Assalamualaikum....
Salam Jumaat, hari nie saya nak share tips2 untuk memilih Tadika.
Ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Antara kriteria yang penting ialah:
1. Guru bertauliah
Pastikan guru yang mengajar anak kita benar-benar bertauliah. Pelajar cilik berbeza perangainya dengan pelajar dewasa. Guru dan tenaga pengajar yang bertauliah sudah semestinya telah menjalani kursus khas untuk menangani kanak-kanak. Mereka lebih memahami psikologi kanak-kanak.
2. Modul pengajaran & kurikulum
Perjalanan dan aturan pembelajaran mengikut umur kanak-kanak bergantung pada kurikulum. Ada tadika yang mempunyai kurikulum yang sama untuk setiap francais. Ada yang mempunyai kurikulum sendiri. Baca betul-betul apa yang ditawarkan dan bakal diajar pada anak kita. Usah tangkap muat.
3. Penerapan Agama Islam
Kita bukan hanya untuk ajar anak perkara dunia sahaja. Cuba dapatkan tadika yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran. Selesai sesi pembelajaran, ada juga tadika yang menawarkan pembelajaran Iqra' seawal umur 4 tahun. Jangan lepaskan peluang ini. Daripada terbazir masa anak bermain yang bukan-bukan, lebih baik mereka belajar ilmu agama.
4. Lokasi
Mungkin dalam satu taman, tiada tadika yang menarik minat kita. Terpaksa pergi ke taman sebelah. Ibu bapa mesti bijak memilih tadika yang sesuai dan berdekatan dengan tempat kerja. Jika ada apa-apa masalah, boleh kembali ke tadika untuk melihat anak.
5. Yuran bulanan
Ada tadika yang melampau-lampau harganya. Adayang sederhana harganya. Ada juga yang murah. Tepuk seluar, tanya poket! Tadika yang mahal belum tentu bagus. Tadika yag murah tidak semestinya tidak bagus. Seperkara lagi, adakah ia termasuk kos penghantaran van dari rumah ke tadika? Apa yang penting, ikut kemampuan.
6. Pemilik tadika
Cuba bertanya dan kenal-kenal dengan pemilik tadika. Adakah beliau seorang 'business man' atau 'business woman' semata-mata? Pernah nampak mereka bersama anak-anak? Kalau pemilik tadika hanya mementingkan keuntungan dan tidak mahu luangkan masa dengan tadika mereka sendiri. kena fikir dua kali. Cari tadika yang pemiliknya mempunyai 'passion' pada pendidikan awal kanak-kanak.
sumber : siraplimau
Semoga dapat membantu anda membuat pilihan dengan lebih tepat untuk anak-anak tersayang lagi-lagi yang first-timer.
Rose Azadir
SMS/Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
great :)
ReplyDeleteseep info dan tipsnya sist, penting banget ya selektif dalam memilih tempat pendidikan yang terbaik untuk anak, apalagi di usia emasnya..
ReplyDelete