Angka 922335 ini memberi kesan kepada juara dunia tinju itu kerana nombor tersebut merupakan nombor rujukan kepada Mike Tyson saat dia dihumban ke dalam penjara di atas tuduhan memperkosa salah seorang ratu cantik kulit hitam yang bernama Desiree Washington.
Mike Tyson merupakan seorang warga negara Amerika Syarikat yang berkulit hitam. Beliau dilahirkan pada tahun 1966. Zaman kecil Tyson amat menyedihkan kerana beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan tidak pernah bersekolah. Walau bagaimanapun, keluarga besarnya mempunyai satu kelebihan iaitu mempunyai fizikal yang kuat dan kelebihan ini menjadi punca rezeki kepada kehidupannya.
Suatu hari, salah seorang pelatih tinju melihat Tyson sedang bergaduh. Tyson ketika itu sedang menggunakan tinjunya dengan kuat dan keras. Pelatih tersebut lantas mendekati Tyson dan mempelawa Tyson untuk masuk ke dunia tinju. Tyson bersetuju dengan perlawaan tersebut. Maka bermulalah episod Tyson yang mula dikenali dunia.
Kemenangan demi kemenangan yang diraih oleh Tyson dalam kejuaraan dunia tinju kelas berat amat menakjubkan. Bahkan Tyson menerima berjuta-juta dollar hingga melayakkan dirinya menjadi antara orang terkaya di Amerika Syarikat.
Detik Hitam Seorang Juara
Kemenangan dan kekayaan yang diraih oleh Tyson hasil bakatnya itu mula tidak disenangi oleh musuh-musuh peribadinya kerana kehadiran warga kulit hitam ini telah merampas gelaran juara dunia yang sebelum ini dimilki orang lain.Sehinggalah suatu hari seorang wanita tampil dengan tuduhan Tyson telah memperkosanya. Fitnah yang dilemparkan kepada Tyson itu mengheretnya ke muka pengadilan dan akhirnya mahkamah memutuskan untuk menghukum Tyson selama 3 tahun penjara. Gelaran juara tinju dunia turut ditarik semula.
Di dalam penjara ini, Tyson bertemu dengan seorang banduan bernama Abdul Aziz. Melalui lelaki ini, Tyson mula mengenal Islam dan mengetahui bahawa Islam menolak perkauman.
Juara dunia terdahulu, Muhammad Ali (Cassius Clay) sempat melawat Tyson sepanjang di dalam penjara dan sepanjang lawatan itu Muhammad Ali sekali lagi membuka mata Tyson bahawa menjadikan Islam sebagai agama terakhirnya. Hal ini kerana menurut Muhammad Ali, Islam akan menjadikan Tyson keluar penjara dengan kepala tegak terhadap siapa sahaja yang berusaha menyakitinya.
Mula Terpikat Dengan Islam
Tyson mula mempelajari Islam dari Abdul Aziz. Ternyata Allah s.w.t mencampakkan hidayah ke dalam hati Tyson kerana Tyson mula mencintai Islam. Berita tentang Tyson yang tertarik dengan Islam di dalam penjara itu terus tersebar di khalayak ramai dan membuatkan indvidu yang pernah menjatuhkan maruahnya dahulu tercengang.Di dalam buku Kisah Tokoh Dunia yang Masuk Islam menyatakan, Tyson kagum terhadap perilaku Rasullullah kepada semua manusia yang tidak membezakan warna kulit. Dalam Islam, warna kulit itu sememangnya tidak penting. Buktinya juru azan pertama dalam Islam iaitu Bilal Bin Rabbah berketurunan kulit hitam. Sesuai dengan firman Allah:
“Dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu.” Al-Hujurat: 13
Tyson Mengucapkan Syahadah
Akhirnya Tyson memilih Islam dan bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Kemudian, Tyson menukar namanya menjadi Malik Abdul Aziz. Sejak itu Malik Abdul Aziz mula mempelajari solat dan mempelajari akhlak Rasullulah yang baik.“Aku tidak menemui akhlak yang sebenarnya kecuali dalam agama Islam. Aku telah mempelajari sisi lain dari keperibadian Rasullulah.
Dia memperlakukan manusia dengan perilaku Islam yang benar, maka tidak ada bezanya antara seseorang dengan lainnya hanya kerana berbezanya warna kulit dan suku. Dia adalah contoh terbaik bagi manusia, yang sempurna, yang wajib bagi manusia untuk berjalan sesuai dengan metodenya.
Aku bahagia sekali dengan keislaman diriku dan sudah jelas bagiku bahawa kebenaranlah yang perlu dipegang teguh oleh juara dunia Muhammad Ali Clay. Dia pun sangat bangga dengan keislamannya dan selalu mendakwahnya di setiap tempat.”
Kembali Merampas Gelaran Juara Tinju Dunia
Malik Abdul Aziz telah dibebaskan pada 25 Mac 1995 selepas 3 tahun di dalam penjara. Namun begitu, beliau berada di bawah pengawasan polis selama 4 tahun. Beliau telah mengembalikan kekuatannya dan menjalani latihan yang benyak sehingga berjaya merampas kembali gelaran juara tinju dunia kelas berat.Menariknya, setiap kali memenangi pertandingan tinju, beliau akan bersujud di hadapan jutaan orang sebagai tanda rasa syukur atas kurniaan Allah kepadanya.
sumber : sweetmuslimah.com
Rose A
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
0 comments:
Post a Comment