Wednesday, February 11, 2015

Panduan dan Tips Memilih Kalsium yang Terbaik Untuk Anda

Assalamualaikum...

Kalsium adalah mineral yang terbanyak etrdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat.

Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.


Kita mendapatkan kalsium dari susu, roti, yogurt, brokoli, cheese, telur, kekacang, salmon, bayam, taufu dan biji bunga matahari.

Apa yang perlu diketahui untuk memilih suplemen kalsium terbaik?

1) Kita tidak boleh membeli suplemen kalsium yang mengandungi 100% kalsium semata-mata. Kenapa? Kerana nutrisi kalsium sentiasa bergantung dan berpadu dengan nutrisi lain untuk keberkesanannya.

Badan kita akan memecahkan kombinasi nutrisi-nutrisi ini untuk penyerapan kalsium yang berkesan.

2) Carilah kalsium yang mengandungi Vitamin D untuk penyerapan maksima di dalam badan.
Kenapa? Kerana Vitamin D membantu nutrisi kalsium tadi diserap sepenuhnya oleh sel badan kita.

Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut kalsium yang manakah yang terbaik, saya akan terangkan apakah itu elemental calcium.

Elemental calcium : The amount of actual calcium in the tablet.

Diberi contoh, 1 tablet mengandungi 1000mg kalsium karbonat, bermaksud ia mengandungi 40% elemental calcium, iaitu di dalamnya ada 400 mg kalsium dan selebihnya campuran nutrisi yang lain untuk penyerapannya.

Pengiraan ini sememangnya menjadi senarai tetap untuk semua pengeluar suplemen.

Kalsium mana yang perlu dipilih untuk memberi kesan yang bagus?

Ada macam-macam jenis nama kalsium, kalsium apakah yang patut kita pilih?

1) Kalsium Karbonat @ Calcium Carbonate :
  • Kalsium ini adalah yang termurah
  • Kandungan kalsiumnya yang tertinggi, 40 peratus. (Peratus element kalsium)
  • Ia diserap dengan perlahan did alam perut, jadi kita tidak akan dapat manfaat sepenuhnya dari kalsium ini.

2) Kalsium Phosphate (tribasic calcium phosphate) @ Calcium phosphate :
  • Kalsium Phosphate mengandungi 39% elemental kalsium
  • Kita tidak memerlukan jumlah yang banyak untuk lebihan phosphorus, oleh itu bentuk kalsium ini boleh diletakkan dalam senarai bawah pilihan.

3) Kalsium sitrat @ Calcium Citrate :
  • Bentuk ini dicadangkan oleh kebanyakan doktor dan pakar nutrisi
  • Calcium Citrate mengandungi hanya 21% elemental kalsium, namun ianya sangat mahal
  • Ia digemari kerana penyerapannya sangat cepat jika asid di dalam perut anda tidak terlalu banyak, bermakna anda boleh menyerap ke semua kalsium ini sebelum ia melalui usus anda.
  • Ia adalah pilihan yang bagus untuk pengguna dewasa, kerana orang dewasa menghasilkan sikit asid di dalam perut berpandukan usia mereka.
  • Ia juga bagus untuk mereka yang mengambil ubat penghalang asid seperti ranitidine (Axid, Pepcid, Tagamet dan Zantac) atau omeprazole (Prisolec)
  • Jika anda ada batu karang, calcium citrate adalah pilihan yang terbaik buat anda.

4) Kalsium laktat @ Calcium Lactate :
  • Bentuk ini terdapat dalam ke semua jenis kalsium
  • Ia mengandungi 13% dan agak mahal juga
  • Ia juga senang diserap di dalam badan walaupun asid di dalam perut anda rendah
  • Ia juga pilihan terbaik untuk orang dewasa

5) Kalsium glukonat @ Calcium Gluconate
  • Mengandungi 9% dari elemental kalsium
  • Bukan pilihan yang baik

6) Kalsium glubionat @ Calcium glubionate :
  • Bentuk ini hadir dalam bentuk cecair sirap yang mengandungi 6.5% elemental kalsium
  • Kita perlu mengambil 12 sudu kecil sehari untuk mendapatkan 1000 mg kalsium
  • Harganya juga mahal
  • Ia bagus untuk kanak-kanak dan mereka yang susah untuk menelan pil atau tablet.


Semoga bermanfaat :)




Rose A
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

1 comment: