Tuesday, February 10, 2015

Bayi dan Jaundis : Apa yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum...

Jaundis atau lebih dikenali sebagai demam kuning di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Sebanyak 75%  daripada bayi baru lahir mendapat jaundis.

Apa yang menyebabkan jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing.

Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan jaundis.

Bayi yang bagaimanakah sering mendapat jaundis?
  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mengalami infeksi
  • Bayi kekurangan G6PD
  • Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya
          - Ibu mengalami Rhesus Negatif (RH-ve)
          - Ibu dari kumpulan darah jenis O




Adakah jaundis merbahaya?

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan kematian bayi.


Apakah tanda-tanda bayi dalam bahaya?

Apabila bayi anda mengalami:
  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • Enggan menyusu
  • Mengalami kekejangan
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sekiranya bayi mengalami jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari
  • Tingkatkan kekerapan penyusuan bayi

Apakah masalah jangka panjang daripada jaundis?

Sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami:
  • Masalah pendengaran (pekak)
  • Masalah pembelajaran 
  • Kecacatan intelektual
  • Palsi serebrum (cerebral palsy)

sumber :  Kementerian Kesihatan Malaysia


Rose A
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

1 comment: