Monday, October 6, 2014

Makanan Rohani : Jenis-jenis Korban dan Hukum-hukum Memakan Daging Korban

Assalamualaikum...

Rasanya hari nie ramai yang masih bercuti, termasuklah saya.

Jadi sambil2 cuti, bagi yang boring duk rumah tak buat apa2, meh saya nak kongsi ilmu dengan anda semua.

Saya nak berkongsi tentang Jenis-jenis Korban dan Hukum-hukum memakan daging korban.


Korban Wajib dan Korban Nazar:
Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.

Korban Sunat:

Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:

Maksudnya: "... Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak.) 

Adalah afdal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.



Jika daging korban itu adalah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.

Haram menyedekah atau menghadiahkan korban kepada orang kafir walaupun sedikit.

Tidak harus memindahkan daging korban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.

Haram ke atas orang yang melaksanakan korban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya:

"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

sumber: al-azim.com


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

0 comments:

Post a Comment