awalnya dibangunkan untuk pesakit barah dan pemindahan organ.

Mengenali Lupus

Lupus adalah radang kronik yang disebabkan penyakit auto imun dan terjadi apabila tisu badan diserang oleh sistem keimunan tubuh.

Sistem imun adalah sistem dalam tubuh yang sangat kompleks, direka bagi menentang ejen jangkitan penyakit seperti bakteria dan bendasing yang masuk ke tubuh. Bagaimanapun, bagi pesakit lupus, mereka menghasilkan antibodi abnormal dalam darah yang mensasarkan tisu dalam tubuh sendiri.

Disebabkan antibodi dan sel pengiring radang boleh membabitkan mana-mana tisu dalam badan, lupus berpotensi menjejaskan mana-mana kawasan tubuh. Lupus boleh menyebabkan penyakit kulit, paru-paru, jantung, bauh pinggang, sendi atau sistem saraf.

Apabila serangan itu berlaku pada kulit, ia disebut lupus, tetapi apabila membabitkan organ lain, ia dikenali sebagai SLE.

Lupus lebih cenderung menyerang wanita. Ia juga cenderung menyerang mereka daripada keturunan Afrika-Amerika, Cina dan Jepun.

Faktor

  • Faktor genetik meningkatkan kecenderungan menyebabkan masalah auto imun dan oenyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis dan kekacauan imun tiroid.
  • Sesetengah saintis percaya, sistem imun dalam lupus mudah distimulasi oleh faktor luaran seperti virus. Kadangkala simptom lupus lebih buruk apabila pesakit terdedah pada cahaya matahari.
  • Banyak ubat-ubatan dilaporkan menjadi pencetus SLE. Kebanyakan ubat ini dikatakan menstimulasi sistem imun.
  • Sistem hormon wanita juga dikaitkan dengan SLE. Hubungan hormon dengan SLE bagaimanapun masih lagi dalam kajian.
  • Mutasi genetik yang mengganggu sistem 'pembuangan sampah' dalam tubuh dikaitkan dengan permulaan SLE.
Gejala

  • Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata
  • Sendi membengkak dan sakit
  • Demam tanpa sebab
  • Sakit dada ketika menarik nafas panjang
  • Kelenjar menjadi bengkak
  • Keletihan yang berlebihan
  • Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala)
  • Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
  • Sensitif terhadap matahari
  • Sel darah rendah
  • Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan
  • Ulser mulut
  • Sawan tanpa sebab
  • Masalah mental
  • Keguguran yang kerap
  • Masalah buah pinggang
sumber: Persatuan SLE Malaysia

Rawatan Lupus

Tiada rawatan kekal untuk lupus. Sasaran dalam merawat adalah mengurangkan simptom dan melindungi organ yang merosot fungsinya disebabkan radang atau tahap aktiviti auto imun dalam tubuh. Ubat-ubatan yang diberikan biasanya bergantung pada simptom dan organ yang terjejas.

Pesakit yang mengalami kemerosotan fungsi organ dalaman memerlukan kartikosteriod dalam dos yag tinggi. Selain itu, mereka mengambil kombinasi ubat-ubatan lain yang menekan sistem imun tubuh manakala bagi pesakit yang mengalami masalah sendi biasanya mereka dibeli ubat anti radang bukan steriod (NSAIDS).

sumber : blog e-kesihatan


Rose Azadir
SMS/Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

6 comments:

  1. Replies
    1. tu la, ramai yag penah dengar tapi x sure sakit ape SLE tu kan...

      Delete
  2. Replies
    1. Waalaikumsalam, thx auntie sudi singgah sini...

      Delete
  3. Kwn sy ada yg menhidap SLE..sian sgt tgk dia :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya xde kenal sape2 yang sakit SLE nie, tapi bila baca online, mme kesian kat orang yang kena....

      Delete